RSS
Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Anak saya dh besar..

Semalam Aulia bawak balik something.. balik skolah cepat2 bukak beg then bagi plastik. Bila tengok..tadaaaa.. “Hepi Maders Day Mama..seprais!!” Alalala.. tetiba rasa nk menitik air mata. Walopun saya dok marah2 kt dia tp excited dia nk bg hadiah Mother’s Day kt saya. Dah nama pun mak dia kan?

224283_1656786830065_1548943722_31237523_4953113_n

Cikgu dia memang rajin buat donut la, cupcake la.. kiranya ni hasil tangan Aulia tolong cikgu buat la. Saya x harapkn pepe pun utk mother’s day kali ni sbb saya x terpikir lgsg anak2 saya dh besar, dh paham hari2 istimewa ni. Paling special dia buat kolaj kt kad tu sendiri.. anak saya dh besar.. tahun depan dh nk tadika.. haissyyy..

229014_1656786950068_1548943722_31237524_3313199_n

Thank you Yaya.. mama appreciate these soooo much!! Mama happy sangat. Kejap je Yaya dh besar, dh pandai raikan mama.

227341_1656787070071_1548943722_31237525_1372646_n

Saya masih ada hutang entry Mother’s day treat dr cinta hati.. weekend getaway yg sgt seronok. Nanti2 ada mood mengarang saya post eh. Mother’s Day tahun ini saya mama anak 3.. sangat seronok & sgt special utk saya sbb diraikan oleh suami & anak2 ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah Khayla

Alhamdulillah.. Yasmeen Khayla memang murah rezeki. Baru hari ni berkesempatan utk kumpulkan hadiah yg dia dapat. Cover la stok toiletries dia ngan kakak2 utk setahun huhuhu.. Thanx a lot kepada semua yg bagi hadiah sempena kelahiran Khayla.

IMAG0551

Hari ni 10/4/2011 genap baby Khayla 2 bulan.. Happy 2 months old Khayla!! Lots of hugs & kisses ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wishlist

Lagi 7 hari bakal habis tempoh berpantang saya.. yiiihaaa!! Pantang la sgt.. kali ni punya pantang saya x cara sgt sbb sibuk berperang dgn mek 2 beradik tu. Stress oke! Bley kata tetiap hari terpekik terlolong kt budak2 tu, ada je mende yg derang nak buat nk bagi mama mengamuk uhuk..uhuk.. Baby Khayla plak adalah sgt mencabar jiwa raga nak menjaga dia sbb bila time dia melalak xreti nk pujuk. Letak melalak, dukung pun melalak, tepuk2 pun melalak.. adoii la.. dh la saya ni bukan dlm ketagori penyabar. Bila dia melalak camtu tengok muka pun saya rasa nak lempang, boley? Nasib baik la ada tokmama yg amik alih kalo dh nampak saya cam nk naik hantu. Time dalam pantang ni setan senang je nk menangkan? Kadang tuh sampai meleleh air mata sebab tahan marah huhuhu.. xpernah saya rasa se’fail’ ini jadi seorang mama.

Sempena nak lepas pantang ni saya ada a few wishlist.. saya perlukan sgt ME time untuk diri sendiri. Sebulan lebih berperang dgn anak2 adalah sgt mencabar jiwa & emosi..

  • Hair Treatment

hair-treatment

Owh.. ini MUST-DO, dalam pantang ni rambut saya adalah mcm Kak Limah HKLBR. Sangat x terurus sbb asyik ikat je x nak bg masuk angin. Bukan x basuh rambut tp rambut saya jenis tebal nak tunggu kering adoyaii.. berkurun! Sbb tu sebaik je lepas pantang ni saya nk gi wat hair treatment then zasss.. potong pendek trus rambut ni. Puas hati. Xyah dah nak sibuk2 jaga rambut bagai..

  • Body Massage

Massage_7_traditional_batik

Dah berkurun saya nak massage badan kt spa tp x pergi2 gak. Selalu je saya gi hotel2 & tempat2 yg ada spa bagai tapi x sempat. Kalo gi hotel dgn cinta hati adalah rasa sgt x patut nak tinggalkan anak2 dgn dia then gi bersenang lenang di spa. Baik sgt kan saya? Muahaha.. x kira, lepas ni kena gi gak massage kt spa. Reward diri sendiri sempena lepas bersalin & habis pantang hehehe..

  • Slim Figure

thin2

Saya nak kurus!! Owh.. sape yg lepas beranak xmo kurus kan? Unless la orang tu memang stok metabolisme tinggi. Saya ni aduhaii.. bila BF ni plak asyik nak mengunyah je kejenya. Lapar memanjang. Alhamdulillah berat dr sebelum bersalin 67kg dh turun ke 56kg sekarang. Ok la, at least turun gak 11kg kan? Bangga tu weh!! Kalo dpt kurangkan sampai 50kg pun dh syukur sgt. Nak la jugak jadi hot mom anak 3 kan? Xmo la orang nampak nanti macam makcik2 anak berderet uwaaaaa…

Itu je la wishlist yg ada dlm kepala sekarang. Xtau la makin bertambah ke nak dekat lepas pantang nanti huhuhu.. yg pasti wishlist yg kt atas tu adalah kritikal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nyaman

Seorang lelaki bukan muhrim berada di rumah tika ini. Owh, jangan salah sangka. Datangnya dia dengan izin encik suami membawa tugasan memasang ini..

samsung_aircon

Ahhhh akhirnya.. nyaman yang amat. Terima kasih encik suami untuk hadiah melahirkan zuriat kedua awak ini ngeeee.. Lepas ni isteri berjanji x kan dengki lagi setiap kali awak outstation. KEJI!! X perlu sakit jiwa lagi membayangkan suami sedap tido beralaskan tilam empuk di hotel mewah diiringi hembusan penghawa dingin yang sepoi2 bahasa. Sedangkan isteri di rumah nak terlondeh kain, xmenang tangan menguruskan anak2 dengan rambut disanggul tinggi mcm nenek kebayan dek kepanasan terlampau huhuhu.. Sekali lagi.. THANK YOU SUAMI.. sayang awak hingga hujung nyawa.. mmmuuuuaaaahhhh!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ceria

Ini adalah hadiah anniversary dr parents me. Derang pun x tau dh nk bagi hadiah apa kt kami laki bini hakhak!! Baru 4 tahun kawen.. lom 40 tahun lagik. Yang penting my mom memang tersangat tau taste me kalo bab memilih bedsheet.. konfem nk yg kaler ceria gini..

PIC066

Me suka bila masuk bilik ceria je nampak, xde la serabut. Bila de cadar colourful camni me akan memanfaatkan masa yg optimum bergolek2 di atas katil. Ini adalah sgt bahaya sebab keadaan ini memungkinkan terjadinya production seorang lagi ini.. muahahahah!!

PIC026 

Oh tidak!! Uh.. sudah lari tajuk. Motif entry? Tunjuk cadar baru.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah untuk Aulia

Mama ngan papa dh x tau nak belikan apa untuk birthday Aulia. Kalo nk belikan mainan, dh berbakul2 toys dia kt rumah sampaikan mama akan jadi Hulk everytime dia punggah mainan dia kt ruang tamu. Sebut je apa jenis mainan, SEMUA dia ada.. adoii la. Mama dh kering idea nk belikan hadiah untuk Aulia, tapi bila tengokkan Aulia sekarang lebih minat kepada mainan & perangai jantan mama decide nk belikan ini..

kitchenset

Semoga nanti anak mama lebih 'girly' sket & pandai masak dh besar nanti.. x macam mama ekekekekek! Ini hadiah dari mama tau.. Papa lak decide nak bagi educational toys untuk Aulia, since dia jenis cepat belajar & cepat tangkap apa yg dia tengok. Papa lak hadiahkan Yaya ini..

clickstart-computer-box

.. cuma yg Yaya punya colour pink, GIRLY la sket kan?

clickstart pink

Cara mainnya camni..

leapfrog-clickstart-my-first-computer

.. jadinya, mama dh xley tengok TV sebab Yaya dh take over. Apa2 je lah anak.. asalkan bahagia. Mama & papa dh cuba bagi yg terbaik kt Aulia so that Aulia x kan rasa kekurangan dalam life. Lebih dari hadiah2 ni.. mama & papa x pernah lupa setiap hari panjatkan doa semoga Allah bg yg terbaik dalam hidup Aulia. Rasanya itulah hadiah terbaik dari mama & papa.. DOA IBUBAPA. Mama & papa sayang sgt Aulia!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

**Hati berbunga riang**

Harini Aulia ikut tokmama&babah gi Alor Star, ziarah cousin me baru bersalin anak 2nd gak. So, me ngan Hana kena tinggal berdua huhuhu.. tgh layan internet tetiba de motor horn kt pagar. Jenguk kt tingkap then nampak orang tu pegang ni..

IMG1108A 

Ada apa dalam nih ek? Bila bukak parcel tengok2 de ini.. SENYUM..

IMG1109A

Bila bukak kotak ni plak de ini..

IMG1110A

Terima kasih encik suami ;p Hadiah awal utk anniversary @ birthday x dapat dikenalpasti. Owh, anda harus tahu bahawasanya suami saya bukanlah seorang yg romantik, apa lagi nk buat seprais untuk hari2 istimewa kami. Tapi saya redha & bersyukur ditemukan dgn dia hehehe.. Bulan 12 banyak sgt event special.. 1/12-4th anniversary kami, 22/12-3rd birthday Aulia & 28/12-27th birthday saya. Hujung tahun adalah sgt special..

Selain dr 28hb, I doubt that encik suami remember other dates coz dia cuma amik cuti utk tarikh tu. Nak cari mampos lupa? Haruslah bini merajuk x hengat besday kan? Bila me tanya 22hb x cuti ke? Barulah nk apply.. huhuhu.. rasanya anniversary kali ni pun x celebrate sbb encik suami have to attend courses from 1st-3rd December. Sangat sedey oke.. tapi since me pun dlm pantang lagik bukannya ley kuar umah x tentu pasal. Mau kena hamput dgn my mom nanti ekekeekek..

Xpe.. sudah 4 tahun kawen, saya sudah faham peel encik suami. Xde guna merajuk sbb nanti in the end saya yg kena pujuk diri sendiri. Lebih menyakitkan hati sendiri hehehe.. Tapi lepas pantang harus saya tuntut encik suami utk spend quality time bercuti dengan anak2 kt PanPac KL.. x kira, kena bawak gak! Boleh encik suami?

Pepepun.. khas utk encik suami, thanx for this early gift. Awak telah berjaya membuatkan hati isteri berbunga riang.. saya sayang awak! ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Treatment..

Baby.. I really need these..

spa

Please let me have all these once the confinement period has end.. sayang belanja ek? *wink*wink*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah apa?

birthday-present

Sangat susah nk mencari hadiah untuk lelaki ni kan? Khasnya untuk hubs tercinta la.. kalo ditanya apa yg dia nak? Mula la yg bukan2 jawapannya, kalo x pun dia cuma jawab apa2 pun boleh.. huhuhu..abis cerita. Me dh x tau nk bagi apa lagi untuk birthday hubs tahun ni.. itu belum lagi masuk hadiah anniversary. Adeh.. kalo hubs nk bg hadiah kt me sgt2 la senang..bg bunga sekuntum pun me dh ley meleleh cair sbb terharu yg amat but knowing my hubs dia x kan bg mende2 gitu uwaaaaaa!!!!

Dh 2-3 bulan me pk nk bg apa kt hubs? Nk bg baju2, cap, belt, pants? Dah berlambak sgt.. itu pun ada yg dia x pakai langsung. Kalo nk puas hati beli mende2 gitu biar beli dengan dia, biar dia pilih sendiri. Kalo x kena dengan taste dia alamatnya hilang dalam simpanan la.. pastu bila tanya "Mana baju yg ny beli dulu?" nanti jawapan dia "Ntah..kan ny yg simpan..ny letak mana?" huhu..wat sakit hati je, kita tanya dia tanya kita balik.

Kalo setakat nk beli sekali dengan hubs boleh je.. tp dh 2 tahun me x bg surprise birthday present utk hubs. Cian hubs.. masa 1st yr me x keje lagi then the next year plak me kt maktab. Income yillek.. jadinya bila dh keje & dh de gaji sendiri ni teringin la jugak nk belikan something utk hubs. Nk tengok sendiri depan mata bila dia excited dapat birthday present macam budak2 hehehe..t

Tapinya sampai hari ni me masih tercari2 hadiah apa yg hubs akan selalu guna & x akan misplaced. Apa yg penting untuk hubs sampai dia x kan hilangkan mende tu? Mestilah something yg related dengan KEJE kan? So me bercadang nk bagi hadiah yg hubs bleh bawak ke sana ke mari & mende tu berguna untuk keje dia.. Hopefully kali ni hadiah yg me bg x kan end up dalam mana2 kotak atau almari ngeeee!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah pulang..

.. dari membeli-belah berdua dengan anak dara kenit itu. Owh, sgt heaven oke!! Me keluar kol 10.30am then sampai rumah jam 2.30pm. Dalam masa 4 jam shopping hanya di Megamall sbb me x terdaya nk melayan peel anak dara yg ngada2 tetiba nk suh dukung bagai.. me telah menghabiskan rm400 lebih. Averagenya me telah mengopakkan rm100 dalam masa sejam duit gaji suami tercinta uhuk2...ampun ye sayang.. tu la..lenkali jgn bg bini g shopping sorang2 gini..

Apa yg me beli? X banyak pun.. sekadar ini..

IMG0964A

Ini..

IMG0962A

dan ini untuk encik suami tercinta...

IMG0966A

err.. dan satu lagi pembelian yg sudah semestinya x kan di approve oleh encik suami tp me telah membelinya atas dasar ingin memudahkan urusan jalan2 dengan aman damainya. Hasil pembelian itu.. anak dara me pun dapat tido dengan nyenyaknya tanpa sebarang gangguan hehehe.. owh, lagi satu.. apa yg me beli x sampai separuh pun harga present utk hubster tercinta ye..hekhek. Me masih pandai berjimat ye sayang... ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah besday mama

Semalam masa g celebrate birthday mama kt Megamall terpikir plak nk bagi hadiah pe kt mama? Dh xde idea nk bagi pe..ntah cane tetiba termasuk lak Popular. So bila de dlm kedai buku nih macam2 buku la rasa nk beli kan hehehe.. Tanya la mama nk pepe x? Mama cakap suka 2 buku nih tp mahal sgt..sian kt mama teringin. So me ckp "kalo adik beli wat hadiah besday bley?" then mama kata ok. Alhamdulillah..setel la. Xyah nk pk beli mende pe utk mama since mama pun tersangat la ske buku yg dibeli tu.

senimengait

Variasi Seni Mengait

d839_1 

A-Z Jahit Sulam 2

Me plak bila selalunya kalo masuk kedai buku mesti cari English novel tp kali ni tersangkut lama plak kt section motivasi. Bila dok belek-belek buku2 yg ada, satu buku ni berjaya menarik perhatian me utk beli. Sedangkan selama ni x pernahnya me nk masuk section tu. Bila terkenangkan life me yg agak x ketahuan punca sekarang and keadaan me yg boleh kata depressed so I'm thinking of giving myself a present..

IMG0696A

Jangan Bersedih Jadilah Wanita yg Paling Bahagia

X pasal-pasal plak dari nk beli hadiah untuk mama dh terbeli buku untuk diri sendiri huhuhu.. hopefully termotivate la jugak diri ini lepas baca buku ni.. La Tahzan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS