RSS

Sabar

Alhamdulillah.. dah masuk 21 Ramadhan. Makin sayu hati sebab cepat sangat Ramadhan dh nak berlalu kan? Setahun menunggu.. pejam celik dah nak habis sebulan. Ramadhan kali ni ramai orang keliling yang saya kenal mengadap Illahi..  Innalillahiwainnailaihirojiun..

Bermula dengan isteri abang sepupu saya, anak murid saya, then berderet-deret berita kematian yang saya dapat. Alhamdulillah buat anak murid saya, syurga menanti sebab dia sememangnya anak syurga. Bapak dia datang sekolah mintak maaf & terima kasih dengan semua cikgu yang mengajar anak dia. Allahurabbi.. jatuh air mata saya. Apa la dosa yang ada dr anak seistimewa dia. Saya cikgunya yang patut mintak maaf sebab kadang2 x dapat kawal marah. X mampu nak kawal emosi. Bertuah meninggal dalam bulan mulia.. kita yang hidup ni? Semoga di matikan dalam keadaan yang baik. Amiiinn..

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Sedih bila saya baca status2 fb abang sepupu saya. Bukanlah status yang meleret2 mengadu itu ini. Hanya petikan lirik lagu. Deep down inside saya tau dia terlalu rasa kehilangan. Semua hamba Allah akan di duga, cuma caranya berlainan. Sebab tu orang cakap “dugaan kita lain-lain..”. Kita manusia tau kita sedang di duga cumanya nak menghadapi dugaan tu tersangatlah berat. “Allah x kan menduga hambaNya di luar kemampuannya..” cliche huh? Kita manusia bukan x mampu cuma x sanggup nak menanggung perit, pedih, siksanya jiwa dengan dugaan tu.

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut: 2-3]

Orang keliling cuma boleh cakap SABAR la.. Saya pernah & mungkin masih di duga dengan ujian yang saya rasakan maha berat, saya menangis.. the last thing I want to hear is “SABAR la”.. Kalo saya x sabar rasanya dah lama saya overdose telan ubat, terjun bangunan, bunuh diri.. Nauzubillah.. kerana SABAR yang ada dalam diri la saya masih ada di sini. So next time bagi orang2 sekeliling yang dah xde apa sgt nak cakap. Just shut up! Sometimes silent is the best remedy. Knowing that someone is there to support and hold you up is more than enough.

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

This applies to all situation.. bukan hanya kehilangan orang tersayang, di duga dengan dugaan yang x tersangka, dapat anak istimewa etc.. If you have nothing nice to say.. say nothing at all. Just smile and sit beside him/her. Just be there.

Al-fatihah buat anak murid saya Ahmad Azhad & kak Lia. Semoga Allah tempatkan kalian di kalangan orang beriman. Amin.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan kareem 2013

Alhamdulillah.. Allah masih bagi saya peluang bertemu ramadhan tahun ini sekali lagi. Terlalu banyak yg saya tempuhi untuk bertemu kembali bulan penuh keberkatan ini. Semoga keberkatan ramadhan kali ini boleh membawa segala yang tidak baik jauh dari saya, cinta, anak2 & seluruh keluarga. Allah sayangkan saya. Sentiasa INGATKAN saya bila saya nampak JAUH dari DIA. Alhamdulillah.. saya x di biarkan sebab dengan ujian demi ujian ini lah saya sedar siapa saya, saya ingat pencipta saya.. Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui. DIA paling tahu apa yang terbaik untuk saya. Allah.. jangan KAU jauhkan aku walau dalam sekelip mata dari hidayahMu. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan, kesabaran & ketabahan untuk jalani hidup sebagai hambaNya.

IMG-20130522-00052_640x480

Semoga ramadhan kali ini menjadikan saya, cinta & anak2 hambaNya yang lebih bersyukur dan menghargai segala nikmat yang di pinjamkan. Doakan kebahagiaan rumahtangga kami hingga akhir hayat.. ke jannah hendaknya. Doakan yang terbaik untuk kami anak-beranak dunia akhirat. Sempena ramadhan, saya mohon ampun maaf atas segala kekhilafan yang pernah saya lakukan. Saya doakan yang baik2 untuk semua yang pernah singgah dalam hidup saya.. biarpun ada yang tingkahnya buatkan saya rasa teraniaya. Saya maafkan. Siapa saya untuk menghukum? Doa saya semoga Allah terbitkan rasa bersalah & keinsafan yg maha dalam dari hati kamu2. Semoga Allah berkati hidup kita semua dunia akhirat. InsyaAllah..

IMG_20130529_053102_360x480 

Rindu.. saya terlalu rindukan Kota Madinah & Makkah kala ini. Sayup2 azan di telinga mengingatkan saya sepanjang 2 minggu di sana dengan cinta. Semoga ada rezeki untuk kembali ke Tanah Haram. Semoga di panjangkan jodoh & usia kami untuk sama2 menyambut ramadhan di sana satu hari nanti. Marhaban bika ya ramadhan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umrah 2013 : KL-MUSCAT-JEDDAH

Memandangkan cinta wat last minute decision untuk gi umrah ni, date yg tinggal cuma few days before cuti sekolah. Saya gamble je isi borang cuti lepas dah wat payment semua, yang penting x menyusahkan orang untuk relief kelas & jaga anak2 khas saya. Pakej yang available masa tu cuma transit Oman, a week before cuti sekolah pertengahan tahun. Just nice.

IMG_20130520_100338_640x480

Maka lepas taklimat, bergerak la group kami seramai 41 orang including mutawwif Ustaz Amin naik Oman Air. Bukannya kali pertama naik flight but this time around saya sgt ngilu bila take-off ngan turbulance.. tangan cinta jadi mangsa untuk saya genggam kuat2 huhuhu.. Lepas 8 jam sampai la kami kat Oman. Ntah masa tu kol bape dah lost track. Transit kt Al Madinah Resort Hotel 10 jam then next flight to Jeddah.

IMG_20130520_135051_360x480

IMG-20130520-00040_640x480

Sampai Jeddah dalam kol 1-2 pagi kot, dengan jet lag+letih+miong timing dah x semenggah mukanya huhuhu.. dengan badan berlengas bagai tapi semua tu simpan dalam hati. Apa je yg jadi sepanjang trip ni simpan dalam hati, anggap dugaan biarpun sekecik2 perkara. Senyum dan teruskan perjalanan.

IMG_20130521_015756_360x480

IMG_20130521_020112_360x480

Sepanjang perjalanan ni memang banyak menunggu.. belajar bersabar. Dari airport Jeddah naik bas gerak ke Madinah. On the way, stop solat Subuh then sampai Madinah dalam kol 7.30 pagi rasanya. Sepanjang perjalanan tu saya tido je.. huhuhu..

IMG_20130521_070150_360x480

Bila sampai Madinah.. cinta gerak suh bangun. Inilah permandangan saya paling indah bila saya bukak mata. Subhanallah.. masih antara percaya dengan tidak saya di Kota Madinah, nun Masjid Nabawi memanggil2. Air mata jatuh lagi.. Ya Rasullullah, aku datang untuk menziarahi Mu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umrah 2013 : Mulanya..

Sebenarnya x pernah plan pun nak gi Umrah tahun ni. Saya pernah ajak cinta tapi considering our tonet x sampai setahun lagi pastu bf baby lagi so plannya nak pergi masa betul2 dah bersedia, maybe next year ke. Something came up between us then hubby said that we really need to spend time together to clear things up. Looking for ‘petunjuk’ I guess. Then hubby suggested both of us going for Umrah. Masa tu pertengahan bulan 4. Memang x bersedia langsung. I was a bit reluctant at the beginning.. ye la rasa jiwa tu kosong. Xde apa2 nak di bawak sebagai bekalan pergi sana. Setakat pergi kursus dr kol 9am-1pm 3 kali pastu dah nk bertolak x sampai sebulan lagi. Deep down inside saya selalu tanya “Allah.. apa la yg aku ada sampai Kau jemput aku jadi tetamu Mu, ya Allah.” Tiap2 kali tu jugak meleleh air mata. Keciknya saya.. hinanya saya.. A bit reluctant when hubby asked at the first place knowing that I’m not ready for this umrah trip. Tapi kita manusia merancang.. Allah yg tentukan. Tanpa di sangka2 saya dapat jemputan untuk jadi tetamu Dia.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah. Terima kasih cinta sebab bawak saya ke sana.

306785_4543153067417_777409498_n

Xde siapa pun yg tau plan saya nk gi umrah kali ni. Kat skolah pun saya bagitau colleague masa hari last. Xnak kecoh awal2 nak bagi setel Visa bagai then hati saya masa tu pun antara nak percaya dengan tidak yg saya nak pergi sana dalam masa x sampai sebulan. Memang bukan mcm org lain yg pergi dengan ilmu penuh di dada, saya ni bawak masalah berserabut dalam diri ada la huhuhu.. Masa gi kursus umrah, dengar ustaz bercerita hal kat sana tetiba rasa sayu+seronok. Masa tu dah rasa macam saya dah ada kat sana. Bila balik rumah terbuai2 je rasa perasaan tu.. seronok yg x dapat di gambarkan. Bukan semua orang ada peluang untuk dapat jemputan dari Dia. Orang yg kaya raya sekalipun belum tentu. Ketentuan Allah.. sekali lagi saya memang rasa bertuah sgt dapat peluang pergi masa usia saya baru 30 tahun.

941150_4551093545924_106578614_n

Segala proses dipermudahkan. Hari Jumaat minggu sebelum berangkat mutawwif call cinta bgtau visa semua dah clear then tunggu kat KLIA, level 5 kaunter M on Monday, 20th May 2013. Hati rasa berdebar2, cuak, x sabar.. butterfly in the stomach! Alhamdulillah, mama dgn abah saya tolong jagakan anak2 sepanjang saya ngan cinta xde tu. Baby Zulfa pun 2-3 weeks before berangkat saya wean-off slowly. Kesian tapi kalo x buat lagi teruk dia mengamuk nak bf nanti lagi kesian. She’s a good baby.. faham mama buat ada sebab. Lepas 3-4 malam try dia dh ok bottle-feed malam2. Deep down inside mama rasa loser sgt sebab kena stop bf Zulfa at 7 months young tapi perancangan Allah tu lagi besar.. we can always opt for relactation when I’m back baby. Anak2 pun saya bagitau everyday malam2 sebelum tido “Mama&papa won’t be around for 2 weeks.. nak pergi umrah, nak g rumah Allah.” and the kids will just nod and asked few unrelated question before doze of to slumberland huhuhu..

260365_4548060670104_1870416872_n

20th May 2013, hari yang dinanti2kan dari sebulan lepas dah sampai. Malam sebelum tu kol 3 pagi baru saya ngan cinta setel packing bagai. Memang la sgt last minute. Kol 6 pagi teksi datang bawak gi KLIA. Memang betul2 gi honeymoon la sbb memang xde sape2 hantar. Lagi bagus sebenarnya sebab saya x sanggup nak tengok dan dengar anak2 menangis nak ikut plak nanti. Lagipun hari sekolah. Masa salam nak naik teksi pun masing2 dah buat perangai. Yaya dah besar sket so paham mama ngan papa dah nak pergi. Lepas salam air mata meleleh je.. syahdu. Sampai KLIA then g minum2 dgn BIL coz he’s off to Labuan with morning flight and that’s it. Lepas tu En. Ariff person in charge from Andalusia panggil suh check in luggage then gi taklimat. Masa mula taklimat “Assalamualaikum para tetamu Allah yang di rahmati..” air mata laju jatuh ke pipi. “Allah, apa yang ada padaku sampai Kau jemput aku jadi tetamu Mu?” Alhamdulillah..

IMG-20130520-00034_640x480

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tangisan di pagi Khamis

Semalam papa balik cuti sehari.. mulanya papa plan nk gerak lepas diorang adik beradik tido macam biasa tapi ntah cane terlajak ke pukul 4 pagi. Boleh plak budak Hana ni terjaga time papa dia siap2 nak gerak tu. Kuat betul instinct budak ni when it comes to papa.. daddy’s girl khenn!! Siap turun bawah salam papa then babai kat luar lagi. Mula2 confident je “Anna baik.. Anna x nanges salam papa.” Bila papa dah gerak dalam 15 minit terdengar dia tersedu2 dalam gelap. Hoiih.. dah start la plak drama di dinihari. “Anna nak papa.. papa x yah la gi work. Anna x nak gi otel, gi pool.. anna x nak toys.. anna nak papa.. papa x rindu anna ke?” pastu tersedu2, teresak2 sume cukup. Sape yang biasa dengar Hana nanges tau la cane sayunya bunyi budak tu nanges. Mama yang baru nak lelap mata ni terkebil2 dalam gelap. Lagi di pujuk kang lagi meraung budak ni.. silap2 dengan mama skali bengkak mata gi keje esok huhuhu.. So mama decided to let her cry.. biar dia menangis puas2.. dekat setengah jam gak dia nangis sambil mengongoi “Anna nak papa.. papa x rindu anna ke?” sampai dia tertido sendiri.

249114_4478158682598_583280244_n

Bangun pagi suh mandi memang dia wat perangai kaw2 punya la.. ketap bibir je mama nak menahan marah. Seboleh2nya mama diam je melayan segala peel dia sebab kesian tengok Hana menanggung kesedihan. Budak kan, apa la yang dia nak faham pasal papa keje cari rezeki bagai? Mama boleh cakap “Papa keje carik duit kan.. nanti nak belikan Hana toys, Hana nk tido hotel, nak mandi pool..” tapi bila dia sendiri boleh menolak “Anna xnak toys, xnak dok hotel, x nak mandi pool.. Anna nak papa..” hoiiihh.. hati mama ni jatuh berderai then kutip cantum balik je tetiap hari. Sad smile

Ibu mana yang sanggup tengok anak dia kesedihan? Allah je yang mampu hilangkan rasa sedih dalam hati anak2 mama ni.. semoga Allah berikan kebahagiaan hidup berpanjangan buat kamu adik beradik. Sabar la anak2.. ini ujian bahagian kita. Ada orang lain yang lebih susah menanggung ujian lebih perit dari kita. Allah Maha melihat, mendengar.. kita rasa susah kita mengadu pada DIA.. insyaAllah DIA x kan abaikan kita anak-beranak. Ada yang lebih manis bakal menanti.. Allah tu ADA.. jangan sekali2 kita lupa. Anak2 mama kena kuat.. insyaAllah mama akan terus kuat untuk korang adik beradik. Jangan persoalkan percaturan Allah untuk kita sbb semua tu dah tertulis di Loh Mahfuz. Ada rezeki kita.. La Tahzan Innallaha Ma’ana..

p/s: you should read this entry with Jangan Bersedih Lagi from Anuar Zain as background.. sila bayangkan kehenseman abg Nuar ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS