RSS

Our Krabi Trip :: Day 2

Hari ke 2 kami start seawal kol 10 pagi.. bangun lepas solat Subuh tu Yaya ngan Hana still merengek badan panas ditambah plak dgn batuk alahaii memang betul2 rosak mood cuti mama. Nasib la anak kan? Aktiviti kami hari ni Elephant Ride. Papa dh keluar dengan member dia gi beli breakfast. Lepas setel breakfast masih awal lagi so saya paksa Aulia berendam dalam pool yg betul2 depan bilik. Kesian Aulia x seronok je kena paksa sedangkan kalo x dia yg paling pantang nampak pool asyik mintak nak swim. Ni xde perasaan, siap nangis2 lagi. Hana plak lom pepe dia yg nak terjun dulu!

IMAG1065_640x480

IMAG1067_640x480

Lepas mandi pool siap2kan derang sbb dah nak gerak. Masa nak siap2 tu Aulia dh menggigil2 sampaikan berlaga lutut dh. Menyesal lak saya paksa dia berendam huhuhu.. nasib baik bawak sweater ngan stokin so dh siap pakai baju saya bungkus bagi panas badan. Hana bila nampak kakak pakai sweater dia pun sibuk2 nak pakai.

403340_10150511867493543_525913542_8739906_1784768274_n_640x480

 

IMAG1070_640x480

Memang tepat la pilihan saya x nak bawak Khayla. Sepanjang kt Krabi ni Hana asyik nak berdukung je. Merengek jangan cakap la.. Aulia pun sama. Sepanjang perjalanan ke Elephant Sanctuary ni derang betul2 melepek. Perjalanan dari satu tempat ke tempat lain jauh & makan masa sket. Bleh kata most of the time kami dok dalam van je. Betul2 travel la.. x rugi sewa van sampai beribu huhu.IMAG1075_360x480

IMAG1081_640x480Sampai sana baru la Hana nampak cam excited sket dapat tengok elephant depan mata. Hana asyik dok ulang2 cakap “Mama..epipent gajah biru!” cam Jumbo Gajah Biru yg dia selalu tengok. Aulia masih xde perasaan tengok gajah tu. Memang mood dia ke laut la..IMAG1090_640x480

IMAG1104_640x480

Masa dh naik duduk then gajah tu dh berjalan baru la Aulia cam excited sket nak bercakap2. Hana plak asyik dok ulang “Anna nayek epipent..besh!!” 1 hour elephant ride ni rasanya terlalu lama la.. memula derang ni excited la pastu lepas setengah jam mula la tanya “Lambat lagi ke nak sampai?” huhuhu..

401415_3109876910142_850127344_n_640x359

IMAG1107_640x480

IMAG1144_640x480

Balik tu singgah late lunch ramai2 then sume nak terus ke Emerald Pool tapi too bad masa sampai tu lagi 5 minit nak tutup. Walopun hari kedua ni 1 aktiviti je tapi sangat letih & saya dh start sakit kepala sebab perjalanan yang jauh sgt makan masa. Duduk terperap dalam van dengan mek2 ni yg asyik merengek adalah penyumbang kepada sakit kepala saya. Sebelum balik derang singgah kt Night Market kt Krabi Town tapi saya ngan cinta hati just stay dalam van sebab temperature Hana ngan Aulia dh start shoot. Alahaii..

Saya plak masa tu dh start bersin x berhenti. Hidung dh rasa cam nak pecah pastu kepala plak sakit gila rasa cam kena ketuk dengan hammer dah ni. Masa tu pikir nak balik bilik je.. nasib baik la bawak ubat flu ngan pain killer. Memang betul2 penyelamat! Muka saya masa tu dh macam langsuir dh rasanya kot. Memang sakit kepala yg x tertahan ditambah plak dgn mek2 ni yang merengek menambahkan sakit jiwa. Nasib baik la cinta hati ni memang penyabar sgt melayan karenah anak2 dia pastu tambah plak kali ni dgn karenah bini dia huhuhu..

Malam tu Ammar member cinta bagi ubat bullet. Nasib baik derang memang bawak ubat spare sbb derang bawak anak kecik yang selalu demam. Dedua orang kena masukkan ubat bontot pastu trus tido. Malam ni xde aktiviti. Orang lain sume keluar sewa motor merayap sekitar Ao Nang tapi kami anak beranak trus padam huhuhu.. Habislah day 2 kami. Masa ni saya pikir.. memang sgt x best la percutian saya kali ni haiihhh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Our Krabi Trip :: Day 1

Few weeks before cinta hati bawak balik brochures tunjuk kat saya. Ingatkan cinta hati main2 je bila cakap nak bawak saya ngan anak2 gi bercuti kt Krabi. Cam x terbayang dek akal je nak heret mek bertiga tu gi bercuti luar Malaysia. Dah la nak buat pasport pun satu dugaan. Itu nanti cerita entry lain eh..

419382_10150562525089871_664889870_8650517_611780310_n

Journey bermula Jumaat malam 20/1 gerak dalam kol 11 malam sbb tunggu orang lain sampai. Sampai Sp singgah drop Khayla. Saya memang x bercadang nak bawak bb Khayla sbb saya tau nanti makan minum tido dia x tentu hala. Orang ada baby tau la cane cerewet nya bila bawak baby gi bercuti jauh2. Khayla pun masih lom tau nak merasa apa seronoknya gi bercuti kot.. kesian je kt dia dapat letih je nanti. So saya tinggalkan dgn tokmama ngan babah. Suka sgt la tokbabah dpt spend full time dengan cucu kenet ni. Pantang merengek sket trus berdukung!

407952_315214068520524_100000958008475_822243_1235403558_n_640x480

Photo0475_640x480

Lepas breakfast bagai kami teruskan perjalanan. Stop jap kt Bukit Kayu Hitam nak buat insuran then beli jajan kt The Zone. Seingat saya sampai border Thailand dalam kol 12++ tengahari kot sbb terasa matahari terpacak atas kepala masa berhenti cop pasport tu. Lepas sket dari border kami berhenti lunch dulu, masing2 dh lapar. Kami 4 beranak join colleague cinta hati gi sana naik 2 van. 1 van ada lah dalam 9 orang termasuk la budak2.

Photo0477_640x480

Photo0483_640x480 

Perjalanan tersangatlah panjang.. campur dengan berhenti solat & makan2 sume, sampai hotel lebih kurang kol 8 malam. Bayangkan kalo saya bawak baby Khayla? Saya pun dh rasa letih gila, kalo baby mau mengaruk sepanjang jalan! Di tambah plak ngan Aulia ngan Hana yang x sedap badan sebab dah seminggu start dari Sabtu lepas derang 2 beradik demam on-off. Aulia dh kebah, Hana plak demam silih berganti. Memang saya pun dh 50-50 pikir nak gi bercuti dengan keadaan derang yg camtu tapi sbb cinta hati dh susah payah plan & bayar semua x kan la nak cancel..

401262_3109782827790_1360928888_33219439_270529759_n_640x359

Kami stay kat Sabai Mansion, Ao Nang. Sampai2 tu lepas check-in, mandi2, rehatkan badan jap kami keluar dinner kt restoran halal Orchid Restaurant. Night view kt Ao Nang memang sgt happening! Ingatkan masa keluar malam tu nak la berjalan2 sambil window shopping skali Aulia ngan Hana dedua memang buat perangai bikin panas hati mama! Semua benda x kena, sket2 nak merengek. Rasa menyesal sgt2 bawak derang ni.. apsal la mama x tinggalkan korang dgn tokmama ngan babah je?! Why? Why?

Tapi xley nak salahkan derang 2 beradik la sbb dengan x sihatnya pastu letih perjalanan lagi.. tambah plak masa kuar dinner tu dh dekat kol 9 lebih. Mek2 ni stok kol 8.30 dh masuk sarang.. alamatnya memang susah la nak bawak berjalan malam. Nasib la mama x dapat merayap malam hari huhuhu.. Masa sampai tu nak bagi kt Hana ubat demam bley plak dia gi tepis ubat tu, abis tumpah sebotol. Adoii la.. memang bagi hangin satu badan la!! Masa balik tu singgah farmasi beli ubat demam then sebelum tido bagi kt 2 beradik tu. Maka habislah hari pertama kami..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS