RSS

Aktiviti pagi ini

28022010758

Hubby gerak seawal 6.30 pagi. Xde can la nak bergolek2 atas katil di hari cuti nan indah hukhuk.. dengki tau! Kerahan tenaga di mulakan di sini..

page

Si kenit Aulia mengelat, baru lari separuh jalan dh melencong ke sini huhuhu.. sudahnya kena bergilir menunggu dia main.

28022010757

Adik Hana plak x banyak songeh.. selagi ada orang depan mata dia, tersengih je sampai muncung2 mulut ajak sembang. Anak mama baik!

28022010754

Setel berjogging bagai papa bawak gi breakfast. Baru je burn kalori sket masa berlari td dh bertambah double dengan nasi lemak + roti telur muahahahahahh!!! Tengkiu papa untuk hari2 cuti yg penuh dengan holiday & riadah.. sangat hepi.. muah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembali

Kami anak beranak kembali ke sini untuk cuti2 Malaysia!! Sgt happy oke sbb bukan senang kami laki bini nak dapat cuti sama direct 3 hari. Quality time untuk kami laki bini layan anak2 sepenuh masa, bukan 'buat' anak lagi sorang yer hehehe..

untitled

Happy la Aulia dapat spend time kt sini ngan kt beach nanti.. Awal2 dia dh heret floaties dia huhuhu.. Papa kena heret anak2, mama nk melaram muahaha!!

1065479

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kedekut

Situasi 1 :
Anak : Mama bacakan la book ni untuk yaya..
Mama : Mama nak semayang dulu.
Yaya baca la dulu sendiri.. yaya kan pandai.
Anak : Mama ni kedekut la!
-------------------------------------------------------------
Situasi 2 (jam 6.30pagi):
Mama : Yaya, bangun jom. Mama nak pi work dah ni.
Anak : Yaya ngantuk la.. yaya nk sleep.
Mama : Ala, dalam kete nanti yaya sambung sleep la..
Anak : Mama ni kedekut la!
--------------------------------------------------------------
Situasi 3 (jam 12 tengah malam) :
Yaya : Mama, yaya nak makan bishkut keyash.
Mama : Esok la yaya, dah tengah malam ni. Nanti sakit perut.
Yaya : Mama ni kedekut la!
Haisy anak.. mama dh bela ko,bagi makan minum sampai banyak akal gini pun kedekut lagi?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Potty train

pottytraining

Alhamdulillah, semalam 22/2/2010 Aulia genap 3 tahun 2 bulan. As of today sudah 4 hari & 3 malam diaperless. Mak bangga noks! Gi nursery dh x yah pakai pampers sbb dia dh pandai bagitau. Anak saya sudah besar sob..sob.. Mama sgt bangga dengan Aulia. Papa balik nanti kita mintak reward k ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meyostik

Aulia tengah sembang2 dengan tok mama satu hari..

Aulia : Tokmama, yaya nk jadi meyostik.

Tokmama : Yaya nk milo stick? Nanti kita beli ek..

Aulia : Bukan.. yaya nk jadi meyostik!! (start ngamuk hentak2 kaki)

Tokmama : Yaya nk apa? Tokmama x paham la.. (sambil pk panjang)

Aulia : Yaya nk jadi meyostik (mula nk nangis)

Tokmama : Majistret ke?

Aulia : Hah, yang tu!! Yaya nk jadi meyostik!

Tokmama : Alhamdulillah, bagus cucu tokmama cita2 besaq.

Huhuhu.. bagus anak mama. Cita2 nk jadi majistret.. orang lain nk jadi polis, askar, cikgu bagai tapi ntah dari mana plak dia dengar perkataan majistret tuh ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIGA

THREE NAMES I GO BY:

  • May (friends)
  • Mas (families + sedara mara + in laws)
  • Adik ( parents + big bro + SIL)

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE:

  • IT Trainee @ Sharp-Roxy Sg. Petani
  • CSR @ VADS
  • Cikgu Tuition @ Kerteh Edu-Care Centre

THREE PLACES I HAVE LIVED:

  • Kem Terendak, Melaka
  • Tronoh, Perak
  • Kerteh, Terengganu

THREE TV SHOWS THAT I CAN'T MISS:

  • Buletin Utama (Aulia tgk cartoon pun kena bg laluan)
  • House
  • CSI series

THREE PLACES I HAVE BEEN:

  • Bali ( honeymoon)
  • Pulau Perhentian ( masa KPLI)
  • Pulau Pangkor

THREE PLACES I WANT TO GO:

  • Europe
  • Disneyland
  • Jepun

THREE OF MY FAVORITE FOODS:

  • Kenny Rogers
  • Nasi goreng kampung
  • Apa saja yg my mom masak

THINGS I AM LOOKING FORWARD TO:

  • Aulia masuk Pra tahun depan
  • Hana boleh duduk then merangkak
  • Dapat tukar sekolah yg dekat dgn hubby

PETS THAT YOU HAVE OWNED:

  • Gold fish ( masa darjah 5)
  • Tortoise ( named Ninja Turtle ;p)
  • Cat ( blacky, browny, mok & ayan)

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS:

  • Rossa ( Hey Ladies!)
  • Fergie
  • Alicia Keys

THREE FAVORITE TEAMS TO WATCH:

  • I'm not into sports

THREE FAVORITE DRINKS:

  • Horlick Ais
  • Milo ais tabur
  • Air suam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teka Berat Qaseh Contest

Saya join contest nih sebab saya nk support kawan saya susah payah wat contest. Dah.. dah, xmo cakap lebey2.. saya teka berat Qaseh tembam @ 10 months adalah 9.6kg. Kenapa saya teka berat si montel banyak itu? Sebab masa saya terdetik nk join contest tu tetiba je nombor tu terbayang huhuhu.. Qaseh, baik bagi auntie may menang.. kalo x, jumpa lagi skali kang auntie geget!

Teka_Berat_Qaseh 

Sekian, terima kasih ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Urut

Dah 3 bulan beranakkan Hana, hari ni baru la lengkap 3 hari me berurut lepas bersalin huhuhu.. masa dlm pantang bidan kt kampung tu ckp dia x berani nk urut awal2 suh tunggu dh 50 hari. Tup2 masa nk urut sekolah panggil balik meeting akhir tahun huhuhu.. Maka terbiarlah badan ini tidak di belai.

2-3 minggu lepas dh start sakit & sengal2 badan dah tu rasa letih je.. Kebetulan de plak membe kt skolah bg flyers pakej urut lepas bersalin dekat area Inderapura ni. Paling best dia dtg umah lagi!! Waaa.. ni yg paling best. Nak bogel ke hape x la malu sbb kt umah sendiri.

massagetherapy

Start hari Jumaat urut bongkar urat kira ok lagi la, akak urut tu cakap urat dlm badan me dr kaki sampai ke tengkuk sume dh kembang huhuhu.. patut la badan kerap kebas pastu lenguh semacam je. Hari kedua, Sabtu dia dtg kol 2 petang cam semalam tapi hari ni punya la sakit sbb urat2 sume dh terbukak. Sekali dia picit urat rasa cam nk penendang je hakhak!! Sakit walawei!! Third day, hari ni lepas urut dia siap tungku bagai.. Sekali urut sejam setengah dia amik rm50. Orang cakap mahal sbb biasanya tukang urut kt area Pekan amik dlm rm30 je tapi me x kisahlah sbb memang puas hati la dia urut. Bila lagi nk membelai diri sendiri kan? Bukan ada orang lain nk jaga diri ni kalo bukan kita sendiri. Dah beranak, keje penat2 masa ni la nk manjakan diri.

Tangan akak tuh memang superb la.. sambil2 mengurut tu dia cerita gak la sket2 nk bagi ehem2 bagi POWER ekekekek!! Best sbb dia x cerita mengumpat hal org sana sini mcm bidan yg urut masa beranak Aulia dulu. Akak nih dia cuma cerita pasal diri kita je, cane nk belai diri, nk jaga utk jangka masa panjang, jaga utk cik abg *wink* Bukan setakat urut badan je, dia siap urut breast bg lancar susu sbb me de block duct, urut muka, urut sengkak, naikkan peranakan, memang complete satu badan. Lepas2 nih konpem nk suh akak tu datang at least sebulan sekali untuk belai diri ni hehehe..

Akak tu ckp kalo pompuan nk pulihkan diri & urat2 yg dh berserabut dlm badan kena beranak sekali lagi la sbb masa beranak tu urat2 lama terputus & urat2 baru mula tumbuh (develop). Setiap kali kita beranak itu permulaan baru bagi badan kita.. hebat kan kuasa Allah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 bulan 1 minggu 1 hari

28012010528

Usia Baby Hana hari ini.. Alhamdulillah, x banyak ragam & karenah. 2nd child syndrome kah atau mungkin sebab dh ada experience menjaga anak. Menjaga baby Hana x se'tensen' menjaga Aulia dulu. Asyik nk marah & menangis je sampaikan satu tahap me rasa me de baby blues huhuhu.. Rasanya sbb dh lalui semua phase perubahan umur Aulia so menjaga Hana lebih senang. Dah boleh expect apa yg dia nak.. setiap tangisan dia dh ley beza- lapar ke, ngantuk ke, x selesa ke..

Masa kakaknya admitted Hana pun x banyak ragam. Cuma malam mula tu dia nak berbuai , lepas2 tu ok je. Selagi perut x lapar, pampers x lencun & tido cukup Hana x wat perangai. Ada masanya nk berdukung baru la dia bunyi2 sket itupun nangis2 manja, xdelah meraung sampai nk keluar anak tekak. Alhamdulillah, me dapat anak2 yg mudah di jaga. Aulia & Hana anak2 mama yg baik.. mama sayang awak berdua!! xoxo.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benci tapi..

Saya BENCI bila..

  • keluar rumah, dia malas turun kete nk tutup pintu pagar, end up bila saya balik keje pintu pagar terpelahang!
  • dia x pernah check bateri hp dia de lagi berapa bar walopun tau esok dia akan outsation. Tau2 je dia msg "Kena off fon,batri kong".. banzai!!
  • muka dia sentap tp bila ditanya dia cakap "Xde pepe" hasilnya org lain makan nasik, saya plak makan hati dok memikir apa yg x kena sebenarnya?
  • saya selalu jadi org terakhir, xpun kedua akhir, kesimpulannya saya manjang dpt secondary information psl dia ataupun pepe plan dia. Jarang sgt saya dpt direct info dr dia.
  • saya tanya soalan berkajang2 dengan harapan the conversation will be longer tapi dia cuma jawab sepatah.
  • org lain bercakap telefon lama2, siap gurau2 suksik2 tapi saya "Erm.. hah? Ak'aa.. ok.. Bye." letak telefon.
  • kalo bawak kete macam orang gila dpt stereng.. sakit kepala oke! Tambah2 kalo long distance mcm balik kampung ke.. bila saya bebel dia wat x dengar je..

.. banyak mende yg saya benci TAPI..

30012010611

.. dia sayang anak2 saya & anak2 saya sayang sgt kt dia. Saya pun sayang dia.. maka atas sebab2 di atas terhapuslah setiap kebencian huhuhu.. Lembutkan hati seorang isteri? Menerima insan tersayang seadanya.. tapi list SAYA SUKA BILA.. melebihi dr apa yg ada di atas. 7 perkara yg saya benci, 70 perkara yg saya suka tentang dia ;p Inilah pahit manis hidup berumahtangga.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu

Pada ini budak..

30012010631

Hidup sehari2 rasa x lengkap sbb xde jerit pekik macam selalu ;p Rasa pelik sbb xde orang yg sengaja cari pasal untuk di marah. Xde mulut kecoh yg tanya "Mama x mayah yaya ke hari ni?" Rumah sunyi sepi tanpa suara ala2 donald duck yg gelak mengekek, menjerit2 bergalak main x nak berenti dgn papa. Walopun mama dpt tgk House, CSI ataupun movies dengan tenang masih rasa kosong sbb x dengar jeritan "Yaya nk tengok cite Yaya!!". Baru 6 hari Aulia di kidnap tokmama & babah tapi rasa macam dh lamaaaaaa sgt x tengok marathon GBS, Kapten Boleh, Hagemaru, Fukuchan, Mickey Mouse yada.. yada.. yada. Haisy.. masa ada bertekak, bila dh jauh teringat sangat sob.. sob.. Mama rindu yaya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik kampung

After almost a week tokmama & babah dtg sini tgk Aulia, dh sampai masa balik kampung.. seperti biasa Aulia xkan lepaskan peluang la kan? Menggeletis nk ikut balik sama. Kalo nk tunggu mama ngan papa balik kampung, raya cina nanti la baru ley balik. Itupun kalo papa xde last minute nye keje. Cian kt Aulia.. dh kemaruk sgt nak balik kampung so mama ngan papa pun relakan la. Tapi sampai raya cina je tau!! Tokmama & babah siap suh extend sampai cuti sekolah.. owh, cannot huhuhu.. Biarpun membesarkan Aulia adalah sgt menyesakkan jiwa dan menyempitkan pembuluh darah, sesusah mana pun mama tetap akan besarkan anak2 mama dengan tangan sendiri. Kalo nk kena lempang biar kena dengan mama muahahahah!!

PIC074

Yang pastinya bukan mama & papa je yg rindukan Aulia, baby Hana pun mesti tercari2 kakaknya. Jangan x tau.. Hana tersangat suka dgn kakak dia. Bila Aulia dok main melompat2 kt sebelah, dia pun excited kaki tangan berkayuh. Bila kakak mengadap muka, dia bersembang siap gelak2 lagi. Sweet sgt bila tengok moment adik-kakak camtu. Kakak Yaya jangan noti2 dengan tokmama & babah ye.. walopun mama tau Yaya mesti sgt melampau manja. Nanti raya cina mama balik kampung, Hana mesti rindukan kakak Yaya..

PIC105

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS