Ini cerita Mother’s Day yg dah basi huhuhu.. asyik bertangguh nak buat entry ni sampai la hari ni. Alang2 si kecik dh tido boleh la nak mengarang. Cinta hati bukanlah orangnya yg nak buat seprais nak bagi bunga bagai utk special date kan so saya la yg hampir tetiap hari sebelum minggu mother’s day tu dok tanya soklan sama “Sayang nak bg seprais apa utk mother’s day ni?” muahaha.. konfem bernanah telinga hubby bila tetiap hari asyik dok dengar soalan sama. Saya pun x harapkan pepe sebab tetiap minggu je pun hubby bawak keluar jalan2, xde la terperap kt rumah.
Ntah cane tetiba cinta hati tanya saya nak gi mana utk weekend tu. Ala2 weekend getaway la, sedangkan tetiap minggu pun x lekat kat umah huhuhu.. Saya teringin nak gi Pullman so ke sana la kami.
Saya memang tersangat la suka sekali sekala berubah angin bawak anak2 tido hotel, spend time melayan anak2 kt pool & suami sepenuh masa. Bukanlah kat rumah x layan tapinya bila kat rumah segalanya saya buat sendiri memang ada je keje yg saya nak buat. Basuh baju, sidai baju, lipat kain, basuh botol anak, iron baju keje.. buat itu, buat ini. X senang duduk.. sudahnya kadang tu tengok2 anak2 dh terlena dengan cinta hati. Tu cara keje separuh hari tu..
Bila dapat spend time dengan anak2 & suami, x perlu pikir nak kemas bila anak sepah2 bagai.. sangat bahagia. Tambah2 lagi bila anak2 pun hepi dapat bertukar angin, x cranky, maka dapat la peluk2, pegang2 tangan, smooching2 lebey sket dgn cinta hati nguehehehe.. Ala2 rejuvenate balik feeling2 masa lom kawen tapi kali ni dengan anak2. Sangat perlu oke.. Meh layan gambar dulu..
Welcoming us..
Baby Khayla pun hepi papa bawak jenjalan..
Hana yg excited!
Nice view @ Pullman
Our block.. Jasmine
Aktiviti melayan anak2.. sessi memunggah
Sessi mandi manda..
Saya bertuah sbb cinta hati x pernah jemu melayan karenah saya. Mintak apa pun, selagi mampu dia bagi. Nak gi mana je seboleh mungkin dia akan bawak. Alhamdulillah.. TQ cinta hati sebab selalu bawak kami anak beranak gi jalan2. X kira la ke mana pun. Sayang awak sangat.. muah!!
Ini je la kisah sambutan Mother’s Day bulan lepas.. walopun hanya spend time kt hotel tapi bagi saya sgt bermakna. Moment2 masa anak membesar ni la sangat priceless. Bila tengok derang terkekek2 mandi kt pool, berkubang dlm bath tub, memunggah bilik bagai.. itu lah hadiah Mother’s Day yg paling special. Terima kasih suami & anak2 untuk sambutan Hari Ibu yg sangat bahagia. Terima kasih cinta hati sebab jadikan saya mama kepada anak2 awak. 3 cukup lah eh.. ekekeke ;p






0 say what?:
Post a Comment