RSS

“Tadington” trip

Cerita masa cuti Deepavali hari Rabu lepas.. xde plan nak ke mana2 sbb tengah minggu pastu papa cuti pun sehari je. Lepas subuh sume dh bangun, mandi, siap2 sume then gerak gi breakfast. Pastu bawak anak-anak gi main kt tempat rekreasi Taman Jaya. Ramai sgt yg jogging kt sini.. tempat pun ok la bersih.

Photo0848

Masa naik buai ni tetiba Hana nampak LRT lalu atas kepala.. ternganga dia tunjuk “Ma.. tadington!” (Chuggington) 2-3 kali masa tren lalu tu dia tertoleh2 tengok. Excited sgt gamaknya nampak tren depan mata. Selalu tengok dalam TV je. So saya ajak cinta hati bawak anak2 naik tren sbb memang xde plan nak kemana2. Ok anak-anak.. pelajaran hari ini ialah public transport ye..

Photo0850 

Hana yg masih cuious kenapa kita bley naik ‘Tadington’ hari ni?

Photo0851

Bagus Yaya behave dok elok2 dalam tren..

Photo0852

Baby Khayla yg tidur sepanjang perjalanan pergi..

photo0856

Nak tau ke mana kami anak-beranak? KL sentral je hehehe.. xde keje kan naik LRT semata2 pastu balik umah. Tapi nak seronokkan anak2 punya pasal xpe la..

Photo0864

Sampai KL sentral minum2 jap kt Meals Station, bawak Yaya gi toilet pastu gerak balik. Sampai rumah pun dh kol 12 lebih.. separuh hari gak la spend kt luar rumah.

Photo0867

On the way balik baby Khayla dh bangun.. Hana plak amik tempat kt buggy sbb dia pun dh ala2 lalok mengantuk. Balik rumah sume pengsan kepenatan hahahah… So Hana, hopefully dh puas hati dapat naik ‘Tadington’ yer!

Photo0866

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Her 2nd year..

HAPPY 2nd BIRTHDAY MY DARLING ANGEL YASMEEN HANA!! Yeayyy.. alhamdulillah hari ni genap usia bombom mama ni 2 tahun! Walopun sepanjang membesarkan anak mama ni banyak sgt sakit jantungnya dek kerana menjerit sbb selalu bergaduh dgn kakak Yaya tapi mama ngan papa sgt bersyukur di kurniakan anak yg sihat, cerdik, manja & banyak peel yg selalu buatkan kami bahagia.

25_640x427

Mama & papa doakan semoga Hana diberikan kebahagiaan berpanjangan dan semoga sentiasa didalam lindungan rahmat Nya. Semoga Hana membesar menjadi anak yg solehah, mendengar kata & menyenangkan hati kedua orang tua dan sesiapa saja.

28_640x427

Banyak sgt, x tercerita development Hana sepanjang 2 tahun ni.. yang pastinya sekarang ni Hana sgt la talkative walopun kadang2 kami x paham bijik butir yg dia cakap. Seronok tgk dia pok-pek-pok-pek membebel x kira masa. Seminit pun dia x dok diam.. selagi dia x tidor selagi tu la adaaaa je keje dia nk buat.

17_640x427

Happy birthday Yasmeen Hana.. mama & papa sayang kamu hingga akhir hayat! Biarlah selama mana pun masa berlalu kamu tetap anak manja cibombom mama & papa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: “Tadington”

Photo0850

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahad yang biasa-biasa

Tahun ni rasanya dh jarang sgt balik kampung sedangkan jarak nk balik ke Utara ngan Selatan lebih kurang je kot. Masa kt Kuantan dulu bley kata tetiap minggu balik kampung. Kalo bukan Johor.. Kedah, dok ulang alik situ la tetiap minggu huhuhu. Maybe sebab tahun lepas jaga mek nget tu berdua je pastu derang x reti bertekak lagi so boleh la balik kampung dengan aman dan bahagia. Sekarang ni paling lama Yaya ngan Hana bley baik pun 15 minit lepas tu mula la derang lepuk melepuk sesama sendiri. Belum campur menjerit, menangis berebut segala mende alah yg ada. Adoii la.. rasa huru hara dunia. Perjalanan 5 jam rasa macam 5 hari!

Few weeks gak x ke mana masa weekend. Just keluar breakfast then bawak mek2 ni ronda mall jap sampai tengahari, lepas lunch balik rumah tido sampai ke petang. Weekend yg sgt x productive tp best sbb dapat rehat kt rumah. So hari Ahad lepas camtu gak la rutinnya.. cumanya kali ni bawak Yaya buat art dulu sbb ada lagik 7 session. Weekend jangan harap la papa akan bagi mama bangun lewat kan? Komplot anak beranak kol 6 pagi sume dh terbuntang bijik mata.. bila siap2 mandi sume nak keluar rumah tengok2 baru kol 8.30! Sudahnya sampai OU baru kol 9.. 1st session art start kol 11, rentung la nak menunggu papa oii!! Nasib baik la ada tempat nak di tuju xmo bagi mek2 ni sangap.. Meh kita gi tengok ikan ye anak-anak..

IMAG0854

kolam

Nasib baik la baby Khayla pun tengah mamai mengantuk so x banyak ragam.. lalok je dalam buggy tengok the kakaks dok melompat. Risau je mama takut korang plup masuk kolam berenang dgn ikan2 tu huhuhu.. Kol 10 lebih baru gerak gi lepak breakfast kt Toast Box then register Yaya utk 1st art session kt sini.

IMG-20110507-00288

Sejam menunggu Yaya habis buat art, meronda la dulu.. lepas setel sume Yaya ngadu lapar. Singgah lunch kt KFC pastu terus balik rumah sume terbongkang tido. Itu je la kisah hari Ahad kami anak beranak...

IMAG0857 

Sebelum tu, ni hasil  kerja tangan Yaya.. practice makes perfect. So proud of you girl. Nanti kita pindah rumah sendiri bley letak kt depan pintu bilik korang adik beradik eh :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti dan anak-anak

Hari ni start cuti seminggu.. maka di rumah la saya dgn anak-anak. X semua skolah dpt cuti direct, ada yg dapat sehari je masa Deepavali nanti. Cadangnya nak anta mek2 ni ke taska cam biasa tapi malam tadi Hana dh start batuk2 teruk then demam. X sampai hati la pulak.. boleh je nak bekalkan ubat then pesan kt nanny tapi kalo hari keje sanggup amik cuti utk jaga anak sakit x kan la masa dh cuti ni nak biarkan anak yg x sihat dgn orang kan? Biarlah saya jaga sendiri then saya boleh monitor anak makan ubat ikut time.. semoga cepat sihat anak2 dalam jagaan saya.

Photo0832

Kalo dulu pening memikir cane la saya sorang nak jaga anak bertiga sekarang dh x kisah sbb dh terbiasa.. sambil jaga derang saya masih boleh buat keje2 rumah. Basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, iron baju, masak nasik utk derang.. cuma rajin ngan malas je huhuhu.. Kadang tuh saya lagi suka duduk baring bg Khayla panjat badan then biar the kakaks main sampai rumah berkelabung dh tahap tongkang pecah. Lepas dh puas derang buat sepah baru saya paksa kemas hahahaha..

IMAG0850

Baby Khayla sekarang pun dh pandai berebut mainan. Pantang nampak apa yg kakak pegang dia pun nak pegang. Siap menjerit kalo kakak tarik dr tangan.. baru 8 bulan ada hati nak gaduh dgn orang. Kadang x pasal2 kena sepak dgn Hana huhuhu.. Macam2 ragam anak bley tgk depan mata sendiri walopun hakikatnya agak huru hara bila derang dh start bergaduh berebut semua benda haiihh.. walopun rasa xde rehat langsung tp bersyukur lah saya ada anak-anak utk di jaga :)

IMAG0863

Pencapaian terbaik saya hari ni.. bleh tidokan 3 orang anak serentak muahahahah.. vangga.. vangga!! Tido kt bawah je.. tutup TV, tutup curtain sliding door bg gelap sume then buat2 tido. Bila masing2 dh mati kutu tido la, lama gak la dr kol 1 sampai 3 petang hehehe.. dengan saya skali hanyut hahahah..

X sabar menunggu kepulangan cinta hati.. sbb nak pas kt dia plak jaga anak muahahahaha.. keji! Have a happy week y’alls!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Police sentry..what?

315644_1959134388565_1548943722_31521626_408577131_n

310336_1967042066252_1548943722_31528108_1857430721_n

I do know there’s Angry Bird & Talking Tom.. haiiisyy..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby 8 bulan saya

Baby 8 bulan saya ini adalah tersangat aktif & advance dalam segalanya. Kalo the kakaks at this age baru nak belajar menyulur xpun baru nak gaya merangkak laju tapi baby 8 bulan saya ni dh master merangkak. Favourite spot dia ialah bilik air.. kejap je hilang dr pandangan tau2 dh ke dapur. Pastu pantang nampak pintu rumah terbukak, laju je menuju. X padan dgn kenet.. ada hati nak meneroka alam luas kt luar rumah!

DSC_2100_640x424

Sekarang dengan jayanya memanjat & meniti sepanjang apa yg di pegang... haisyy.. kamu terlalu advance la sayang. Mama nak kamu jadi baby mama lama sikit huhuhu.. belum puas mama peluk, gomol kamu setiap hari. Sekarang dh pandai x suka kalo papa cium lama2.. menjerit dia marah! Pantang nampak apa saja yg boleh di panjat konfem dia angkat badan.. dh kecik comey, ringan je la badannya. Last week dh terlentang sbb memanjat bakul smapah kt dapur. Mama tgh basuh pinggan, x tau dr mana dia datang tarik bakul sampah nak memanjat la kononnya.. tau2 bunyi berdentum telentang pastu selop melalak. Haih, x padan dgn demam2 pun lagik mau merayap merata. Demam nak bulih akal la kan?

298164_1884428200957_1548943722_31468000_3740588_n

Last week, baby 8 bulan ini demam kuat sgt. Demam betul2 hari dia genap 8 bulan – 10/10/2011. Sampaikan ada sekali tu temperature shoot sampai 42 degree. Owner taska call bagitau terus mama zass x cukup tanah bawak balik. Risau sgt hati tengokkan Khayla yg asyik xde mood manjang sedangkan hari sebelumnya baru gi klinik. Kesian sgt baby Khayla masa tu sebab lembik je x buas merangkak macam selalu. Kalo x, pantang baringkan je dia laju je pusing gi merangkak.. ini bila letak terbaring camtu la. Cane hati mama x risau? Bila demam dh baik keluar rashes mcm campak sekam tu.. berbingkai2. Hati dh x keruan pk kena campak plak ke? Sebab Hana dulu camtu gak.. Alhamdulillah gi dptkan 2nd opinion, doc cakap just rashes sbb sebelum ni suhu badan dia terlalu panas.

308098_1946759079190_1548943722_31514163_1041461455_n

Sekarang ni baby 8 bulan saya dh sihat walafiat. Aktif & x reti diam. Pantang letak terus merayap merata ceruk rumah. Tugas mama sekarang ‘mengutip’ baby Khayla.. xde can nak terlelap terlayah masa balik skolah. Letih jangan cakap la.. xpe, asalkan kamu sihat mama dh cukup bahagia. Mama doakan yang terbaik dalam segalanya untuk kamu & the kakaks. Sayang sgt anak2 mama ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari masa

Jeles la tengok orang bleh buat banyak2 entry dalam 1 hari. Teringin sangat nak update blog kerap, sbb rasa cam terabai je blog ni. Orang lain 3-4 entry sehari, saya plak dapat buat 1 entry dalam 3-4 minggu dh besar tuah. Memang saya keje separuh hari tapi kebanyakan masa sy di penuhi dgn aktiviti utk anak2. Semua buat sendiri, gini la hidup working mom yg xde pembantu. Bizi dgn hal skolah & keje2 rumah sampaikan rasa x cukup tanah nak berpijak, x cukup udara nak bernafas uhuk..uhuk..

Banyak sgt cerita yg nk share.. lepas balik trip ke Lost World of Tambun haritu ada sambutan Hari Kanak2 peringkat sekolah, esoknya gi Perkhemahan Tahunan kt Hulu Langat. Hari ni plak ada LaDaP dr kol 7.30 pagi sampai 3.00 petang. Bisa badan gi jungle tracking masa camping hari tu pun x abis lagi, di tambah plak penat badan x abis2. Esok cuti sehari pastu next week plak start exam budak2 PPKI. Kalo cikgu2 aliran perdana bleh relax masa budak2 exam, cikgu pendidikan khas makin tambah stress masa exam hakhak! Bukan senang oke nak bg budak2 khas ni buat kertas exam. Kena pegang tangan derang pastu tambah dgn mcm2 peel derang adoyaii.. bikin panas hati! Silap2 cikgu yg buat kertas soalan, cikgu gak yg jawab soklan peksa huhuhu.. stress gue!! Till then.. nanti kita cerita ceriti lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Trip PPKI ke Lost World

Uiihh.. jarang saya nk bg tajuk panjang2 kt entry hehehe.. Jumaat lepas 30/09/11 saya join trip PPKI bawak budak ke sini..

images1

Supposed to be school trip tapi memandangkan dh hala ke utara & sah2 x jauh nak balik kampung maka saya heret suami & anak2 join sekali. Pix sume amik dr internet huhuhu.. Gambar yg saya sempat amik cuma masa beratur nak masuk masa kt entrance je, lepas tu memang x sempat dh sebab huru hara nak menjaga mek2 ni yg macam2 perangai..

309735_1956453561546_1548943722_31519630_1419889337_n 

Boleh plak masa awal2 sampai si Aulia ni buat perangai menangis merebeh2 air mata masa gi Petting Zoo sbb dia fobia ular. Adoyaii.. pastu bila sume orang tanya “Kenapa nangis ni?” lagi kuat la dia berdrama air mata. Haii.. masa ni nipis je sabar mama ni Yaya, sikiiiit sgt je lagi ko nk kena penampar. Hana ngan Khayla relax je x menangis, ko plak lebih2 meraung.. boleh? Buat malu mama je depan orang. Lenkali jangan harap la mama nak bagi ko ikut. Ko tinggal je la kt skool.. biar mama je seronok sorang2 huhuhu..

tambun6

Tapi bila dh smpai sini.. rasa x sampai hati plak kalo saya x bawak anak2. Mesti saya teringat2 je kt derang. Alhamdulillah mek2 ni pun sume ok by the time dh masuk air. Dah x buat perangai. Mama pun join sekaki main air kt sini ngan anak2 + budak2 PKI. Dah jadi budak2 plak main sampai x reti2 nk keluar pool. Nasib baik la cinta hati volunteer nak jagakan Khayla.. thanx banyak2 sayang.. Khayla pun x banyak peel. Xde nak nangis2 ke apa. Kalo bunyi pun sebab lapar & ngantuk. Bagi nenen pastu dodoi2 sket dh tido. Good girl la Khayla ni! Dia pun saya bagi main kt gigi air sekejap. Suka je dia bila dibiarkan dapat merangkak dekat air tu. Explore la puas2 baby. Bagus utk develop baby punya motor skill, social skill..

On the way balik Sp sume terlentok keletihan dalam kete. Sampai kampung dalam kol 8 malam. Maka di sini lah kami weekend ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS