RSS

Smile

**specially for hubby.. **

You´re better then the best
I´m lucky just to linger in your life
Cooler then the flip side of my pillow that´s right
Completely unaware
Nothing can compare to where you send me
Lets me know that it´s ok yeah it´s ok
And the moments where my good times start to fade

You make me smile like the sun
Fall out of bed sing like a bird
Dizzy in my head spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild
Ohh you make me smile

Even when you´re gone
Somehow you come along
Just like a flower poking through the sidewalk crack and just like that
You steal away the rain and just like that

You make me smile like the sun
Fall out of bed sing like bird
Dizzy in my head spin like a record
Crazy on a Sunday night
You make me dance like a fool
Forget how to breathe
Shine like gold buzz like a bee
Just the thought of you can drive me wild

Ohh you make me smile
Don´t know how I lived without you
Cuz everytime that I get around you
I see the best of me inside your eyes

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bee zzz

Saya adalah sgt bizi dengan pegi balik keje dari sebelum terbit matahari sampai terpacak atas kepala, jaga anak2 yang makin hari banyak akal, jadi suri rumahtangga separuh masa membasuh baju, mengemas rumah yang x sampai 5 minit bakal disepahkan balik oleh si kenit yaya, melayan suami yang setiap hari cuma 2-3 jam bertemu muka dan mende hape pun x tau huhuhu.. X sempat nak update blog. Tetiap hari hanya blog walking ke blog list yang updated. Sangat jeles dengan blogger yang sgt banyak idea buat scheduled entry.. banyak cerita anak2 dan tag dari kawan2 yang tertangguh tapi tersangat malas mau berfikir dan mengarang ayat.

Sabtu ini ganti sekolah untuk cuti raya.. sgt malas oke! Tapi..tokmama, tokbabah, abah, ibu & danial nak datang Kuantan tengok Yaya.. yeaaa… sangat hepi!! Till then..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pilu hati ibu

Baby NurHannah binti Mohamed Helmi

HANA1

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

HANA2

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

HANA3

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

HANA4

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

And here I am whining on how Hana refuse to menyulur, terlebih manja & asyik nak berdukung je. Tengokkan gambar2 ni luluhnya hati seorang ibu.. kalo la dapat ditukar ganti. Semoga Hana seindah maksud namanya mendapat kebahagiaan & rezeki tanpa kepayahan untuk cepat sembuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The least I can do..

**tears**

180901tears

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Amiiinnn.. doa dari mama Aulia & Hana untuk NurHannah Bte Mohamed Helmi *tears*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Merajuk

Saya merajuk dengan suami. *malu sendiri* Sudah 3-4 minggu saya ngomel2 mau mintak ini sebab last week bawak Aulia ikut budak gi lawatan & saya x pernah ada hak milik sendiri.. pakai camera handphone saja sob..sob..

Olympus-mju780-Digital-Camera

Suami diam, x bagi respon. Bila ngomel2 mintak banyak kali dia gelak2 xpun ubah topik. Lawatan dah lepas, saya abaikan. Mintak pulak ini.. sebab saya teringin sangat..

I9_3G_Quad_Band_Dual_Standby_Cell_Phone_with_Java

Petang sabtu lepas suami bawak ke Kuantan Parade untuk ushar2 mende ni. Maybe dah bingit sangat telinga dia dengarkan omelan isteri yang nak sgt hp baru. Siap tanya dalam wallet ada cash berapa? Hati dah berbunga riang.. suami mahu beli hp baru untuk isteri. Senyum. Sampai KP, suami dukung Aulia.. saya jengah kedai2 handphone yang ada. Tiba2 suami hilang!! Puas cari.. tengok2 dia sedang jenguk2 kedai emas. X faham kah suami? Saya mahu hp, bukan barang kemas. Sentap.

Saya ajak suami untuk 'tanya2kan' pasal hp yang saya nak. Suami mengelak, buat gaya suruh tanya sendiri. Saya bukanlah jenis orang yang pandai bertanya itu ini apalagi mau tawar menawar. Kalo ke kedai orang cakap harga sekian, sekian itu lah saya bayar. Tujuan saya ajak suami ke KP untuk bertanya bg pihak saya.. Kalo setakat nak beli sendiri, bila2 pun saya boleh. Saya ajak lagi, suami buat2 x tau lagi. Saya sakit hati terus ajak suami balik. X sampai 5 minit jejak kaki di KP sudah ajak balik. Buat penat cari parking je.. Series masa tu saya panas hati, marah, sakit hati, nak meletup!!

On the way balik saya menangis huhuhu.. bukan sebab x dapat apa yang saya nak tapi saya sakit hati sangat2 dengan cara suami. Kalo x bagi beli dari awal baik cakap terus terang. X kisah pun sebenarnya kalo x beli mende2 tu sume.. Kalo suami sama2 jalan dengan saya tengok2 hp yang ada kt kedai tu, angkat letak angkat letak then in the end kalo suami cakap "X yah beli la yang.. x cantik pun." Saya dah cukup puas hati sebab suami take part. Ini tidak.. dari awal dia dh buat x tau. Sebab tu saya sakit hati sgt. Sungguh saya masih x faham kenapa suami x faham saya walopun tahun ni masuk tahun ke 5 perkahwinan ekekeke.. Penting sgt ke gi beli barang sama2? Penting bagi saya sbb kalo one day saya ada short-term memory lost saya bleh tgk balik hp yg saya beli dengan suami then ingat "Owh, saya beli hp ni dgn suami. Dia suami saya.." huhuhu..

Sungguh kali ini saya terasa hati. X tau la mungkin disebabkan hormon haywire masa period last week mende kecik pun jadi besar. Saya merajuk dengan suami tapi baju kerjanya masih saya iron setiap malam, air minumnya masih saya buat setiap kali sebelum pergi & balik keje cuma sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. X panjang berjela macam selalu. Mulut saya macam bertih jagung bercerita itu ini hal anak2, hal kerja, apa2 saja bila suami balik kerja huhuhu.. mungkin di kala ini suami lebih aman damai x mendengar suara high pitch saya berceloteh itu ini non-stop.

Hari ini terbaca post MommyLyna hal rumahtangga. Celebrating differences.. kerana perbezaan itu lah menjadikan suami isteri saling mengenali. Saya faham perangai suami & saya menerima seadanya sbb hingga ke saat ini suami sikit pun x memujuk hukhuk.. keji! As if.. merajuk ke? Owh.. ok, isteri merajuk. Full stop.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS