RSS

Demam

Tonet mama demam dah 4 hari x kebah..bg ubat ok jap pastu panas balik. Dah la dengan batuk teruk sampaikan terkentut2 tiap kali batuk. Kesian sgt..bg ubat pun x jalan..
Hari ni sampai je JB trus singgah klinik. Doc tgk Zulfa ckp dia kecik sgt for her age. Berat plak baru 4.7kg..alahaii..apsal kurus sgt ni dik? Doc suh follow up kt paed concern takut jantung de prob. Haiisy.. wat risau mama je adik baby ni :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti raya cina

Kami spend kat sini.. 3 hari kt Batu Pahat then insyaAllah lg 4 hari kat sini. The room sgt la menarik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahun ke-5 di Pendidikan Khas

Fuuuhh.. tiup sawang.. ahahahaah!! Almost a month x bercerita kat sini. Dah jangkit dgn IG makanya blog pun makin di abaikan. Mana nak berperang dengan 4 beradik tu lagi, x sempat la nak mengadap blog. Siang dh kalut dengan anak2, malam by 9 semua dh lalok ngadap bantal ahahahah!! Malam ni x ley tido sbb tadi gatal g minum Nescafe Gold kol 8.

Alhamdulillah, walopun hidup saya hectic dengan menguruskan anak2 sendirian tapi Allah sayang sgt kat saya. DIA beratkan saya dgn tanggungjawab tu tapi ringankan saya bab2 kerja.. x pernah lagi rasanya saya bawak balik rumah stress kt tempat kerja. Memang workload berlambak dengan RPT nya, RPI nya, RPH nya, PBS, KSSR, laporan Inklusif, dokumentasi, kertas kerja, yada..yada..yada.. and the list keeps going on. Cikgu2 sekarang lagi banyak buat paperwork kerja perkeranian dari core-business mengajar.. pffttt.. what to do? SYMP katanya kan? Redha la buat apa yg di suruh walopun mulut bebel2 protes tapi in the end keje tetap submit.. semoga di berkati lah gaji yang dapat tetiap bulan tu hendaknya hehehe..

2013, tahun ke-5 saya dalam Pendidikan Khas.. masa posting saya trus di tempatkan ke Bahagian Pendidikan Khas. Sedih gila masa dapat tau membe2 KPLI lain dapat mengajar opsyen English saya plak tercampak ke PPKI. Beware.. once you’re IN there’ll be NO WAY OUT!! Saya di tempatkan kt SK Sri Biram.. masa tu masih dalam denial state. Jumpa plak dgn Ayie budak ADHD yg kalo mengamuk nak menggigit. Tersirap darah masa 1st day lapor diri si Ayie ni terajang perut PPM Kak Ana yang masa tu tgh pregnant 7 bulan, bukan sebab marah tapi cuak!! Pastu masuk plak kelas ada budak DS nama Tasneem yg tetiap kali hingus meleleh di selet dgn tangan pastu bila kering berkertang kt pipi. Cikgu kat depan, dia ngadap tepi pastu sembang sorang2 dengan ‘kawan’ dia ahahahaha!! Sampaikan saya tanya kat PPM.. “Saya nak ajar apa kt derang ni kak Zam?” ahahahaah.. memang blank giler masa tu. Dalam kepala cuma pikir.. gelap la masa depan aku camni!

Lepas 2 tahun saya pindah skolah sekarang.. lagi teruk kejutan! Lagi kritikal masalah budak2 khas kt bandar ni. Mana yg melompat, yg hantuk kepala masa mengamuk, yg nk terjun bangunan, yg menjerit, yg meraung.. dah macam wad gila kekdahnya. Bukan diorang.. saya ahahahah!! Makin gelap la masa depan aku.. kata hati kecil..

The truth.. kat sekolah ni saya boleh nampak bonding antara budak khas dengan cikgu2 dia. Bila cakap pasal mana2 budak khas even yg dh pergi skolah menengah.. SETIAP sorang cikgu boleh cerita then relate experience diorang dgn budak tu. Selalunya yang lawak2 la.. series saya kagum, dari sini saya belajar tetiap hari g mengadap budak2 ni Lillahita’ala.

397515_2351582319518_1259763358_n

Selalunya bila orang tanya then bagitau “Saya cikgu Pendidikan Khas” mesti orang akan cakap “Sabarnya awak..” pastu jadi cam pelik. Alhamdulillah, kat skolah ni saya dapat kenal cikgu2 yang memang sempoi abis. Xde nak berkira “murid ko”-“murid aku”.. semuanya “murid kita”. Most of the time kami prefer guna “anak” contoh cam “Eh May.. ko tau anak ko di lempangnya anak aku tadi!” dalam nada bercerita la. ‘Anak ko’ sebab saya cikgu kelasnya ahahaha!! Selalunya kalo cerita xyah gitau nama pun cikgu2 dah dapat tangkap siapa sbb kami dah kenal karakter budaknya.

Kami cikgu Pendidikan Khas masih manusia biasa. Sabar? Sama level je dengan orang lain.. kalo time melampau memang kena marah jugak ‘anak2’ ni.. Macam mana garangnya saya dengan anak2 sendiri, macam tu jugak la garang saya dengan anak2 khas ni. Orang cakap banyak pahala tapi rasanya kami la paling kurang pahala sebab tetiap hari mengadap ‘anak2’ ni pastu bila derang start perangai cikgu pun start menyinga. Niat cikgu2 Lillahita’ala.. Cikgu Pendidikan Khas dapat elaun 250, kerja x susah pun dapat elaun.. itu yang some parents & cikgu normal bising2 kan sangat. Put yourself in our shoes.. cikgu2 Pendidikan Khas ni la yg kena berak, kencing, hingus, ludah, amukan budak2 khas ni. Ajar 18 kali hari ni agak2 paham.. esok dah x tau apa. Ahahaha.. that is our joy! We have no high expectation because we know their limitation.. there’s no such things as pushing the limits. Boleh bayang x macam kereta nak naik bukit dah abis press minyak dah tapi x leh nak gi? Itu lah anak2 khas kami.. kita rasa mende tu dah abis senang, WAR-war NA-na KAN-kan.. MAKANAN!! Dengan konfidennya ahahahaha!!

Yes.. we laugh AT them & WITH them! ..and u will always hear the teachers bebel2 “ Dah 30 juta kali cikgu bagitau awak kan?” sedangkan cikgu2nya tau je budak tu x paham pun ahahahah! Sebab tu saya cakap cikgu2 yg saya kenal kat sini x stress dengan anak2 yg agak kritikal masalahnya sebab bila budak lari kami kejar, budak mengamuk kami pujuk, budak nangis kami menyakat agagaga.. people u should come to OUR WORLD and try not to be judgemental. Pagi2 hari anak autisme saya g padang pakai goggle purple mengadap matahari.. bila saya gelak macam nak mati tanya “Awak buat apa Amri?” dia jawab “Kenapa hari ni matahari kaler lain?” KO ADA anak yang buatkan ko nak terbarai perut gelak di pagi hari? Such a good day starter for the teachers!

Please not the typical “X baik tau gelak kat budak ‘macam tu’.. berdosa.” What do u mean by ‘macam tu’? Autisme? Geli sgt ke nak sebut? Saya akan gelak bila ‘anak’ saya buat peel2 gini.. sbb when u’re in the moment memang lawak and u won’t find it anywhere else. But then can’t u see that he’s becoming more ALERT? Matahari x sama kaler mcm semalam.. itulah perkembangan dia. No such thing as hari ni x pandai baca, minggu depan dh boleh. We sees them as hari ni x pandai lari zig zag, TAHUN DEPAN boleh lari zigzag pass 2 kon as major improvement!

545354_3050580594038_433832856_n

Ada setengah orang yg pregnant takut nak dekat dgn budak2 khas. Kun fa ya kun.. 3 orang mek2 saya lahir masa saya jadi cikgu Pendidikan Khas. Kudos to all special child parents.. tinggi martabat anda2 di sisi Allah dengan kurniaan istimewa ni. Belum tentu saya MAMPU nak jaga kalo saya sendiri ada anak khas. Saya cuma cikgu anak2 khas tapi bila hari Isnin ada perhimpunan, anak khas saya pakai baju seragam yang keronyok di kibas2 amik dari dalam bakul baju, x di seterika, seluar senteng atas buku lali, stokin masam hari Jumaat minggu lepas x di basuh, kasut berkeladak lumpur.. jangan marahkan saya sibuk bertanya. Secara x langsung saya mengingatkan Encik & Puan di amanahkan menjaga anak2 syurga, janganlah di abaikan..

Ingat bila saya kata “ONCE YOU’RE IN THERE’LL BE NO WAY OUT”? Kebanyakan cikgu yang dah masuk Pendidikan Khas x kan nak dah mengajar kelas normal balik.. sebab bila dah masuk dunia anak2 khas ni korang akan jatuh sayang kat budak2 ni. Kalo x banyak pun ada walo seciput. Terima kasih Ya Allah atas nikmat kasih sayang yang KAU berikan peluang pada kami untuk rasa.. semoga tahun2 mendatang saya masih ada perasaan ini & ikhlas mengajar. Semoga setiap pekerjaan yang saya lakukan Lillahita’ala.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Percaturan

Tiga minggu skolah mula, saya cuma ada satu jam setiap hari untuk diri sendiri. Lepas hantar Yaya gi Kafa kol 2.30-3.30 itu je ME time yg ada. 1st week saya balik skolah setelkan pepe keje yg x habis. 2nd week dah rasa muak plak mengadap keje lepas separuh hari dh kt skolah. Nak balik rumah memang x la sbb kalo dh masuk rumah, rasa letih sgt then letak kepala memang terlena jawabnya. Saya xde arah berkelana dari satu masjid ke satu masjid, mulanya cuma nak solat Zuhur then saya habiskan masa menangis kalo saya rasa letih x terdaya sgt. Saya kena menangis untuk luahkan perasaan, saya dah muak bila mengadu hal kat orang jawapan yg saya dapat cuma “Sabar la..”  Kalo saya x sabar rasanya dah lama saya break down. 2-3 hari saya buat mende yg sama.. lepas solat duduk sorang2 menangis sambil mengadu nasib dalam hati huhuhu... Sampai la saya rasa x larat nak menangis dah so saya cari cara lain untuk habiskan masa.. mengaji.

Hari ni baru saya sedar, rupanya Allah ‘jauhkan’ saya dari cinta hati untuk bagi peluang saya dekat dgn Dia. Sebelum ni saya selalu rasa bersalah sbb bila anak dh ramai saya dah xde masa nak mengaji. Bizi dgn hal anak2 sampaikan Al-Quran kat rumah dah berhabuk. So sekarang rutin saya dah berubah skrg.. 2.30-3.30 iktikaf kat masjid. Cantik kan percaturan Allah?

Penat badan saya hanya Allah je la yg tau.. orang lain nampak saya kuat tapi sebenarnya hati saya memberontak. Pada Dia je la saya mengadu, saya menangis sepuas2nya lepas tu lega.. xde rasa sakit hati bila dengar “Kesian awak May.. sabar lah ye.” Setiap kali saya cuma berdoa di berikan kekuatan sebab saya sgt2 perlukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rutin 2013

Entry pertama di tahun baru. Bulan pertama back to work after my long confinement break. Tahun ni jugak la baru start thumbprint masuk keluar keje. Tahun ni jugak la jadi cikgu kelas. Tahun ni jugak la Yaya masuk darjah 1. Tahun ni jugak la cinta berjauhan & segalanya di atas bahu jemala patik.. sobs..

393028_3831974408395_1520170860_n

Rutin pagi saya bermula seawal..

5.45 – Bangun pagi, mandi bersiap tunggu Subuh

6.15- Gerak Yaya 3-4 kali bangun mandi, kali ke 5 mula menaga! Nasib baik la Yaya boleh di harap mandi & pakai baju sendiri.

6.20- Cubaan gerak Hana bangun mandi. Kalo x berjaya bogelkan then angkat masuk bilik air mandikan then pakaikan baju sambil telinga saya sebu dgn raungan protes!

6.30- Tukar diaper Khayla ngan Zulfa then turun bawah bukak TV bagi anak2 layan sementara saya simpan ebm dlm cooler bag. Bagi anak2 breakfast dgn cereal&susu kalo sempat.

150945_3844950132780_2021799809_n

6.40- Loading barang2 anak2 ke taska, skolah pagi&kafa yaya, handbag, pumping bag, 2L water tumbler kdg2 bawak laptop. Masukkan anak2 dlm kereta, kunci rumah, bukak pintu pagar keluarkan kereta then kunci pagar balik. Boleh bayangkan x? Nak menaip pun saya dh penat hahahaha!!

6.50- Saya dh kena gerak. Kalo lambat 2-3 minit lagi saya mesti sangkut kat traffic light kt WD. Masa ni kalo mood anak2 baik Alhamdulillah..kalo mood masing2 ke laut saya akan didendangkan dengan sorg terpekik, sorang meraung, sorang merengek bertekak sepanjang jalan.. who needs a radio when you can have your own live orchestra?!

7.00- Hantar anak2 masuk taska, untung nasib dapat tgk telenovela Khayla ngan Hana. Tapi sekarang ni Hana more to pasrah state.. pasrah je masuk dalam taska. Zulfa blom pandai wat perangai lagi. Khayla memang confirm meraung mengamuk dulu dalam 15 minit lepas hantar. Sorry anak.. mama kena touch & go je. Xde kesempatan la mama nak pujuk. Tahun lepas saya hantar kol 7.20 tp skrg sbb nak hantar Yaya gi skolah kena hantar derang awal.. and I cried everyday for the 20 minutes that I’ve lost Crying face sambil bawak kereta air mata meleleh.

385316_3873956217914_1092601259_n

7.05- Thumbprint dulu kt skolah then hantar Yaya g skolah lepas dia letak beg kt klas then ajak turun astaka untuk morning assembly. Then gerak balik skolah.

7.30- Skolah x jauh sgt tapi sangkut jem bas skolah ngan parents hantar anak2. Bermula la tugas saya sbg cikgu kelas Pendidikan Khas..

Rutin tengahari plak..

1.30- Tunggu murid khas semua balik sambil tunggu Yaya turun van dari skolah dia. Mandikan, bagi lunch then hantar yaya gi Kafa. Kalo xde meeting ok la tapi kalo de meeting kelam kabut gak la.

2.30- Lepas hantar Yaya balik skolah siapkan lesson plan, laporan panitia, pbs blablabla bagai (pffffttt!!) pastu solat Zuhur.

3.45- Gerak amik anak2 kt taska trus gi tunggu Yaya kt Kafa.

408714_3904258255446_214422375_n

4.15- Quality time dgn anak2 dalam kereta sementara tunggu Yaya abis Kafa kol 4.30 tp selalunya kol 5 sbb solat Asar berjemaah.

5.00- Gerak balik rumah..

5.15- Sampai rumah, kunci pagar, loading barang anak2. Solat Asar then baru nk duduk rebahkan badan kejap then..

..Zulfa tersengih2 tagih nak mengempeng..

..Khayla “nak dede (susu)”..

..”Mama, Hana berak”..

..”Yaya lapar la mama..” sambil bukak tutup peti ais..

392985_3841075235910_132777249_n

Bg Zulfa BF 10 minit, gorengkan nugget/chicken fingers alas perut sementara nak tunggu nasik derang masak. Kol 7.00 mandikan the kids & suapkan dinner then 7.30-8.00 teman Yaya buat homework. Kemaskan baju untuk g taska ngan Kafa, ebm utk Zulfa esoknya. By 9.00 sume dh collapsed.. Kol 12 ngan 3, Khayla ngan Hana mintak susu. Bangun solat Isyak then kalo nasib baik bley tdo trus kalo x, kena la iron baju skolah Yaya ngan baju keje saya sebelum Zulfa ok ek ok ek nak mengempeng. Pastu tido la... esoknya alarm berbunyi maka bermula la balik rutin weekdays saya. Sekian terima kasih uhuhuhuhu…

734292_3858417549457_1260024155_n

Ini lah sebabnya saya x sabar tunggu weekend! 1st sbb cinta hati balik ke pangkuan.. 2nd sbb saya boleh bangun lambat&bermalas2an. 3rd sbb saya bleh lepaskan anak2 sepenuhnya pada cinta yeaaaa!! Skrg ni kalo weekend x gi mana dok rumah pun saya x kisah. Ini je masa yg saya ada untuk rebahkan badan recharge untuk minggu seterusnya. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan & kesihatan badan untuk membesarkan & mendidik anak2 saya.

Supermom? Embarrassed smile .. I’m NOT! I cried while driving, after every prayers, I yelled at my kids when they argue coz I’m so damn tired but there’s nothing I can do. Supermom didn’t complaint.. I’m a mother. All mothers would do anything for their children.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS