Memula plan nak celebrate kt Double Tree Hilton tapi entah cane masa booking kt Agoda last minute xde la plak booking tu. Hissyyy.. baru je plan nak celebrate sempena umur cinta 33 tahun. Baru la simbolik sket huhuhu.. tapi dah xde rezki nak gi situ maka melencong ke sini la kami.
Saya book Lexis PD. Itupun rate dah nak dekat rm400 sebab last minit booking kat booking.com. Kalo awal bley la dapat rate murah sket. Ahad pagi tu saya ada sukan sekolah tapi kol 1 dah cabut balik. Esoknya Isnin 9hb, cinta amik cuti sebab awal2 lagi saya dah sound nak celebrate besday dia officially.
Balik sukan terus gerak gi PD. Sampai ngam2 time check-in kol 3pm. Masuk je bilik memang puas hati la sebab bilik besar dengan 2 queen bed. Anak2 plak bila nampak je bath tub sume dah menggeletis x sabar2 nak berendam.
Spacious room
Kali ni memang x jejak ke pantai langsung. Santai habis kat hotel. Petangnya jalan2 kat water chalet, bawak anak2 main kat playground then terus gi dinner. Kata nak celebrate besday papa kan? Bagi la papa relax bersantai enjoy the day..
Jalan-jalan petang hari
Proud papa of yasmeens
View from water chalet
At the playground
Esoknya lepas breakfast cam biasa la anak-anak akan tuntut nak gi pool. Dah jadi cam aktiviti rutin plak kalo gi hotel lepas breakfast je mesti nak berendam. Kalo x, mau hamukan berguling-guling huhuhu..
Kali ni papa dah x susah nak handle derang bertiga sebabnya Yaya ngan Hana dah ada water confident. Kalo dulu sume nak berkepit dengan papa je dalam air. Sekarang, biarkan je dalam floaties tu nanti pepandai la derang bawak diri. Papa just jaga Khayla je yang perasan macam budak besar. Bagi masuk kids pool x layan. Menjerit-jerit nak gi adults pool join the kakaks.
Si kenet ni mulut dah biru pun x nak keluar pool.. bila angkat bawak naik laju je dia patah balik nak terjun tiruk dalam air huhuhu..
Balik bilik derang sambung mandi kat bath tub. Lepas check-in terus gerak balik PJ. Maka habislah celebration besday papa untuk tahun ni. Alhamdulillah.. semoga kita anak-beranak terus di murahkan rezeki untuk jalan-jalan holiday cam sekarang. Happy birthday papa.. we love you so much!






0 say what?:
Post a Comment