RSS

"Tanteek x maa?"

Last week masa balik sekolah amik Aulia dr skool, nanny kt nursery cakap xde elektrik dr kol 10 pagi.. Giler betul.. Kesian kt budak2, sume tinggal pampers je sebab kepanasan. Yang betul2 tahan je bley tido, itupun kejap2 merengek. Alahaii.. kt taman ni bape kali dh TNB wat hal gini. Xde karen dr kol 10 pagi sampai kol 6 petang plak tuh!

Me hangin je.. dh la balik rumah panas2 dengan sakit kepala nya lagi. Sudahnya, me amik Aulia then trus g East Coast Mall. Mula2 harus la g lunch dulu sambil2 menyejukkan badan & hati yg panas hehehe.. Mula2 mintak ini dulu..

IMG0970A

Lepas tu sambung dengan yang ni pulak..

IMG0974A

Nampak dalam menu cam sikit je.. itupun konon tamak nak order yang lain huhuhu.. sejam lebih gak nak mengabiskan sorang diri. Aulia cuma berminat dengan fries & chicken soup tu je..

Masa mama sibuk melahap, anak dara ni sibuk dengan aktiviti ni..

IMG0969A

Habis satu handbag mama dipunggahnya. Di sebabkan mamanya nak makan dengan tenang so biarkan je la.. walopun hancur segala mak nenek harta meredak mama. Xpe.. kalo rosak bleh beli lain kan papa? Ngeeee!!!

Kalo dh namanya anak perempuan tu, ganas camane pun minatnya tetap ke arah girly2 stuff gitu huhuhu.. Ntah dari mana dia belajar.. rasanya mama x pernah mekap depan dia..

IMG0971A

IMG0972A

IMG0973A

Bila rasa macam dh siap nanti mula dia muncung2kan mulut pastu senyum2 tengok mama then tgk cermin.. "Tanteek x maa?" hakhak!!

Kalo papa ada mesti awal2 lagi papa dh cakap "Canteekkknyaaaa... anak sapa la ni?" pastu nanti Aulia malu dia cakap "Janan la tenok yaya.. janan ya.." tau pun malu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 over 10

Alhamdulillah.. everything went well. Me & hubs sgt2 enjoy tengok wayang walopun mek kenit nih menggelisah je sbb dia memang x reti duduk diam- bontot de duri agaknya huhuhu.. So papa, this is your present for this year oke! Mama ngan Yaya bawak g tengok wayang yang papa pilih.. *wink*

Mula2 cadangnya memang la nak tengok Ice Age 3 sebab ni 1st time bawak Aulia g cinema kan? Maunya dia mengamuk nak keluar wayang kang rugi je duit tiket huhuhu.. on the way g Berjaya Megamall tuh dia tertido dalam kete. Xpe la..bagi can la sebab dia bangun awal pagi tadi. Dalam kol 11.30 am masa tgh beratur beli tiket elok je dia terjaga huhu.. Celik2 mata je dia tersengih2 tunjuk banner depan mata dia.. Ice Age 3 ngan Transformers 2 side by side. Tanya hubs nk tengok cite pe.. hubs pun dah macam kanak2 susah tul nak wat pilihan hakhak!! Since harini nk celebrate birthday boy kena la tanya pe yang dia nak tengok kan? Then hubs plak tanya Aulia "Yaya nak tengok cite pe?" Konfiden je mek kenit tuh tunjuk "Yobot.." hubs tersengih sampai ke telinga.

So.. dari nak tengok Ice Age 3 kami tukar plan tengok yang ni..

transformers2

So far perangai Aulia dalam cinema bleh la me rate 5/10 huhuhu.. owh, cite Transformers 2 ini adalah sgt best!!! Me sgt puas hati.. tapinya kali ni yang me nk reviewnya cuma perangai Aulia dalam wayang huhuhu.. Sejam pertama ok lagi mengunyah pop corn, walopun bontot dia dh x senang duduk kt kerusi. Sejam kedua dia dh mula nak turun naik kerusi, kejap nk g kt papa, kejap mengeliat, kejap nk bangun.. last2 lepas adegan tergolek atas tangga cinema yang rendah tu dia nangis de la x sampai 2 minit hakhak!! Padan muka.. menggeletis sgt!

Masa dekat2 nak habis cerita tu baru la dia cam settle down sket. Rupa2nya dh layu giler.. dh mengantuk sgt2 gamaknya. Tu yang lembik longlai je.. Masa keluar wayang tengok2 dh selamat..

IMG0982A

Papa hangin je sepanjang movie, mek kenit nih de je nk buat perangai huhuhu.. x ley concentrate. Xpe la yang.. inikan 1st time kita bawak anak g movie. Lepas2 ni dia dh tau ok la. Apapun me tau hubs enjoy tgk cite Transformers 2 hari ni.. there's still a boy inside my man ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cubaan pertama..

Me MC arini (muahahahahah!!) since darling hubs amik cuti.. nak cover balik celebration ari Jumaat yang x menjadi. Tapinya dh xde seprais bagai, cuma spend quality time anak-beranak je la hehehehe.. pagi tadi sepagi kami layan Aulia kat sini..

SDC11955

Tengahari ni cadangnya nak bawak Aulia g tengok ini plak..

Ice_Age_3_Dawn_of_the_Dinosaurs_Mobile_Game

Kiranya ini percubaan pertama nak bawak Aulia masuk wayang.. haruslah ku bekalkan dengan segala mak nenek makanan yang ada semata-mata nak bagi dia dok senyap sepanjang 2 jam tuh huhuhu.. Semoga cubaan pertama ni berhasil..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tika & saat ini..

Me dan darling Aulia sedang menunggu kepulangan encik suami.. waaaaa, sgt bahagia oke sbb kali ni hubs g cuma untuk 2 hari!! Tadi hubs call suruh siap2 sebab dia dah on the way balik.. nak keluar g brunch sama2 ye.. Aulia sgt la excited nak jumpa papa, selang 5 minit je tanya. Nasib baik de marathon GBS so de la something untuk distract dia sekejap. Have a happy weekend ye.. sbb me HAPPY!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak-anak..

Waaa.. macam best je bila sebut perkataan tu kan? "Anak-anak saya.." macam ramai je sedangkan baru nk masuk 2 orang huhuhu..lebih dari 1 tuh kira banyak la kan? Dah lama sangat x update pasal Aulia ngan adik baby dalam perut ni..

yaya

Aulia masih lagi dengan perangai yg orang tua2 anggap 'BUDAK NAK DAPAT ADIK' a.k.a perangai melampau/mengada-ngada/menguji kesabaran yang dibuat2. Dia tau sgt perangai yg dia buat tu memang akan buatkan mama @ papa marah tapi dia tetap nk buat. Camane tuh? Kalo ikutkan badan yang letih balik keje, hati yg terbakar sebab kepenatan then nak melayan kerenah yg menyakitkan hati.. aduss, mau ku ikat je dia kt kerusi then plaster mulut tu bagi dia senyap.

Perangai Aulia mmg sgt2 menguji kesabaran sekarang ni.. even papa yg penyabar pun dh sampai satu tahap menyampah nk melayan peel dia yg tiba2 melalak/mengongoi macam orang kena dera setengah jam NON-STOP! Non-stop ye puan2.. bleh bayangkan x kalo dalam keadaan kita yg letih lesu balik keje tiba2 bingit je telinga dengarkan budak nih melalak TANPA SEBAB.. nak kata sakit perut ke, hape ke.. KENA SAMPUK ke.. xde la pulak. Bila me mengadu kt my mom (yea..me masih mengadu hal2 remeh gini kt my mom sbb she'll always be my shoulder to cry on, no question ask), my mom akan cakap "Biasalah.. budak nk dapat adik. Dia dh tau, dia dh rasa.. sabar je la. Kita nk buat cane lagi.. org xde anak sibuk nk dapat anak. Adik dh de anak ni camni la caranya plak.."

Solution yg me ngan hubs amik LAYANKAN JE LA.. maybe perangai dia sekarang ni salah satu phase dalam TANTRUM 2 yg akan berlalu. Bukan maksudnya kami biar dia mengada2, melalak x tentu pasal sbb perangai dia sekarang makin dipujuk, ditanya kenapa makin menjadi2.. jadinya kami buat x tau. Mula2 pujuk dulu tanya kenapa? Kalo dh ditanya makin kuat dia melalak, mengada2.. kami buat x tau. Biarkan je dia nk melalak sampai terkeluar anak tekak pun. Kalo kt umah buat mende lain. Selalunya me ngan hubs masuk je bilik tido biarkan dia melalak sorang2 depan tv tu. Kalo dalam kete kami bersembang je buat x tau, macam xde pepe.. so far bila dia tau xde orang nk melayan pandai la plak dia senyap. Tapi kadang2 tu syahdu je tengokkan dia tersedu2 sorang2.. x sampai plak hati.. haihh..

cartoon14

Adik baby pun dh pandai buat perangai.. perut me sekarang asyik cekang je memanjang. Sampaikan dh x selesa nak duduk, gerak even nk tido.. baby suka sgt duduk belah kanan bawah perut xpun kt rusuk. Sekali dia buat peel tendang berkali2 rasa sesak nafas. Hari Selasa lepas masa dia cukup 19 minggu g scan kt KSH sbb sakit sgt dh bawah perut me. Nak berjalan pun bisa je.. sekali tgk dia tgh menonggeng then kaki dia tendang2- sebijik macam Aulia mengamuk!! Adeh.. bakal ada 2 orang Aulia. Lunyai la mama gini.. tp adik baby nya development mmg banyak progress. Masa scan tu besar dia dh 19 wks 4 days..

Sampai hari ni cekang kt perut tu masih x hilang.. memang sgt laaa x selesa. Nak buat satu keje pun x jadi, even nak rest pun sakit! Kalo tido tengah2 malam nak beralih dr telentang nak mengiring pun aduhaii..bercinta!! Rasa macam nk tercabut segala sendi yang ada dh tu badan ni memanjang rasa macam dicucuk dgn berjuta2 jarum-BISA! Ni baru nk masuk 5 bulan tp jalan pun dh mengengkang hakhak!! Tapi Alhamdulillah.. so far berat masih stick 62kg x naik2 then bila buat MGTT pun result masih 4.6 mmol gitu. Cuma sekarang ni emosi sgt la x stabil.. maybe sebab badan letih, Aulia wat perangai, hubs selalu xde sbb tu segala emosi tu bercampur bagai. Sebab tu la walau sekelumit ketidaksensitifan hubs, air mata me akan jatuh x leh nk disekat2. Sikit2 nangis huhuhu.. emo tul!

Biarpun mama garang macam singa, selalu marah2, bukan mama terbaik untuk anak-anak mama tapi Aulia ngan adik baby kena tau.. mama sanggup lakukan apa saja untuk korang. Xde ibu yang x sayangkan anak yg dh dikandungkan dan dibawak ke mana saja selam 9 bulan mengandung.. Mama sayang anak-anak mama..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS