RSS
Showing posts with label hana. Show all posts
Showing posts with label hana. Show all posts

Journey to diaperless Hana

Perghhh,tajuk x hengat hahahahahah!! Dah x reti nak bagi tajuk pe. Hari ni hari 1st saya potty train Hana. Toilet training sebenarnya sebab xde pun potty-trainer kat umah ni huhuhu.. Cinta dah suh saya train Hana dari sebelum birthday dia yang ke-3 lagi tapinya dengan saya yg dalam pantang bagai, x mampu rasanya. Lagipun nak train anak diaperless ni renyah. Kena ikut bontot dia setiap masa takut dia terkencing rata2, kena basuh bg betul2 bersih tempat dia keciciran tu.. ye la, kita lalu lalang nak gi semayang bagai. Dah tu si Khayla plak mcm Bolt. Kang baru saya nak bersihkan, dah berenang si kenet tu dalam air kencing Hana.. eiiiyuuu gross!! Kena buat dengan kesabaran yg tinggi huhuhu.. nak suh saya train masa dalam pantang? Dah la tgh stress nak adapt anak ramai, mau aku sebat bontot Hana everytime dia terkencing kang! X pasal2 budak tu trauma hahahaha..

582821_493498464011741_510529243_n

Sekarang ni saya dah ok sket nak manage budak berempat ni. Anak sendiri kan.. kurang lebey tu pandai2 la nak handle. Hari ni toilet training Hana berjalan lancar. Hana pun dah pandai bagitau kalo dia rasa nak kencing. Even nak berak pun pandai dah rasa then memerut kat toilet. Yeaaaa.. a big applause to Hana!! Cuma sekali je terkantoi masa saya tgh baca Yassin lepas maghrib. Itu pun sebab dia terkejut sbb Yaya sergah dia masa main hide and seek belakang pintu hahahahaha!! Terus x abis baca sbb nak tergelak tgk reaksi Hana terkejut sampai terkencing ekeekekekekeke.. boleh bayangkan x?

Photo1285

Ok Hana.. hari pertama kita berjaya. Mama doakan lepas 3-4 hari paling lama pun seminggu Hana dh boleh totally diaperless eh. Semoga mama diberikan kesabaran yang maksimum masa training ni. Aja2 fighting!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tantrum two..haiisy..

Photo0315 

As to date umur Yasmeen Hana sekarang ialah 2 tahun 2 bulan 2 minggu.. lucky no.2 huh?! Hazab oke! Sangat menggetarkan jiwa raga nak membesarkan mek kenet ni sekarang.. boleh kata sume mende dia nak mengamuk kalo x kena dgn piawaian dia huhuhu.. Apa tahap piawaian dia? Hanya dia yang tau.. kadang bila kita wat camni ok, next 10 minutes dh x kena gaya plak. Hadoii la.. kejenya mengamuk! Kalo dia ngamuk sorang2 selalunya saya buat x tau malas nak layan tapi bila dia start buat kakak dia.. hah, itu yang buat mama meroyan!

Photo0432

Last week dalam kol 6 lebih gitu derang 2 beradik dok bergalak main lari2 kuk-kik-kuk-kik dalam rumah.. saya dh tau kalo derang dh start bergalak x berenti gitu dh sah2 la nanti bakal ada salah sorang yg nak melalak. Kol 6.30 saya dh larang kali ke-14 derang x stop lagi maka kena ‘ketam’ sorang sekali. Dah nama pun budak.. berenti la jap dlm 5 minit. Saya masuk toilet xsampai 30 saat saya dh dengar dedua melalak. Bila keluar tengok Hana mulut dah berdarah, bibir pecah.. saya suspek derang berdentum sesama sendiri. Yaya plak tangan berdarah kena darah Hana. Yang Hananya melalak sbb sakit yang Yaya plak meraung sebab takut tgk darah kt Hana.. dia takut Hana mati. Hah.. tau pun ko takut! Nama je ada anak pompuan 3-3 tapi lasaknya adoyaii..

Photo0376

Yaya dengan peel cerewet yg x sudah. Hana dengan tantrum yg x abis2. Khayla plak dgn peel lasaknya yang x reti dok diam.. lepas je dia, satu rumah dia merayap. Kalo lama sket hilang tengok2 dah masuk tempat faveret dia.. bilik air xpun tangga! Semoga mama&papa diberikan lebih banyak ketabahan dan kesabaran untuk membesarkan korang anak-anak.. Semoga mama dapat melalui phase tantrum Hana ni dengan tahap kesabaran yg tinggi.. Amiin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hana demam campak..lagi

Haiihh.. kesian sama ini budak. Ni kali kedua dia demam campak. Masa umur 8 bulan kt Kuantan dulu dh kena sekali.. masa tu campak sekam kali ni campak bijik2 kecik. Kesian sgt Hana, mesti merenyam satu badan. Pastu start semalam dlm mulut pun dh keluar. Nak makan pun sakit agaknya.. minum susu pun nangis2. Alahaiii.. sedih sgt tgk kan Hana gitu.

IMAG0056

Nasib baik la tokmama ngan babah ada kt sini.. lega sikit hati mama sbb mama x reti langsung nk jaga. Derang dtg last week, dh nak balik semalam tapinya campak Hana keluar banyak sgt terus derang extend. Rezeki Hana la.. tokmama ngan babah memang particular sket bab2 jaga budak sakit ni hehehe.. Ringan sket la mama sbb ada orang lain Hana nak merap tapi dgn papa x bleh berenggang langsung la. Tokbabah ckp bagus la campak Hana dh keluar semua sbb yg risau tu kalo dok demam suhu tinggi2 tp x keluar2. Alhamdulillah.. dh mula mengecut tp still Hana cranky sket2 nak bunyi, sket2 nak melalak meraung.. sabar je la..

IMAG0049

Hana ni dh 2 kali kena demam campak.. yg saya risau lagi 2 orang ni x pernah kena. Rasanya kalo skali kena mau mengadanya lebih dr budak kecik huhuhu.. Jenuh la nak menjaga alahaii..

Semoga Hana cepat sembuh ye.. kesian debob mama ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

“Tadington” trip

Cerita masa cuti Deepavali hari Rabu lepas.. xde plan nak ke mana2 sbb tengah minggu pastu papa cuti pun sehari je. Lepas subuh sume dh bangun, mandi, siap2 sume then gerak gi breakfast. Pastu bawak anak-anak gi main kt tempat rekreasi Taman Jaya. Ramai sgt yg jogging kt sini.. tempat pun ok la bersih.

Photo0848

Masa naik buai ni tetiba Hana nampak LRT lalu atas kepala.. ternganga dia tunjuk “Ma.. tadington!” (Chuggington) 2-3 kali masa tren lalu tu dia tertoleh2 tengok. Excited sgt gamaknya nampak tren depan mata. Selalu tengok dalam TV je. So saya ajak cinta hati bawak anak2 naik tren sbb memang xde plan nak kemana2. Ok anak-anak.. pelajaran hari ini ialah public transport ye..

Photo0850 

Hana yg masih cuious kenapa kita bley naik ‘Tadington’ hari ni?

Photo0851

Bagus Yaya behave dok elok2 dalam tren..

Photo0852

Baby Khayla yg tidur sepanjang perjalanan pergi..

photo0856

Nak tau ke mana kami anak-beranak? KL sentral je hehehe.. xde keje kan naik LRT semata2 pastu balik umah. Tapi nak seronokkan anak2 punya pasal xpe la..

Photo0864

Sampai KL sentral minum2 jap kt Meals Station, bawak Yaya gi toilet pastu gerak balik. Sampai rumah pun dh kol 12 lebih.. separuh hari gak la spend kt luar rumah.

Photo0867

On the way balik baby Khayla dh bangun.. Hana plak amik tempat kt buggy sbb dia pun dh ala2 lalok mengantuk. Balik rumah sume pengsan kepenatan hahahah… So Hana, hopefully dh puas hati dapat naik ‘Tadington’ yer!

Photo0866

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Her 2nd year..

HAPPY 2nd BIRTHDAY MY DARLING ANGEL YASMEEN HANA!! Yeayyy.. alhamdulillah hari ni genap usia bombom mama ni 2 tahun! Walopun sepanjang membesarkan anak mama ni banyak sgt sakit jantungnya dek kerana menjerit sbb selalu bergaduh dgn kakak Yaya tapi mama ngan papa sgt bersyukur di kurniakan anak yg sihat, cerdik, manja & banyak peel yg selalu buatkan kami bahagia.

25_640x427

Mama & papa doakan semoga Hana diberikan kebahagiaan berpanjangan dan semoga sentiasa didalam lindungan rahmat Nya. Semoga Hana membesar menjadi anak yg solehah, mendengar kata & menyenangkan hati kedua orang tua dan sesiapa saja.

28_640x427

Banyak sgt, x tercerita development Hana sepanjang 2 tahun ni.. yang pastinya sekarang ni Hana sgt la talkative walopun kadang2 kami x paham bijik butir yg dia cakap. Seronok tgk dia pok-pek-pok-pek membebel x kira masa. Seminit pun dia x dok diam.. selagi dia x tidor selagi tu la adaaaa je keje dia nk buat.

17_640x427

Happy birthday Yasmeen Hana.. mama & papa sayang kamu hingga akhir hayat! Biarlah selama mana pun masa berlalu kamu tetap anak manja cibombom mama & papa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: “Tadington”

Photo0850

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Not well.. and I’m hating the fact that I can do nothing to ease the pain :(

267757_1762316748247_1548943722_31333408_5944764_n

Mata dh bakuk sbb tido malam terganggu..

264076_1764306597992_1548943722_31335746_7724577_n

269509_1764284917450_1548943722_31335732_1839149_n

Melepek sepanjang hari, x lalu makan cam selalu, susu pun kurang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cakar

Ini adalah hasil ‘bekalan’ yg Hana dapat few days back. Yaya cakap Safiya buat Hana. Xtau la budak yang mana satu kan. Masa amik gambar ni pun dh kering luka, masa awal2 amik tu merah je terang2 bekas cakar. Nasib baik la Hana bukan Drama Queen cam Yaya, kalo x konfem menangis melalak x berenti sedangkan dh hilang sakit ;p

254291_1716487642548_1548943722_31308471_4179413_n

Mula tu nak marah gak masa amik dh nampak merah menyala bekas kena cakar tapi bila nanny Hana nampak muka saya je dh cakap “Kak, mintak maaf. Tadi masa breakfast tgh baca doa Safiya tiba2 je cakar Hana. Kuku dia panjang. X sempat nak halang..” Saya pun dh cool down. Xpe la.. mende nk jadi. Kalo Hana depan mata saya sekalipun belum tentu saya sempat nak halang. Tapi saya pesan la lenkali tengok2..

Saya malas nak kecoh lebih2 sbb ni 1st time, kalo berulang maybe saya amik tindakan. Lagipun itu yg saya nampak kt Hana. Ntah2 budak Safiya tu lagi teruk kena belasah. Hana pun boleh tahan gak buasnya. Saya x nak jadi emak yg cerewet. Nature kerja saya dikelilingi budak2, lebih kurang la mcm nursery bezanya saya mengajar. Saya faham camne menyampahnya saya & cikgu2 lain kalo tetiba datang parents yang cerewet as if kt skolah tu anak derang sorang je la yg bayar. Adoii la..

Boleh kt dalam 1 kelas yg ramai2 tu nak suruh melayan anak dia je. Eh, hello.. dalam kelas tu ada budak slow, budak CP, budak hyper, budak autisme, budak DS.. boleh bayang x camne nak hantar budak masa peralihan kelas? Sebelah tangan pegang budak DS, sebelah lagi pegang budak autisme then sebelah kaki plak nak halang budak hyper dari pecut 100 meter dlm skolah. Bayangkan cane saya nak ayu jelita pakai baju kurung kalo saya pun dh mcm badut? Uhuk..uhuk.. sangat x gorjes. Oke.. lari topik.

Seboleh2nya hal2 yg remeh saya jarang bising kt skool anak2. Kecuali la hal yg melibatkan keselamatan & kesihatan anak2 saya. Bila saya x byk peel, insyaAllah nanny2 kt skool pun x menyampah nk jaga anak saya huhuhu.. Memang saya bayar tapi orang lain pun bayar kan? So, saya banyakkan tolak ansur dgn pengasuh anak2 saya. Setakat ni ok la derang jaga anak2 saya. Biar la bayar mahal pun tapi saya ngan suami puas hati.

Saya bernasib baik saya keje dalam bidang yg libatkan budak2 so saya boleh faham keadaan. Put yourself in others people’s shoe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya dan BF :: Part 1

Bila dapat tau SIL nak BF kan next baby, rasa cam excited sgt! Kenapa saya excited? Sebab moment menyusukan anak2 saya adalah sgt special. Skin to skin contact, pastu bila tgh syok2 menyusu baby tetiba stop pastu jenguk muka saya then sengih as if saying “Sedap susu ni ma.. tengkiu”  Bukanlah saya ni extreme dlm BF & saya pun x expert dlm hal breastfeeding mcm otai2 kat SI atau KIM. Pengalaman saya pun x banyak sebab saya BF kan Hana cuma utk 8 bulan then saya preggy. Sekarang baru continue BF Khayla for another 4 months. Adalah sikit2 knowledge about BF, sgt seronok bila tau ada orang yg bley kita share info2 tu nanti.

Pengalaman saya nak menyusukan Khayla bukanlah smooth sailing mcm orang lain. Maybe masa preggy kita bertekad nak BF baby tapi bila dh lahir banyak sgt halangan masa awal2 tu lastly trus give up. Memang BF ni natural thing tapi x mudah. Sebab tu BF mommy kena kuat semangat. Ada yg problem baby x latch betul, susu plak masa lepas bersalin 3-4 hari tu x keluar lagi pastu baby melalak2, orang keliling plak dh sibuk “Baby lapar tu.. cepat buat susu.” Maknya plak dh gelabah trus bg FM. Bila dh start bagi botol baby dh jadi nipple confusion trus xmo direct feeding (DF) sebab bila dia lagi best minum ngan botol sroot..sroot terus keluar susu erkkk..kenyang, tido! Kalo DF sroot..sroot..isk, x keluar lagi, dh 5-6 kali baru keluar itupun sket2 tapi lama2 kenyang jugak. Allah dh tentukan rezeki baby tu..

Orang keliling plak bila baby dh kenyang minum FM, “Hah, kan dh cakap. Baby tu lapar.. bagi je la susu tin pun. Hidup je pun anak orang lain minum susu tin. Masuk U jugak..” pangggg.. rasa cam kena penampar sedas muahahaha!! Xde pun kita cakap minum FM tu bodo kan? Cumanya setengah orang lupa, masa baru lahir perut baby besar guli je.. Ada orang yg kurang ilmu, kolostrum di awal kelahiran tu tersangatlah berharga nak membina imunisasi badan berfungsi mencegah dan melawan berbagai jenis penyakit dan infeksi. Orang sibuk2 nak beli susu IgG Plus bagai sebab nakkan kolostrum sebab tau khasiat dia. Kita yg dh ada free2 ni bagi je la kat baby.. insyaAllah kenyang je perut besar guli dia tu huhuhu..

Saya sendiri lepas 4 hari baru keluar susu badan. Itupun saya sumbat gak Khayla bagi dia nenen. Sampaikan crack nipple berdarah sbb baby asyik isap je.. Kadang2 kita lupa, baby baru lahir bukan nangis sebab lapar je.. 9 bulan dia duduk dalam perut dilindungi, tiba2 naahhh luasnya dunia.. gayat! Bila maknya peluk masa menyusu rasa aman damai sgt. Ada gak baby yg mulut nyot2 termuncung2.. “Asyik nak bergayut je budak ni.. penat la.” Memang nature baby nak menyonyot, sebab tu terciptanya pacifier. Lagipun masa dalam pantang kan untuk rehat.. layan je la baby yang cuma kenal bau mak dia je sorang. Kiranya sekarang ni cuma mak dia sorang yg ada dalam dunia sbg pelindung..

Masuk bab kuning plak.. ada yg prolonged jaundice disebabkan susu ibu. The best adalah bagi susu ibu continuosly walopun lambat nak turun. Tapi anak2 saya semua jaundice tinggi 200++. Saya darah O but derang adik beradik ikut darah papa B+.. tersangatlah contribute utk jadi penyebab. Masa Hana, paed gitau kalo nak cara cepat hilangkan jaundice bagi baby FM utk 3 hari. Why? Ini paed yg gitau : “Masa jaundice, lagi byk baby berak, lagi cepat kuning turun. Kalau baby BF, mmg akan kerap berak. Tapi, dgn susu badan ni, a percentage of bilirubin akan terserap balik dalam badan... that is why slow sikit kuning tu turun. Kalau dgn FM, tak kerap berak tapi tak byk bilirubin terserap semula....so, cepat la sikit turun.” lebih kurang la explanation dia, yg ni saya quote dr SI.

Masa 7th day check up, paed ckp Khayla cuma light jaundice so x kena dok bawah lampu cam kakak2 dia. Thanx to BF, paed pun cakap “Good mommy continue bf baby..” hehehe. Bila dh balik kampung, badan ngan muka dia start kuning naik ke mata sket. Rebound jaundice selepas 7 hari adalah perlu dirisaukan. Something related to heart failure. FYI, Khayla adalah BF baby.. bukan exclusive or fully BF baby sebabnya saya dh campur FM. BF utk bagi dia kerap berak & FM utk kurangkan serapan bilirubin tu. Yer, saya bukan breastfeeder tegar sbb saya x sanggup nak tengok baby saya kena cucuk amik darah banyak2 kali sampai tahap kena buat blood tranfusion. BF +FM untuk 3 hari, alhamdulillah.. Khayla free from jaundice.

Baby Khayla dh bangun.. nenen time! To be continued.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Crybaby

IMAG0481

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Debob ding

DSC_0066

Hye.. nama saya Yasmeen Hana. Mama panggil saya dgn macam2 nicknames, kadang2 saya x tau nak jawab yg mana satu. Antara yg mama selalu pangil saya – adik, debob, ubi kayu, si bulat, bambam, schmontel dan macam2 lagi.. Saya x la gemuk sgt tapi kalo nak dibanding dengan kakak saya yg kurus kering, saya ni semangat la sket. Itulah sebab saya selalu belasah kakak saya cukup2.. saya suka dengar kakak saya melalak. Puas hati ;p

Saya anak manja mama saya.. sebab tu bila bb Khayla ada saya rasa dia sgt x best. Sket2 nangis. Bila orang tanya “Adik, cane baby nangis?” saya jawab “Nyeee” sambil buat muka comel hehehe.. Saya suka lepuk bb Khayla sebab dia bising. Kalo dia nangis je cepat2 saya gi tepuk2 badan dia. Kalo dia melalak gak saya tekup mulut dia hehehe..

Notty2 saya pun.. sume orang sayang saya. Tokmama ngan babah lagi la suka tengok keletah saya. Selalu panggil saya “katik” sbb saya selalu terkedek2 mintak “ammm” Ok la, masa untuk saya gi main ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday #4

Photo0188

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 Disember 2010

Alhamdulillah.. hari ini adik Hana dh berani menapak jauh. Sebelum ni bkn x bley tp malas nk angkat bontot huhuhu.. Sayang la papa xde nk tengok sendiri adik berjalan. Lama dh tunggu huhuhu.. Tokmama & babah cakap adik saje nak tunggu Maal Hijrah.. nk buat perubahan hakhak!! It's about time gegirl.. lepas ni xde la senget2 mama nak kelek Hana ngan adik kecik. Good job anak mama!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yaya & Hana di kampung

Di kala ini suami ada di KL. Haruslah perasan bujang cinta hati ku itu uhuk..uhuk.. Saya & anak2 berada di kampung.. sgt bahagia kali ini sbb xde nak rush balik gi keje bagai. Tapi hati adalah sgt kosong sbb cinta hati tiada di sisi. Biarlah kalo ada depan mata asyik nak bertekak walopun mende2 yg jadi punca tu sebesar kuman huhuhu.. bila jauh tau plak rinduuuu..

Saya di kampung bertemankan mek kenit berdua ini yang x habis2 bertekak & menjerit setiap hari berebutkan ntah-apa-pun-x-tau.. Kalo kakak pegang, adik nak, kalo adik pegang, kakak rebut.. haisyy.

Photo0027 

Celik mata je 2 beradik ni ada la benda nk menjerit.. tapi seronok sebenarnya bila Hana dh pandai main & berebut dgn Yaya ni. Time derang baik sgt sweet & super comel!! Hana sembang dgn Yaya bahasa baby dia, Yaya pun macam paham je layan adik dia.. cute!!

Aktiviti adik beradik ni kat kampung yg ni je la.. Yaya mengadap TV je 24 jam.. kesian dia boring. Kalo ada papa at least ada gak kuar gi jalan2. Yaya asyik tanya pasal papa je sbb dh lama sgt x berpisah dgn papa. Next week papa dh start kena gi offshore balik utk 2 minggu. Alahaii.. mesti anak2 tercari2 papa.

Photo0033

Photo0029

Adik plak.. stended la. Makan-tido-berak-main pastu aktiviti dia looping sampai hari esok & seterusnya huhuhu..

Photo0032

Photo0023

Adik mmg sgt berbeza dgn kakak. Kalo kakak kurus tp adik montel sket. Adik ni teddy bear kecik saya.. sgt sedap di peluk & di gomol. Kakak dulu masa umur cukup setahun dh boleh menapak selangkah-dua tapi adik sgt la manja & malas nk belajar berdiri sendiri. Kalo lepas sket je mula la meraung macam kena pukul! Kakak cerewet sket kalo bab makan sbb tu sampai sekarang badan cekeding je. Lain plak dgn adik.. apa saja yg orang makan sume dia mintak, suap je sume dia nganga. Selagi dia x kenyang selagi tu dia duduk x bergerak huhuhu.. sbb tu adik montel sket!

Dah lari topik plak.. orang lain dok kampung merayap merata. Penuh gambar2 outdoor tapi 2 beradik ni dok kampung, memerap je dlm rumah. Kesian anak2 mama.. xpe la.. papa balik nanti kita ajak gi jalan2 ek. Kalo cara mama nak heret korang berdua, alahaii.. mama nak bawak badan pun dh terkengkang2 huhuhu.. x berdaya dh badan ni. Kita tunggu papa balik yea..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buli

Nampak x bengkak kat mata kakak ni?

IMG0198A

Dalam gambar x obvious sgt kot tapi kalo kt luar bley nampak mata kakak sepet.. Bila mama tanya sape buat, teka sape yg buat?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

untitled1

“Adik buat!”

Mek kenit ni memang suka belasah kakak dia oke! Apa yg kakak dia pegang sume best, apa yg kakak dia makan sume sedap.. kecik2 dh pandai berebut. Kalo dia dah pegang mende, kalo dia dh nak ketuk kakak dia x yah la nak bg benda lain! Aku kata yg tu..yg tu la aku nak! Hoh.. xley jadi ni. Sekarang ni mama bukan kena monitor kakak tp kena monitor adik supaya x BULI kakak. Xtau la 1st child syndrome ke, Yaya ni tersangat la lembik & merebeh. Sket2 nangis.. sket2 menjerit. Kalo adik rebut apa2 kt tgn dia bukan reti nak melawan atau lari gi tempat lain. Duduk gak kt situ menjerit2 mintak tolong.. Manja lebih sgt kot huhuhuhu..

Adik plak sangat la ganas, kalo dia nak.. dia merangkak, x cukup ngan tu panjat kakak sampai dia dapat apa yg dia nak kt kakak. Kadang tuh sampai tertonggeng2 kakak jatuh. Rasanya ini la sebab utama kenapa Yaya xmo adik ramai2.. dia takut agaknya keluar lg sorang ganas mcm Hana gak hakhak!! Adoyaii.. sakit jiwa mama macam ni. Ni belum keluar baby #3 lagi.. risau je Hana cepuk sesedap rasa je adik kecik dia nanti.. Adoii la anak.. macam2 peel korang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambutan@Taska

Pertama kali tahun ni teringin nak buat sambutan besday anak2 tapi dengan bawak badan pun x larat apa lagi nak wat preparation, berkemas bagai so amik idea yang paling senang hehehe.. buat je sambutan besday kat taska. Susah kalo buat majlis ni, takut kang ada yang terkurang kat mana2, ada yg x dijemput terasa hati sedangkan niat nak buat kecil2an je.. Biar lah niat asal MERAIKAN ANAK2 di laksanakan..

Niatnya nak meraikan si adik tapi kang kalo kakak tengok dia xde pepe haruslah sentap kan? Huhuhu.. memandangkan mek 2 beradik ni lahir hujung tahun celebrate sekali harung je la.. Sambutan buat kat taska je, masa hari kerja. Mama & papa pun xde.. yang ada cuma kawan2 & nanny menyanyi-meraikan adik & kakak..

DSCN2686

DSCN2691

DSCN2692

DSCN2695

Balik taska Yaya sgt happy bercerita kt papanya.. kawan2 menyanyi, yaya tiup lilin, yaya potong kek bla..bla..bla.. Mama cuma sediakan kek, jajan & goody bag utk kawan2 kt taska bawak balik. Kesian Yaya x pernah ada experience gi birthday party. Dah la besday dia ujung tahun, masa cuti skolah.. sama la nasib mcm mamanya. Xde orang nak raikan hakhak! Xpe la anak.. mama buat yg termampu je nak bg Yaya happy.

Walopun sebenarnya sambutan bulan Oktober ni utk budak kecik ini..

31-10-09_2033

.. yang sudah membesar dgn sekelip mata menjadi se’cheeky’ ini..

Picture 060

Kakak Yaya belasah je la tumpang sekaki.. Happy belated 1st birthday Hana & happy advanced 4th birthday Yaya.. mama&papa love both of u sooooo much!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Big 1-ONE!

Picture 018

Hari ini gegirl mama & anje papa, Yasmeen Hana genap 1 tahun!!! HAPPY 1st BIRTHDAY SAYANG.. mama, papa & kakak yaya love u sooooooo much!! Nanti2 mama update progress adik ek.. mama sayang adik sgt2.. xoxo!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 months young

Alhamdulillah.. hari ini adik Hana genap 8 bulan. Kejap je masa berlalu kan? Mama rasa cam baru je lagi mama lalok epi lepas caeser adik huhuhu.. Mama nak update development adik tapi x banyak kecuali lah bab menjerit keluar anak tekak ngan separation anxiety yang kritikal huhuhu.. Owh, adik masih menikmati susu mama. Kalo kakak Yaya dulu 8 bulan dah merantau segala ceruk rumah tapi adik masih lagi belum merangkak ataupun menyulur.. Mama risau sebenarnya bila tengokkan adik meniarap pun x nak lama2.. Hana really hates tummy time! Paling lama bleh bertahan pun adalah dalam 5 minit pastu melalak mintak orang dukung. Adik memang tersangat lah manja.. asyik nak orang peluk je. Mama susah hati gak bila tengok baby lain yang lebih kurang umur adik dah boleh macam2 tapi adik masih kat level tu.. tapi babies develop at their own space & time differently. Amik la seberapa lama masa yang adik nak untuk develop.. insyaAllah, mama ada seumur hidup untuk tengok adik membesar. As long as adik sihat walafiat, makan segala apa yang mama sumbat, boleh senyum2 bila di agah, boleh respon bila mama panggil, boleh gelak2 bila tengok kakak Yaya menggedik depan TV.. ALHAMDULILLAH.. mama dah cukup senang hati. Paling mama suka sekarang adik dh pandai panggil mama.. kalo mama xde depan mata adik akan meraung sambil menjerit "..amma.." aiiyoooo!! Amma pun amma la adik, tu maksudnya adik kenal mama. Bila papa balik, adik senyum2 pastu kepak2 tangan mintak di dukung. Adik sangat comel.. mama sayang adik! HAPPY 8 MONTHS YOUNG SCHENIMUT MAMA..muah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak ini

.. sangat cerewet kalo bab makan. Dah seminggu lebih dia xmo makan nasi. Selalunya kalo kt umah x makan pun, kt skool dia belasah makan banyak sebab makan ramai2 kan.. nanny pun dh ngadu “Yaya xmo jamah nasi langsung, bila suap dia luah.. kalo paksa dia nangis2..” aduhaii la anak.. macam2 peel ko sementara nk besar ni..

DSC00061

Tapi yaya tersangat la suka ngan mende alah ni..

spaghettistrands 

Dia x request yang susah2 pun.. cukup la kalo gaul dengan kicap je huhuhu.. Buat carbonara dia bley plak dia buat uwekk.. uwekk.. Good girl, senang keje mama yang pemalas ni. Siap bertambah lagi.. sedap sangat la mama masak ye anak huhuhu..

DSC00335

Camnilah lebih kurang end result nya minus sayur.. yaya memang makan spaghetti kicap kosong je. 3-4 hari ni yang dia mintak cuma ‘mee kicap’ je. Berselera sangat dia makan. Xpe la, asalkan dia makan sudah. Dari biarkan perut kosong, x jamah makanan berat kang lagi risau mama & papa.. Esok kena bekalkan kt nursery, kalo dia xmo makan nasi pun at least dia makan spaghetti ni. Xde la risau sgt dia asyik minum susu je bergelen2 huhuhu..

DSC00053

Lain betul peel yaya dengan adiknya.. Si kecik ni sumbat je apa, sume dia nganga hakhak!! Seronok tengok adik selera makan.. mcm anak burung, sumbat-nganga-sumbat-nganga kalo lambat bg makan sket meraung lapar ekekekek.. Betul la orang cakap anak2 ni berbeza peel & perangainya.. ni baru 2 orang, kalo lebih? Pitam la!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dear Papa..

We love you soooooo much.. you’re our HERO, even this big guy cannot beat you in thousand years.. ;p

ultramancosmos

.. you’re so much more powerful than the big guy because he wouldn’t be able to do this..

IMG0050A

or this..

IMG0071A

or this..

IMG0092A

or this..

Dup(1)DSC00004

or be there when we need the most..

DSC00009

wanna know WHY?

.. because that big guy didn’t have US as his child.. you’re so lucky to have us in your life ;p You’re our ULTRAPAPA!

HAPPY PAPA’S DAY!!

from your adorable angels & the cause of major headache..

IMG0098A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS