RSS

Kenapa blog saya bersawang? ^_^

407332_2598857901253_1548943722_31797975_1169424029_n

Inilah penyebabnya! Hehehe.. rasanya kalo dlm FB mostly dh tau kot. InsyaAllah, kalo selamat semuanya hujung tahun ni bakal bertambah ahli baru Benjy’s Clan ;p Terkejut? Saya empunya badan ni lagi x ley terima kenyataan huhuhu.. sampai sentap2 dgn cinta hati. Marah2 macam la mengandungkan anak xde bapak, emosi betul huhuhu.. tapi cinta hati cakap “Alhamdulillah rezeki..” siap sujud syukur lagi.

Kenapa saya marah sgt? Sebab Khayla baru genap setahun. Saya memang dh 3 kali ceaser so the next pregnancy will be my LAST. That’s why saya plan kali ni saya nak gap lama sket sebab nak bagi peluang kt diri sendiri besarkan anak lama sket then bila de keinginan nak baby datang baru la nak pregnant balik. Itu yg saya plan la.. tapi plan Allah utk kami suami isteri above all :) Kenapa x amik precaution kalo dh tau x nak? I’m strictly on pills.. saya set alarm EVERYDAY on same time. Memang rezeki baby kali ni kun fa ya kun.. so bila fikir balik sape yg saya marah? Insaf..

Masa saya blogwalking nak cari more info psl 4th ceasarean & jarak kehamilan yg dekat, saya terjumpa satu blog kapel yg TTC. Baca sekerat pun saya dh sedih.. 2 miscarriage in 2 months sgt2 la meruntun jiwa kapel ni yg dh 10 tahun kawen. Kami x hidup mewah-kaya raya tapi Allah terlalu baik dgn kami suami isteri kurniakan harta yg x ternilai-ANAK.. ALHAMDULILLAH.

Pregnant kali ni memang saya totally flat. Banyak gak peel2 yg x pernah ada masa pregnantkan anak2 lain. Salah satunya saya loya bila mengadap laptop. Ini pun kira lama saya bley mengadap skrin utk buat entry ni. Ok.. dh rasa nak muntah. Lain kali saya sambung cite psl peel pregnant kali ni.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Port baru kenet :p

305647_2748758328670_1548943722_31857380_345540047_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Our Krabi Trip :: Day 3 & 4

Dah bersawang blog baru la ada rasa nak update. Bersalah kt diri sendiri plak rasanya x abiskan cerita Krabi ni sebabnya ini kenangan percutian yang best dan mendatangkan ‘hasil’ ;p So hari ni ada tenaga sket so mari habiskan cerita Krabi hari ke 3 & terakhir. Cerita sket2 pun jadi la kan..

Hari ketiga hari yg paling best sepanjang trip ni. Yaya ngan Hana pun dah makin sihat, xde la merengek sepanjang masa. Hari ni aktiviti kami island hopping.. yeaaaa!!!

IMAG1191_640x480 Ni masa naik jeep on the way ke pantai.. Alhamdulillah masa ni the kakaks dh kurang cranky..

IMAG1192_640x480Itu speedboat kami untuk island hopping the whole day..

407036_3116080225221_1360928888_33221072_2039851293_n_640x480 New friends yang sgt sporting and best!

IMAG1201_640x480 Speedboat dah start journey..

IMAG1233_640x480Mama dh ready and superexcited nak terjun laut..

IMAG1242_640x480 Bawak Yaya masuk air tapi dia cuak.. keras kejung je badan dia dalam air hahahaha!! Tapi saya paksa gak dia join sebab bukan senang nak ada peluang camni kan?

IMAG1244_640x480 Yaya masuk air x sampai 15 minit pun pastu dia dh nangis nak naik bot balik..xpe la, nak paksa2 pun kang dia start menangis dh x best. Asalkan dia merasa sudah.. Masa turn Hana terjun laut xde gambar plak. Tapi Hana ni over berani plak.. selamba je dia nak terjun dari atas bot masuk laut. Ewwah ko.. mama pun tercungap2 nak balance diri dengan safety jacket tu ko boleh plak nak main terjun tiruk eh! Kiranya everytime boat berenti nak snorkeling Hana mesti nak turun masuk air. Yaya memang xnak dah..

IMAG1217_640x480 Hana gayat masa speedboat bergerak.. everytime boat gerak mesti dia pejam mata rapat2 camni hakhak!!

IMAG1209_640x480Pengalaman snorkeling masa Island Hopping ni memang sgt best, dengan view pulau2 kat sini yang sangat2 breath taking.. subhanallah! Ni 2nd time saya dapat snorkeling, 1st time masa maktab buat trip ke Pulau Perhentian. Lepas ni kena tunggu anak2 besar sket la kot huhuhu..

IMAG1250_640x480Masa on the way balik badan Yaya dh start panas balik.. maybe sebab cuaca sepanjang hari kat atas bot tu panas. Dah la Yaya ni stok2 lembik x tahan sket.

IMAG1253_640x480Balik Island Hopping lebih kurang kol 4 lebih.. rehat jap, solat sume then terus keluar beli souvenir kt area Ao Nang. Pinjam scooter yg Ajot sewa. Kol 4 lebih kuar, maghrib baru balik. Puas hati bila dh dapat shopping huhuhu.. beribu baht gak habis hahahaha!!

Photo0509_640x480Esoknya bangun awal pagi then breakfast kt kedai seberang jalan.. lepas setel kemas sume then bertolak balik la kami..

425034_3117882430275_1360928888_33222132_467095608_n_640x359Group photo sebelum balik.. so nice knowing these people :)

IMAG1255_640x480On the way balik singgah Hatyai ronda2, shopping2 lagi hehehe.. sempat la saya sambar 2 handbag, kasut handmade ngan toys untuk anak2. Bila dapat shopping penat pun hilang ;p

IMAG1257_640x480 Maka berakhirlah percutian 4 hari 3 malam kami ke Ao Nang, Krabi, Thailand. Thanx cinta hati sebab bawak kita gi bercuti. Walopun macam2 dugaan.. anak x sihat bagai, perjalanan yg makan masa, penat yg teramat tapi pengalaman bercuti ni adalah sgt best!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Our Krabi Trip :: Day 2

Hari ke 2 kami start seawal kol 10 pagi.. bangun lepas solat Subuh tu Yaya ngan Hana still merengek badan panas ditambah plak dgn batuk alahaii memang betul2 rosak mood cuti mama. Nasib la anak kan? Aktiviti kami hari ni Elephant Ride. Papa dh keluar dengan member dia gi beli breakfast. Lepas setel breakfast masih awal lagi so saya paksa Aulia berendam dalam pool yg betul2 depan bilik. Kesian Aulia x seronok je kena paksa sedangkan kalo x dia yg paling pantang nampak pool asyik mintak nak swim. Ni xde perasaan, siap nangis2 lagi. Hana plak lom pepe dia yg nak terjun dulu!

IMAG1065_640x480

IMAG1067_640x480

Lepas mandi pool siap2kan derang sbb dah nak gerak. Masa nak siap2 tu Aulia dh menggigil2 sampaikan berlaga lutut dh. Menyesal lak saya paksa dia berendam huhuhu.. nasib baik bawak sweater ngan stokin so dh siap pakai baju saya bungkus bagi panas badan. Hana bila nampak kakak pakai sweater dia pun sibuk2 nak pakai.

403340_10150511867493543_525913542_8739906_1784768274_n_640x480

 

IMAG1070_640x480

Memang tepat la pilihan saya x nak bawak Khayla. Sepanjang kt Krabi ni Hana asyik nak berdukung je. Merengek jangan cakap la.. Aulia pun sama. Sepanjang perjalanan ke Elephant Sanctuary ni derang betul2 melepek. Perjalanan dari satu tempat ke tempat lain jauh & makan masa sket. Bleh kata most of the time kami dok dalam van je. Betul2 travel la.. x rugi sewa van sampai beribu huhu.IMAG1075_360x480

IMAG1081_640x480Sampai sana baru la Hana nampak cam excited sket dapat tengok elephant depan mata. Hana asyik dok ulang2 cakap “Mama..epipent gajah biru!” cam Jumbo Gajah Biru yg dia selalu tengok. Aulia masih xde perasaan tengok gajah tu. Memang mood dia ke laut la..IMAG1090_640x480

IMAG1104_640x480

Masa dh naik duduk then gajah tu dh berjalan baru la Aulia cam excited sket nak bercakap2. Hana plak asyik dok ulang “Anna nayek epipent..besh!!” 1 hour elephant ride ni rasanya terlalu lama la.. memula derang ni excited la pastu lepas setengah jam mula la tanya “Lambat lagi ke nak sampai?” huhuhu..

401415_3109876910142_850127344_n_640x359

IMAG1107_640x480

IMAG1144_640x480

Balik tu singgah late lunch ramai2 then sume nak terus ke Emerald Pool tapi too bad masa sampai tu lagi 5 minit nak tutup. Walopun hari kedua ni 1 aktiviti je tapi sangat letih & saya dh start sakit kepala sebab perjalanan yang jauh sgt makan masa. Duduk terperap dalam van dengan mek2 ni yg asyik merengek adalah penyumbang kepada sakit kepala saya. Sebelum balik derang singgah kt Night Market kt Krabi Town tapi saya ngan cinta hati just stay dalam van sebab temperature Hana ngan Aulia dh start shoot. Alahaii..

Saya plak masa tu dh start bersin x berhenti. Hidung dh rasa cam nak pecah pastu kepala plak sakit gila rasa cam kena ketuk dengan hammer dah ni. Masa tu pikir nak balik bilik je.. nasib baik la bawak ubat flu ngan pain killer. Memang betul2 penyelamat! Muka saya masa tu dh macam langsuir dh rasanya kot. Memang sakit kepala yg x tertahan ditambah plak dgn mek2 ni yang merengek menambahkan sakit jiwa. Nasib baik la cinta hati ni memang penyabar sgt melayan karenah anak2 dia pastu tambah plak kali ni dgn karenah bini dia huhuhu..

Malam tu Ammar member cinta bagi ubat bullet. Nasib baik derang memang bawak ubat spare sbb derang bawak anak kecik yang selalu demam. Dedua orang kena masukkan ubat bontot pastu trus tido. Malam ni xde aktiviti. Orang lain sume keluar sewa motor merayap sekitar Ao Nang tapi kami anak beranak trus padam huhuhu.. Habislah day 2 kami. Masa ni saya pikir.. memang sgt x best la percutian saya kali ni haiihhh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Our Krabi Trip :: Day 1

Few weeks before cinta hati bawak balik brochures tunjuk kat saya. Ingatkan cinta hati main2 je bila cakap nak bawak saya ngan anak2 gi bercuti kt Krabi. Cam x terbayang dek akal je nak heret mek bertiga tu gi bercuti luar Malaysia. Dah la nak buat pasport pun satu dugaan. Itu nanti cerita entry lain eh..

419382_10150562525089871_664889870_8650517_611780310_n

Journey bermula Jumaat malam 20/1 gerak dalam kol 11 malam sbb tunggu orang lain sampai. Sampai Sp singgah drop Khayla. Saya memang x bercadang nak bawak bb Khayla sbb saya tau nanti makan minum tido dia x tentu hala. Orang ada baby tau la cane cerewet nya bila bawak baby gi bercuti jauh2. Khayla pun masih lom tau nak merasa apa seronoknya gi bercuti kot.. kesian je kt dia dapat letih je nanti. So saya tinggalkan dgn tokmama ngan babah. Suka sgt la tokbabah dpt spend full time dengan cucu kenet ni. Pantang merengek sket trus berdukung!

407952_315214068520524_100000958008475_822243_1235403558_n_640x480

Photo0475_640x480

Lepas breakfast bagai kami teruskan perjalanan. Stop jap kt Bukit Kayu Hitam nak buat insuran then beli jajan kt The Zone. Seingat saya sampai border Thailand dalam kol 12++ tengahari kot sbb terasa matahari terpacak atas kepala masa berhenti cop pasport tu. Lepas sket dari border kami berhenti lunch dulu, masing2 dh lapar. Kami 4 beranak join colleague cinta hati gi sana naik 2 van. 1 van ada lah dalam 9 orang termasuk la budak2.

Photo0477_640x480

Photo0483_640x480 

Perjalanan tersangatlah panjang.. campur dengan berhenti solat & makan2 sume, sampai hotel lebih kurang kol 8 malam. Bayangkan kalo saya bawak baby Khayla? Saya pun dh rasa letih gila, kalo baby mau mengaruk sepanjang jalan! Di tambah plak ngan Aulia ngan Hana yang x sedap badan sebab dah seminggu start dari Sabtu lepas derang 2 beradik demam on-off. Aulia dh kebah, Hana plak demam silih berganti. Memang saya pun dh 50-50 pikir nak gi bercuti dengan keadaan derang yg camtu tapi sbb cinta hati dh susah payah plan & bayar semua x kan la nak cancel..

401262_3109782827790_1360928888_33219439_270529759_n_640x359

Kami stay kat Sabai Mansion, Ao Nang. Sampai2 tu lepas check-in, mandi2, rehatkan badan jap kami keluar dinner kt restoran halal Orchid Restaurant. Night view kt Ao Nang memang sgt happening! Ingatkan masa keluar malam tu nak la berjalan2 sambil window shopping skali Aulia ngan Hana dedua memang buat perangai bikin panas hati mama! Semua benda x kena, sket2 nak merengek. Rasa menyesal sgt2 bawak derang ni.. apsal la mama x tinggalkan korang dgn tokmama ngan babah je?! Why? Why?

Tapi xley nak salahkan derang 2 beradik la sbb dengan x sihatnya pastu letih perjalanan lagi.. tambah plak masa kuar dinner tu dh dekat kol 9 lebih. Mek2 ni stok kol 8.30 dh masuk sarang.. alamatnya memang susah la nak bawak berjalan malam. Nasib la mama x dapat merayap malam hari huhuhu.. Masa sampai tu nak bagi kt Hana ubat demam bley plak dia gi tepis ubat tu, abis tumpah sebotol. Adoii la.. memang bagi hangin satu badan la!! Masa balik tu singgah farmasi beli ubat demam then sebelum tido bagi kt 2 beradik tu. Maka habislah hari pertama kami..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS