RSS

Ujian pada yang mampu

Pagi ni ada anak khas saya mengamuk. Anak kelas cikgu lain, umur 12 tahun. Style dia mengamuk hantuk2 kepala sampai merah2 kepala dia. Cikgu2 tengok pun dh rasa sakit tp Allah Maha Kaya.. doktor wat scan scull dia lebih padu dari konkrit! So masa dia mengamuk hantuk2 kepala tu dia x rasa apa2. Xtau apa punca dia mengamuk tapi bila dia dah start buat orang lain & cikgu2, GPK Khas terpaksa call the mother..

Mak budak ni dulu keje PSN tapi resign semata2 nak jaga anak khas dia yang makin membesar. Bapak dia sekarang kerja O&G kat Iraq semata2 nak cover expenses for the theraphy and everything. Mak dia datang.. saya mati2 ingatkan mak dia nak menjerit mengamuk balik kat budak ni sebab buat hal kat sekolah. Mak dia approach then softly asked “What did you do?” then budak ni terus cakap “I’m sorry.. I love u too..” Mak dia still dengan lemah lembut “Let’s go home..say sorry to teacher Jayanthi.” terus dia sujud kat kaki cikgu kelas dia “I’m sorry.. I love u too” Allah.. berderai air mata semua cikgu yang ada kat situ..

Cikgu2 boleh beza parents yang betul2 dengan yang buat2 sabar. Cikgu boleh agak “Budak ni kejap lagi masuk dlm kete konfem kena!” tapi dengan mak budak ni lain.. dia memang tenang je datang amik anak dia. Lembut dia memang nampak dia betul2 redha. Allah hanya akan bagi ujian pada hambanya yang mampu.. betul sangat la. My deepest sympathy goes to her but I don’t think she needs it.. saya kagum dengan ketabahan dia!

Sekali lagi Allah bukak mata saya.. ye saya berjauhan dengan suami handle 4 orang anak sendiri. Balik skool petang semalam Khayla ngan Zulfa demam. Malam tadi Khayla menggigil panas sgt badan.. memang konfem temperature shoot 40! Bila batuk dia muntah abis semua. Kol 3 pagi saya bangun jelum mandikan dia then bagi ubat. Baru nak terlena Zulfa plak merengek badan panas then muntah lepas menyusu.. sampai ke pukul 5 pagi dia merengek nk di dodoi. Baru gaya nak letak kepala Hana plak batuk trus muntah arghhhhh!!! Lepas bersihkan Hana bagai dh dengar azan subuh. Zulfa merengek lagi, bf kan x sedar entah bila terlelap. Terjaga dah 6.40!!

Nasib baik la tokmama ngan babah ada kat rumah so bleh tinggalkan yang lain hantar Yaya je gi skolah. Nak amik cuti xleh sebab hari ni ada pencerapan dgn GPK HEM kat skolah. Masa hantar Yaya plak bila dah lambat sangkut jem depan skolah. Sudahnya thumbprint kol 7.35. Adoii la..

Bila nampak depan mata kepala sendiri baru sedar. Ya Allah, aku rasa aku susah tapi ada orang lain yang lagi susah dari aku. Alhamdulillah.. penat2 saya pun ada anak yang normal & sihat. Sikit je Allah bagi ujian masa anak x sihat ni. Susah2 saya jauh dengan suami pun tapi kalo call dalam 3-4 jam suami boleh ada depan mata. Oh..in the end find out the boy mengamuk puncanya “I want papa..” sedih x?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday Mama

Alhamdulillah, Ahad lepas 24.02.2013 Mama sambut hari lahir yang ke-57. Bersyukur saya sebab masih ada mama sampai ke hari ini. Xde orang lain yang lebih memahami kita dari mak sendiri kan? X terbalas jasa mama&abah melahir dan membesarkan saya dari kecik tapak kaki 2 jari sampai la ke hari ni dah besar gabak eh hahahaha!!

IMG_20130225_134452

Semoga mama&abah di kurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup hingga akhir hayat, jodoh berpanjangan. X ada apa yang lebih menenangkan hati dari melihat kebahagiaan hidup mama&abah dalam meniti usia. Semoga adik & along dah x menyusahkan mama&abah fikirkan hal kami adik beradik. Semoga kami adik beradik, anak menantu, cucu2 boleh bagi kebahagiaan pada tokmama & tokbabah.

IMG_20130131_072608

Terima kasih banyak2 sebab mama&abah tolong jagakan cucu2 masa adik x berdaya nak uruskan. Sampai bila2 pun mama&abah akan tetap jadi orang yang paling hebat dalam hidup kami adik beradik.

Happy 57th Birthday Tok Mama!!

IMG_20130225_134401

Korang dah berterima kasih kat mak bapak korang sementara ada kesempatan ni? Jangan tunggu dah sakit baru nak menjenguk. X payah bagi hadiah2 grand sgt.. cukup sekadar telefon tanya khabar seminggu sekali. Biar rasa x di lupakan.. kita pun dah jadi makbapak. Rasanya dah boleh faham kot perasaan tu..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zulfa dah 5 bulan

How time flies.. sounds cliché eh? X sedar pejam celik Zulfa dah 5 bulan. Manja sangat!! Sorry la adik, mama terkejar-kejar tetiap hari uruskan korang adik beradik sampaikan mama kadang x sedar adik dah makin membesar dr hari ke hari. Itu pun nasib baik la mama yang uruskan semua hal anak2.. at least mama tau la si tonet mama sekarang ni dah pandai meniarap-bergolek dengan jayanya. 2-3 hari ni plak dah pandai tunjal badan gerak ke depan. Adik dah pandai menyulur yeaaaa!!

487361_4171842384882_1312701494_n

Kalo ikutkan badan yang x larat ni memang saya dah berkira-kira nak amik maid je. Last week saya demam terketar2 sebab urat susu bersimpul. Masa tu la rasa betapa hazabnya nak jaga anak2 at the same time nk jaga diri. Tapi bila de kes amah lambung baby tu.. perghh..  rasa cam nak tercabut jantung tengokkan. Dah la baby tu baya2 Zulfa je.. remuk rasa hati kalo anak sendiri di buat sampai tahap tu. Allah bagi petunjuk la tu.. Semoga Allah terus bagi mama kekuatan untuk uruskan sendiri korang adik-beradik. Alhamdulillah anak2 dapat Taska yang OK walopun bayarannya mahal tapi so far dari hantar Yaya sampai la ke Zulfa xde lagi la pepe yg x puas hati. Setakat mende2 kecik yg boleh pejam mata tu abaikan je la. Asalkan orang jaga anak kita elok dah senang hati nak gi keje.

267797_4171846864994_510185103_n

Si tonet mama dah 5 bulan semalam so hari ni mama bawak gi cucuk. Kesian baby elok2 sihat dah demam plak huhuhu.. xpe la baby, nak bina antibodi kan. Zulfa ni manja sgt2.. don’t grow up too fast baby, mama x puas lagi cium bau baby.

166770_4171905346456_2044215307_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khayla turns 2!

Alhamdulillah..last 10th February 2013 our not so little girl Yasmeen Khayla turns 2 years old! HAPPY BIRTHDAY YASMEEN KHAYLA.. mama & papa sentiasa doakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup kamu dunia akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu. So much love lingering around you wahai anak.. no matter what tomorrow will bring just remember you have a family who loves you unconditionally.. Lots of love for Yasmeen Khayla!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam

Tonet mama demam dah 4 hari x kebah..bg ubat ok jap pastu panas balik. Dah la dengan batuk teruk sampaikan terkentut2 tiap kali batuk. Kesian sgt..bg ubat pun x jalan..
Hari ni sampai je JB trus singgah klinik. Doc tgk Zulfa ckp dia kecik sgt for her age. Berat plak baru 4.7kg..alahaii..apsal kurus sgt ni dik? Doc suh follow up kt paed concern takut jantung de prob. Haiisy.. wat risau mama je adik baby ni :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS