RSS
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Satu tahun setengah

Patut la semalam balik dari skool kenet happy je gelak2, x meragam & pandai bawak diri main ngan kakak.. turns out yesterday 10 August was her 18 months bornday! Mama memang ingat bulan ni Khayla due cucuk setahun setengah tapi miss out the date huhuhu..

Photo1309

Khayla memang totally different from the kakaks in terms of appearance and attitude. At 18 months young mama dah bley identify character dia. Berbeza dari the kakaks, rambut dedua lurus ikut papa but this cheeky girl rambut kerinting halus memang ikut belah mama la. Kalo time dia mengamuk, saya bising2 membebel “Apsal angin sgt Khayla ni?” mesti papa jawab “Tengok kerinting la..” hakhak!

Photo1312

Kenet is one independent girl.. pandai bawak diri. Kalo dia sihat, insyaAllah xde episod nak merap2 berdukung bagai. Lepaskan dia kat bawah, merayap la dia ke mana pun ikut kaki. She knows how to fit in with others. As long as orang x kaco dia, aman bahagia la hidup. Selalunya yang kaco dia pun Hana.. berebut mainan bagai. Khayla ngan Hana memang rajin bercakar. Baiknya ada la dalam 40% yang lebih tu ko ketuk aku, aku dibuk ko kind of relationship. Mesti orang ingat Hana menang kalo bergaduh dengan Khayla kan? Silap banyak la.. she’s one hell of a brave kenet! Biarpun aku kecik tapi balas tetap balas.. kalo Hana dibuk dia kat dapur then lari, dia akan kejar sampai dapat nak balas balik. Boleh bayang x betapa huru-haranya hidup saya bila tengok 2 budak kecik berbalas gedibuk?

Photo1365

Usually Hana will end up crying cari papa mintak tolong.. see, kecik2 cili padi ini budak. Sangat garang oke! Nampak je kecik tapi kalo dengar dia ketuk kepala Hana, xpun lempang the kakaks sangat pedih & menyakitkan. Sampai saya ngan cinta bley rasa “Adoii la..” memang dia balas sehabis hati. Itu belum kalo kat tangan dia ada benda, x kira la mainan ke, sikat ke, botol bedak ke.. kalo x tengok konfem kena! She do knows how to protect herself. She’s not the type of girl yang sket2 melalak.. nak cari pasal dgn orang tapi bila kena balik meraung cam Hana. X kira la kalo ko lagi besar dari aku pun tapi kalo ko kaco aku wajib balas balik. Selalunya Khayla ngan Hana kerap bertekak masa masing2 dah mengantuk malam hari. Papa will come to the rescue, bawak Hana naik tido dulu so Hana dibuk Khayla then dia ingat dia dah menang. Silap banyak la.. bukak mata esok pagi je saya akan dengar Hana melalak “Kayla buwat Anna.. Kayla ketuk kepala Anna!!” See.. budak kenet ni sanggup sabar tunggu sampai esok pagi semata2 nak balas malam tadi punya cerita. Silap banyak la kalo orang ingat dia akan live and let go huhuhu…

Photo1288

Khayla memang independent baby. Jarang sgt dia nak merap x tentu hala kecuali kalo dia x sihat atau letih. Even pagi2 kalo nak anta gi skool yang selalu buat perangainya masih lagi Hana debob.. mama just dukung Khayla bagi kat teacher then dia hulur tangan mintak nak salam pastu gi la main pepe yang menarik minat dia. Balik rumah pun camtu.. lepas je dia kat bawah pepandai la dia nak meneroka seluruh pelusuk rumah. Mencicit je jalan macam hamster terlepas kandang.. sangat comel sbb dia kecik tapi pandai bawak diri. Khayla memang ada karakter tersendiri.. it’s amazing to see how garang she is but in the end she is still mama’s cutee little baby girl. Yes she is independent but by the end of the day she will still come to mama for ‘gentel lengan’ session before going to sleep. She had this cute habit of cubit2 satu lengan orang sebelum leh tido lena hakhak!

Photo1299

I know that u are in the process of building up characters but please don’t grow up too fast Khayla.. you will always be my baby. My baby Khayla xoxo..muah!! Happy 18 months darling!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Celebrate besday Papa

Memula plan nak celebrate kt Double Tree Hilton tapi entah cane masa booking kt Agoda last minute xde la plak booking tu. Hissyyy.. baru je plan nak celebrate sempena umur cinta 33 tahun. Baru la simbolik sket huhuhu.. tapi dah xde rezki nak gi situ maka melencong ke sini la kami.

426801_3232718107362_1749586884_n

Saya book Lexis PD. Itupun rate dah nak dekat rm400 sebab last minit booking kat booking.com. Kalo awal bley la dapat rate murah sket. Ahad pagi tu saya ada sukan sekolah tapi kol 1 dah cabut balik. Esoknya Isnin 9hb, cinta amik cuti sebab awal2 lagi saya dah sound nak celebrate besday dia officially.

532609_3224154053266_1840492073_n 

Balik sukan terus gerak gi PD. Sampai ngam2 time check-in kol 3pm. Masuk je bilik memang puas hati la sebab bilik besar dengan 2 queen bed. Anak2 plak bila nampak je bath tub sume dah menggeletis x sabar2 nak berendam.

406168_3224154413275_1195235919_n

Spacious room

552228_3224153693257_1729963841_n 

Kali ni memang x jejak ke pantai langsung. Santai habis kat hotel. Petangnya jalan2 kat water chalet, bawak anak2 main kat playground then terus gi dinner. Kata nak celebrate besday papa kan? Bagi la papa relax bersantai enjoy the day..

528985_3224154573279_293826691_n 

Jalan-jalan petang hari

250885_3224159293397_1363283478_n

Proud papa of yasmeens

486185_3224157813360_956130024_n

View from water chalet

554233_3224169573654_1675634972_n

At the playground

532516_3224173813760_1276804406_n

Esoknya lepas breakfast cam biasa la anak-anak akan tuntut nak gi pool. Dah jadi cam aktiviti rutin plak kalo gi hotel lepas breakfast je mesti nak berendam. Kalo x, mau hamukan berguling-guling huhuhu..

531185_3232716227315_647550015_n

Kali ni papa dah x susah nak handle derang bertiga sebabnya Yaya ngan Hana dah ada water confident. Kalo dulu sume nak berkepit dengan papa je dalam air. Sekarang, biarkan je dalam floaties tu nanti pepandai la derang bawak diri. Papa just jaga Khayla je yang perasan macam budak besar. Bagi masuk kids pool x layan. Menjerit-jerit nak gi adults pool join the kakaks.

524244_3232716987334_652419173_n

Si kenet ni mulut dah biru pun x nak keluar pool.. bila angkat bawak naik laju je dia patah balik nak terjun tiruk dalam air huhuhu..

Balik bilik derang sambung mandi kat bath tub. Lepas check-in terus gerak balik PJ. Maka habislah celebration besday papa untuk tahun ni. Alhamdulillah.. semoga kita anak-beranak terus di murahkan rezeki untuk jalan-jalan holiday cam sekarang. Happy birthday papa.. we love you so much!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday Cinta

You're the reason my life is worth living
You're the reason every day is worth waking up to
You're the reason there's a smile on my face
You're the reason the sun shines on me every morning
You're the reason I want to celebrate every single day of our lives
Wishing you a very Happy Birthday Red heart
May you get everything you hoped, dreamt and wished for.

Photo1240

I can't imagine passing one moment of my life without you
I can't imagine living my dreams without you
I can't imagine going into anyone's arms for peace but yours
What would I have done if you weren't born on this lovely day many years ago?
I love you. Send a kiss
Happy Birthday to my dear husband.

Photo1198

Life is meant to enjoy each day as if it were your last. Your birthday is a reminder that Allah has given you one more year to bring about change in the lives of the people around you. Have you a lovely birthday. May you have a hundred more to come.

249179_3125630870248_168639605_n

Alhamdulillah.. cinta is double tree today! I love you with all my heart. May we have the chance to spend the rest of our life to love & cherish each other with Allah blessing.

601361_3125648950700_1725533600_n

HAPPY ONE YEAR WISER MY HANDSOME HUSBAND.. INSYAALLAH I PROMISE YOU THAT WE WILL GROW OLD TOGETHER In love 

I LOVE U

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday trip ke Sungkai Hotspring

28 April lepas genap birthday abah saya yang ke-60 tahun.. xtau dh nak belikan hadiah apa so saya decide nak bagi something different. Dah banyak kali abah saya sound nak gi jalan2 kt hot spring. Bila dapat Groupon deal kt email dapat idea nak bawak abah ngan mama gi holiday kt Sungkai Hotspring.. birthday trip la kiranya pastu bagi merasa kenaikan 13% yang saya dapat tu hehehe.. Semoga lebih berkat rezeki dengan doa mama ngan abah.

389183_2926182204156_1548943722_31920398_1184364769_n

Check-in hari Jumaat, dalam kol 2 lebih mama ngan abah sampai. Rehat jap pastu masa dh redup petang tu gi berendam kt hotspring. Memula mek2 ni pakai swimsuit pastu bila dh kena air panas masing2 menggelepar huhuhu..terus sume pakai spender je hakhak! X bape selesa mandi petang sbb badan bercerau peluh. Mandi x bape lama pastu Yaya nak mandi air sejuk so gi bawak derang gi pool sejuk.

577997_2926189164330_1548943722_31920417_374011052_n 

Esoknya lepas breakfast gi berendam lagi.. kali ni baru best sbb sejuk2 pagi hari pastu dapat lak air panas.. heaven! Balik berendam sume pengsan kepenatan huhuhu.. tido x hengat sampaikan kol 12 baru bangun nk kemas2 check-out. Masa tu baru la wat ad-hoc plan merayap balik hari ke Cameron Highland. Abah tinggal kete kat tol Tapah then gerak satu kete je. Khayla sampai marah2 sbb jalan pusing2.. ngamuk dia sbb pening kot hahahahah..

542083_2926202764670_1548943722_31920443_1491710727_n

Ramai gak orang masa gi tu.. sudahnya just beli2 sayur kat Brinchang je sbb ada pasar malam. Malas nak bersesak cari parking bagai.. Lepas setel jenjalan abiskan duit kat Brinchang, otw turun singgah minum teh kat Bharat Plantation tu. Cinta rajin cara bawak anak2 dia turun. Kalo harap saya x kuasa la hahahaha..

Turun CH dalam kol 6 lebih gak.. letihnya aduhaii xyah cerita la dgn mek2 kenit bertiga ni yang x menang tangan nak layan. Sampa rumah dalam kol 11 lebih. Esoknya plak cinta hati dapat call kena gi laut.. sobs.. bermula la episod kena tinggal saya ngan anak2. Nasib baik la tokmama ngan babah sudi nak meneman walopun hati derang sebenarnya dh melekat teringat kat kebun, kucing, ayam yang di tinggalkan. Cucu punya pasal.. rela kan je la..

Seminggu lepas bawak gi birthday trip baru la saya teringat nak belikan kek utk abah huhuhu… So belikan Oreo Cheese faveret abah then celebrate la kami anak beranak bercucu. Happy je tokbabah kali ni celebrate besar-besaran hahahaha..

154518_2959966128733_1548943722_31932392_295439895_n

380185_2959970168834_1548943722_31932406_353459170_n

529782_2959966528743_1548943722_31932393_1682843801_n

Semoga tokbabah ngan tokmama di murahkan rezeki, di berikan nikmat kesihatan berpanjangan dan bahagia hingga ke akhir hayat. Amiiiinnn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Sanah Helwah

Picture 051_640x425

Alhamdulillah.. masih di berikan peluang untuk bernafas lagi :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yasmeen Aulia 5 tahun

22 Disember 2011.. Yasmeen Aulia anak sulong saya dh genap 5 tahun. Alhamdulillah.. syukur sbb Allah kurniakan anak kt saya. Walopun membesarkan anak sulong saya dengan tahap umur sekarang adalah sangat mencabar jiwa tetap saya sayangkan Yaya xde lebih xde kurang dari saya sayangkan adik2 dia.

Photo0189

Yasmeen Aulia anak mama yg cerdik, petah bercakap, banyak idea, cekap menghafal apa saja yg dia baru belajar & kakak yg boleh di harap jaga adik. Membesarkan Aulia adalah sgt mencabar kesabaran kala usia sekarang sbb dia sedang dalam phase petah bercakap.. 1 soalan mama tanya, 10 jawapan dia bagi. Pedih je telinga kekadang menahan bisanya mulut dia bercakap. Laser anak mak ni taww! Degil plak jangan cakap la..membentak, melawan memang selalu sgt. Tanda protes la tu.. anak, mama harap mama terus di berikan kesabaran & kekuatan untuk membesar & mendidik korang adik beradik.

Picture 001_640x425

Mama doakan yg terbaik untuk anak sulong mama ni. Walopun sekarang keje korang adik beradik bertekak x kira masa, mama doakan satu hari nanti korang akan jadi the best of friends. Hopefully Yasmeen Aulia boleh jaga adik2, jadi kakak yg boleh diharap & jadi anak solehah yg menyenangkan hati mama & papa hingga akhir hayat. Mama doakan yg terbaik untuk semua anak mama.

Picture 030_640x425

HAPPY BIRTHDAY anak sulung mama YASMEEN AULIA.. mama sayang kamu infiniti. Kamu lah nyawa mama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak 10 bulan

Hari ni baby Khayla genap 10 bulan.. alhamdulillah. Walopun 2-3 hari ni dia cirit-birit sehari berak sampai 7-8 kali pastu asyik merengek sbb bontot melecet tapi tetap aktif. Pagi tadi awal2 dh keluar jumpa paed sbb kesian sgt everytime dia berak konfem menjerit.. mesti pedih sgt kan baby? Kesian kecik comey ni. Bontot dia dh merah sgt jadi ruam lampin, nampak mcm melecet.. adehh.. mama pun seriau sbb tau mesti pedih sgt.

392744_2191171269342_1548943722_31642044_58064938_n

Paed ckp banyak faktor yg buatkan dia sakit perut tu. Salah satunya sbb dia tgh aktif merangkak merayap then tangan masuk mulut. Haruslah segala bakteria yg dia dh ‘sapu’ satu rumah tu berlumba2 masuk dlm perut. She’s one active baby I tell u.. she’s all over the house! Jenuh nak mengutip.. tambah lagi dia merangkak x guna lutut. Laju je dia bear crawl.. terkengkang2 tapi laju Ya Rabbi!

381314_2196323118135_1548943722_31643640_2005485749_n

Saya risau jugak sbb dia kecik sgt.. dh 10 bulan tapi berat baru 6.5kg! Tanya paed pasal berat baby yg bagi saya merisaukan tapi paed just senyum & cakap baby Khayla ni ikut genetik papa dia yg kecik pastu aktif plak. Masa saya tgh bercakap dgn doktor boleh dia panjat segala meja doktor pastu menggeletis x cukup tanah masa saya dukung. Paed kata baby ni jenis metabolisme tinggi.. bukannya dia x makan byk. Kalo makan bubur nasik semangkuk bley abis, dah tu kalo nampak kakak makan dia pun sibuk2 mengunyah nak jugak. Kalo x bagi mau mengaruk! Tapi jenuh nak menunggu la.. dia makan sesudu boleh dia round gi main dgn kakak dulu pastu baru dia dtg balik. Cane metabolisme x tinggi? Xpe la cane pun Khayla.. paed pun dh ckp xde pe nk risau.

390291_2196281357091_1548943722_31643630_1943218860_n

Semoga baby mama ni terus membesar dgn cergas dan sihat. Cepat2 la baik cirit-birit ngan ruam tu yer baby.. Kesian sgt mama tgk bila baby menjerit pedih bontot. Happy 10 months young my beatiful baby!! Mama, papa & the kakaks loves you a lot!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Her 2nd year..

HAPPY 2nd BIRTHDAY MY DARLING ANGEL YASMEEN HANA!! Yeayyy.. alhamdulillah hari ni genap usia bombom mama ni 2 tahun! Walopun sepanjang membesarkan anak mama ni banyak sgt sakit jantungnya dek kerana menjerit sbb selalu bergaduh dgn kakak Yaya tapi mama ngan papa sgt bersyukur di kurniakan anak yg sihat, cerdik, manja & banyak peel yg selalu buatkan kami bahagia.

25_640x427

Mama & papa doakan semoga Hana diberikan kebahagiaan berpanjangan dan semoga sentiasa didalam lindungan rahmat Nya. Semoga Hana membesar menjadi anak yg solehah, mendengar kata & menyenangkan hati kedua orang tua dan sesiapa saja.

28_640x427

Banyak sgt, x tercerita development Hana sepanjang 2 tahun ni.. yang pastinya sekarang ni Hana sgt la talkative walopun kadang2 kami x paham bijik butir yg dia cakap. Seronok tgk dia pok-pek-pok-pek membebel x kira masa. Seminit pun dia x dok diam.. selagi dia x tidor selagi tu la adaaaa je keje dia nk buat.

17_640x427

Happy birthday Yasmeen Hana.. mama & papa sayang kamu hingga akhir hayat! Biarlah selama mana pun masa berlalu kamu tetap anak manja cibombom mama & papa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New addition to the family

Welcoming this new bundle of joy of my big bro & SIL..

284780_1972393474270_1376018390_31926690_6292945_n

Fresh from the oven.. nama masih belum reveal hehehe. Ada geng la Khayla nanti. Rasa cam jauh beza sbb skrg Khayla dh 5 bulan tapi nanti bila dh nak sekolah sama tahun je. Lebih 12 jam gak la kot my SIL menanggung sakit sbb gi spital kol 4.30 pagi, kol 5.27 ptg baru hero ni nk jengah dunia. Alahaii.. walopun Khayla baru 5 bulan tapi bila tengok new born dh rindu baby smell. Haisyy.. bahaya nih, cinta hati sudah kenyit2 mata muahahah!!

X sabar nak jumpa baby boy ni. Raya la jawabnya baru bley balik jumpa. X daya rasanya nak travel masa bulan puasa dgn mek kenit bertiga ni. Haruslah tinggal separuh pahala puasa kalo dok terpekik terlolong mengamuk kt mek2 ni nanti huhuhu..

Congrats to Abah & Ibu for the arrival of your 2nd prince. Welcome to the family baby boy.. hugs & kisses from mama & papa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

One year wiser

HAPPY BIRTHDAY to the only MAN in the house.. that we share :) We love you so much darling papa.. Hope you’ll enjoy another year being wiser. Thanx for being such a great dad to your kids..

206512_1602846081580_1548943722_31168011_1461016_n

As from me.. I wish that we can grow old together & cherish every moment and memories that we had. You’re the best gift from Allah for me. I love you for everything that you are.. HAPPY BIRTHDAY CINTA HATI.. may Allah blessed you with all the good things, dunia akhirat. I’m blessed to have you as my hubby. We love you so much papa… mmmuuuuuaaaaahhh!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 months young

Alhamdulillah.. hari ni Yasmeen Khayla dh 4 bulan. Baby, you’re growing up so fast! I’m going to miss your baby smell soon.. Terus membesar dengan sihat & ceria ok. Semoga murah rezeki Khayla utk nikmati susu mama selama yang boleh. Khayla baby baik.. mama sayang baby gegirl banyak2.. mmuuuuaaaaahhhhh!!!

254054_1703642121418_1548943722_31295178_1013529_n

HAPPY 4 MONTHS YOUNG MY BEAUTIFUL SUNSHINE…XOXO!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 months

Happy 3 months young Yasmeen Khayla!! Alhamdulillah, baby masih diberikan rezeki terus menikmati susu mama. Khayla dh terer meniarap, tercanguk2 kepala pastu gelak2.. bangga la tu! Advance betul anak mama sorang ni. Kakak2 dulu 3 bulan lebih baru ley meniarap. Keep up the good work baby tapi jangan besar cepat2 sangat tau.. xnak nanti mama rindu bau baby huhuhu..

224209_1649519528387_1548943722_31229132_4231055_n

Cadangnya hari ni nak bawak Khayla gi cucuk. Mintak2 kalo demam tu, light2 dh la baby yer.. cian anak mama kecik2 lagi nk kena sumbat ubat. Esok mama dh kena start keje uwaaaaaaa.. malas!! Mama doakan baby manja mama ni terus jadi happy baby & membesar dgn sihat ye. Ala.. kejap je masa berlalu, pejam celik kang Khayla dh besar cam Hana huhuhu.. Sayang anak2 mama!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah Khayla

Alhamdulillah.. Yasmeen Khayla memang murah rezeki. Baru hari ni berkesempatan utk kumpulkan hadiah yg dia dapat. Cover la stok toiletries dia ngan kakak2 utk setahun huhuhu.. Thanx a lot kepada semua yg bagi hadiah sempena kelahiran Khayla.

IMAG0551

Hari ni 10/4/2011 genap baby Khayla 2 bulan.. Happy 2 months old Khayla!! Lots of hugs & kisses ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10/03/2011 - Satu bulan

Alhamdulillah.. si kecik ini sudah genap 1 bulan hari ni. X tau la camne kiraan sebenar. Kalo ikutkan hari ni baru hari ke-28 berpantang tapi kt ticker dh genap sebulan.. Kira halal la eh dari 10/02 – 10/03. Sabtu ni nak gi cucuk sebulan & sunatkan skali. Masa kt Kuantan dulu paed Yaya ngan Hana setelkan sume tapi kt KJMC paed x buat.

DSC00481 

2-3 hari ni Khayla buat perangai x mau diletak langsung. Serba x kena dibuatnya. Letak menangis, dukung pun dia nangis, buh dalam buai pun dia nangis, goyang2 kan dia pun nangis.. dh x tau nak buat apa sudahnya mama yg nangis sebab stress x tau nak pujuk cane. Risau je takut dia sakit ke sbb baby bukan reti nak bgtau kan? Sepanjang malam dia berjaga, melalak2 x tau cane nak dipujuk. Saya sgt benci masa2 camni sbb saya rasa I’m the worst mother.. saya x tau nak buat apa bila anak saya menangis.

Dah sebulan usia Khayla harapnya phase melalak xtau punca & berjaga malam dia akan berubah. Mintak2 bak kata orang tua dia buat peel sebab nak berubah bulan. Semoga Khayla akan terus membesar dengan sihat. Anak mama budak baik kan? Ini baby Khayla hari ke-25.. melalak, meraung tau2 pipi dh macam dipam2 ;p

196899_1548410000712_1548943722_31111178_5831509_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday Mama

Hari ini 24/02/2011 genap la usia Mama saya 55 tahun.. HAPPY BIRTHDAY MAMA!! Walopun mama saya x baca blog tapi still saya nak wish sebab mama saya adalah segalanya untuk saya. Sumber inspirasi saya untuk jadi isteri & ibu yg independent. Sumber kekuatan saya untuk terus tabah & jadi diri saya hari ini. Saya sayang mama saya ;p

IMAG0116 

Terima kasih mama sebab sentiasa ADA, masa saya memerlukan x kira la masa susah atau senang. Terima kasih sebab lahirkan & besarkan saya sampai hari ini pun masih jaga makan minum saya dalam pantang. Terima kasih sebab tolong uruskan anak2 saya sepanjang saya sembuhkan diri. Terima kasih untuk terlalu banyak perkara dari hujung rambut hingga hujung kaki yg x mampu saya nak senaraikan di sini..

IMAG0128

Syukur pada mu Ya Allah atas kurniaan Mu, terima kasih kerana saya adalah anak mama saya ;p SELAMAT HARI LAHIR MAMA.. semoga murah rezeki, dipanjangkan jodoh & usia, dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan & berbahagia selalu dengan anak2 & cucu2..

Adik sayang sgt kt Mama.. xoxo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelahiran Yasmeen Khayla

Khamis, 10/02/2011 scheduled cser for bb adik.. Rabu malam tu parents saya & PIL dtg tido kt umah. Waaahhh.. seronok sgt sbb ramai2 dtg menantikan kelahiran bb adik ni. Untung betul bb adik. Lom pepe sume orang dh raikan. Yaya & Hana super mengader la kan bila atuk, nenek, tokmama & tokbabah ada. Rasa cam x caye je esoknya baby yg masih aktif dok summersault dlm perut saya tu bakal jenguk dunia. Tido malam pun rasa cam x sabar je nk tunggu pagi huhuhu..

Picture 001

Khamis pagi lepas setel solat Subuh, siap2 sume sembang2 jap pastu kol 7.15 am gerak. Kol 7.30 am dh sampai KJMC, register then wat CTG bagai.. 8.00 am dh kena tolak gi OT. Berdebar je rasa. Kesian kt cinta hati sbb x sempat breakfast pagi tu. Saya dh tentu2 la kena puasa dr kol 12 tgh mlm tadi. Jangan pengsan dalam OT dh ye yang ;p Sebelum disorong ke OT bermula lah seksaan bila kena masuk tiub kencing.. adoii la.. sgt x selesa oke! Rasa ngilu je kt ‘situ’. Sampai kt OT, cinta hati kena gi tukar baju.. hah, masa cser setakat time operate tu mmg x rasa apa dh. Yang seksa amat masa nk cucuk epidural kt tulang belakang tu.. Allah je tau betapa hazabnya prosedur yg x sampai 15 minit tu. Kena kangkang kaki dgn tiub kencing yg ngilu menyucuk, bongkok udang sambil peluk bantal then bila anaesthetist ckp “Ok, tahan yer.. sakit sket yer dik. Jangan keraskan badan..” terus saiko huhuhu.. Itulah momen yg paling menyakitkan sebenarnya… terasa2 lagi jarum halus menyucuk tulang belakang ni. Perit.. enough said.

DSC00477

Lepas setel bius, Doc. Fatimah Najla masuk nk start procedure. Saya memang suka sgt Gynae saya ni, sgt2 cool buatkan saya pun rasa relax. Siap pasang CD Maher Zain lagi oke! Lepas konfem rasa kebas dr pinggang ke kaki then nampak cinta hati dtg pegang tangan. Alahaii.. masa ni saya rasa syahdu sgt sbb saya tau cinta hati ada di sisi sepanjang operation. Saya dh ala2 lalok bila tengok cinta hati terpejam2 mata ngeri agaknya tengokkan perut saya ditoreh huhuhu.. Then terdengar Doc Fatimah tanya cinta hati “You nak tengok baby keluar x? Meh dok depan ni..” memula dia geleng pastu gi gak. Then dengar la suara baby adik menangis, Doc. Fatimah cakap “Haaa.. baby dh kencing, dh berak pun..” Pastu cinta hati gi ikut Paed check baby adik. X lama pastu terdengar suara midwife cakap “Berat baby 2.7kg” uishh, lg besar dr kakak2 dia? Estimate 2.2kg je kan.. Maka lahirlah baby adik jam 8.51 pagi…

DSC00472

DSC00473

DSC00476 

Lepas setel jahit sume, masa recovery doc detect jantung saya cam problem sket.. rythm cam once bunyi pastu stop lama. Terus saya kena monitor sepanjang kt wad. Alhamdulillah, lepas 2 hari dh ok. Risau la jugak.. Series kali ni saya rasa x berdaya sgt lepas cser. Dah la dengan batuknya.. adoii la.. 1st & 2nd day tu memang rasa xnak bangun langsung. Bisa sangat seluruh badan. Masa cser Hana dulu xde la seteruk ini rasanya. Penat sgt rasa badan.. bila Yaya ngan Hana dtg melawat alahaii rasa makin penat badan huhuhu.. sorang merap, sorang x dengar cakap. Adoyaii..

IMAG0290

-Yasmeens with grandparents-

IMAG0296

Alhamdulillah.. hari ni dh genap seminggu usia baby adik. Seminggu yg lepas series saya rasa down sgt, rasa x berdaya nak hadapi sakit. Balik rumah mengadap anak2 yg tgh lasak & aktif. Rasa macam nak stay kt hospital, xmo bangun.. tapi gagahkan diri jugak. Selagi saya x bergerak, selagi tu saya x kan cepat sembuh. Darah x berjalan, badan masuk angin.. Perit camne pun saya kena hadap jugak. Hari ni baru lah rasa badan sihat sket walopun bisa kt luka cser tu terasa sgt masa batuk. InsyaAllah, lepas ni badan makin sihat. Adik baby pun dh bley fully breastfeed, xde la sakit mcm minggu lepas, dgn nipple berdarah + masa baby adik BF terasa sgt rahim mengecut tarik sampai ke luka jahit tu adoii la.. nasib baik la dh berlalu. Dugaan betul huhuhu..

Photo0179

Baby adik saya namakan Yasmeen Khayla.. cinta hati pun setuju. Khayla maksudnya cantik.. puteri ketiga saya ‘bunga melur yg cantik’ ;p Nama kan doa.. semoga peribadi anak dara saya ni nanti secantik namanya. Alhamdulillah di usia 28 tahun, saya adalah ibu beranak 3.. Buat Yasmeen Khayla, selamat datang buah hati mama & papa..

Picture 010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS