RSS

Hujung minggu ini

Papa xde naik laut uwaaaaaa!!! Alahaii bosannya terperap kat umah dengan mek2 ni. Orang lain sibuk beraya sana sini, attend open house.. laki meks dok tengah laut plak huhuhu.. Budak2 ni plak dah 2 minggu asyik dok kat kampung dari Kedah ke Johor pastu ramai plak melayan, bila balik umah kena wat hal sendiri2 dah semua mati kutu ahahaha!!

IMG_20130817_073726

Bangun pagi semua mengadap tablet.. sorang amik iPad, sorang amik Tab, sorang amik iPhone. Eh, abis mama nak guna apa? Mengadap laptop je la jawabnya ahahahah!! Boleh je nak guna kuasa veto amik je semua gajet yang ada tapi alang2 diorang boleh dok senyap at least utk sejam pertama pun cukup la. Bagi aman sket hidup mama untuk sejam tu pun jadi la..

041a1ed3-f522-4490-a88a-c09e2f202ed5

Baby Zulfa pun dah sihat. Melawat kawasan je kejenya huhuhu.. Xde dah demam2 bagai. Bila sampai umah bukan main dia melasak, panjat merata. Adoiyaii.. awak tu dah la kenit je. Kang tertonggeng penyek lagi idung tu.

Esok dah skolah. Sakit jiwa la mama nak tuning balik rutin pagi mek2 ni huhuhu.. memang bergegar balik la satu taman dengar suara petir mama di pagi hari. Kuping chicken pox masih lom luruh sepenuhnya, rasanya taska pun mesti reject Zulfa esok. Ada potensi mama kena sambung cuti khas untuk jaga anak sakit. Papa… balik la cepat!!! Mama dah sangap dok umah ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beraya di Hospital Pantai

Raya kedua x ke mana sebab bagi can papa rehat sebab malamnya nak drive Sp-Bp. Lagi pun nak bagi peluang mek2 ni main dengan sepupu diorang. Dah la jarang jumpa. Raya cam ni je la ada peluang nak main lama sket. Zulfa dah start demam dari raya pertama lagi. Just bagi pcm yg memang sentiasa bawak tapi dah petang pun demam x kebah. Asyik merengek je.. so gi klinik biasa, Cari paed semua tutup. Ye la.. baru raya kedua kot.

1001573_4940479400327_2113130714_n

Balik klinik dalam kol 5.30 trus bagi ubat then Zulfa tido je. Masa nak bagi 2nd dose ubat dalam kol 9.30 malam tu cam biasa la dia menggelupur melalak sampai muntah2. Tetiba mulut biru pastu kaki tangan semua biru! Oihh.. xley jadi ni. Terus gerak cinta yang masa tu tgh tido. Dia pun terpinga2. Shoot ke A&E Pantai. Cuak giler sebab masa tu Zulfa biru satu badan pastu lembik.

14491_4947786583002_2078651440_n

Masa kat A&E asyik menangis je sebab Zulfa dah pandai xmo kat orang yg dia x kenal. Sepanjang malam dengar dia melalak bila doc&nurses tengah ‘proses’ dia. Dari wat heartbeat, blood test bagai sampai la kemuncak masa masuk drip sebab baby Zulfa dah dehydrated sgt. Kesian tengok dia lembik keletihan bila dah puas melawan huhuhu.. Dekat kol 12 tgh malam gak baru setel masuk ward sume.

1157460_4947890265594_258878400_n 

Dari raya kedua malam sampai petang raya kelima baru leh discharge. Zulfa sampaikan kenal muka paed ngan nurses. Pantang ada nurse masuk bilik walopun utk amik temperature reading je pun dia dah melalak nak keluar anak tekak! Itu belum lagi masa bagi ubat, flush drip everytime nk bagi antibiotik, ngan wat sponging. Temperature Zulfa cuma turun lepas dlm 10 minit bagi pcm pastu shoot border 37-39 balik. Haiih.. memang xde harapan la nak kluar spital awal sebab paed memang nak monitor demam dia tinggi sgt.

1170850_4950728656552_1349955564_n

Sedih hati saya everytime Zulfa menjerit “nanak” atau “atit” bila nurse masuk bilik. Masa2 x sihat ni memang dia xnak sape2 la selain mama kan? Dengan papa pun ikut mood. Kalo rasa nak.. leh la papa take over jap sementara mama nak mandi ke, semayang ke.. kalo dah dia xnak memang dia meraung. Jaga anak sakit memang mencabar kesabaran jiwa raga. Dah la mama pun penat kejap2 terjaga tengah malam bila Zulfa merengek.. maybe gatal chicken pox tu baru nak naik abis. Lom campur dengan sangapnya dok dalam wad tu. Adoiyaii.. orang lain beraya umah sedara mara, kami beraya dalam spital. Xpe la.. dugaan Syawal.

557968_4950895860732_1615242165_n

Zulfa pun pandai boring bila dah lama sgt dok dalam wad x leh nak melasak, inikan pulak mama. Asyik mengadap tv 24 jam huhuhu.. Alhamdulillah tengahari raya kelima dah leh setel2 discharge semua. Paed cakap Zulfa biru tu maybe sebab muntah tersekat masa dia makan ubat tu then heartbeat rate dia sampai 200++ sebab chicken pox tu sama contribute. Alhamdulillah yang penting Zulfa dah discharge dari spital. Merasa la tahun ni mama & papa beraya kat spital. Semoga anak2 mama semua diberikan kesihatan berpanjangan.

999097_4955435494220_938367195_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidilfitri 2013

Yeaa.. tahun ni turn beraya kt Sp huhuhu. Suka sangat sebab lama dah x balik kampung since cinta keje JB. Kalo dulu pantang weekend je mesti lari balik kampung. Xkira la Sp ke Bp.. kadang tu bley rotate. How I miss those moment. Skolah dah cuti dari 5hb tapi cinta start cuti 7hb.. maka bertapa la saya dengan mek2 ni kat umah menunggu hari nak balik kampung. Tapi perasaan tu best sebab ternanti2 masa nak gerak balik. X caye tengok muka dalam pic nih.. happy abis ahahaha!

1012434_4934314606211_1009415634_n

Maka beraya la kami di Sp tercenta hehehe.. memang kami ikut sistem giliran sebab saya 2 beradik je so seboleh2nya x nak la mama dengan abah beraya berdua je. Tahun ni turn saya balik Sp, abang saya balik umah mertua. Cinta cuti 6 hari so plannya balik Sp 3 hari selebihnya balik beraya Bp. Raya kat Sp x la semeriah raya kat Bp sebab kat sana ramai tapi still hepi sangat sebab semua orang tersayang ada di sisi.

21649_4939297690785_1011626477_n

1098184_4939603978442_740555116_n

Pagi raya mek2 ni bangun awal cam besa. Early risers.. kol 6.30 pagi sume dah terbelalak mata! Tunggu papa ngan tok babah balik semayang raya sampai tido2 dah Khayla. Salam beraya pun lebih kurang.. xleh nak amik gambar proper sebab masing2 wat perangai. Sudahnya gambar raya apa yang ada je..

945782_4939510496105_516643269_n

1157668_4941493705684_312411812_n

Lepas siap2 semua gerak gi umah Tok Su beraya umah Mak Ngah.. lepak lebih kurang 2-3 jam pastu gi beraya umah Mak Teh sampai petang. Makan.. makan.. makan.. pastu semua dah lemau sebab banyak sangat makan. Maka habis la raya pertama kami.. Esoknya raya kedua cadangnya x nak ke mana2 sebab malam nanti nak gerak balik Bp. Nak bagi papa rest sebab nak drive jauh kan.

1011501_4940101750886_1783416675_n

X banyak sangat gambar raya kami kali ni. Baby Zulfa cranky sket sebab demam then naik chicken pox. The kakaks plak dengan peel masing2. Kejap OK, kejap KO. Nasib la anak ramai.. gini la. So far this is the best family pict.. I’m loving it! Selamat Hari Raya Aidilfitri yaww..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS