RSS

Hari ketiga di JB..apa nak buat?

Hari ni hari kedua kami anak-beranak dok kat hotel. Boring? Jangan cakap la.. nasib baik la dalam bilik pun ada wifi so the kakaks occupied sket dapat layan kartun kt youtube. Itu pun lama mana la sgt attention span derang. Bukan cam adult yang bley ngadap laptop berjam2. Bila boring dah maximum level mula la sume nak melasak berkubang atas katil.. lantak korang la, asalkan bahagia. Ada je tempat nak berjalan.. Jusco kat sebelah hotel je tapi kalo cinta ada pun dah berlari2 semput mengejar budak2 ni, saya nak carik pasal gi bawak derang bertiga sorang2? Dengan terboyot-boyot sarat nak bawak perut pun penat. Hah.. mau bebi baru ni kang tempat beranak dia Jusco Permas Jaya hahahahaha!

420815_3482943522841_1308399617_n

1st nite kt sini hari tu papa layankan peel anak2 bawak gi funfair. Happy sangat si Yaya sebab memang dah lama sgt dia mintak nak gi naik segala menatang tu cuma x berkesempatan nak bawak. Nasib badan la kan sebab adik2nya stok tido awal.. kol 8.30 malam sume dah menguap luas sedangkan masa tu la funfair baru nak warm up huhuhu..

Photo-0004

Naik pun x banyak.. buat syarat je bagi Yaya excited sket. memula naik Spinning Cup.. itu pun Hana dah melalak2 takut. Adoii la Hana.. harap ke badan je bulat tapi penakut! Lepas tu naik Train Ride plak.. yang ni ok la sebab Hana memang suka chuggington. Khayla masa ni dah mengantuk so dia x banyak bunyi. Mana yang orang angkut gi dia ikut je..

Photo-0020

Saya paling suka gambar ni sebab nampak sgt happy faces anak beranak bertiga ni.

Photo-0014

Ni plak Khayla dah lalok.. masuk kete je trus tido. X sempat nak mintak susu bagai. Memang ngantuk sangat2 sedangkan masa balik tu baru kol 10 malam. Last skali naik Horse Ride ni plak. Hana jangan harap la nak naik kan? Khayla plak bawah 2 tahun naik free so dia ngan Yaya je la naik. Itupun kena pegang kuat sebab dia dah ngantuk sesangat. Puas hati la derang dapat spend time ngan papa gi funfair ni..

Photo-0035

2nd day sume dah mati akal dalam bilik. Mati la nak menunggu ke hari Sabtu. Kalo saya sorang haruslah saya bantai tido je. Alang2 dapat rehat sebelum nak ada baby baru ni tapi sebab derang bertiga ni nak melasak tu yang kesian. Terperap je dalam bilik. Saya memang dah x larat nak bawak gi mana2 pastu papa plak gi kol 7 pagi kol 5 petang kang baru nampak muka. Kalo camni gayanya lepas ni dah x ley ikut kot. X berkembang otak budak2 ni kang asyik terperuk je kejenya. Bukan setakat anak, maknya pun mati kutu. Kita tunggu je la papa balik masa weekend kat rumah. Cepat la masa berlalu.. dah x larat sangat nak melayan macam2 ragam budak2 ni. Hari ni baru hari ketiga.. apa kita nak buat hari ni anak2?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perancangan yang di rancang…

Semalam 13/09 saya dah start cuti awal 2 minggu.. saje amik cuti awal sebab dah x larat sgt asyik rasa contraction je. Kononnya nak rest la kan tapi rasanya x dapek la kot. Sekarang saya ada kt Klana Resort, Seremban ikut cinta keje kat sini then malam ni nak gerak balik Batu Pahat sebab adik ipar akad nikah malam ni then esoknya kenduri kawen. Saya dah cukup 36 minggu hari ni so dapat bayangkan x betapa rasa nak patahnya pinggang saya bila dok dalam kete travel jauh2.. orang yang x merasa x paham la kot. Mentang2 saya gagah bertahan boleh buat itu ini lagi sume orang assume saya xde pepe la sedangkan Allah saja yg tau cane perut saya rasa nak terburai bila berjalan jauh sikit, pinggang ni macam nak patah dua bila duduk lama2. Nak tunggu saya terbaring kat katil hospital dulu baru nak ada rasa simpati kot. Saya terpaksa aktifkan diri pun sebab anak2, kalo bukan saya yang uruskan derang dah xde sape lagi. Maybe nak kena cop kat dahi “Please remember, I’m heavily pregnant..” baru orang keliling nak amik tau sket. Saya x harapkan simpati sebab selama ni segalanya saya yang uruskan sendiri, jauh sekali nak mengada-ngada tapi tolong sensitif sket dengan keadaan & perasaan saya.

304310_3469546947935_1700618490_n

Kadang2 kalo hati ni dah rasa marah sgt saya doa biarlah saya turun darah bleh serah diri kat hospital biar beranak terus tapi Allah x makbulkan doa saya. DIA lagi tau apa yang terbaik untuk saya. Cepat2 istighfar, mintak ampun sbb doa yang bukan2 ikut rasa amarah tu. Allah je la yang Maha Mengetahui perang emosi dalam diri saya ni. Semoga Allah berikan kesabaran yang tinggi untuk saya menghadap segalanya ni. Nasib baik la tokmama & babah sanggup datang dari jauh nak spend time menjenguk cucu2 yang tengah melasak ni. Kurang sket beban fizikal nak melayan budak2 ni. Sungguh saya rasa terlalu lambat masa nak berlalu dari minggu ke minggu.. bila la nak beranak ni?

527361_3469549507999_36232748_n

Lepas kenduri SIL, insyaAllah nak gerak ikut cinta ke JB. Stay seminggu kat sana. Kalo ikutkan hati saya lagi rela duduk rumah je dari nak travel jauh2 yang sah2 buatkan saya sakit satu badan. Tapi mengenangkan anak2 yang nak dekat dengan papanya, kebetulan plak saya dah x keje.. relakan je la. InsyaAllah end of September schedule ceasar. Cepat la masa berlalu.. saya dah x larat sangat both physical & mental. Being strong needs a lot of effort and it’s not easy especially when you feel that someone who is supposed to be the one for you cannot be your shoulder to cry on..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeaa.. papa balik!

Dah banyak hari Yaya ngan Hana tanya soklan sama berkali2 “Bila papa nak balik?” Mama punya hangin jangan cakap la.. dah la dengan sakit yang on-off, mana nak menjawab soklan yang di ulang berkali2. Temper je mama ni.. kerja papa yang baru ni hari Sabtu pun keje so x berani nak janji ngan anak2. Buatnya mama konfiden je cakap nanti papa balik, sekali papa kena keje mau frust anak2 menunggu. Ye la, selalunya paling lama papa outstation pun dalam 2 hari, ni dah dekat seminggu. Bila papa sms ckp tengahari Sabtu dh on the way gerak dari JB, rasa cam x caye pun ada. Siap tanya balik kt papa “Betul ke nak balik?” huhuhu.. macam la balik dr oversea. Berbunga je hati menanti kepulangan cinta..

582821_493498464011741_510529243_n

Saya masih dalam mode syahdu. Kadang2 OK, kadang tu KO. Memang emosi di hujung pregnancy ni mempengaruhi betul. Saya tengok baju cinta yang bersidai kat tingkat atas pun saya dah nangis, tengok toilet yang dia selalu guna pun air mata saya dah meleleh, tengok sejadah yang dia selalu guna pun merebeh.. adoii la.. kritikal betul. Sampaikan kadang2 saya terbayang dia selisih dengan saya sambil tersengih notty mcm selalu. Memang la syaitan betul pengaruhi emosi.  Series kali ni rindu saya kt cinta tersangat la mempengaruhi emosi.. sampaikan baju cinta pun saya x basuh sebab nak ada bau dia kt sebelah saya setiap malam sebelum saya tido huhuhu..

553834_347297798689182_638817224_n

Kali ni memang saya x mampu nak kuat.. depan anak2 pun saya menangis. X macam selalu saya nak nangis pun sorok2 dari anak tapi kali ni tersedu2 saya depan anak2. Sampaikan Hana tanya “Kenapa mama nangis? Mama sakit perut? Mama berak keras cam Hana ke? Xpe.. nanti kita ajak papa gi doktor eh..” hahahaha.. Khayla yang cikenet tu pun pandai memujuk. Nampak air mata saya meleleh, boleh datang usap pipi mama pastu tanya “Uwat? uwat?” **sapa buat?** Yaya je memang mengikut perangai papa dia sebijik, x reti memujuk. Nampak mama menangis pun dia buat x tau je tengok tv.

557464_3450061340807_536864228_n

Bila sampai je cinta kat depan rumah, anak2 dah menjerit2 cam histeria! Papa masuk dalam rumah je semua dah kerumun papa.. leganya hati saya bila cinta dah ada di depan mata saya. Rasa macam x percaya pun ada.. ini baru seminggu berpisah. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan untuk hidup berjauhan dengan cinta. Bila dah dengan anak2 haruslah mama mengalah.. dari balik sampai la ke tengah malam anak2 konker papa huhuhu.. Xde can mama nak lepas rindu. Masa nak tido pun Hana suh papa tido dengan dia. Relakan je la.. Lepas Asar hari ni papa bertolak balik JB. Aduhaii.. berpisah lagi. Tabah lah hati.. insyaAllah minggu depan bersama lagi. Kuat2 ye hati.. demi diri sendiri, demi anak2 Smile

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa bersedih?

2-3 hari ni emosi saya sgt2 x stabil even status saya kt FB pun sedey2 je.. nak bercerita pun x tau dari mana nak mula. Baru nak taip entry ni pun air mata dah berjejeh.. sungguh saya emotional tahap kritikal sekarang. Apa puncanya saya kememeh sampai tahap camni?

Alhamdulillah.. rezeki baby, cinta dapat keje baru. Bertambah lah rezeki kami sekeluarga. Bulan lepas cinta gtau this month start. Kalo ikut apa yg saya faham dari apa yg cinta bagitau for the 1st 6 months, dia akan based kt KLCC utk commisioning then baru kena keje offshore rotate 2 minggu.. now & then dia akan kena gi yard. Ok la.. sempat la baby baru ni nak besar kenal papa dia. Lagi pun masa yang ada tu boleh train saya ngan anak2 untuk hidup berjauhan dengan cinta. Bila dah berkahwin dengan orang yg nature kejenya mcm cinta saya dah cuba faham possibilities untuk kena tinggal. Setakat di tinggal2 kan sbb outstation & offshore tu dah jadi rutin. Tapi x tau la kt mana misscommunicationnya, Isnin lepas masa cinta report duty khabar yg di dengar totally different. Cinta will be based in Pasir Gudang & akan pergi ESOK! There goes our normal husband&wife life.. starting tomorrow we will be weekend couple. Xde seminggu, xde sebulan untuk saya prepare emosi & mental.

Maka hari Isnin malam tu dah terbayang life yang saya akan hadap sorang2. Kalo preggy mom lain di hujung2 kehamilan ni nak suami sentiasa ada di sisi.. saya? Dah la kerap sgt contraction & de possibilities utk preterm labor, cinta plak jauh nun di selatan. Senang2 je airmata saya meleleh x kira masa.. dengan badan yang x larat, emosi yang x stabil segalanya rasa cam x adil untuk saya. Series emosi saya pada cinta masa tu bercampur.. tapi lebih kepada marahkan dia sbb terima job tu! Keputusan dia la punca segala apa yang kami dh ada ni jadi kacau bilau. Kalo ikutkan sekarang, life kami semuanya dalam aturan yang baik. Sekarang dok sama2 satu family, dia keje 9 to5, hari2 balik rumah, sama2 besarkan anak2 depan mata, dalam proses beli rumah, tahun depan Aulia dah start skolah.. semuanya well-planned. Tup2 dengan decision dia.. segalanya jadi tunggang terbalik! And to make it worst, it all happened masa saya tgh sarat & terlalu perlukan emotional support!

Tapi bila di fikir2kan balik segalanya Allah dah tetapkan.. Allah dah tentukan. Typical saying of “kita hanya merancang.. Allah yang tentukan". Ini salah satu cara Allah nak uji rumahtangga kami, kesabaran kami dengan hidup berjauhan. Orang lain pun ada kena tinggal dengan suami sampai 2-3 bulan, jauh sampai ke luar negara lagi. Apa sangat la saya yang kena tinggal dgn suami setakat kerja kt selatan je. Weekend pun bley balik jumpa.

I’m in my weakest emotional state right now.. dengan badan yang lemah x bermaya di hujung2 pregnancy ni, dengan contraction yang kerap datang menjengah, dengan nak menguruskan 3 lagi budak kecik yang baru nak membesar.. segalanya buatkan emosi saya terlalu sensitif. Semuanya terlalu drastik.. sikitpun saya x bersedia. Semalam saya ada hidup yang normal, bangun pagi cinta ada di sisi, bila saya lelah x berdaya dia ada untuk uruskan anak2, bila saya marah2 dia ada untuk pujuk saya, bila saya sakit dia ada untuk tenangkan saya.. HARI NI? Segalanya saya perlu gagahkan diri buat sendiri.. entah bila agaknya saya akan dapat balik normal life kami? Mohon Allah bagi saya segala kekuatan untuk berjauhan dengan cinta, untuk besarkan anak2 tanpa bantuan, untuk bersabar dengan segala ujian yang bakal mendatang.. mungkin yang pertama ni kekuatan untuk melawan kesedihan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujung-hujung

Xde la hujung sangat kan? Baru nak mencecah 35 minggu tapi saya rasa macam apsal la terlalu lambat sgt masa nak bergerak dari minggu ke minggu? Kadang2 tu nak je mintak biar la cepat2 beranak sebab x berdaya nak membawak perut dh. Berjalan pun dah termengah2 Last week baby dalam perut dh start buat perangai.. contraction kerap sampaikan mama kena tadah bontot amik dexa jab. Orang yg dh rasa tau la betapa tebalnya jab tu sampaikan rasa cam nak rebeh bontot sementara ubat pekat tu nak berjalan. Adoii la.. sibbaik x admitted. Masa2 ni la rasa sumpah lepas ni aku dah xnak beranak!

303662_3422447610481_1922957243_n

Maybe faktor anak2 yg sedia ada ni berderet dah tu rapat2 plak jaraknya buatkan saya rasa x mampu. Appointment last week gynae dah bagi surat approve saya cuti 2 minggu awal dari tarikh schedule caesar tapinya nak menunggu ke hari cuti tu pun saya dah rasa semput. Memang saya ni jenis lembik ke x tau la.. orang lain tunggu sampai 40 minggu relax je. Saya ni yg dah sah2 ada tarikh nak beranak pun lembik x bermaya di tambah dengan emosi yang x menentu buatkan saya makin xde semangat.

Lagi 3 minggu nak mencecah tempoh matang nak beranak.. aduhaii, cepat la masa berlalu. Saya dah x mampu nak menahan rasa.. Saya doa banyak sgt biarlah saya kuat hadapi segala dugaan. InsyaAllah, ada hikmah yang Allah dah tetapkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS