RSS
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional

Sumber dari sini.. sekadar berkongsi sebagai peringatan untuk diri sendiri kebaikan berpantang cara tradisional ;p

Ingin saya berkongsi pengalaman serta sedikit panduan mengenai pantang larang selepas bersalin mengikut adat orang Melayu Tradisonal yang tidak melanggar sama sekali hukum Islam yang murni.

herbal_compress_thumb

HARI PANTANG SELAMA 44 HARI.

Seseorang ibu akan dijaga selama 44 selepas bersalin. Masa ini juga dikenali sebagai masa pantang iaitu ibu akan dikenakan beberapa pantang larang. Pada masa ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Antaranya adalah soal pemakanan semasa pantang.

Tidak dibenarkan sama sekali memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal dan merebak luka seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain lagi. Dalam masa pantang mengikut pengalaman saya makanan yang dihidangkan sewaktu saya dlm pantang dlm minggu pertama ialah ikan haruan dimasak sup dicampur dengan halia agar luka2 yang terdapat didalam badan atau diluar badan dapat sembuh secepat mungkin. Makanan -makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya dilarang sama sekali diambil ditakuti menyebabkan penyakit angin umpamanya kembung perut. Dlm hal ini makanan perlu dijaga jika tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama yang menyusukan anak.

Jangan makan makanan yang berminyak pula, ia boleh menyebabkan 'batu merian' berada dalam keadaan tidak betul. Ini kerana selepas bersalin keadaan tempat peranakan masih lagi kembang dan jika makanan tidak dijaga 'batu merian' akan turun dan menjadikan ibu itu berada dalam keadaan tidak selesa. Seeloknya dinasihatkan memakan halia muda yang ditumbuk halus dicampur dengan air asam dimakan dengan nasi panas boleh membuatkan badan siibu berada dlm keadaan panas senantiasa. Bagus untuk pelancaran air susu.

Bolehlah menempah tukang urut untuk mengurut serta membetulkan balik sistem urat saraf dlm badan. Seeloknya dilakukan selepas luka2 yang ada baik seperti sediakala. Ianya memakan masa lebih kurang 3 atau 4 hari jika anda bersalin secara normal dan mengamalkan memakan ikan haruan dan pati ikan haruan serta air gamat. InsyaAllah luka anda akan baik cepat.

Selepas diurut sudah tentu siibu akan rasa bertenaga seperti sediakala namun itu bukan bermakna siibu boleh melakukan kerja-kerja berat. Dilarang mengangkat benda2 berat kerana ditakuti memudaratkan tempat peranakan ibu itu. Benda berat ini juga ditakuti menimpa ibu jari kaki. Ini kerana urat dari ibu jari kaku bersambung sampai kepeha dan seterusnya ke dalam rahim ibu. Kalau terkena ibu jari, darah akan 'tumpah;. Darah yang berterusan keluar akan membawa maut. Oleh itu pesan orang-orang lama ibu dlm pantang ni jalan tu hendaklah perlahan2 dan berhati-hati supaya ibu jari kaki tidak terhantuk dengan mana2 benda keras.

Tentang penjagaan diri pula ibu hendaklah berada dlam keadaan yang bersih. Bagi yang menyusukan badan puting susu hendaklah dibersihkan selalu. Perlu diingatkan pada ibu dlm pantang selalulah menggunakan air suam bila menggunakan air. Tidak kira semasa membasuh tangan, membasuh kaki, membasuh mulut serta lebih elok jika mandi dengan air rebusan akar2 kayu. Orang tua saya mengamalkan mandi serai wangi dan tujuh jenis daun yang dipilih bagi mengelokkan sistem peredaran darah. disamping badan siibu berbau harum. Jgn bertinggung seeloknya duduk bersimpuh sewaktu mandi.

Pemakaian ubat-ubatan seperti jamu, kapur dicampur dengan air limau untuk mengempiskan perut amatlah baik untuk diamalkan. Ianya dapat mengembalikan kembali bentuk badan kepada yang asal.

Perasaan ibu2 semasa dlm pantang hendaklah dijaga jgn sampai tertekan dan terkejut. Ini boleh menyebabkan darah akan 'naik' ke kepala. Jika ini terjadi, ibu akan meracau dan mengganggu fikirannya. Ini dipanggil sebagai 'gila merian'

Bagi yang ingin menziarah seelok-eloknya ziarahlah pada waktu siang hari.

Inilah serba sedikit pantang larang yang saya ikuti sejak melahirkan anak pertama dan kedua. Alhamdulillah ini adalah satu cara awet muda yang baik jika dapat diamalkan secara baik.

 

p/s: Sbb tu la mama saya suruh bwk mengucap byk2 bila saya menjerit mengamuk kt Aulia huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Urut

Dah 3 bulan beranakkan Hana, hari ni baru la lengkap 3 hari me berurut lepas bersalin huhuhu.. masa dlm pantang bidan kt kampung tu ckp dia x berani nk urut awal2 suh tunggu dh 50 hari. Tup2 masa nk urut sekolah panggil balik meeting akhir tahun huhuhu.. Maka terbiarlah badan ini tidak di belai.

2-3 minggu lepas dh start sakit & sengal2 badan dah tu rasa letih je.. Kebetulan de plak membe kt skolah bg flyers pakej urut lepas bersalin dekat area Inderapura ni. Paling best dia dtg umah lagi!! Waaa.. ni yg paling best. Nak bogel ke hape x la malu sbb kt umah sendiri.

massagetherapy

Start hari Jumaat urut bongkar urat kira ok lagi la, akak urut tu cakap urat dlm badan me dr kaki sampai ke tengkuk sume dh kembang huhuhu.. patut la badan kerap kebas pastu lenguh semacam je. Hari kedua, Sabtu dia dtg kol 2 petang cam semalam tapi hari ni punya la sakit sbb urat2 sume dh terbukak. Sekali dia picit urat rasa cam nk penendang je hakhak!! Sakit walawei!! Third day, hari ni lepas urut dia siap tungku bagai.. Sekali urut sejam setengah dia amik rm50. Orang cakap mahal sbb biasanya tukang urut kt area Pekan amik dlm rm30 je tapi me x kisahlah sbb memang puas hati la dia urut. Bila lagi nk membelai diri sendiri kan? Bukan ada orang lain nk jaga diri ni kalo bukan kita sendiri. Dah beranak, keje penat2 masa ni la nk manjakan diri.

Tangan akak tuh memang superb la.. sambil2 mengurut tu dia cerita gak la sket2 nk bagi ehem2 bagi POWER ekekekek!! Best sbb dia x cerita mengumpat hal org sana sini mcm bidan yg urut masa beranak Aulia dulu. Akak nih dia cuma cerita pasal diri kita je, cane nk belai diri, nk jaga utk jangka masa panjang, jaga utk cik abg *wink* Bukan setakat urut badan je, dia siap urut breast bg lancar susu sbb me de block duct, urut muka, urut sengkak, naikkan peranakan, memang complete satu badan. Lepas2 nih konpem nk suh akak tu datang at least sebulan sekali untuk belai diri ni hehehe..

Akak tu ckp kalo pompuan nk pulihkan diri & urat2 yg dh berserabut dlm badan kena beranak sekali lagi la sbb masa beranak tu urat2 lama terputus & urat2 baru mula tumbuh (develop). Setiap kali kita beranak itu permulaan baru bagi badan kita.. hebat kan kuasa Allah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banyakkan susu

Since skrg nih me tgh fully breastfeed kan si kecik Hana + me ada masa terluang, haruslah me cari banyak2 info untuk banyakkan susu badan. Sebelum me hadapi masa2 kritikal kekurangan susu then baru nak menggagau cari cara banyakkan susu, baik la cari info sekarang. Boleh la try & error petua2 mana yg sesuai dengan badan me huhuhu..

Harini me baru dapat petua ni :

" satu petua yang mmg ada dlm hadis nabi, as per explained by dr mai pusrawi, rebus halba dlm segenggam, next tapis airnya & campur ngan fresh millk then minum every morning..ni mmg mujarab..melimpah2 air susu kuar..."

Me dh try.. tapi campur dengan milo panas.. Alhamdulillah, baru dlm 10 minit minum dh rasa cam breast dh penuh balik sedangkan baru kejap tadi je Hana kosongkan. Hopefully murah la rezeki Hana dapat minum susu mama selama mana yg boleh..

Me masih belum train Hana minum EBM dr botol. Xnak la lambat2 sgt introduce dia bottle feeding, takut kang dia reject susah lak nk anta g nursery. Pelan2 kayuh la.. skrg nih me prefer bg direct feeding kt Hana. Kenapa? Sebab ley kuruskan mama hakhak!! Last weight sebelum bersalin arituh 72kg, harini baru 11 hari berat me tinggal 59kg.. uishh, 13kg turun tuh!!! So, mama akan terus bg direct bf kt Hana sampai berat mama capai berat idaman muahahahah.. keji!

So, kepada ibu2 yg menyusukan baby.. cuba2 lah plak petua ni. InsyaAllah dimurahkan rezeki anak2 kita untuk terus dapat khasiat susu ibu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa ini?

bantal_peluk 

Ini adalah bantal peluk.. apa motif entry ni tunjuk gambar bantal peluk? Xde motif pun.. cumanya nak share, bantal peluklah penyelamat tido me di malam hari. Sebab perut pun dh makin besar, nak terlentang salah, nak mengiring salah, nak terlungkup lagik la huhuhu.. sudahnya bila tido mengiring sambil peluk bantal peluk ni waaaa.. sgt heaven oke! Tido aman & bahagia sampai ke pagi.. kadang tuh hari cuti bleh terbabas tido sampai kol 11 huhu..

Masalahnya sebelum tido mesti berebut bantal peluk dengan hubby.. dh bantalnya pun ada satu je. Saje je dengki kan? Kalo x sebelum nih bantal tu terperosok je celah dinding.. Bagi ibu2 mengandung yang dh x selesa tido dengan perut besar, cuba tido peluk bolster. Xde la perut tuh terhenyak sangat.. selain tu cara tido mengiring ni bleh kurangkan krem kaki. X percaya? Cubalah! ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua anak kurang degil

Sekarang ni Aulia sgt la degil & suka melawan pe je yg mama cakap atau suruh dia buat.. xtau la sbb nk dapat adik dia wat perangai ataupun dia mmg makin develop sifat degil tu.. Kebetulan masa me browse net terjumpa petua ni..

Surah-Taha-1-5

Semasa anak tidur,bacakan surah taha ayat 1-5, 3x dengan lembut ditepi telinganya,lakukan 21 hari berturut-turut..insyaAllah lembut ler jiwanya dan tak degil...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS