RSS
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

New Routine

Starting this week.. semoga bertahan hehehe.. I noticed that I’m too occupied with the kids & house chores until there’s no time for me and I end up being stress!! Itu belum campur masalah2 dunia yang saya kena tanggung, workload yang makin bertambah x yah cakap la.. so I know that I desperately need to find some ME time.

IMG_20130422_145926

Bila saya ada masalah saya suka berlari.. biarpun masalah tu x kan hilang camtu je but the fact that I can run & cry at the same time really gives me a comfort. Jaga 4 orang anak dalam lingkungan 7 bulan-7 tahun memang sangat perlukan daya tahan.. be it dari kesabaran or fizikal. Kalo saya x sihat maka berterabur la anak2 saya..

IMG_20130422_144903

That’s why saya cari something yang boleh buatkan saya release at the same time boleh buatkan saya sihat. Dah lama saya lalu lalang depan gym ni so this week I finally make a move. SAYA KENA PERGI! Sebelum ni alasan xde masa but this time around I’ll try to squeeze in time for myself. I need my ME time.. away from the kids, the world, other peoples.. just ME alone..

IMG_20130422_145949

So setiap hari lepas anta Yaya gi KaFa kol 2.30 saya boleh terus gerak gi gym then ada masa sampai kol 5 sebelum fetch the kids kt nursery. Alhamdulillah.. di permudahkan. Sampai gym on threadmill.. just me & my musics. I don’t care about other people that time.. I run, I cry, I smile.. on my own..

IMG_20130422_163400

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Day 5 at JB

Hari ni plannya adalah x keluar dari bilik..boleh? Series rasa nak terperap dalam bilik je. Badan rasa lemah longlai x bermaya sangat. Breakfast pun mintak room service je. Nasib baik lah ada sosej ngan fries bagai, kena la dgn selera mek2 cerewet ni. Tengok lah keadaan camne, kalo agak2 huru hara x bley dikawal sgt baru bawak derang ni berlari kat bawah. Budak2 tengah nak besar mana bley di halang derang nak lepas bebas..

578354_3489447605439_1541637842_n

Semalam pun dah de aura malas nak keluar bilik tapi bila lepas mandi derang dah segar pastu aktif lain macam x ley nak kontrol maka kena gak bawak keluar. Channelling their energy.. kalo x satu hotel tu bley bergegar dengar mama menjerit!! Nasib baik la ada extra tenaga so bawak derang gi Jusco sebelah. Itu pun separuh nyawa menjerit sebab Yaya ngan Hana macam anak kambing terlepas kandang bila dapat gi jalan. Adoii la.. tu belum si kenet yang pantang nampak apa sume nak pegang. Separuh nyawa gak la..

62576_3489448605464_1611095343_n

Yaya ngan Hana paham gak kalo mama marah cakap nak cubit, derang pause gak berlari tapi kalo si kenet ni menonong je dia gi ikut kaki. Marah pun xde efek huhuhu.. Yaya request nak makan aiskrim so bawak la makan kt booth McD. Layan la derang makan aiskrim 3 beradik pastu bawak gi kat tempat mainan bagi derang layan perasaan jap. Aman la kejap mama bila derang buas kat situ je.

Balik tu sume dah keletihan, senang je terbongkang tido. Dekat kol 4 petang baru suap derang soto yang tapau masa tengahari tadi. Maybe sebab dah lama sgt terperap kat bilik so Khayla de habit baru yang susah di kawal. Pantang de peluang je mesti dia nak belasah Hana.. dah jadi macam punching bag. Tambah lagi Hana ni sket2 nak nangis lagi la jadik kepuasan kat dia nak belasah Hana.. de respon! Belasah bukan cara sket2 plak tu. Dia panjat atas badan Hana pastu gedibuk sampai 5-6 kali. Adoii la.. apsal ganas sgt ko ni baby? Memberontak ke hape?

InsyaAllah kalo xde aral, esok dah nak check-out. Bahagia sgt rasa hati sebab bley balik umah sendiri. Kecik2 rumah pun xde la rasa terkongkong cam sekarang. Tapi bila dah nak balik rasa sedey la plak sebab yang pasti akan berjauhan balik dengan cinta hati. Adoii la.. berapa lama nak kena hadap long distance relationship camni? Berbelah bahagi rasa hati.. jiwa.. tolong la kuat. InsyaAllah ada hikmah segala apa yang Allah dah tentukan ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeaa.. papa balik!

Dah banyak hari Yaya ngan Hana tanya soklan sama berkali2 “Bila papa nak balik?” Mama punya hangin jangan cakap la.. dah la dengan sakit yang on-off, mana nak menjawab soklan yang di ulang berkali2. Temper je mama ni.. kerja papa yang baru ni hari Sabtu pun keje so x berani nak janji ngan anak2. Buatnya mama konfiden je cakap nanti papa balik, sekali papa kena keje mau frust anak2 menunggu. Ye la, selalunya paling lama papa outstation pun dalam 2 hari, ni dah dekat seminggu. Bila papa sms ckp tengahari Sabtu dh on the way gerak dari JB, rasa cam x caye pun ada. Siap tanya balik kt papa “Betul ke nak balik?” huhuhu.. macam la balik dr oversea. Berbunga je hati menanti kepulangan cinta..

582821_493498464011741_510529243_n

Saya masih dalam mode syahdu. Kadang2 OK, kadang tu KO. Memang emosi di hujung pregnancy ni mempengaruhi betul. Saya tengok baju cinta yang bersidai kat tingkat atas pun saya dah nangis, tengok toilet yang dia selalu guna pun air mata saya dah meleleh, tengok sejadah yang dia selalu guna pun merebeh.. adoii la.. kritikal betul. Sampaikan kadang2 saya terbayang dia selisih dengan saya sambil tersengih notty mcm selalu. Memang la syaitan betul pengaruhi emosi.  Series kali ni rindu saya kt cinta tersangat la mempengaruhi emosi.. sampaikan baju cinta pun saya x basuh sebab nak ada bau dia kt sebelah saya setiap malam sebelum saya tido huhuhu..

553834_347297798689182_638817224_n

Kali ni memang saya x mampu nak kuat.. depan anak2 pun saya menangis. X macam selalu saya nak nangis pun sorok2 dari anak tapi kali ni tersedu2 saya depan anak2. Sampaikan Hana tanya “Kenapa mama nangis? Mama sakit perut? Mama berak keras cam Hana ke? Xpe.. nanti kita ajak papa gi doktor eh..” hahahaha.. Khayla yang cikenet tu pun pandai memujuk. Nampak air mata saya meleleh, boleh datang usap pipi mama pastu tanya “Uwat? uwat?” **sapa buat?** Yaya je memang mengikut perangai papa dia sebijik, x reti memujuk. Nampak mama menangis pun dia buat x tau je tengok tv.

557464_3450061340807_536864228_n

Bila sampai je cinta kat depan rumah, anak2 dah menjerit2 cam histeria! Papa masuk dalam rumah je semua dah kerumun papa.. leganya hati saya bila cinta dah ada di depan mata saya. Rasa macam x percaya pun ada.. ini baru seminggu berpisah. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan untuk hidup berjauhan dengan cinta. Bila dah dengan anak2 haruslah mama mengalah.. dari balik sampai la ke tengah malam anak2 konker papa huhuhu.. Xde can mama nak lepas rindu. Masa nak tido pun Hana suh papa tido dengan dia. Relakan je la.. Lepas Asar hari ni papa bertolak balik JB. Aduhaii.. berpisah lagi. Tabah lah hati.. insyaAllah minggu depan bersama lagi. Kuat2 ye hati.. demi diri sendiri, demi anak2 Smile

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcoming Ramadhan

Alhamdulillah.. dah selamat 2 hari berpuasa. Lapar x sangat maybe sebab dah terbiasa ganti puasa 2-3 minggu sebelum ni. Harapnya dapat la puasa penuh tahun ni, bukan senang nak dapat peluang kan? Cumanya rasa letih tu melampau2.. semalam ngan hari ni terkelepet sakan. Pantang letak kepala konfem tido huhuhu.. Balik kampung sambut puasa ari Jumaat kol 12 tengah malam, sampai Sp dalam kol 4++ pagi gitu trus sahur pastu bantai tido. Bangun mayang subuh jap pastu sambung tido balik. Spend sehari je la kat kampung.. x puas langsung sebab hari ni lepas Subuh tadi terus gerak balik PJ. Rasa cam x nak balik je uwaaaaaaa.. Sampai umah lebih kurang kol 12 then sume bantai tido. Sume stok terkelepet huhuhu..

295358_3261443065468_1466358208_n

Selamat menyambut puasa dari kami sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2nya. Semoga saya di berikan lebih kesabaran untuk menguruskan suami, anak2 dan membawak diri dengan perut yang makin besar huhuhu.. Selamat berpuasa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordfull Friday

Approaching my 7 months of pregnancy.. rasa cam sekejap sgt. Even my colleagues yang berjumpa tetiap hari pun rasa kejap hakhak! Saya yang menanggung ni alahaii.. badan rasa makin x larat nak membawak perut. Apalagi bila balik rumah sume kena handle sendiri. Mana nak basuh baju, lipat baju, basuh botol2 susu, kemas segala reta meredak yang mek2 ni punggah abis satu rumah, jaga derang lagi.. Am I complaining? You bet I am! Haruslah weii mulut saya ni sama naik dengan tangan dok wat keje umah. Saya bley ignore rumah yang tunggang terbalik tapi saya x sampai hati bila cinta balik keje penat2 tengok2 rumah huru-hara. Biarlah rumah x besar mana pun at least bila dia balik rumah biarlah tenang sket. Lagipun bila rumah bersepah teramatlah hazardous untuk mek2 tu.. berlari pastu terpijak mende dah gedebuk..susahkan sape? Mama jugak..

Even kat skolah saya masih aktif berjalan ke sana ke mari sampaikan GPK saya pernah sound “Could u please walk slower May? My God..do u realize that u are heavily pregnant?” hahahaha! Pernah saya berlari kejar budak hyper yang menuju ke jalan besar sebab nampak mak dia kt seberang jalan, masa tu lupa dah saya tengah bawak perut. Bila dah dapat tangkap budak tu baru la termengah2 rasa cam dh abis udara dalam badan hahahaha!! Itu belum lagi turun naik tangga hantar budak balik kelas, budak saya bukan cam budak normal yang boleh dilepas gitu je. Kalo ada yang merayap x sampai2 kelas? Dah satu keje nak mencari plak. Itu pun masih ada orang yang ingat jadi cikgu Pendidikan Khas ni xde keje apa tetiap bulan dapat elaun. Tolong la.. x berbaloi pun elaun tu dengan nak menjaga 80 orang murid dengan macam2 peel. Tapi tu la.. biar la apa orang nak cakap, Allah tu Maha Kaya. Selama saya jadi cikgu kat anak2 Khas ni x pernah sekali pun saya rasa tertekan dengan derang. Orang yang xde kat tempat saya ni xley paham kot.. Allah dah bagi redha dalam hati. Allah bagi saya bekerja dengan kawan2 yang best. Nikmat tu kan?

Pregnant kali ni memang Allah bagi extra kekuatan kat saya. Kalo ikutkan time2 ni saya dah makin slow, makin lembik x bermaya. Cuma time ganti posa je terkelepet, time lain insyaAllah saya masih boleh uruskan diri ngan family sendiri. Masih drive sendiri gi skolah, hantar anak2 gi nursery, balik skolah setel keje2 rumah then amik anak kt nursery. Nasib baik sekarang cinta dah makin cekap handle anak2 so bila dia balik keje semua anak kerumun dia then saya ada masa nak rehat huhuhu.. nasib la kan, dia kan the only MAN in the house.

Dah nak masuk 7 bulan tapi everytime saya gi check up baby x pernah nak tunjukkan gender dia. Sampai gynae pun tension “Aiih dia ni, x nak tunjuk langsung! Bulan lepas meniarap, mengiring, ni dah dia kepit plak kaki.” Saya plak yang nak gelak dengar gynae ngomel sorang2. Member2 saya yang pregnant sume dah tau gender masa 5 bulan lagi. Masa pregnantkan the kakaks pun awal2 saya dah tau. Bohong la kalo saya cakap saya x teringin nak dapat baby boy.. saya teringin sangat nak dapat Ahmad ….. bin Mohd Syamsyir Smile tapi kalo Allah takdirkan saya dapat baby girl plak saya mohon Alllah bagi saya redha untuk terima seadanya. X nak nanti saya frust x dapat boy, merajuk plak baby saya nanti kata mama xnak dia.

Kagum bila baca status FB member skolah saya dulu yang suka sangat nak beranak ramai2. Xnak amik perancang sebab katanya selagi boleh beranak terima je. Yes, saya bley di kategorikan anak ramai untuk member2 sebaya saya tapi let’s call it a quit after this. X kira la kali ni Allah bagi boy ke girl.. hopefully saya bley fokus kat 4 orang ni nanti. Anak bagi in- laws jaga, family ada dekat keliling x susah rasanya nak menjaga anak ramai tapi kalo dah terkontang-kanting merantau kat tempat orang semua buat sendiri.. sangat letih fizikal & mental! Memang setiap anak ada rezekinya tapi bila duduk balik sorang2 then terkenang balik cane setiap anak demand for your attention but you cannot fulfill them all series rasa fail sebagai seorang mama. Big looser! Sedih sebab bukan salah derang but salah mak bapak sendiri yang x plan betul2 jarak anak. Cukup la anak kita 4 orang ye cinta?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini saya bangga dengan Yaya

Kisahnya kt skool Yaya ada twins autisme baru masuk last month. Pagi derang gi WQ Park then petang transit kt taska. Yaya pernah cerita “Ashraf ngan Aimar tu pelik la mama, masa mandi dia tepuk2 tangan pastu kepak2 tangan mcm bird.. pastu suka buat bising tepuk2 tangan, panjat atas meja. Pelik!” Saya cuma jawab “Itu sebab Ashraf ngan Aimar tu special.. Allah sayang derang banyak sgt!”

Then last weekend Yaya cerita lagi, “Mama, budak ‘sedi’ tu kan selalu kacau Hana, tolak2 Hana pastu abang long selalu pukul dia sbb dia selalu tepuk2 tangan, buat bising.” Saya tanya, “Sedi tu apa?” Yaya konfiden jawab “Ashraf ngan Aimar tu budak sedi la..” maybe dia dengar teacher cakap autis tapi dia paham sedi huhuhu.. “Abis tu Yaya pun pukul derang gak ke?” Yaya geleng pale laju2. “Tak.. abang long ngan Faris je selalu pukul.” So saya explain walopun Yaya cam ternganga je..

Mama : Yaya.. Ashraf ngan Aimar tu special. Allah sayang diorang banyak sgt.. Allah bagi pahala banyak sgt kalo Yaya kawan elok2 dengan diorang. Berdosa tau kalo pukul2 diorang x de sebab.

Yaya : Abis tu kenapa diorang asyik bising2 tepuk tangan, panjat2 meja? Orang lain x camtu pun..

Mama : Sebab tu mama cakap derang special. Allah bagi diorang kelebihan. Ashraf ngan Aimar tu pandai tau..

Yaya : Kelebihan tu apa? Apsal diorang asyik tepuk2 tangan? (isyy.. susah betul nak bagi budak 6 tahun ni paham)

Mama : Camni la.. bila diorang tepuk2 tangan, masa tu sebenarnya diorang ‘sakit’ tapi bukan sakit yg tido atas katil. ‘Sakit’ tu Allah bagi.. sakit yg datang dgn pahala. Yaya tau x Ashraf ngan Aimar nanti masuk syurga? Orang yang dok pukul2 dia, buat dia xde sebab tu berdosa..

Yaya : Ye la.. ye la. Nanti Yaya cakap kat abg long ngan Faris jangan pukul2 Ashraf ngan Aimar.

Closed case utk hari tu.. Hari ni Yaya balik cerita kat saya..

Yaya : Mama, hari ni abang long ngan Faris dh x pukul Ashraf ngan Aimar.

Mama : Kenapa?

Yaya : Tadi abang long ngan Faris nak buat diorang pastu Yaya cakap, berdosa kalo pukul diorang sbb Allah sayang diorang..

Mama : Abis abang long ngan Faris cakap pe?

Yaya : Abang long tanya kenapa Yaya baik sgt dgn budak sedi tu? Yaya cakap la x baik pukul Ashraf ngan Aimar sbb diorang ‘sakit’. Berdosa buat diorang camtu nanti masuk api neraka. Pastu abang long ngan Faris dh x buat..

Alhamdulillah.. walopun masa saya explain Yaya nampak cam x paham tapi at least terselit gak dalam hati dia apa yg saya pesan. Siap bleh sampaikan pesanan kat orang lain. Hari ini mama bangga dengan Yasmeen Aulia!!

Saya x boleh nak ubah seluruh dunia utk ubah persepsi pada anak istimewa tapi saya boleh mula dengan mendidik anak-anak saya supaya x mistreat & membeza2kan these special kids. Dunia saya dengan anak2 istimewa ni.. walopun cuma kat skolah bukan sepenuh masa. Hari ni saya bersyukur sgt Allah lorongkan karier saya utk mengajar Pendidikan Khas. Life saya x stress & saya jumpa ramai colleague yang satu kepala. Paling penting hari ni saya tau anak saya belajar utk x mendiskriminasi orang lain. Saya seorang mama yang bangga hari ini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tudung cantik

Cantik je tengok trend bertudung sekarang kan? Saya pun sebenarnya teringin nak tudung berfesyen2 ni tapi dengan muka lebar cam pinggan ni bila pakai inner gitu dh sah2 la nampak penyek hahahahaha!!

472__900x600_maysaa-london_thumb 

Boleh je nak pakai tudung2 berfesyen gini tapinya kena cari yg betul2 sesuai dgn saya. Biar pakai tudung betul2 tutup dada. Itu syarat cinta hati masa baru kahwin dulu. Rasanya dia pun dh lupa pasal tu kot huhuhu.. Masa baru kahwin dulu saya pakai tudung bawal then silang je.. then satu hari lepas semayang maghrib, masa saya salam cinta hati cakap “Pakai la tudung betul2..tutup la dada xyah silang2. Lagi cantik apa..” saya x puas hati “Ala..mcm makcik2 la.” Masa tu kan baru kahwin so ala2 memberontak la sket. Pastu cinta hati bangun lipat sejadah then mcm merajuk cakap “X kesian ke kt saya nak tanggung dosa awak? Dosa saya lagi..” Alahaii.. saya kalah betul kalo cinta hati dh cakap camtu. Bab dosa pahala x leh kompromi.

So sampai sekarang kalo saya nak buat pepepun saya ingat yg tu.. termasuklah bab2 nak berpakaian bagai. Cinta hati jarang melarang saya sbb dia tau saya jenis yg makin dilarang makin dibuat huhuhu.. Saya pun susah nak pakai baju2 ketat atau jarang.. memang dull x stylo2 mcm orang lain. Maybe sbb badan gemuk so nak berfesyen pun x tau hahahahah.. kang pakai ketat2 dh jadi cam sarung nangka plak! Saya lagi selesa kalo keluar just pakai jeans ngan blouse then sarung tudung tutup dada. Lagi senang nak kepung anak2 yg tgh melasak masa keluar jalan2.

Selalunya lepas bersiap nk keluar kalo cinta hati tiba2 tegur, “Ketatnya?”,”Jarang la..”, “Tangan pendek?” konfem saya dh x selesa nak pakai apa yg saya pakai tu. Jarang sgt la dia nak tegur sbb rasanya selama ni apa yg saya pakai biasa2 je. Masih dalam piawaian dia kot.. So sekarang ni camni je la saya.. seadanya..

39__640x427 

Teringin nak pakai tudung fesyen tapi malas nak belajar cane nak lilit shawl bagai.. tunggulah sampai satu masa cinta hati cakap “Awak pakai la cam tu..” Macam orang lain, saya pun nak cantik & up to date tapi biar la saya nampak lebih cantik depan mata suami.. sedap mata dia memandang kan?

*image taken from google*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Super mom

NOTTTT!! Hahahaha.. lembik terkelepet ada la. Ini bukanlah 1st time saya jaga mek2 tu 24-7 sendiri tapi kali ni rasa badan aduhaii.. gagahkn je sampai derang tido malam baru la dapat rehat sikit.

work_4921040_3_sticker,375x360_super-tired-mom-v1

Maybe sbb sekarang ni peel the kakaks tu yg asyik nak bertekak berebut sume mende buatkan saya stress sgt. Kalo setakat cakap elok2 suh berenti gaduh mcm menyanyi2 je kt telinga derang.. last2 kena menjerit cam nk keluar anak tekak dulu baru la derang stop. X pun bila dh terlampau x daya nak menjerit keluarkan rotan je!

Derang start gaduh bila jejak je kaki kt rumah lepas balik skool. Adoyaii.. gaduh sape nk masuk rumah dulu, sape letak beg dulu, segalanya mende remeh la yg nk di gaduhkan. Adoyaii.. bingit telinga saya mendengar derang bertekak menjerit2. Penat balik keje pun belum abis dh stress mendengar derang bergaduh huhuhu..

Makin besar anak2 makin mencabar mental & emosi mamanya nak menjaga. Semoga saya terus di berikan kekuatan untuk membesar & mendidik anak2 saya sepanjang ketiadaan cinta hati keluar mencari rezki utk anak2 isteri tercinta. Amiiinn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari masa

Jeles la tengok orang bleh buat banyak2 entry dalam 1 hari. Teringin sangat nak update blog kerap, sbb rasa cam terabai je blog ni. Orang lain 3-4 entry sehari, saya plak dapat buat 1 entry dalam 3-4 minggu dh besar tuah. Memang saya keje separuh hari tapi kebanyakan masa sy di penuhi dgn aktiviti utk anak2. Semua buat sendiri, gini la hidup working mom yg xde pembantu. Bizi dgn hal skolah & keje2 rumah sampaikan rasa x cukup tanah nak berpijak, x cukup udara nak bernafas uhuk..uhuk..

Banyak sgt cerita yg nk share.. lepas balik trip ke Lost World of Tambun haritu ada sambutan Hari Kanak2 peringkat sekolah, esoknya gi Perkhemahan Tahunan kt Hulu Langat. Hari ni plak ada LaDaP dr kol 7.30 pagi sampai 3.00 petang. Bisa badan gi jungle tracking masa camping hari tu pun x abis lagi, di tambah plak penat badan x abis2. Esok cuti sehari pastu next week plak start exam budak2 PPKI. Kalo cikgu2 aliran perdana bleh relax masa budak2 exam, cikgu pendidikan khas makin tambah stress masa exam hakhak! Bukan senang oke nak bg budak2 khas ni buat kertas exam. Kena pegang tangan derang pastu tambah dgn mcm2 peel derang adoyaii.. bikin panas hati! Silap2 cikgu yg buat kertas soalan, cikgu gak yg jawab soklan peksa huhuhu.. stress gue!! Till then.. nanti kita cerita ceriti lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rutin Ramadhan

Selesai sahur hari berpuasa ke-6. Hari ni bley la nk godek2 blog pepagi buta ni sbb esok x keje, kalo hari keje lepas sahur je konfem naaaakkkk jugak tido balik walopun dh kol 5.45.. nak bangunnya kol 6 huhuhu. Bangun sediakan apa yg patut kol 4.30, bila dh siap2 sume gerak cinta hati bersahur then tot-tet-tot-tet cuci pinggan mangkuk, clear dapur bagai tengok2 dh kol 5.30.. kejap je masa ni. Kalo nasib baik, naik atas tengok baju2 keje ada lagi yg dh siap di iron lega.. tapi kalo xde huhuhu.. menenyeh baju la plak.

Selalunya cinta hati x tido balik dh lepas sahur. Terus tunggu subuh then siap2 nak gi keje. So dia la yg tolong gerak kalo saya tido balik. Kadang tu kol 6.30 baru gerak... bagi can bini tido lama sket! Nasib baik la saya sekarang rumah dekat dgn skolah, even bangun 6.30 masih bley setel2 Aulia mandi bersiap nak gi skool, tukar diaper Hana ngan Khayla bagai masih boleh gerak keluar dr rumah paling lambat kol 7.10.

281713_1787902187867_1548943722_31363919_3751404_n

Pagi2 dh kalut.. Itu belum campur Aulia merengek buat perangai xmo pakai uniform skolah.. melaram je keje anak dara ni. Pepagi buat drama nak pakai baju cantik2 cam nk gi jalan. Demand oke! Ko ingat ko nak masuk fashion show ke Yaya? Mama bagi ko pakai baju dh besar tuah, kalo aku biar gi skolah bogel je ko nak? Hangin di situ.. Tambah lagi dgn Hana yg boleh kata tetiap pagi nak mengamuk. Manja sgt dgn papa sampaikan nak berdukung je kejenya. Bila nak tukar diaper merajuk sembam2 muka xmo. Sudahnya mama hangin x2. Nasib baik la bb Khayla memang baby baik.. asalkan bila dia bangun tu dh bagi mengopek seround then tersenyum la dia sepanjang pagi nengokkan mama terjerit2 mengamuk dgn the kakaks di pagi hari. Saya x perlu exercise kekdahnya sbb tetiap pagi je the kakaks dh buat peel macam2 nak bagi adrenalin rush utk mengepam jantung mama ke tahap maksima!

Sampai skool ngam2 7.15, drop anak2 then zass ke skolah. Lagi skali syukurlah taska dekat je dgn skolah x sampai 10 minit perjalanan. Kalo pun mek2 ni buat perangai masa drop derang, the latest 7.25 dh ada kt skolah. Duduk dekat dgn tempat keje kalo lambat gak sampai lepas 7.30 mau kena lempang dgn GPK huhuhu.. Suka sgt kalo kengkawan tempat keje tanya “Nape ko lambat ari ni?” pastu jawab “Jam..” sure derang rasa nak lempang berkali2 je hakhak! Alhamdulillah.. rezeki dpt dok dekat. Dah merasa 2 tahun ulang-alik Kuantan-Pekan setiap hari. Dulu paling lambat 6.45 dh kena gerak, itupun merempit 160 baru sampai sebelum 7.30 kalo x merah la punch card..

Balik keje kol 1 trus balik rumah setel apa yg patut dulu. Kang kalo dh amik mek2 tu nanti alamatnya tunggang terbalik la hidup. X ley nak buat apa.. dh paham sgt. Dah separuh hari kena tinggal kt taska, balik tu konfem derang wat perangai macam2 nak kan perhatian. Adoii la.. dr kakak sampai la ke baby ada je peel derang masing2. Penat sangat tapi bila derang balik rumah, kecoh2, bising2 seronok sbb rasa suasana tu ‘hidup’ berbanding masa dok umah sorang2.

261235_1716999175336_1548943722_31309038_2375912_n

Nasib baik bulan puasa ni papa balik awal, 5.30 dh sampai rumah. So lepas papa balik dia plak amik alih layan kerenah anak2, maka mula lah tugas mama nak siapkan pepe utk berbuka. Masa tu la baru nak masak nasik, buat air bagai.. dalam kol 7 bagi the kakaks makan siap2 so that masa berbuka kang derang x kacau. Xde maknanya! Masa orang tgh duduk kat meja makan, derang pun sibuk nak memeriahkan majlis gak.. terutamanya Hana la. Walopun baru tadi dh makan tapi bila orang makan dia pun nak sama.. patut la badan ko bulat pun Hana muahahahah!!

So far buka puasa belum pernah kt luar lagi. X daya rasanya nak bersilat dengan mek2 ni.. sudahnya kang makan-telan-makan-telan je. Xde nikmat nak berbuka menikmati makanan hakhak! Kat rumah pun camtu.. semoga mama cepat kurus puasa kali ni ekekekek.. Hari ni cadangnya nak berbuka di luar. Cinta hati teringin nak makan Chinese-Muslim food. Nak ajak SIL join sekali so that de extra hands nak melayan.. lagipun Aulia sibuk nak jumpa acik Inoi nye. Hana plak kalo acik Esah dh layan dukung, sumbat makan bagai suka la dia hehehe.. Belum keluar makan kt luar lagi tapi dh rasa sesak nafas membayangkan mek2 ni x reti dok diam haih..

260568_1717000735375_1548943722_31309040_5285796_n

Nak buat entry bergambar then baru perasan dh lama x amik gambar budak2 ni.. Owh, hari Rabu depan my baby Khayla genap 6 bulan.. cepatnya anak mama ni besar. Tau2 dh nak start solid food. Rasanya berat x naik banyak mana sbb still petite cam tu gak. Xpe la baby, asalkan sihat & x banyak ragam mama dh cukup bersyukur. Ok la.. salam Ramadhan to all. Saya awal puasa dh dapat ‘cuti khas’, konfem hujung Ramadhan nanti lagi skali. Matik la nak mengQadha’ puasa huhuhu.. tapi bersyukur la bendera jepun tuh berkibar. Kot x kang mau saya lak x senang duduk takut lekat.. dh la musim orang dapat baby sekarang ni muahahaha!! Khayla pun dulu lekat masa Hana 6 bulan.. bahaya nih. Chooooiiiii!!

Selamat menyambut Ramadhan.. semoga segala amal ibadat yg kita lakukan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya & diterima Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebelum puasa

Dah lama x update dgn entry panjang berjela, asyik la wordless Wednesday memanjang. Update sekadar letak gambar, xmo bagi lupa apa yg dh jadi sepanjang minggu tu.. Hari ni house chores dh settle so bley duduk dgn tenang mengupdate blog hehehe..

Minggu ni agak bz la sebab aktiviti sekolah semua pun nak buat sebelum bulan puasa. Haih.. macam la bulan puasa x boleh buat pepe aktiviti, zaman Rasulullah siap gi perang lagi. Last week balik Sp amik Aulia sbb dh 2 minggu dia ikut tokmama ngan babah balik kampung. Happy sgt Aulia sbb dapat jumpa abang Danial yg kebetulan balik kampung gak sbb nak anta ibu balik bersalin. Dapat la lepas rindu dendam nk berjumpa dari cuti sekolah aritu.. Derang ni memang x dapat di pisahkan kalo dh jumpa sbb dr kecik sama2.

nelya

Hari Isnin sekolah cam biasa, Selasa plak ada lawatan bawak budak2 PPKI gi Pusat Sains Negara. Rugi plak rasanya sbb x bawak Aulia sbb dia konfem suka dgn tempat2 gini. Tapi bila fikir nak kena jaga 3 budak PKI + tempat tersangatlah crowded.. ada bagusnya x bawak dia. Lagipun masa tgh kerja kan..

250270_1813608230502_1548943722_31389716_2780832_n

284030_1814104522909_1548943722_31390361_1234271_n 

Budak 3 orang yg slalu kena tengok, pantang lepa berdesup hilang!

Hari Rabu plak bawak budak gi terapi bowling. Balik pun dh dekat kol 4.. alahai penatnya la. Khamis gi terapi renang lagi.. balik masing2 dh lembik sbb penat sgt. Hari ni plak buat makan2 sempena nak menyambut puasa.. kiranya sambutan nak meraikan Ramadhan la..

Cadangnya esok nak balik Johor.. sambut puasa kt sana sbb Isnin minggu depan skolah amik cuti. Alahaii.. bila dh start posa ni mula la x tau menu apa untuk berbuka. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya :)

217511_1811351374082_1548943722_31386715_7787400_n

Owh.. Ramadhan nanti budak kecik comel mama ini genap 6 bulan! How time flies.. Sudah boleh makan, nanti boleh la kita sama2 makan masa berbuka. X dapat bayangkan betapa kalutnya nak berbuka tahun ni. Dengan Hananya yg sibuk bila nampak orang makan, Aulianya yg cerewet itu x kena-ini tak kena, dgn Khaylanya lagi.. waaahhh.. mencabar!

Rezeki nak Ramadhan utk saya & Khayla tahun ini.. FS saya sudah sampai!! Sgt happy & bersemangat nak bg Khayla BF selama yg boleh. Alhamdulillah.. cinta hati pun x tau saya beli sbb kali ni x mintak suh dia beli. Dah segan asyik mintak macam2, so kali ni saya beli sendiri. 3 kali installment baru la dapat apa yg di hajati..

283488_1816390180049_1548943722_31392852_226818_n

Berbaloi rasanya beli walopn mahal sbb saya tau FS ni portable & boleh guna lama. Sesuai utk saya yg selalu on the go. Sekarang ni masa pam, kejap2 Aulia dtg mintak susu, pastu Hana mintak itu ini.. sudahnya saya mengamuk sbb xde can nak pam susu dgn tenang. Output pun ala2 hidup-segan-mati-x mahu sbb terbantut pam kejap2 berenti. Hasilnya.. Khayla pun kuat menjerit bila mengamuk sbb minum susu yg diperah dlm keadaan marah. Jangan main2 oke.. menyusu dalam keadaan beremosi bley mempengaruhi emosi baby tu sendiri.

Dari masa menyusu Hana lagi dh nak sgt beli FS ni tapi nama nak kuar duit gedebuk sekaligus alahaii.. x daya la plak sbb dh ada spectra 7 ngan safety plus. Kali ni dh tekad, apa jadi pun nak kumpul gak duit. Jumpa plak seller yg bg buat installment. Memang la rezeki ko Khayla.. semoga dapatlah sempurna penyusuan 2 tahun.

Nak cerita apa lagi ek? Tadi macam banyak sgt nak cerita sekarang dah xde idea la pulak. Happy weekend everyone & selamat menyambut Ramadhan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu yang mandom

Tengok tajuk je dh bley agak cane perjalanan hidup minggu ni kan? Di mulakan dgn episod Yaya batuk x berhenti sampaikan dh macam nak semput. Sgt kesian tgk dia ter-kong-kiang-kong-kiang mcm org batuk kering. Dah la dia kurus, bila batuk nampak abis tulang timbul.. kesian.. Bila batuk ditambah dgn selsema, hidung tersumbat, melarat ke demam.. alahaii, penatnya nak melayan peel budak x sihat. Lepas bg ubat 2-3 kali, Alhamdulillah batuk ngan demam Yaya baik.

Ingatkan dh abis sampai situ, rupanya bersambung kt Hana plak. Mula ngan demam masa maghrib melarat bawak ke tengah malam. Mula lah episod x tido sbb Hana ni jarang sakit tapi kalo sekali dia sakit mmg mencabar la. Bila dh demam, mcm dijemput je selsema ngan batuk tu dtg join. Masa ni antibodi badan x kuat kan.. Paling x tahan masa ni, everytime Hana batuk atau melalak je konfem muntah. Adoii la.. cam nak bengong je tgh2 malam kena bangun basuh muntah bagai. Bau jgn cakap la kan, masam susu sume cukup. Bagus sebenarnya bila dia muntah tu, salah satu cara utk dia keluarkan kahak bg cepat baik batuk. Bila x kuar kahak then masuk ke paru2 yg sampai kena warded tu.. ada hikmahnya batuk2 tu walopun memenatkan sgt. Hari Selasa saya amik MC sbb dh miong2 sbb malam tu tido kejap2 terjaga. Nasib baik la cinta hati pun baik hati amik cuti sama2 bawak anak gi klinik & jaga anak2..

Ingatkan esoknya Hana dh ok bila makan ubat sume tapi batuk dia makin teruk. Sampaikan susah nak bernafas sbb asyik batuk, gatal tekak kot.. tapi saya rasa ubat yg doc bg tu mmg trigger batuk Hana sbb teruk sgt. Hana plak jenis yg suka makan, bila x sihat tu dia x sedap badan & pahit mulut makanya x lalu makan.. tapi perut lapar. Sudahnya merengek je sepanjang hari. Adoii la.. dh la saya sorang melayan dia kt rumah, hampir je hilang sabar. Dah la tido malam x sempurna, siangnya plak nak melayan dia merengek x tau punca.

2 hari x gi keje, hari ni saya kena hantar gak Hana gi skool. Badan dia masih dedar2 tp saya dh bekalkan ubat2 & pesan suh call kalo condition Hana teruk sgt. Dah la awal pagi td cinta hati dh gi offshore. Penat mental & emosi bila dia xde sbb saya sorang kena handle semua. Di tambah dgn mood mek2 ni yg unpredictable.. kejap mcm laut tenang, kejap cam ribut taufan. Haiisyy.. memang la minggu ini minggu yg mandom..

Sabtu ni plak ada larian 1 Malaysia.. saya sgt penat. 3 weekend berturut2 kena gi skolah. Minggu depan sukan plak & saya jadi penyelaras utk sukaneka PKI tahap tinggi. Cepat2 lah sihat anak2.. bila korang x sihat, mama pun penat. Semoga hari2 seterusnya bakal ada sesuatu yg boleh mereleasekan segala penat ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday blues

Hari ini hari Isnin.. sgt liat mau gi kerja sbb nya Sabtu lepas ada LaDaP kt skolah. Ahad je la nak relax dok umah ngan family tercenta :) Nasib baik hari ni 1 kelas je pagi, tunggu lepas rehat kang baru berderet kelas sampai balik.. xpe la, at least sempat nak warm up huhuhu..

Sepanjang minggu lepas mek 3 beradik tu x sihat. Stended la kan dok nursery, kita jaga camne pun xnak bagi sakit tp bila dh bercampur ramai2 tu konfem terjangkit. Masalahnya bila sorang mek ni x sihat senang sgt nak berjangkit yg lagi 2, sudahnya nak pengsan mama melayan. Asyik mengamuk je sbb x larat. Mula dgn Khayla demam+batuk+selsema pastu jangkit kt Hana, last skali jangkit kt Yaya.. adoii la, yg kecik cara kecik.. merengek x tentu masa. Yg besar cara besar, banyak la plak songehnya masa x sihat ni. Paling kesian kt baby Khayla bila selsema sbb hidung tersumbat nk minum susu pun x selesa. Mesti turun lagi berat mek kecik ni.. alahaii.. bila nak bambam ni baby?

Rasa cam byk lagi nak bebel tapi mood tersangatlah mandom huhuhu.. lenkali la kita cerita eh.. Boleh entry tergantung gini? ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordfull Wednesday.. membebel

Pejam celik kejap je dh nak abis 2 minggu cuti sekolah. X bercuti ke mana pun kali ni selain dr gi Cameron hari tu. Niat di hati nak ajak cinta hati gi jenjalan check in mana2 tapi bila tanya xde respon pun, dok dendiam kt umah je la jawabnya huhuhu..

Last week lepas balik jenjalan Cameron, trus balik Sp. Dapat la melepak lebih kurang 5 hari kt kampung.. sgt best & relax walopun huru hara dek mek2 tu yg habis2 menjerit bertekak bagai. Sebabnya mama ngan abah ada nak melayan derang. Hari ni saya dok umah je, setelkan house chores. Baju je dh ada 5 bakul x berbasuh & lipat lagik huhuhu.. nak nangis oke tgk baju bertimbun. Ringan2 je nak anta gi dobi muahahaha!! Dasar pemalas, nak besar bontot je.

Laundry_Day

Maka marilah kita menganggap kerja2 rumah yg dilakukan hari ni sbg exercise utk memecahkan lemak2 tepu.. chaiiyokkk!! Lepas basuh baju cadangnya nak iron baju keje saya & cinta hati stok seminggu.. kalo rajin la. Baru je lepas tuang toilet cleaner, alamatnya kejap lagi kena sambung exercise menyental lantai bilik air la huhuhu.. tadi konon cam rajin, sekarang dh malas huarghh!! Saya declare hari ini hari terpaksa rajin.. kalo saya x buat kang tunggu la anak2 balik skool kang derang yang TOLONG.. tolong bagi darah saya naik!

224618_1656885472531_1548943722_31237633_5357360_n

Mek kenit Hana saya sekarang ni tersangat la cranky.. series saya rasa nak mengamuk je. Sume mende x kena. Pastu asyik nak merengek je. Sket2 nangis, sket2 meraung.. suara dh la kuat giler. Lepuk skali baru tau. Penat oke! Kalo nak melayan dia je xpe.. ini dengan baby Khayla nak mengempeng dia sibuk nak berdukung. Hana ni memang sgt manja, mama saya cakap sbb dia menyusu badan. Asyik nak berkepit je keje. Beza dia dgn Yaya, suka dipeluk. Melekat je dgn orang, kalo Yaya lama sket dia dh start rimas. Hana ni tido pun atas dada papa, kadang2 kalo dapat celah kangkang saya pun jadi. Asalkan dapat melekat dgn orang puas hati..

253865_1695213470707_1548943722_31284571_4281442_n

Nasib baik la si kenit Khayla budak baik.. rasanya besar nanti dia yg banyak mengalah. Sekarang pun lepas bg menyusu kenyang2 saya letak dlm baby cot pastu sambil2 tu agah dia ajak bersembang.. duduk la dia dalam tu kadang sampai terlena sendiri. Most of the time saya melayan Hana.. kejap2 ok, kejap2 mengamuk guling2 badan, kejap nak itu, kejap nak ini.. penampar nak? Saya selalu tanya “Hana nak apa ni? Apsal buat perangai sangat ni?” pastu konfem dia jawab walopun dlm bahasa German dia sambil tunjuk2 sana sini last2 angkat depang tangan luas2 mintak dokong. Bercerita la konon.. haih, lagi mau menjawab la! Anggap je la dia tgh lalui phase nak masuk tantrum 2.. adoii la adik, jangan la buat perangai selalu, nanti mama bertukar jadi momzilla sgt la x best.

Ok la, kena start buat keje sekarang. Kalo lagi lama mengadap laptop ni mau bertangguh esok plak sambung keje huhuhu.. memang la dasar pemalas tau. Alaa.. saya nak gi holiday.. tetiba. Daaa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Random things in May

  • Cuti sekolah 2 minggu dh start uolls!! Ada 3 weekends.. this weekend balik Johor, next weekend balik Kedah & last weekend tu baru la cadang nak bawak anak2 gi jenjalan. Weekdays hanya duduk menganga kt rumah hehehehe..
  • Mek Hana dh start selsema, hingus meleleh sepanjang masa.. rimas tul nengokkan. Bila dh start selsema mula lah nak berangkai dengan batuk + demam. Pastu nanti mula la berjangkit kt Kakak Yaya ngan baby Khayla huhuhu.. tapi nasib baik sekarang ni Hana dh senang makan ubat, lagi senang dr kakak! Kalo dulu nak bagi ubat.. bercinta! Asal bg je muntah keluar segala isi perut alahaiii..
  • Khayla sudah pandai mengamuk ala-ala manja.. sgt comel bila dia jerit2 marah sbb mama lap hidung dia berhingus hakhak!!
  • Teringin sgt nak gi bercuti masa weekdays sbb malas bersesak masa weekend, tapi nak suh cinta hati amik cuti susah la plak..
  • Mood blogging masih ke laut. Banyak yg nak cerita tapi MALAS nak mengarang.. sudahnya buat short notes gini je.
  • Production susu dh de tanda2 nak merudum.. nak buat PP asyik bertangguh xtau la apa yg disibukkan sgt kt umah. Ni belum start puasa. Murah la rezki Khayla utk terus minum susu mama selama yg boleh.
  • Cite psl puasa, ada 6 hari kena ganti. Bila nak start ganti ni weii?? Ingat nak ganti skali puasa sunat Isnin ngan Khamis tapinya tetiap Khamis de terapi renang.. haruslah penat berkubang.
  • Patutnya hari ni nak shopping diapers ngan susu anak2 tapi melekat la plak tgk CSI ni haihh..
  • Anak2 sume kena anta kt skool hari ni sebabnya kalo kt rumah Yaya xmo makan langsung. Puas di marah, paling byk pun makan la 2-3 suap.. kalo kt skool dgn kawan2 habis semangkuk la jugak. Bila Yaya kena anta, otomatik la adik2nya pun kena skali sbb kalo x jgn harap la dia nk gi.
  • Cukup la dulu.. nanti share lagi. Tgh browsing tempat2 menarik nak bawak anak2 bercuti.. konon.. sedangkan maknya yg excited lebih!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita hujung tahun

Banyak sgt mende yg nak di ceritakan sebenarnya tapi x tau nak mula dari mana.. nak kata xde masa, x jugak. More to malas sebenarnya huhuhu.. mood nak berblog pun dah ke laut..

Malam celebrate besday Yaya kt Secret Recipe tu, lepas makan2 sume Tokbabah call cakap dh sampai kt tol Subang. Cian kt tokmama ngan tokbabah datang semata2 nak tolong unpack barang2 yg pindah aritu sbb saya dh sarat. Kalo harap nak unpack sendiri alamatnya lepas pantang bulan 6 nanti je la huhuhu.. dasar pemalas! Bagus gak derang datang sementara nak biasakan diri dengan environment baru ni.. xde la terasa asing sgt. Yaya ngan Hana lagi la super duper happy sbb ada orang nak melayan mengada-ngada.. Pantang marah sket mula la nyeeeee.. nyeeee.. menangis merebeh-rebeh. Bukan setakat Yaya je, Hana pun dh pandai tau! Bila marah dia notti nk panjat tangga je mula la cari tokmama xpun tokbabah nak mintak simpati ;p

IMAG0112

Esoknya tinggalkan 2 beradik tu kt umah then terus dengan misi pencarian taska. Lepas lapor diri kt skolah baru terus gi round area SS3 & SS5. Malas nak gi jauh2 sbb memang dh aim nak cari taska yg on the way gi skolah. Xde la pagi2 kalut sgt.. Alhamdulillah, memang rezeki mek berdua tu nak dpt tempat elok.. taska tu baru 2 tahun bukak, budak2 pun x ramai lagi-baru ada dlm 17 org gitu. Suka sgt sbb Hana kan clingy.. sementara dia nak biasakan diri takut kang x terlayan.. cian anak manja mama sorang tu. Dah la sebulan lebih ni dok berkepit dengan mama je.

Lepas setel amik borang kt taska & discuss payment sume terus ke KJMC sbb de appintment dengan Gynae baru - Doc. Fatimah Najla. Suka sgt sbb dia mmg friendly, dia tanya & explain apa yg perlu tau. Saya dh risau sbb previous gynae ckp by 30weeks kena repeat MGTT huhuhu.. Bila doc Fatimah tgk previous record sume dia ckp x perlu sbb family saya xde history diabetes, yaya ngan hana pun lahir x sampai 3kg, berat baby pun ok & berat saya pun x naik banyak.. waaaa, statement ini adalah sgt syiokk!! Kiranya doc ni xkan suruh wat any test yg x perlu. Ye la.. kalo mek berdua dulu company papa cover, this time around kena bayar sendiri hehehe.. InsyaAllah kalo xde pepe aral, dh plan ngan hubby nak bersalin kt sini je since dh jumpa gynae perempuan Islam ;p Murah rezeki adik kecik dalam perut mama ni.. xyah susah2 nak gi jauh2 cari spital skali jumpa yg x sampai 10 minit dr rumah. Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan.

IMAG0116

IMAG0126

IMAG0128

IMAG0130a

IMAG0136

Birthday saya tahun ni sgt special sbb mama & abah ada celebrate sekali. Selalunya wish dr kejauhan je huhuhu.. celebrate dlm rumah baru je. Abah buat BBQ, mama buat nasi planta.. menu superb!! Walopun xde celebration yg grand2 tapi terasa beranjaknya usia saya setahun lagi tahun ini penuh makna sbb insan2 tersayang ada di sisi..

Last week dh start meeting kt skolah, meeting pengurusan la, meeting kokurikulum la, HEM la.. bley kata tetiap hari ada meeting. Nasib la hari Jumaat & Sabtu dpt cuti.. Last week try antar anak-anak ke nursery baru 2 hari.. Yaya happy je sbb dia mmg dh boring sgt dok umah. Tunggu masa je nak keluar rumah dpt environment baru & friend baru. Hana je la yg emo sket, balik umah mata bengkak, mesti melalak meraung sekuat hati sbb x biasa lagi. Alahaii ciannya anak manja mama sorang ni. Ni rupa adik masa hantar ke taska hari ke-2.. kakak tolong pujuk..

IMAG0113

IMAG0114

X pe la adik, nanti lama2 ok la.. mama yang nak meleleh air mata masa nak hantar 2 beradik ni ke taska huhuhu.. mama yg emo lebey ;p Sedey ok sbb adik biasanya bangun pagi2 ceria je tapi bila anta gi skool dia emo camni aduhaii..

Maka berakhirlah tahun 2010 dengan macam2 cerita baru untuk kami anak beranak.. semoga tahun 2011 memberikan lebih banyak kegembiraan buat kami sekeluarga ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidup baru

Minggu ini family kecil kami ada di area KL. Cuba setel apa yg sepatutnya disetelkan 2-3 minggu lepas kalo ikut perancangan asal. Urusan pindah randah brg2 dr Kuantan masih belum selesai. Alhamdulillah, misi pencarian rumah sewa sudah selesai. Sangat syahdu melihatkan suami keluarkan cek 5k++ hanya utk deposit. Ughh.. double living cost dr yg biasa saya hadap selama ini. WELCOME TO YOUR NEW LIFE MAY.. Baru sehari sampai di sini sudah rasa tercekik, sesak nafas.. I’ve always hate the idea of living in big city, apalagi membesarkan anak2 di sini. Sebab itu saya hanya bertahan kerja di KL 3-4 bulan then kawen trus mulakan hidup di Kerteh, Besut & Kuantan. Call me kampung or whatever.. I’ve always prefer living in my own comfort zone. The damage had been done.. maybe ada hikmah Allah tentukan dengan Hijrah ini ;p

new route

This will be my new route utk pergi balik keje lepas ni.. owhh, sgt dekat ye. Kalo ikut Google Map hanya 6 minit jarak perjalanan. Tapi itu bukan hakikat sebenar ye kawan2.. saya masih perlu amik kira time sebenar saya nk keluar pagi2 + traffic light yg lama nk mampos + traffic jam org kilang masuk keje + masa utk hantar Yaya gi tadika + pujuk Hana ke taska.. agak2 mungkinkah saya perlu keluar seawal jam 6.30 pagi seperti masa saya berulang dr Pekan ke Kuantan? Huhuhu.. kita tunggu & lihat.

Saya masih dalam misi pencarian Tadika untuk Yaya & Taska untuk Hana.. sangat susah hati memikirkan Hana yg dh pandai kenal & memilih orang. Mau mengamuk dia seminggu dua sementara nak biasakan diri. Dari lepas pantang dia dh kenal nanny kt taska lama. Jangan dia boikot xmo makan/ minum susu sudah.. kurus si tembam mama nanti. As for Yaya.. x risau sgt kot sbb dia mcm papa excited sgt nk dok KL. Sket2 cakap “Yaya nak gi KL.. yaya nak dok KL..” menyampah rasa nak lepuk je suruh diam huhuhu..

Saya masih belum dapat ‘feel’ untuk hidup baru ni. Apa2 pun saya bersyukur sebab family kecik kami dapat hidup bersama. Xyah jadi weekend couple. Itu yg paling penting sebenarnya.. semoga saya terus diberikan kekuatan & kesabaran untuk jadi isteri yg comel *_* & supermom yg maintain cun utk 3 yasmeens akan datang hakhak!!

Mode : *ting tong* ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terjawab

Akhirnya.. terjawab jugak segala persoalan yg berlegar dlm fikiran sejak 2-3 minggu lepas. Berakhirlah segala penantian & bermulalah episod pencarian ;p Alhamdulillah.. syukur dengan keputusan yg menggembirakan. Semoga dipermudahkan lagi segala urusan yg penting2 selepas ini.. Rasa hepi mau melompat sampai ke bumbung tapi hati masih belum tenang sbb masih byk mende yg perlu di fikirkan.. *hepi*

question-mark-dude

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulangtahun

Saya di kejutkan pagi ini dengan call dari suami.. “Selamat ulangtahun sayang..” suami menyanyi lagu Imran Ajmain dengan nada yg berterabur. Owh suami sesungguhnya kamu sentiasa tau cara nak buatkan saya gelak mengilai walopun di subuh hari! Saya cintakan kamu hingga akhir hayat..

untitled

Suami saya bukan lah makhluk romantik yg ingat segala tarikh special bagi saya tapi mungkin di sebabkan telinga dia dh naik sebu dengar saya bertanya, “Sayang nak hadiahkan apa untuk ny?” lalu dia terpaksa ingat tarikh hari ini 1st December-hari kami di satukan dgn sah, bersaksikan kedua belah org tua, berjanji susah senang bersama selagi hayat dikandung badan.. insyaAllah.

Apa hadiah yg saya dapat? Aci x kalo kata ‘hadiahnya’ yg tengah saya bawak dalam perut dh 6 bulan++ ni? Not bad huh? Bakal ada 3 anak dlm 5 tahun kawen, boleh tahan produktif ekekekekeke.. Being married for 5 years, saya sudah lali dengan hakikat suami saya adalah hopeless romantic tahap tujuh petala langit muaahahaaah!! Usahlah diharap tiba2 ada orang hantar coklat/bunga bagai ala2 seprais, usahlah dinanti tadaaaaa… suami suakan kotak hadiah berbalut beriben bagai huhuhu.. sesungguhnya itu bukanlah suami yg saya kenal. Kalo tiba2 dia buat camtu, mungkin itu tandanya dia ada buat salah besar dengan saya & masa itu saya perlu risau ;p

Sambutan? Kalo tahun lepas masa anniversary saya masih dalam pantang, suami pula di laut. Xde bezanya tahun ini.. petang ini suami akan ke laut, sbb itu saya nun di utara suami pula ntah di mana huhuhu.. sadis! Suami cari rezeki untuk saya & anak2. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya suami yg tahu tanggungjawab. *ayat sedapkan hati ;p * Bohonglah kalo saya x mengharapkan apa2 dari suami.. saya sentiasa mau apa2 dari suami. Saya mau selamanya saya tetap orang yg paling dimanjakan suami ;p

kawen

Suami, siapapun kamu, apapun kamu.. saat kamu lafazkan akad yg menyatukan kita 5 tahun lalu, saya sedia menerima kamu seadanya. Kamu seorang suami saya.. HAPPY 5th ANNIVERSARY SAYANG.. cinta kamu hingga akhir hayat... insyaAllah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penentu

Esok adalah hari yg akan menentukan arah tuju hidup kami anak beranak untuk hari2 seterusnya.. huh, series giler bunyi kan? Esok.. laman inilah yg akan saya tunggu2 keputusannya..

egtukar

Cinta hati start keje kat KL 22hb ni.. owh, masa adalah sgt suntuk nak memikirkan macam2 perkara. Kalo positif keputusannya.. Alhamdulillah.. adalah peluang kami nk hidup bersama tapi kalo negatif, jadi weekend couple la. InsyaAllah saya boleh teruskan hidup berjauhan dengan cinta hati.. yang saya x mampu melayan peel anak2 yg rindukan papa nanti.. uhuk..uhuk.. itu lah satu2nya dugaan terbesar yang saya x sanggup hadap. Dengan Aulianya yg x kan berhenti bertanya “Mana papa?”, dengan Hananya yg akan merap nak berdukung dengan papa.. adoii la.. segalanya buatkan saya berserabut nak memikirkan macam2 skrg..

Banyak sgt yg bersarang dlm kepala sekarang ni.. paling utama nak cari rumah sewa kt area Pekan. Tersangatlah payah.. bukan mcm kt Kuantan ada sign “Untuk Di Sewa” kena tanya2 merata. Rumah kat pekan kecik paham2 je la-limited. Last resort, kalo dh xde sgt rumah sewa landed maybe saya apply kuarters guru je. Itupun entah tingkat berapa dapatnya uhuk..uhuk.. bila fikirkan dugaan ni terus buat saya rasa nak nangis hakhak!! Skrg ni pun Aulia kalo dtg angin dia saya terpaksa dukung, ini plak kalo duduk kuarters yg ntah berapa tingkat. Terbayang2 je di pagi hari saya kena heret Aulia, dukung Hana dengan beg2 diorang turun tangga.. ditambah plak dengan perut yg makin terboyot2.. uwaaaa!!

Kedua, pra sekolah saya dh penuh dgn budak2 6 tahun. Cadangan awal nk bawak Aulia ke sekolah dengan saya totally out. Sekarang saya kena cari pra-sekolah budak 5 tahun yang kebanyakannya dh fully booked! Adoii la..nk sekolahkan anak pun susah. Kat Pekan ni bukannya ada Smart Reader bagai..

Ketiga, nak mencari taska baru untuk Hana. Sangat menyesakkan kepala bila sana sini saya bertanya, taska yg boleh dipercayai dh fully booked gak untuk tahun depan.. series saya rasa nak menangis bila kepala saya berserabut memikirkan macam2 hal yg x setel2. Ditambah plak dengan keadaan rumah yg berkelabung sbb tgh packing utk pindah.. sesungguhnya emosi saya di saat ini adalah sgt kacau bilau ditambah pregnancy hormon yg x menentu, nak membawak perut pun dh termengah2. Mula la pantang silap sikit saya nk mengamuk.. huhuhu..

Doakan semoga family kecik kami tetap dapat hidup bersama & semoga di permudahkan semua urusan saya.. Amiiiinnn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS