RSS

Wordless Wednesday : Looking forward for this

beach-holiday2-08

Holiday

holiday2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa bayi menangis?

“.. dari dlm perut Allah dah memberi pesan kat umatnya akan perintahnye. Bayi menangis bila keluar coz dia takut tak dpt memegang amanat yang Allah berikan pada nye. Bila baby kuar selalu tangan dia seolah2 menggengam sesuatu. Itu lah genggaman amanat Allah. Bila genggaman tangan dah lepas seolah2 dia dah bersedia dgn apa jua rintangan dunia. Dan masa tu dia dah pandai senyum lah.. “

cry

Tahukah anda, setiap tangisan bayi mempunyai maksud tersendiri untuk mengungkap keinginannya. Kerana itu perlu untuk anda fahami apakah maksud di sebalik tangisan bayi agar lebih mudah untuk anda menanganinya.

Tangisan merupakan salah satu cara untuk bayi berkomunikasi. Tangisannya tidak semestinya sama sepanjang masa. Anda perlu belajar memahami suara tangisan tersebut agar lebih mudah untuk anda tahu apa yang diinginkan oleh si kecil anda.

Berikut panduan yang boleh anda ikuti untuk memahami tangisan bayi.

  • Lapar - Salah satu sebab mengapa bayi menangis. Tangisan lapar selalunya berpanjangan dan iramanya teratur. Jika dibiarkan, tangisan tersebut akan menjadi semakin kuat. Jika bayi menangis begini terutama setelah anda memberinya makan atau menyusuinya kira-kira satu atau dua jam sebelumnya, ini bermakna bayi anda sudah mula haus atau lapar semula.
  • Lampin Basah - Lampin yang terlalu basah atau sudah kotor dengan najis juga akan membuatkan bayi berasa tidak selesa. Dan mereka hanya dapat menyatakan rasa tidak selesa itu melalui tangisan. Tangisannya lebih kurang sama dengan tangisan lapar, namum tidak terlalu kuat. Jika anda cuba memberinya susu dan dia tidak mahu namum masih menangis, periksalah lampinnya kerana ia mungkin penyebab mengapa bayi anda menangis.
  • Kesejukan - Bayi yang baru lahir akan terasa tenang dan selesa apabila dibedung kerana ia membantu memberi kehangatan pada tubuhnya seperti sewaktu di dalam rahim ibunya. Kerana itu apabila anda membuka bajunya, dia mungkin akan menangis sebagai tanda bahawa dia berasa sejuk dan hilang kehangatan yang diperlukan tubuhnya. Tangisannya kedengaran seperti rintihan. Apabila anda telah membedungnya semula, barulah dia mula berhenti menangis.
  • Tidur Dalam Pelukan - Bayi sudah mula mengenal ibunya sejak dari dalam rahim lagi. Dia mula cam akan suara ibunya, bau tubuh ibunya malah degupan jantung si ibu termasuk bau susu badan anda. Kerana itu bayi senang jika setelah disusui. dia tertidur dalam pelukan anda. Jika menangis setelah dimandikan atau disusui, cubalah dukung dalam pelukan anda untuk mendodoikannya.
  • Keletihan - Bayi yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya mudah membuat waktu rehatnya terganggu. Kadangkala gangguan di sekelilingnya juga membuat tidurnya kerap terganggu. Ini membuat bayi berasa letih kerana tidak dapat tidur dengan tenang dan menyebabkannya sentasa menangis dan meragam. Cuba hindari gangguan tersebut dan sebaiknya tempatkan bayi dipersekitaran yang tenang agar tidak mengganggu tidurnya.
  • Banyak Gangguan - Bayi yang kecil dan comel memang mudah menjadi perhatian orang disekelilingnya. Selain anda, ahli keluarga yang lain juga pasti mahu turut sama untuk melayan sikecil anda. Sebentar dia didukung oleh orang ini dan sebentar kemudian beralih ke tangan lain pula. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan terganggu yang akhirnya menyebabkan dia menangis kerana stimulasi yang berlebihan daripada ramai orang yang tidak dikenalinya. Tenangkan si kecil anda dengan membawanya ke tempat yang tenang untuk membataskan gangguan daripada orang lain.
  • Bosan - Bayi menangis bukan semestinya kerana lapar atau lampin yang basah. Tahukah anda, bayi juga boleh berasa bosan dengan rutin dan persekitaran yang sama dilaluinya setiap hari dan menzahirkannya melalui tangisan. Kerana itu tidak salah jika anda sering membawa bayi keluar berjalan. Persekitaran yang penuh dengan warna warni mudah menarik perhatiannya.
  • Sakit - Tangisan sakit berbeza daripada tangisan lapar. Tangisan sakit kedengaran lebih kuat. Bayi menangis dengan keras dan nada tinggi dan adakalanya seperti menahan nafas kerasa rasa sakit yang dirasakannya. Anda sendiri boleh kenal bahawa si kecil anda menangis kerana sedang menahan kesakitannya. Bawa segera berjumpa doktor.
  • Kolik, Kembung Perut - Secara purata, satu daripada lima bayi akan mengalami kolik pada 3 bulan pertama usianya. Ia menyebabkan bayi asyik menangis hingga 3 jam sehari. Mukanya menjadi kemerahan, perutnya terasa tegang dan menangis sambil menarik atau menegangkan kakinya. Ia lebih kurang sama jika bayi masuk angin atau mengalami kembung perut dan menyebabkannya menangis. Menangani keadaan ini memang agak sukar dan memerlukan kesabaran. Cubalah tenangkannya dengan mendodoikannya sambil mengusap lembut badannya atau menepuk-nepuk punggungnya. Anda juga boleh menyapukan minyak telon pada perutnya.

2-3 hari ni bb Khayla melalak x tentu pasal.. xmau diletak langsung. Menjerit macam sakit sgt.. risau tengokkan dia sbb x tau sakit kt mana. Nak kata kembung, kentut x berenti. Mintak2 la bb Khayla cuma berubah hari, makin byk akal. Adoii la.. stress!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujung minggu

Berpantang di kampung memang sikit sebanyak melegakan sebab ada mama ngan abah utk tengokkan anak2 saya time saya stress bila bb Khayla dgn Hana buat perangai serentak huhuhu.. Kiranya kalo dedua melalak meraung, mama atau abah akan amik pujuk salah sorang. Saya x tau camne bila balik rumah sendiri nanti saya nak handle mek bertiga tu kalo derang buat perangai serentak..

Nasib baik la saya masih ada mama dgn abah.. kalo la saya kena berpantang sendiri adoii la, x terbayang mana nak jaga bb Khayla yg terkuek2 nak dikendong manjang pastu dgn Hana nya yg buas & Aulia yg sgt demanding. Mau meroyan dibuatnya huhuhu.. nauzubillah.. Bila berpantang kt kampung, otomatik la kena berjauhan dengan cinta hati kan? Setakat ni Alhamdulillah, cinta hati x pernah x balik masa weekend untuk jenguk anak bini sepanjang berpantang ketiga2 anak ni. Kecualilah kalo dia kena gi offshore atau de pepe hal keje yg xley nk elak sgt.. tengkiu sayang ;p

Ada hikmah sebenarnya bila berpantang ni berjauhan dgn cinta hati. Saya masih lagi dalam phase sesuaikan diri sebagai ibu beranak 3 so memang setiap hari la saya akan mengaum & bertukar menjadi makhluk hijau xpun mom-zilla. Sampaikan mama saya marah sbb dalam pantang saya masih terjerit pekik kt anak2. Kalo saya berpantang kt rumah maunya cinta hati pun kena tempias amukan saya hehehe.. kalo kt kampung ni xkn nk mengamuk kt mama ngan abah lak. Ada yg kena sumpah jadi peti ais kang muahahaha!! Lebih baik kiranya saya dengan cinta hati berjauhan buat sementara.. at least ada jugak rindu2an, kenang2an. Tau je la kan bila stress ni mula la nak masam2 muka.. sudahnya sebab mende kecik melarat2.

Bila berjauhan asyik menghitung hari menunggu kepulangan cinta hati masa weekend. Bila cinta hati sampai, hati berbunga.. nasib baik la dalam pantang kan nguehehehe.. Semoga perasaan rindu camni sentiasa ada sepanjang kami bersama ;p sgt sweet perasaan ni. Saya rindu dia.. :(

IMAG0282

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cabaran Pertama

Hari ni mama nak ikut abah nak gi kebun.. xsampai hati la plak nak halang sebab mama bila lama2 dok kt umah jadi cam xsemangat sebab dh biasa buat aktiviti keluarkan peluh. Bila mama dok mengadu sakit kepala, letih badan tu dh tau dah huhuhu.. So, hari ni mama ngan abah gi bukit then bawak Aulia sebab kelmarin dh bawak Hana. Sebenarnya bukan 1st time la tinggal kt umah dengan anak2 je. Xde masalah pun kalo setakat tinggal saya ngan baby Khayla. Kalo Aulia ada pun masih under control sbb dgn dia just bukak TV cerita dia, bagi susu sebotol.. itu la yg dia layan, cuma kadang2 je la banyak songeh nak itu nak ini.

Cabaran yg saya nak cerita sebenarnya yg ini..

not

Si kenit yg sorang ni sekarang adalah sgt mencabar kesabaran semua orang huhuhu.. dia la yg manja, dia la yg ganas dok gedibuk kakak, dia la yg x takut kt sape2.. Nak tidokan dia sekarang amik masa sejam, itu pun kalo nasib baik la. Kalo dibiarkan mau sampai 2-3 jam kurung dalam bilik pun belum tentu dia tido. Kadang tu orang yg nak tidokan dia yg tido dulu huhuhu..

Time tido Hana around 10 a.m & 3 p.m.. kalo x nap dlm time tu haruslah dia cranky sepanjang hari bawak ke malam. Penat oke kalo dia asyik merengek xtau punca. Sbb tu cane pun, dedua masa tu kena paksa gak dia nap.. tapi budak dh pandai main, dia paksa gak mata dia walopun ngantuk dh tahap xley bukak mata.. adoii la..

Hari ni saya kena tidokan Hana ngan bb Khayla serentak. Dah la Hana si debab ni suka pusing2, tendang merata sebelum dia nak tido.. penat rasa nak menghalang kaki tangan dia dr meng’karate’ Khayla yg tgh sedap BF ni.. jenuh la plak saya nak bersilat menepis. Khayla plak BF xde la lama mana, ada la dlm 20 minit tp saya rasa lamaaaaaaaa sgt sbb ada distraction dr Hana ni.

Photo0253

Akhirnya.. lepas sejam Hana puas merantau, memunggah, main segala mende alah dlm bilik baru la dia tido. Kol 11.15 a.m tadi baru saya bawak Khayla keluar bilik sbb dia x tahan sejuk aircond. Lagipun Hana ni telinga lintah, kang dia dengar Khayla ok-ek-ok-ek dia yg bangun dulu sedangkan saya ni dh mamai.. Berjaya jugak saya tidokan dedua mek kecik ni hari ni.. x terbayang cane saya nak handle sendiri anak2 bila balik KL nanti. Mesti hectic life saya menguruskan Powerpuff Girls bertiga ni..

Photo0252

“Saturday nite fever.. oh yeaahh!!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday #6

Photo0246

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS