RSS

Minggu 36++

Badan & muka dh makin kembang semangkuk, hidung dh macam jambu air nk merekah, jalan dh macam humpty-dumpty-had-a-great-fall yg baru dicantumkan balik and pergerakan dh mcm sid the sloth yg super duper slow.. baru setapak melangkah dh rasa cam nk terburai segala isi perut. But still, hubby sees his wife as the sexiest woman in this whole wide world..asyik sengeh manjang! Auww, you are so sweet la sayang tapi agak scary sbb ala2 pervert hakhak!! Pepepun.. you are my strength and I love you so much for that..mmmuuuaaahhhh!!

At 36 weeks, me masih drive sendiri back & forth-100km per day to work, masih mendukung 12kg Aulia setiap hari hantar ke nursery, masih mengemas rumah setiap malam sblm tido akibat sepah yg dibuat Aulia, masih mengiron baju keje sendiri + hubby setiap hari, masih membuat laundry bila bakul baju kotor semakin penuh, masih memanjat kerusi untuk menyidai baju di ampaian bilik belakang, masih keluar bawak Aulia berjalan2 di mall kalo dia start wat perangai sbb boring & masih melayan kerenah hubby & Aulia yg kejap2 baik, kejap2 gaduh, kejap2 gelak, kejap2 melalak.. haisy, this time punya pregnancy I'm like a SUPERMOM! Doing everything on my own despite all the whining & everything..

I have to be proud of myself coz I'm doing everything by MYSELF without any help from maid, parents or in laws or sedara mara. Hopefully adik baby akan serajin & sekuat mama masa preggy ni k ;p

This time punya pregnancy dh xley nk mengada2 lembik nk melepet je manjang. Having si kenit-Aulia around adalah sgt2 mencabar emosi & minda. Baru balik keje nak rehat2, dia dh mintak nk makan itu ini.. baru nak terlelap duduk kt sofa, "Mama..yaya beyak." Arghh, mau je mengamuk terbalik rumah.. tapi dh namanya mama, tanggungjawab lah kan. Orang lain beranak, ko pun nak beranak kan? Hah.. inilah masanya nak tengok kebolehan menjaga anak huhu..

Preggy kali ni gak hubby kerap sgt outstation.. haruslah ditinggal2kan selalu. Kalo ikutkan hati everytime hubby gtau kena g outstation mau je baling segala apa yg ada kt tangan, konon2 mcm drama gaduh2 laki bini dlm TV la sbb nk expresskan tak puas hati. "Haku dh sarat nak tunggu meletup pun lagi mau tinggal2.." huhuhu.. tapi x sampai hati. Dalam hati dh redha, hubby gi sbb keje dia. Rasanya kalo boleh, dia pun xmo berjauhan tapi dh tanggungjawab dia cari nafkah untuk anak bini. Selagi termampu me gagahkan diri uruskan segala apa yg perlu.

Dengan adik baby pun dh selalu pesan masa sembang2, usap dia.. "Kalo baby dh ready nk keluar, x payah tunggu papa balik. Nanti insyaAllah jumpa jugak dgn papa. Yang penting baby selamat.." Kalo ikutkan hati memang la kalo boleh nk hubby ada di sisi setiap masa melahirkan lagi sorang buah hati dia tapi kalo Allah dh tetapkan takdir, kena la terima. Kun fa ya kun.. bila AKU kata jadi, maka jadilah.. ;p

InsyaAllah, doakan semuanya selamat k..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Updates on Aulia

Jumaat lepas me mc, hubby balik dr KL Khamis malam tu then Jumaat petang de meeting plak kt Gombak. Dah jadik keje 2-3 kali ulang alik. Since me pun dh stay kt hotel sbb xde air hari Khamis tuh so esoknya cam mengeliat la sket nak gi keje.. dasar pemalas! Masa tu Aulia ok je.. hepi je dok menyanyi, melompat bagai bila papanya dh balik.

Jumaat pagi masa nk gi klinik tetiba Aulia muntah kt seat belakang pastu melalak la.. sampai klinik doc cakap baru nk start demam. Alahaii.. dh mula susah hati. Badan dia lak makin panas. Satu hape makanan pun dia xnk jamah, susu pun minum 2-3 teguk pastu dh xmo. Masa tunggu hubby sudah meeting 2-3 kali gak Aulia cirit birit.. kesiannya.. berkali2 dia tunjuk kt p*p*t dia sakit. "Yaya sakit shini.." Malamnya masa hubby bawak gi jalan2 The Curve badan dia memang dh panas sgt2 + lembik x nak jamah pepe langsung. Balik Kuantan dr KL malam tu gak, dalam kol 2.30 pagi gitu sampai umah bg dia ubat demam bagai.. alhamdulillah esoknya panas badan dia dh kurang tapi masih cirit.

Aduhaii.. berlalu hari Sabtu & Ahad camtu gak. Bila nampak dia resah gelisah, me tanya, "Yaya berak ke? Yaya sakit perut ke?" dia geleng kepala. Dia sendiri x rasa dia dh berak dlm diaper.  Makan pun xmau.. susu pun minum sbb ketagih puting je. Ada la dlm 2-3 teguk pastu dh xnk langsung. Maybe dia seriau pedih bontot kot everytime dia jamah makanan sume keluar. Malam tadi bila papa ajak tido, dia menggelisah je. Me berkali2 tanya apa yg x kena. Selalunya petah je dia bercerita tp malam tadi dia x jawab pepe. Bila me tengok diaper dia penuh dgn cirit. Kesiannya anak mama.. me tanya, "Nape yaya x cakap kt mama yaya berak? Bukannya mama marah" dia tengok je dgn muka sedih. Lepas basuh sume baru la dia lena tido kat papa..

Hari ni plak berkali2 me call skool tanyakan condition Aulia.. nanny cakap dia tido dr kol 8 pagi tadi sampai kol 12. Makan pun sikit je, susu pun x habis sebotol. Alahaii.. hati ibu mana yg x risau. Allah je tau. Gelisah menunggu jam bergerak ke 1.30.. Ya Allah, sembuhkanlah anakku. Lagi rela sakit tu berpindah kt me dr nak biar si kenit tuh menanggung..

IMG1052A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malas lagi..

Nak update blog tapi tersangat M.A.L.A.S.. Aulia's been having her cirit birit episode since last Friday. Risau la plak tengokkan dia.. pedih sgt kat bontot kot sampai xmo pakai diaper. Masalahnya bila dia cirit tuh dia x rasa.. penat la mama nak mengikut dia satu rumah, nak mencuci takut kang dia membuang rata2. Cian anak mama.. cepat2 baik yer..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Takde air..

Dari Jumaat lepas de announcement xde air area Kuantan 20/10/09 dr kol 7.30 pagi sampai 11.30 malam sbb de tanam paip pe mende ntah.. tapinya bila bukak paip pagi ni masih xde air. SIOT! kalo dh tau wat keje tuh x ley abis dlm masa sehari jgn la budget cam bagus pastu menyusahkan orang!

no water

Risau je me pagi ni hantar Yaya gi skool pastu siap de notis kt pintu pagar besar2 - TIADA LANGSUNG BEKALAN AIR DI TASKA.. yg me pun bengong x bg bekal air dalam botol ke, hape ke.. jangan la anak aku sampai x makan or minum susu sbb xde air. X mandi tuh bley tahan lg. Alahaii.. x tenang hati nak tunggu balik kol 1 nanti. Kalo tau tadi me heret je Yaya datang skolah skali. Cepat la kol 1.. nak balik tengok anak nih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mulut longkang

Situasi 1

Kak A : Awak (mengandung) dh berapa bulan?

Me : Dh masuk 5 bulan..

Kak A : Awak mengajar Pendidikan Khas ni x takut ke anak awak nanti cacat?

Me : X pun. Kalo Allah dh takdirkan tu, x ngajar PK pun dapat anak cacat.

Situasi 2

Kak B : Awak dh scan ke anak apa?

Me : InsyaAllah, pompuan kot.

Kak B : Pompuan lagi? Awak x beranak anak lelaki kang laki awak lari tinggal cari pompuan lain.

Me : Biar lah kak.. bukan kuasa saya nk tentukan anak saya ni laki ke pompuan. Bukan anak orang lain pun, anak dia jugak.

Situasi 3

Kak C : Awak ni teruk betul masa mengandung ni.. akak dulu mengandung jugak tapi xde la lembik macam awak. Orang2 sekarang ni masa mengandung manja sgt. Sikit2 sakit, sikit2 masuk spital..

Me : Bahagian saya. Mintak2 susah sket masa mengandung ni masa bersalin nanti dipermudahkan la..

Situasi 4

Kak D : Haii, untungnya orang mengandung ni. Kejap2 MC, kejap2 cuti.. kalo camni akak pun nak mengandung selalu.

Me : Bukan saje2 nak cuti.. kalo xde sebab xdenya nk menyusahkan orang ganti kelas2 saya.

Situasi 5

Cik E : Alah, mengandung je pun. Apa yang x larat sgt nya? Bukan sakit kanser ke. Terlantar x ley bangun ke. Orang lain pun mengandung tapi boleh je berjalan sampai beranak.

Me : Iye ke? Tunggu la awak kahwin nanti. Dah merasa cane mengandung . Masa tu nanti kita sembang balik ek.

Inilah antara situasi2 berdepan dengan orang yang bermulut longkang. Cakap x guna otak. X pikir langsung perasaan orang.. nama je belajar tinggi. Bila bercakap plak mempersoalkan kuasa Tuhan. Haih.. susah betul bercakap dengan orang yang kononnya bijak tapi hakikatnya budus tahap gaban. Bosan tul duduk dalam environment keje dengan orang2 camni.. sudahnya jangan di layan je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pagi yang gelap..

..masih mendung. Di bangunkan dengan krem kaki yang maha sakit.. Allah je tau. Dh pakai stokin dh tu tapi still krem gak manjang. Dugaan masa mengandung.. tabahkan je la hati. Lucky that hubby ada tolong bengkokkan tapak kaki. Aduhaii, x pasal2 berjurai air mata di pagi hari..

Siap2 hantar hubby ngan Aulia ke nursery trus gerak ke skolah. Badan letih longlai teramat.. xley nak kata apa la kan time preggy nih. Kejap segar bugar pastu x sampai 5 minit dh lembik longlai nak angkat jari pun x larat. Lately seluruh tangan especially jari2 selalu sangat kebas. Pegang pepe benda pun kadang2 x rasa.. Carpal Tunnel Syndrome kah? Nak drive pegang stereng pun kadang just pegang je tapi x rasa pe.. haih.. ntah camne tetiba rasa mengantuk sangat2, maybe sbb badan x daya mata otomatik terpejam & terlayah.. Terbabas ke kiri jalan then langgar kon construction. Nasib baik la masa terlayah tu kaki x tekan minyak, nasib baik x masuk lane orang & nasib baik pagi hari jalan Kuantan-Pekan tu x banyak kete.. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur.

SMS hubby gtau kata had minor accident then he replied with "Ok, take care k. I LOVE U.." Hati dh sedikit bernanah dengan 'ke-concern-an' yg ditunjukkan. Rasanya kalo eksiden besar orang call bgtau, maybe he'll replied with "Ok.. hope she'll be fine." Sungguh sadis.. oke, I know I'm being a drama queen here. But it's really annoying & heart breaking when he's being TOO COOL about everything especially about ME! Err, hello.. I'm your wife, your other half, your heart & soul.. REMEMBER?

Sampai sekolah 7.15am.. memang selalunya dh sampai skolah baru mekap sket2 sbb kalo mekap awal2 kt umah konfem bersememeh dengan peluh bagai dek menguruskan Aulia ke nursery. Lepas je punch in de plak mulut longkang yg tetiba bersuara.. "Aih, akak pun pernah mengandung gak dulu, beranak dh 5 orang dh tapi xde la nampak teruk sgt macam awak ni. Muda2 lagi mengandung dh lembik sgt.." Hati makin bernanah. Terpikir gak.. nak penampar ke nak ludah muka pompuan ni? Nasib baik otak masih mampu nak sabarkan hati.. "Alhamdulillah, untunglah Allah mudahkan akak masa mengandung. Ni bahagian saya.." senyum kelat yg memang x ikhlas then blah.

Lepas setel breakfast semua then tengok phone de SMS from hubby asking "Sayang ok x?". TERSENYUM. Well, that's more than enough to start again my day with a smile..

Pagi yang gelap, kini sudah terang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

M for?

Baru sampai dari kampung hubby malam td. Terlalu banyak nak di ceritakan & dikongsi tapi terlalu malas nak menaip panjang2.. penyakit 'M' sudah menyerang.. adeh.. sangat mencabar jiwa melayan karenah mek kenit nan seorang dengan badan yang longlai x bermaya nih.. nanti2 la update ye..

IMG1043A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Extra love..

Quoted from here..

"It's difficult to imagine loving another child as much as you love your existing children. Anyone who has a family will tell you this. Where will one find that extra love? If you love your existing children with all of your heart, how then can one possibly find more heart with which to love another?"

"From the moment she looked into both of our eyes it was endless love at first sight. She is beautiful beyond words and we are happy that she chose us to watch her grow over the coming years."

 

Sweet.. I'm still learning how to be a mother & I'll keep on trying to be the best companion for my children for the rest of my life..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktifnya dia!

Tengahari tadi ada meeting koko.. adeh, malas yg amat nak gi tapinya dh sume orang gi xde excuse la kan heheheh... Cam besa tengah2 hari rembang adik baby nih memang tersangat la aktif. Memang selalu pun kalo mama tgh drive nak balik skolah dia menendang & summersault bagai sampai senget benget perut..

bb

Masa tengah meeting adik baby dh start wat show.. sampaikan orang yang dok sebelah2 dalam bilik meeting tegur, "Baby gerak ke tu?Aktifnya!!" pastu mula la pakat2 nak letak tangan kat perut huhuhu.. Adik baby menendang memang tersangat la kuat, kadang tuh sampai senak. Kalo orang sebelah pun ley nampak cane perut me berombak ley bayang la kan cane kuatnya adik baby menendang. Bukan kejap2 plak tuh.. sepanjang sejam meeting tuh dia dok aktif wat stretching.

untitled

Seronok sgt masa pregnant nih.. moment2 camni la yang xley lupa. Biar la lembik longlai canepun badan ni tapi bila dapat rasa baby menendang aktif camni sangat la indah.. adik baby dok leklok ek dalam perut mama. Dah sampai masa nanti pandai2 la cari jalan keluar ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kurang kasih sayang kah?

IMG0914A

Bila tengokkan muka mek kenit nih kekadang, hati rasa syahdu je.. Dah bersedia ke dia untuk ada adik? Sekarang ni pun dia dh cepat sangat terasa hati.. pantang mama apa lagik papa tinggikan suara sikit, air mata dia dh merebeh2. Kadang tuh papa cuma cakap "Isy, budak ni!", lom pepe Aulia dah menangis tersedu2 mengadap pintu-merajuk bawak diri. Alahaii anak.. bukan niat mama & papa nak marah2 x tentu pasal tapi bila perangai awak tu dh melampaui tahap kesabaran & keletihan badan.. x dapat la nak dielakkan.

Kadang2 tuh terdetik kat hati mama.. "Terlalu awal ke mama bagi adik untuk Yaya? Mampu ke mama jadi mama yang baik.. bahagi kasih sayang seadil2nya untuk anak2 mama nanti?" Kalo bukan sekarang, bila lagi? Aulia dh masuk 3 tahun.. nak tunggu gap berapa tahun baru nak bagi adik? Kang kalo dh lama sgt sampai 6-7 tahun lagi la Aulia terasa hati sebab perhatian yang selama ini tertumpu untuk dia dh berubah. Bila dia tido lagi la syahdu rasa hati tengokkan muka innocent dia..

Sekarang ni badan x berdaya sangat nak bergerak. Bila amik Aulia balik skool mula la kat umah dia request mcm2.. nak itu, nak ini.. Kadang tuh rasa nak marah je melayan peel dia yang nak macam2 tapi bila ingatkan dia cuma nak bermanja dok kat umah dengan mama dia sendiri.. pelan2 pujuk hati.

Papa plak balik umah kol 8. Lepas Isyak dalam kol 8.30-9.00 malam gitu dah letih nak tido. Makanya Aulia mula la wat perangai sbb x puas bergurau senda dengan papa lagi. Nasib baik la papa considerate.. sanggup extend waktu tido sampai kol 10 lebih demi melayan kerenah anak manja nan seorang ni. Hujung minggu je la yang ada untuk melayan anak dara kenit ni sepenuhnya. Kesian je bila balik dinner malam2 dia tanya, "Kita nak gi mana ni mama?" then me cakap la nak balik. Tanya balik kat dia "Yaya nak gi mana?" then slow je suara dia jawab "Yaya nak gi jalan2.." alahaii, nak menitik air mata mama ni anak oii.. x cukup kasih sayang ke anak kita ni yang?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiga puluh empat

Waahh.. tetiba guna tajuk cam Kak Julia. Hari ini adik baby dh berusia 34 minggu dalam perut mama. Alhamdulillah.. mama doakan semoga adik baby sihat & selamat sepanjang berada dalam perut mama sampai la hari kelahiran nanti. Mama tunggu yer.. semalam adik baby merajuk xmo gerak sgt. Maybe adik baby dengar mama dok merungut macam2 sebab x berdaya nak membawak badan.

Jangan merajuk k adik baby.. memang mama x larat sgt tapi xde la mama merungut sampai x sudah2 dari siang bawak ke malam. Stended la kan bila mengandung ni badan x larat pastu emo plak lebih2 tapi mama redha tanggungjawab mama bawak adik baby ke mana saja dalam perut mama sepanjang 9 bulan tempoh mengandung ni.. x semua orang dapat merasa nikmat mengandung ni kan? Anugerah terindah yang x semua orang dapat rasa..

2009

Bila tengokkan ticker ni pagi ni happy je.. buat mama tersenyum sendiri! Adik baby pun mesti dh macam tu kan? Sekarang tengah menyiapkan diri untuk keluar tengok dunia.. TERSANGAT LA COMEL!!! Mama doakan semoga segala urusan kelahiran adik baby nanti dipermudahkan.. INSYAALLAH..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Weaker by day

Baru sampai Kuantan dari Sp tepat jam 12 tengah malam.. kemas2 lebih kurang, iron baju keje me + hubby then dalam kol 1.30 pagi baru tido. Kol 5.30 bangun bersiap gi keje.. badan dh lembik longlai. Sehari kat sekolah cuma terkelepet.. baring kat bilik rawatan. Badan rasa lemah longlai yang teramat, pinggang rasa cam nak patah, kaki lenguh + hampir krem setiap kali nak melangkah.. makin teruk sekarang bawah perut rasa cam nak terburai setiap kali berjalan. Sangat x berdaya oke..

X sabar rasanya nak beranak.. masa ni pk biarlah, apa saja kesakitan sanggup me tanggung. KONON.. kang baru sakit sket dh melalak x hengat dunia! Lom pepe dh mintak epi huhuhu.. bila dh x terdaya sgt kadang2 tuh doa mintak biarlah bersalin awal. Cepat la baby keluar.. mama dh longlai sangat2 ni. Kadang tuh rasa nak nangis je sebab dh x larat sgt. Wallaweii.. cepat la masa berlalu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Babymoon ;p

Baru pulang dari sini..

hotel-maya2

Si suami bawak si isteri & anak tercinta ber'babymoon'.. auwww, sangat sweet & memorable oke! Si suami masih belum hilang skill lirikan mata yang bisa membuatkan hati si isteri berdegup kencang..

hotel-maya

Walopun body si isteri dh sebesar dugong bunting yang menunggu hari, si suami masih mampu membuatkan si isteri rasa sexy & mengancam.. auww, mau 8 orang anak kita kalo setiap kali dapat layanan macam ni ekekekekeke..

Will update about this sweet babymoon later.. THANX SOOOO MUCH pada si suami yang susah payah memanjakan si isteri.. I LOVE U TO PIECES.. muuuuaaaahhhh!!! *sengih sampai telinga*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adik baby nyer hal..

Dari petang semalam perut dh mengeras non-stop.. baby pun x aktif macam selalu. Hati dh mula risau.. tapi diamkan je sambil kira2 pergerakan baby dalam sehari tu, x kurang dr 10. Ok la kan.. maybe baby dh makin besar so movement makin kurang sbb dh x cukup space dia nak pusing. Sound kt hubby cakap esok nk gi jumpa doc. Dari risau x tentu pasal baik la gi dptkan opinion pakar kan? At least lega sket hati..

Cadangnya hari ni lepas sekolah baru nak gi KSH.. tapi bila sampai sekolah je perut dh rasa memulas semacam,mengeras lagi dh tu pinggang sakit giler sampaikan jalan pun dh terbongkok. Mintak permission kt GPK nak gi klinik tapi terus berdesup balik Kuantan. Tawakal je la masa tu mintak doa banyak2 adik baby dalam perut selamat..

CTG

Sampai KSH doc scan, wat urine test then wat CTG sampai me tertido2 menunggu.. turn out babynye heartbeat sume ok & tersangat lah aktif, cuma rahim me terlalu sensitif dengan pergerakan baby & sebabkan early contraction. Masa Aulia dulu kena warded then inject ubat matang paru2 sebab ni jugak. The best part is exactly the same at 33 weeks! Haisy.. lom pepe lagik kakak & adiknya dh de peel yg sama..

Hubby call & tanya condition.. since masa tuh dh setel CTG sume & confirm x kena warded me pun cakap lah "Xde pepe.. ok dh sume" then hubby replied "Ok.. balik nanti jgn lupa amik parcel kat post office k." Masa tu me dh like "WHAT?!!" bini dh de contraction, dh nak beranak pun (oke.. I'm exaggerating a bit ;p) nak suruh drive gi post office amik barang lagi? Am I being TOO SENSITIVE here or he's just being plain ignorance? Adoii la.. rasa cam nak nangis guling2 je kat spital tuh.. at that time how I wish I'm the type of woman yang kalo preggy dh tentu2 lembik. Sket2 pitam ke, sket2 masuk spital ke, sket2 kena tambah darah ke, bila preggy terus lembik 9 bulan x ley nak angkat jari so that hubby would care much more about me.. tapi cam x best la plak. Rasa cam beban je kat orang lain. ALHAMDULILLAH.. me bersyukur atas nikmat kesihatan sampai hari ni.

I guess my darling hubby is so used to - SHE CAN DO ANYTHING ON HER OWN that he sometimes keep on forgetting that I'm pregnant & I need to be pampered! Alahaii.. bila tengokkan couple2 yang baru nak dpt 1st baby, caring bagai, sket2 tanya 'ok ke?', 'sakit ke?','bley jalan x?' rasa cam "Weh.. ko bley g manja2 tempat lain x? Lempang kang.." huhuhu.. xpasal2 je jeles kat orang. Xkan la anak baru nak masuk 2 sume kena wat sendiri, dh x dimanjakan? sob..sob.. abis kalo dh anak 5 kang cane? Uwaaaaaaaa!!!! ni yg nak nangis ni..

Oke.. I admit that everything started from me. Iye la.. hubby gi keje kol 6 pagi balik pun sampai umah kol 8 malam. Me gi keje drive sendiri, nak pepe beli sendiri, sakit gi spital sendiri, anak x sihat bawak gi klinik sendiri, even nak gi mana2 mintak izin hubby then gi sendiri.. I'm considering the fact that SANGAT LA X PATUT kalo masa hubby penat2 balik keje tuh baru nak ajak "Yang, jom gi klinik.. anak demam." x pun "Yang jom gi kedai, nak beli barang" sedangkan me balik keje sekerat hari & me bleh drive. Cumanya bila dh banyak sgt mende me wat sendiri hubby TERLUPA me masih nak ngada2 & dimanja2.. Yes, I can do anything on my own BUT I still want my hubby to do it for me.. and I'M PREGNANT (lame reason.. bluekkk) but still I NEED MY OTHER HALF.. hehehe..

Darling hubby, I don't need any rewards from U for carrying your baby. I just need to be pampered & I do need extra attention from U. Yes, I still can do everything on my own but I don't want to.. U do know how to pamper me as that's why I fall in love with U at the 1st place ;p I LOVE U..

Owh.. kepada yang membaca sila jangan muntah. Hari ni mode nak di manjakan oleh hubby sendiri oke.. hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ngidam lagi..

2-3 hari ni me sgt2 la mengidam nak makan burger.. bukan McD bagai tapi burger yang jual kat gerai tepi jalan tu huhuhu.. Dah 2 malam berturut2 oke makan. Malam ni pun cam nak makan lagi tapi since dh goreng nasik membazir la plak kan? Xpe la..esok2 lusa la plak makan burger ramlee tepi jalan huhuhu.. sangat marbeles!

sedap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersedia?

Mami-Bag-Baby-Bag-MB1004-

Hubby dh bising2 sebab dh banyak kali me cakap nak kemas beg baby & barang2 me untuk bawak ke spital tapi masih lom kemas ekekekeke.. Baju2 baby dh dibasuh & dh elok dilipat dalam drawer cumanya nak susun elok2 dalam beg baby je.. sangat malas oke!! Aura rajin lom datang lagi.. haisy, harus di seru nih!

Kalo nak kemas lak kena tunggu Aulia xde atau dh tido.. kalo x sume barang dia claim dia punya “Ni sape punya mama?” bila cakap adik baby punya then dia jawab “Bukan la..yaya punya la..” huhuhu.. sudahnya lagik banyak mangacau dari mengemas.

Braxton hicks pun dh terasa sangat2 dalam 3-4 hari ni.. adeh, baby lak makin aktif. Kata dia dh makin besar kan? Sekali dia wat summersault.. adoyaii, rasa cam bengot abis perut.. X sabarnya menghitung hari demi hari..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini hari Ahad

Me dibangunkan dengan perut yang memulas giler sampaikan nak baring pun dh xley. 5-6 kali keluar masuk toilet masih x lega. Hubby cam dh pelik sebab these few days me dh selalu sangat sakit pinggang yang kritikal pastu perut asyik mengeras. Hubby tanya dh de tanda nak beranak ke? Me lak cam konfius nak menjawab. Iye la.. mana me tau sakit contraction nak beranak bagai cane kan? Aulia dulu x sakit, x de tanda hape masa 37 minggu terus2 masuk OT pastu dh de depan mata hakhak!!

Tapi lom masanya nak beranak kot sbb baru 32 minggu.. seboleh2nya me doa biarlah baby dh betul2 ready, bley bernafas sendiri sume baru keluar. Me takut me x kuat nak hadapi bila tengok baby kena masuk NICU, me takut me yang terlalu fragile x ley nak handle premature baby.. kang sket2 asyik nangis je mau meroyan plak. Semoga Allah permudahkan setiap urusan me masa nak bersalin nanti.. Allah x kan uji hambaNya dengan ujian yang DIA tau hambaNya tu x mampu nak tanggung.

waiting

Xpe la.. adik baby membesar dulu dalam perut mama sampai cukup matang baru keluar k. X yah nak rush2 keluar awal2 walopun mama & papa sangat la x sabar nak jumpa adik baby ni.. Biarpun mama nih berjalan pun dh cam kingkong, terkengkang je sebab adik baby menekan sampai sakit celah kelangkang huhuhu!! Kat sekolah pun sume pakat dok tanya bila due? Rimas agaknya tengokkan ‘lori balak terlebih muatan’ nih jalan slow sangat, dh la makan jalan orang hakhak!! Sampaikan budak2 khas kadang2 ley wat main “ekgu nak awan ayi ekgu?..a yah, dh enang!!!” (cikgu nak lawan lari cikgu?x yah.. dah menang!) Haku sepak jugak sekor2 kang hakhak!!

Berbalik kepada cite sakit perut. Bukan me sorang je.. Aulia pun 2-3 kali dok ulang2 gitau “Yaya cakit peyut..” me ingatkan sebab Aulia melantak macam2. Harini je dh 2 kali dia berak, x keras cam selalu. Dah sah la kan.. mesti de something yang kami anak beranak makan. Bila tanya hubby dia dh sakit perut dari semalam lagi.. Rupanya kami anak beranak sakit perut sebab makan kat open house semalam.. kami makan satu mende yang sama-satay. Huhuhu.. maka hari cuti ni di habiskan dengan memerut berulang kali & membasuh berak Aulia.. huh, sangat sadis oke!

Hari ni ari ke-3 hubby puasa.. cadangnya nak masakkan nasik goreng simple2 je la untuk dia tapinya dengan badan yang dh x daya sebab sakit perut ni hmmm.. tengok dulu la cane. Rajin cinta hatiku berpuasa.. me nak join gak tapinya asyik x larat je. Awal pagi baby dh ligat dalam perut suh mama breakfast.. kalo x lembik sepanjang ari huhuhu.. Owh, masih ada entry tertangguh nak diceritakan cane kami spend the whole Saturday..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS