RSS
Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Budak kecik yang makin kecik

Picture 004_640x425 

Budak 10 bulan ini berat baru cecah 6.5kg.. alahaii.. keciknya kamu baby. Salah satu sebab Khayla ni ikut gen papanya.. kurus kecik. Terlebih gen papa la ni.. Kalo cam Hana ikut gen mama memang la tembam & bulat huhuhu. Bukannya Khayla ni x selera makan tapi metabolisme dia tinggi sgt. Makan semangkuk nasik habis je tapi aktif dia meneroka segala ceruk rumah, sudahnya badan x naik2.

Geram je tengok baby orang lain yang debob2. Geram je nak gigit ngan gomol2.. nasib baik la ada Hana bley ganti lepas geram. Sebenarnya x kisah la kalo badan x naik pun, maybe dia ikut spesis kakak Yaya yang cekeding. Selagi dia sihat & aktif.. alhamdulillah mama dh cukup bersyukur.

Picture 186_640x425 

Tapinya sejak sebulan lepas x henti2 baby Khayla ni x sihat. Dugaan betul untuk mama ngan papa. Mula dengan demam pastu dh baik sket dah cirit-birit plak seminggu lebih. Meragam je x senang duduk asyik nak merap. Tambah plak dengan melecet sbb cirit tu makin susut la badan baby Khayla.. sedih je mama tengok.

Bila dh baik cirit tu sambung plak dengan demam+batuk+selsema.. cukup 3 serangkai. Mata pun dh makin masuk ke dalam sbb asyik menangis je merap. Tido malam pun x lena sbb hidung tersumbat. Alahaii baby.. sayu hati mama tengok baby terbaring merengek je x larat. Biasa kan dia aktif x menang tangan nak tangkap.

Picture 282_640x425

Semalam bawak gi klinik lagi, doktor cakap baby nampak lembik sgt. Nasib baik dia nak makan ngan minum susu gak. Kalo x kena admit bagi drip takut dehydrated. Kalo sebelum ni nak bagi ubat sket punya dia menepis sembur2 tapi sekarang dh macam merelakan je nganga pastu telan.

Makin susut la badan anak kecik mama ni.. mama doakan Khayla cepat2 sembuh ye. Bagi berisi sket badan balik. Bagi aktif x terkelepet merengek memanjang.. xyah la nak ringankan badan lagi kalo baby nak belajar berjalan, dh cukup ringan badan baby tu. Cepat sembuh ye baby.. risau hati mama. Sayang sgt kenet mama!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hana demam campak..lagi

Haiihh.. kesian sama ini budak. Ni kali kedua dia demam campak. Masa umur 8 bulan kt Kuantan dulu dh kena sekali.. masa tu campak sekam kali ni campak bijik2 kecik. Kesian sgt Hana, mesti merenyam satu badan. Pastu start semalam dlm mulut pun dh keluar. Nak makan pun sakit agaknya.. minum susu pun nangis2. Alahaiii.. sedih sgt tgk kan Hana gitu.

IMAG0056

Nasib baik la tokmama ngan babah ada kt sini.. lega sikit hati mama sbb mama x reti langsung nk jaga. Derang dtg last week, dh nak balik semalam tapinya campak Hana keluar banyak sgt terus derang extend. Rezeki Hana la.. tokmama ngan babah memang particular sket bab2 jaga budak sakit ni hehehe.. Ringan sket la mama sbb ada orang lain Hana nak merap tapi dgn papa x bleh berenggang langsung la. Tokbabah ckp bagus la campak Hana dh keluar semua sbb yg risau tu kalo dok demam suhu tinggi2 tp x keluar2. Alhamdulillah.. dh mula mengecut tp still Hana cranky sket2 nak bunyi, sket2 nak melalak meraung.. sabar je la..

IMAG0049

Hana ni dh 2 kali kena demam campak.. yg saya risau lagi 2 orang ni x pernah kena. Rasanya kalo skali kena mau mengadanya lebih dr budak kecik huhuhu.. Jenuh la nak menjaga alahaii..

Semoga Hana cepat sembuh ye.. kesian debob mama ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu terakhir Ramadhan

Alahaii syahdunya bila fikirkan Ramadhan dh nak berlalu kan? Rasa cam baru sangat MIL gerak bangun sahur masa 1st Ramadhan tau2 dh minggu terakhir. Rasanya Ramadhan kali ni dugaan terbesar saya melayan peel anak2 yg makin banyak ragam & peel budak2 khas yg makin kuat mengamuk. Tetiap hari ada je ragam baru yg derang buat nak mengurangkan pahala puasa huhuhu.. dugaan.. dugaan.. Puasa plak x dapat la nak puasa penuh sbb bendera Jepun saya ala2 haywire sket, datang x tentu hala. To date dh 9 hari saya tinggal puasa.. alahaii sayangnya.. insyaAllah tahun ni kena qadha’ puasa awal2 so that xde la dh nak dekat next Ramadhan baru nak terhegeh2 ganti puasa hehehe..

315946_1863156109168_1548943722_31446978_4645979_n

Hari ni saya cuti sebab Aulia batuk dh teruk sgt.. mcm batuk kering dh bunyinya. Semalam dh start tapi xde la bunyi teruk mcm pagi ni. Hari ni saya kena monitor betul2 jadual makan ubat. Dah pesan kt teacher suh bagi kt skool semalam tapi baginya maybe sekali je kot. X leh la nak salahkan derang sbb dah tentu2 ramai kt skool tu. Sudahnya hari ni biar saya je jadi misi garang kt umah paksa anak2 makan ubat hakhak!

Si Hana plak demam, panas sgt badan dia. Kalo tersentuh bleh tgn kita refleks sbb panas sgt. Malam tadi je dh 2 kali dia kena mandikan tengah2 malam. Bagi ubat trus dia muntah keluar segala isi perut. Dah bagi PCM surut la kejap tapi lepas abis dos lepas 4 jam gitu temp shoot balik. X lena tido di buatnya sebab kejap2 bangun check condition dia. Risau takut dia tarik masa tgh sedap2 tido tu x sedar. Nak monitor tgk hari ni camane. Stok ubat memang x pernah putus tapi kalo masih x baik lagi esok bawak jumpa paed kena amik antibiotik. Aduhaii anak2.. serabut kepala mama bila korang x sihat gini.

299175_1853076817192_1548943722_31435853_725070_n

Baby Khayla pun tgh flu ngan batuk.. kesian je badan kecik terhinggut2 bila batuk. Hidung plak tersok-srek-sok-srek berhingus. Haiih.. tapi nasib baik la dia x buat perangai sgt. Maybe bagi peluang kt kakak2 nak mengada dulu. Good girl la baby mama ni..

Persediaan raya anak2 dh berlebih2, pantang nampak je beli huhuhu.. tapi bukan la semua nak di pakai utk raya. Kebetulan masa raya ni sale sana sini.. masa ni la nak amik peluang beli baju2 baru utk anak2. X rugi beli pun sbb derang 3-3 beradik perempuan so baju tu bley jadi turun temurun huhuhu..

Dok gila beli baju anak sampai terlupa baju bapaknya lom beli lagi, boleh? Hari tu belikan jeans je, shirt untuk raya kedua ngan ketiga x jumpa lagi. Sebenarnya x tau nak beli kaler apa. Tema raya pertama kaler purple, baju sedondon anak beranak Alhamdulillah dh setel. Tailornya haruslah yg tetap & berpencen.. my mom muahahah! Cuma raya kedua x tau lagi nak kaler pe. Nak beli biru cyan sbb cinta hati xde lagi kaler biru tu tapi saya plak dh byk. Nak kena pikir baju kami laki bini, raya pertama, kedua, ketiga nak kaler pe.. anak2 raya pertama je pun sedondon. Selalunya saya yg akan manage bab baju raya sebab di pagi raya cinta hati cuma akan tanya “Nak pakai baju apa yang?”. Kalo dia pakai baju lain saya sentap hakhak! Paksa rela la kiranya muahahaha..

medium_IMG_0196

Biru cyan camni cantik kan?

Till then.. cuti di rumah dgn adanya anak2 jangan harap lah saya boleh cuti dalam erti kata sebenarnya ek. Askar2 bersekutu saya dh bangun. Masa untuk berperang! ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday blues

Hari ini hari Isnin.. sgt liat mau gi kerja sbb nya Sabtu lepas ada LaDaP kt skolah. Ahad je la nak relax dok umah ngan family tercenta :) Nasib baik hari ni 1 kelas je pagi, tunggu lepas rehat kang baru berderet kelas sampai balik.. xpe la, at least sempat nak warm up huhuhu..

Sepanjang minggu lepas mek 3 beradik tu x sihat. Stended la kan dok nursery, kita jaga camne pun xnak bagi sakit tp bila dh bercampur ramai2 tu konfem terjangkit. Masalahnya bila sorang mek ni x sihat senang sgt nak berjangkit yg lagi 2, sudahnya nak pengsan mama melayan. Asyik mengamuk je sbb x larat. Mula dgn Khayla demam+batuk+selsema pastu jangkit kt Hana, last skali jangkit kt Yaya.. adoii la, yg kecik cara kecik.. merengek x tentu masa. Yg besar cara besar, banyak la plak songehnya masa x sihat ni. Paling kesian kt baby Khayla bila selsema sbb hidung tersumbat nk minum susu pun x selesa. Mesti turun lagi berat mek kecik ni.. alahaii.. bila nak bambam ni baby?

Rasa cam byk lagi nak bebel tapi mood tersangatlah mandom huhuhu.. lenkali la kita cerita eh.. Boleh entry tergantung gini? ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

How to Prevent Nasal Congestion In Babies

This is one good article. Came across this useful tips while browsing for more info regarding Khayla’s flu..

Posted By Dr. Ben Kim on Feb 03, 2009

Updated on February 2, 2009

Nasal congestion in babies can lead to a number of health problems associated with breathing and sleeping difficulties.

A young mother once brought her eight-month old son to me with a request to provide an acupuncture or acupressure treatment that would help to alleviate his stuffy nose. While asking about her baby's health history, I discovered that his nasal congestion came about whenever his body experienced a cold. Dried-up mucous obstructed his nasal passageway, making it difficult for him to breathe and sleep.

I also learned that the baby's mother did her very best to keep her baby from crying for any reason. She was deeply committed to raising her baby according to principles of attachment parenting. Whenever her baby began to fuss due to discomfort that he felt from his stuffy nose, she would immediately hold him to her chest and soothe him before he could get too upset.

I explained to the mother that in her baby's case, it was possible that allowing him to cry for several minutes whenever he became too uncomfortable with his stuffy nose could actually solve his problem.

Whenever any of us cry, excess tears flow toward the inner corner of each of our eyes and enter two tubes called the lacrimal ducts. From our lacrimal ducts, our excess tears flow down a bigger tube called the nasolacrimal duct, which actually opens into our nasal passageway. This is why a "runny nose" can accompany a good crying session.

Allowing a baby to cry and produce tears when he or she is bothered by a nasal passageway that is plugged up by dried-up mucous can actually send tears into the nasal passageway to dissolve the mucous.

In the young mother's case, this advice led to considerable improvement in her baby's comfort level, as her baby's tears effectively softened and helped to eliminate dried-up bits of mucous from his nasal passageway. She also followed my suggestion to use a soft cloth to dab at her baby's nostrils every once in a while when he cried to help "wick" excess tears and mucous away from his nasal passageway.

Some other suggestions that I shared with her:

  1. Before giving her baby a bath at night, sit with her baby in the bathroom with a hot shower running to create a steam room. About 15 minutes of being in a steam room can also help to soften dried-up mucous in a baby's nasal passageway.

  2. While in the bath or by the sink, use her cupped hand to bring small amounts of warm water up against her baby's nostrils, giving him the opportunity to draw some of it up into his nasal passageway.
  3. Use a warm mist humidifier while her baby sleeps.

  4. Be sure to avoid pasteurized dairy products, which can lead to nasal congestion of a different variety - one that is related to a food allergic reaction that thickens the mucous membrane in the nasal passageway, making it difficult to breathe. This is applicable to the baby and his or her mom if the baby is still being breastfed.

  5. Strive to keep her baby's sleep and play areas relatively free of dust. When breathed in regularly, dust can contribute to larger bits of dried-up mucous. Dust can also stimulate an allergic-type reaction that can cause nasal congestion in the same manner that food allergic reactions can.

I hope that this post ends up being helpful to some mothers and babies out there. If you know of any other helpful tips for addressing nasal congestion in babies, please consider sharing them in the comments section below.

CH30

Cepat2 sembuh demam selsema yer baby baik mama ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khayla’s day off

Waaahhhh.. tajuk xbley blah! Hari ni Khayla MC, x gi skool sebab demam bera kena cucuk pneumococcal malam tadi huhuhu.. Sepanjang malam ok je tido tapi kol 5 pagi dia start celik luas then bersembang. Rasa badan dia dh panas. Maybe dia gitau kot “Ma.. Khayla x sedap badan la.” Nasib baik la tgh cuti skolah, xde la saya kalut nak amik cuti bagai. Pagi tadi hantar the kakaks so hari ni declare Khayla’s day off. Hari utk spend quality time dgn Khayla je sbb selalu bizi melayan kakak-kakak.

250168_1700854571731_1548943722_31292094_6445092_n 

Muka x rela kena cucuk..

Malam tadi gi paed cucuk Khayla je tapi tersangat la kalut kalo mek-mek ni ada.. kecoh satu klinik. Tapi sgt sweet tgk derang 2 beradik ni sbb dh bleh berkawan. Kiranya xde la Yaya boring main sorang2 sbb Hana pun join. Amazingly walopun derang communicate sorang bahasa Melayu, sorang lagi bahasa German version Hana tapi derang paham. Kalo xde kawan pun derang ley kawan berdua, x sabar nk tunggu Khayla besar bley main sesame..

250513_1700861051893_1548943722_31292124_2570064_n

Tempat ini kami punya..

Berat Khayla naik sket sgt.. bulan lepas 4.4kg, semalam timbang baru 4.7kg. Alaaa.. ringannya dia. Paed ckp sebulan kena naik at least 500 gram tapi disebabkan last week Khayla demam selsema jangkit dr kakak, minum susu pun kurang sbb tu berat turun. Paed cakap xyah risau sbb kalo tengok kakak2nya pun jenis kecik2. “Jangan risau la.. mami & dedi dia pun kecik sbb tu baby kecik jugak. Tengok dedi mcm budak form 5, mami mcm budak form 3 lagi.. xkan anak tiba2 gemuk? Yang penting baby aktif & otak dia cepat tangkap then should be ok..” Paed cakap saya nampak cam budak form 3? Ko perli2 plak ek Doc? Tau la saya gems.. tumbuk nak?

255023_1700868292074_1548943722_31292141_3833581_n

Papa jagakan baby yg dah start mengantuk

Sekarang ni Khayla tgh cranky sket. Selalu kalo letak pun dia x kisah, ni nak dikendong je.. nasib baik la mama cuti, kalo x sape la yg nak kelek Khayla manjang? Jangan demam lama2 ye baby.. minum susu mama banyak2 then build antibodi bagi kuat2 ek comey.

246709_1702046201521_1548943722_31293644_5962573_n

Mek comey saya dgn fav toy dia..

Cepat-cepat baik demam k baby mama.. Sayang Khayla banyak2!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Khayla’s 1st medication

231138_1631761284442_1548943722_31206649_4855007_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papa admitted

Kisah minggu lepas.. Hubby balik dr outstation KL, balik dh start letih lesu tanda2 nak demam. Selalunya makan panadol bley baik tapi kali ni pelik sket. Dah makan ubat tp demam masih x kebah. Kebetulan mama ngan abah datang tgk cucu2 dh hampir seminggu. Balik keje Jumaat tu mama dh bising2 “Cuba bawak syamsyir tu gi klinik.. asyik dok usung anak gi klinik smpai 3-4 kali. Diri sendiri sakit x endah..” Padan muka hubby, bukan x nak bawak gi klinik tapi dia yg degil sgt. Kalo sakit sikit2 xmo gi klinik. Dah mama ngan abah bising baru la nk gi huhuhu..

Masa kt klinik hubby dh start menggigil pastu loya tahan muntah. Baru sikit tu.. belum dapat loya ibu mengandung ni lagi hehehe.. Doc just bg ubat demam, antibiotik, lozenge bla..bla..bla.. sampai umah kol 5, hubby makan ubat tapi badan dia panas sgt2. Dah start meracau yang bukan2.. kejap2 panggil Yaya, kejap2 panggil Hana, mintak nk kiss la.. merepek x tentu hala. Risau je hati tengokkan hubby tiba2 jadi gitu. Lepas 2-3 jam panas badan hubby masih x turun. Lepas mayang maghrib hubby menggigil makin teruk pastu x berhenti mengongoi sakit kepala sgt2. Abah plak bising suh bawak gi spital.. nasib baik la mama ada nk menjaga Hana.

Lepas dapatkan referral letter dr klinik trus bawak hubby gi KSH. Kat klinik pun hubby dh start terbaring. Sayu je hati bila tengokkan hubby menggigil2 sambil picit2 kepala sebab sakit sgt2. Sampai KSH trus gi emergency.. hubby kena jab sedas kt bontot then dh cam lalok2 sket. Memula doc suspect denggi tengokkan condition hubby yg menggigil tapi xde lak naik rashes merah. So hubby admitted untuk thorough check up. Siap kena amik darah & masuk IV drip bagai..

DSC00312

Masa ni sayu je hati tengokkan hubby.. my pillar of strength tiba2 terbaring lesu camni uhuk..uhuk.. tahan je xmo nangis.

DSC00316

Alhamdulillah, lepas 2 jam gitu temperature hubby dh start turun. Lega sket hati bila hubby dh bley jamah sket roti ngan milo panas. Dah sehari suntuk x jamah pepe sebab mual & xde selera. Malam tu ber’honeymoon’ la kami berdua atas katil spital hehehe.. muat okeh!! Nurse pun xde hal sebab bukan nye haku hempap laki ku sampai sesak nafas.. mentang2 la haku gemok muahahaah!! Nasib baik sgt la mama ngan abah ada kt rumah nk menjaga anak2 dara ku.. trime kasih sgt2 la mama ngan abah. X terbalas jasa dr kecik sampai la ke tua bangka dh beranak pinak pun menyusahkan mak bapak lagi hehehe..

 DSC00313

Esoknya, hubby dh ok sket. Dah bley jamah makanan banyak sket. Dah x demam.. lega je hati bila tengok cinta hati dh x menggigil cam semalam. Jasad je kt spital tapi hati kat rumah-teringat kat anak2, lebih2 lagi kt Hana sebab x pernah pisah tido malam huhuhu..

DSC00318 

Sempat lagi camwhoring masa hubby tido hehehe..

Alhamdulillah, hubby dh makin sihat. Hubby admitted Jumaat malam sampai Isnin ptg baru discharge. Cinta hati.. lenkali demam sket2 jangan ngelat nk gi klinik k.. Kesian la kat diri sendiri & anak bini.. Susah hati tau tengok awak sakit camtu.. I love u so much.. muah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hana’s update

Uisyy.. suda hampir 2 minggu x update blog. Nak kata bz xde la sgt.. malas je lebey huhuhu.. Hari ini cuti sebab semalam de sukan tahunan sekolah. So boley la nak update sket2. Last 2 weeks went to paed utk amik 3rd jab pneumococcal adik. Balik keje trus g klinik. Nak tunggu hubby malam la kan..

IMG0016A 

Hangin je muka adik mama amik kt skool tgh day nap ;p

Lepas amik jab adik ok je.. nangis pun x lama. Balik umah elok je golek2 cam selalu.. Paed ckp maybe after 2 days baru start demam.

IMG0019A

1st day tengok ok je, 2nd day tengok.. ok lagi but 3rd day adik dh start cranky. Naaahh.. terus temp shoot 40! Nasib baik la mama cuti Hari Hol Jumaat tu so dpt la 3 hari cuti jaga si kecik ni kt umah.

IMG0025A

Sepanjang demam memang adik xmo langsung di letak. Tido pun nak kt atas dada. Nasib baik ada papa yang sabar melayan. Mama memang dh x sabar, nak hangin je manjang sebab malam penat berjaga dok sponging then monitor temperature. Papa la yang setia melayan si manja ni..

IMG0029A

IMG0030A

“Saya budak manja..”

Lepas 3 ari demam adik dh kebah.. alhamdulillah.. Dah start la tersengih2 balik. Lega hati mama bila tengok adik dh x cranky..

IMG0028A 

Monday, keje cam besa la coz adik pun dh ok. Masa assembly, owner nursery sms “May, Hana campak ni?'”  huaaaarrrrgghhh.. patut la adik demam teruk sgt, nak keluar campak rupanya. Dah la Aulia x pernah kena campak so xtau apa nak buat. Nasib baik la mama ngan abah sanggup datang jauh2 demi nak menjaga si kecik nan seorang neh. Kakaknya awal2 dh ngekor tokmama & babah balik kampung minggu sebelumnya huhuhu.. Alamdulillah, adik sekarang dh sihat, mulut pun makin bising.. cumanya terlebih manja. She really hates tummy time.. melalak cam kena dera. Bila la nak boleh menyulur/merangkak ni adik kalo xmo training langsung? Take your time ye adik.. jangan cepat2 besar sangat. Nanti mama rindu nak ada baby lagi kang papa pun sibuk nak baby baru plak no..no..no ;p

IMG0044A

“Saya dah sihat!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Supermom?

NOT!! Uhuk.. uhuk.. me mulakan entry ini dengan tangisan di pagi hari. Penat oke! Encik suami kena gi course seminggu kt KL. Sayang isteri tinggal2kan kah sayang? Sayang sgt nampaknya suami kt isteri ini. Maka seperti biasa me la yg akan jadi mcm perempuan gila di pagi hari heret anak2 masuk kete. Kalo Aulia mood baik, alhamdulillah dia sendiri dengan rela hati pakai selipar then masuk dalam kete. Kalo x, sebelah tangan dukung 12kg-Aulia, sebelah lagi kendong adik Hana masuk kete. Nampak x tangan nih dh de ketul2? ekekeekkeek..

Baru anak 2 tapi penatnya Ya Rabbi!! Series.. walopun me keje separuh hari tp since Hana lahir x pernah sempat nk cat nap. Sebab tu kalo masa suami ada sgt bahagia. Lepas dia siap2 sume balik keje, pass anak2 bagi dia jaga then masa tu la baru dapat menikmati mandi yg aman damai. Merasa la nk scrub badan, belai tubuh bagai. Kalo x, alamat bacin la bau sampai ke esok pagi. Kalo rasa belengas tahap gaban gagahkan diri bangun tengah malam mandi kejap. Itupun kalo Hana x merengek nk melekat je celah ketiak huhuhu.. Kali ni masa papa xde, Hana demam la pulak. Kalo papa ada bley gak main pass2.. tapi papa konfem mengelat, “Hana nak susu la yang..” ni yang hangin nih!

Malam tadi Hana xnk tido langsung.. bila baringkan je dia melalak nk keluar anak tekak. Adoii la.. nasib baik la kakaknya x buat perangai. Bagi dia tengok tv sampai kol 10 then ajak tido relax je dia masuk bilik heret bantal & Ellie sekali. Xde nak perang2 bagai.. sampai ke pagi me dok kendong Hana sampaikan tersengguk2 mcm burung belatuk dah kekdahnya. Badan Hana panas je.. risau plak bila dia pun tido x jerap. X berenti jelom kepala dia. Cepat la Hana baik.. mama kesian sgt tgk Hana batuk terkokeh2 pastu meragam je. Rindu nak sembang2 ngan Hana mcm selalu.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah..

Dari keadaan ini..

PIC143

.. kepada ini..

PIC090

.. dan ini..

PIC089

Alhamdulillah.. kadang terlupa kesihatan juga salah satu NIKMAT REZEKI kurniaan Allah. Semoga sentiasa sihat & ceria kakak Yaya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mata ini

eyes

Owh, ini bukan entry untuk pencarian mata cantik Inner Shine Pati Berry ye huhuhu.. Ini adalah mata seorang mama yang baru ber-anak 2 dan kedua2nya demam serentak. Sangat letih oke bila dedua meragam.. Lihat mata ini, letih & lesu.

Malam tadi hidung Hana tersumbat + batuk, bila menyusu 2-3 teguk hidung dh srok srek pastu batuk. X puas menyusu mula la mengamuk! Dah kesian sgt tgk Hana x ley bernafas dengan rela hati me pun sedut la hingus dia. Lepas tu baru la lena sket tp itupun masih x lena sbb everytime nk menyusu batuk x berhenti.. ciannya anak mama ni. Nasib baik ada stok EBM so me panaskan & bottlefeed je. At least masa dia batuk ley stop then continue, xde la perut dia lapar sbb x puas minum susu.

As for Aulia, nasib baik la tokbabah ada. Dia memang extra ngade2 dgn tokbabah so banyak merengek dengan tokbabah. Bila dh penat sgt tok mama plak take over. Huhuhu.. kejap lagi nk gi klinik bawak 2 beradik ni. Adoii la.. mamanya pun dh agak2 weng, nampak bintang je bila jalan. Masa belajar dulu stay up 2 malam pun relax je ley beronggeng lagi esoknya, nampak sgt dh tua uhuk uhuk!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Down

Adoii la.. 2 beradik ni down with fever. Penat sgt oke! Baru 2 org anak tp me dh jadi zombie kampung pisang x cukup rehat sbb dedua cranky sepanjang masa uwaaa!! Nasib baik la skrg masih dok dgn tokmama & babah at least bila kakak Aulia wat perangai mengada2 bleh derang take over. Tapi baby Hana clingy la sket nk di dukung & peluk je sepanjang masa. Bila letak bg tido kejap je pastu mula la merengek. Cian Hana dengan demam + selsema + batuk, sgt kesian oke tgk baby terkokeh2 mcm org tua..

PIC012

Kalo kakaknya bleh gak la me suapkan ubat. Setakat ni panas badan Aulia pun dh surut sket cumanya super ngade2 la nk kan perhatian sbb adiknya mama dok kendong sepanjang masa. Sket2 nangis xde sebab, sket2 merebeh air mata.. nipis je sabar haku nih! Tapi sabarkan je la diri, budak2 x sedap badan.. xtau nk express rasa sakit dia tu so menangis je la kejenya. Kang dia demam dok meloko diam je mau me jugak yg risau x tentu hala kan?

PIC013

Letih sgt bila dedua demam serentak gini. Sekarang ni nasib baik la tokmama & babah ada nk pujuk2 tengokkan salah sorg masa me gi semayang ke, bilik air ke, nk makan ke, nk nap jap ke.. Kalo dh balik Kuantan kang? Uwaaaaaaaa!!!! Mampu ke me nk jaga anak ramai2 kalo baru 2 orang ni pun dh menggelabah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini me cuti..

.. tapi me tidak berada di rumah. Cuba teka, agak2 kt mana me sekarang?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Starbuck KLCC!!!! huhuhu.. sambil menunggu hubster habis meeting tengahari nanti. Adoii la.. susah betul melayan peel baby-paling-bongsu-sampai-bila2 ni.

Semalam hubster mc sbb masa bangun tido pagi tuh badan dia panas sgt.. me nk g keje pun risau. Hubs nih jenis sakit sket2 dia gagahkan diri gak g keje.. tp maybe sbb smlm dh x larat sgt so dia g klinik amik mc. Doc ckp kalo esok x baik gak kena amik darah sbb suspek DENGGI.. haishh, me yg dpt msg dr dia kt skolah ni pun dh x senang duduk dok memikir. Hubs jarang sakit tp bila skali sakit mmg teruk sgt..

Tengahari masa balik sekolah tgk hubs dh terkelepet.. sedihnya.. He had always been my pillar of strength so bila tgk dia dlm keadaan lemah x bermaya tuh rasa cam biarlah sakit tu pindah kt me je. Hubs cuma jamah x sampai sekeping roti cicah kuah sup then dh x lalu.. Badan hubs makin panas sgt, so me jelum2 kan la macam wat kt budak2 tuh nk bg kurang panas badan.. kurang lah sket panas badan dia petang tu.

Malamnya, panas balik. Hubs siap muntah2 bagai sbb perut kosong. Bertambah2 la me risau. Tido pun selimut litup dr kaki sampai kepala tp still mengerang. Banyak kali me suh hubs minum air banyak2.. ye la, bila dh minum air banyak senang sket body nk flush panas badan tu.. tp DEGILnya xmo.. Adoiyaii.. dlm kepala otak me nih nk je heret hubs bawak g spital. Biar doktor cucuk tambah air bergelen2 dlm badan tuh. Geram je.. sakit2 pun degil lagik xmo dengar cakap bini!

Masa hubs tgh x larat tuh me dh tanya.. "Jadi ke esok g KL?" hubs cuma geleng kepala. Me dh lega la sket. At least dia ley rest kt umah. Dr tengahari smlm sampai la ke pagi ni me x jamah makanan langsung sbb risaukan hubs. Everytime pegang je panas sgt badan dia.. me tido pun x lena. Kejap2 terjaga nk monitor panas badan dia.. Bila dh jadi mak budak, kita x leh lari dr rasa risau & concern sepanjang masa. Biarpun yg sakit tuh hubs yg dh tua bangka hehehe..

Bangun pagi nih me mmg dh niat xmo g keje arini, nk tgk cane condition hubs. Bukannya pe, risau kot2 de sakit pening ke masa me xde nanti.. watnya tumbang dlm umah xde sape tau ke.. but then masa mayang subuh tetiba tgk hubs dh siap2 pakai baju keje, tanya nk g mana then dia cakap "B nk g meeting KL.." adeh, temper je haku!!! Bila dh rasa kuat sket mula la.. then x pk panjang me pun cakap nk ikut. Hubs x bg tp turn me plak wat degil.. nk tinggalkan dia sorang2 kt umah pun me x sanggup, inikan plak nk bg dia drive sorang2 g KL? So.. that's why la di kala ini me end up bersiaran kt sini. X kisahlah kalo kena tunggu sampai petang pun.. yg penting me dekat dengan dia. Kalo pepe emergency me leh cepat sampai kt dia..

Cadangnya nk jalan2, shopping2 sementara de masa ni.. tp dengan terboyot2 membawak perut yg x besar mana ni rasa cam malas je. Kalo ley nk duduk je sampai terbenam bontot dalam kerusi hakhak!! Kepada kawan2 yg de area KLCC ni sila calling2 ye.. meh la teman mak buyung nih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

K.O

I'm home.. but at this moment I'm down with flu + cough + fever = shivering-lembik-longlai-mcm nk mati. My health issues become more critical by day. I'm weak & I'm so damn tired.. how I wish my loved one would notice that I'm weaker by day sigh.. People sees me as an independent woman.. I'm capable of doing anything from the moment the sun rise until the sun set. I can do everything on my own.. This evening my other half will be on his way to KL for a conference so there goes my 2 days without him.. lucky that he will be with me for the BSP appointment this Friday. Owh, and thanx to darling daughter who become more mengada2-mengamuk x kira masa, degil-keras kepala-x mo dengar cakap...

Please come home soon ok.. and instead of thinking that "She'll be ok..she'll survive" please change that thought to "She needs me.." coz I'm getting weaker and I'm so damn tired of feeling alone going through this pregnancy let alone life..

p/s; mode : emo yg teramat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah..

Demam Aulia dh betul2 kebah lepas hampir seminggu start Jumaat lepas dia kejap demam kejap baik.. aduhaii..me sampai kena amik mc 2 hari disebabkan x tido malam dok monitor panas badan dia. Bukan lah x tido langsung, tipu la tu kan.. cumanya tido yg x jerap. Kejap2 terjaga.. risau je hati bila temperature dia naik sampai 39.5.. kool fever tu sokmo terlekat kt kepala dia.. bukan takat kepala kdg2 tuh sampaikan kt belakang badan dia pun me tempek.

Dah la dengan me nih mabuk malam.. penat weh..penat. Dengan nk melayan anak wat perangai lagi, x cukup tido berjaga malam pastu bangun pagi mula la weng semacam je. Pastu lagik mau drive g keje sendiri la? Hah, mau ku sodok belakang treler kang!!

Pic-0017

Nasib baik la hubs ada nk pujuk segala tantrum dia bagai.. memang sume mende x kena la bila dia demam ni. Makan x nak even susu pun bercinta nk suh habiskan 4 oz..badan baru je naik sket dh susut balik..anak..anak.. Bila dia demam haruslah mama yg kena jadik monster everytime makan ubat kan? Kalo pujuk2 x de nye jalan..dia buat pandang ke lain. Kena la guna approach mendera huhuhu.. nk bg baik punya pasal kena la berkeras skett. Kalo x makan ubat bila tahunnya nk baik anak oii?!!

Pic-0018

Alhamdulillah, demam Aulia dh kebah. Dh mula la episod bertekak dengan mama, merajuk dengan papa, punggah satu rumah.. cam besa rumah dh riuh balik dengan mama bertempik macam pompuan giler pastu papa plak terkekeh2 gelak tgk reaksi anak dia yg makin kreatif mensaikokan mama..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sukan Sekolah

Semalam 15/02 sukan sekolah. Me in charge perbarisan so awal2 pagi lagi dh dtg nk siapkan budak2 seramai 60 orang. Sgt la letih dengan macam2 ragam derang.. itu la ini la. De je mende yg x kena.. Last2 dlm kol 7.30 pagi setel gak siapkan dak2 nih.

IMG0663A

IMG0661A

IMG0666A

Rugi plak semalam x bawak Aulia g sama. Dh siap dh segala barang2 dia tp bila pagi td tgk dia nyenyak sgt tido me tinggalkan je dia kt hubs. Kalo x mesti seronok sgt dia tgk org ramai..mesti lagi tergedik2 dia melompat2 & berlari2 kt tgh padang. Tapi nasib baik gak me x bawak dia sbb sukan kali ni abis lambat. Selalunya dlm kol 12 dh setel sume tp kali ni kol 1.30 masih ada acara. Me blah balik je x sanggup nk tunggu lama2..lgpun me nye tugas utk haritu dh setel. Letih sgt badan..balik2 umah tgk2 Aulia demam balik. Me risau la..ini kali ketiga Aulia demam balik utk bulan ni je. Dia demam pastu baik pastu demam balik..bila nk baik ni?? Tanya paed, tp dia cakap xde pepe. Aulia bukan demam 3 minggu berterusan cuma bila dia baik dia terjangkit balik dgn org lain yg demam. Adoyaii..makin letih badan bila Aulia demam, selsema & batuk sekaligus. Tengah2 malam terjaga 2-3 kali sbb hidung tersumbat then batuk kongkang2 sampaikan penat nk bernafas. Cepat la baik demam betul2 Aulia..mama risau sgt tgk x baik2 lagi sampai sekarang.

IMG0670A

Bila tokmama call then ckp Aulia demam, tokmama cakap "Dia x sesuai tu dok kt sana. Bagi dok dengan mama je la..kesian je dia asyik demam memanjang" adoii..makin sakit pale me nih. Mula la me nk temper x tentu hala. Biar la sesuai ke x sesuai ke..biar me&hubs jaga anak sendiri. Dh sampai masa me ngadap sume nih..sampai bila nk bg mama&abah jaga Aulia kan? Kang dh besar2 x pasal2 Aulia salahkan me sbb x jaga dia..banyak sgt la tekanan sekarang. Me letih..sgt2 letih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam lagi..

Kesian papa..hari ni papa lak berjangkit demam yg start dr me pastu jangkit kt Aulia huhu.. Selsema Aulia pun x bape nk baik lagi,batuk pun ada lagi sikit2..adeh..sedihnya hati nengokkan dedua orang chenta hatiku ini lemah je badan..cepat2 sembuh ye Aulia&papa!

page

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dear papa,

Yaya demam.. yaya nangis je dari pagi bawak ke malam. Mama pun xley tido malam dibuatnya. Yaya xmo kt sape2..kt tokmama memang xmo langsung, kt babah kadang2 nak kadang2 xnak..kt mama pun sama. Mama dh macam pompuan giler meroyan kekdahnya, selebet abis..g keje pun bawak kete melelong sebab x cukup tido risau badan yaya panas sgt. Mama dh bawak yaya g klinik tp masih x baik lagi. Tekak yaya bengkak sebab badan yaya panas sgt..papa balik la cepat..yaya rasa yaya demam rindu kt papa..yaya nak papa..isk..isk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS