Lagi 5 hari..
Cinonet dengan peel ‘comey’
Hari ini cinonet sorang ni baru berusia 12 hari.. dia sudah tunjuk peel ‘comel’nya Lepas discharge jaundice aritu Zulfa dah start on-off direct feeding, kejap mau kejap x mau ikut sedap tekak dia je tapi semalam makin kritikal.. aduhaii, sedihnya hati mama sebab kali ni susu agak meriah. Sangat rugi rasanya kalo baby x direct bf. The kakaks dulu pun kena tahan wad gak tapi bila balik elok je bf tapi Zulfa ni nak latch pun dia main2, muncung2 mulut dia mcm hisap putting botol. Bila dah lama sangat x dapat gak susu mula start mengaruk.. eh2 dah ko latch pun x betul celah mana nak dapat susunya! Hangin je mama tahan sabar.. nak di marah, baby umur 12 hari. Sudahnya stress sendiri huhuhu..
Saya masih belum putus asa.. tetap sumbat gak Zulfa ngan nenen bila sampai masa feeding. X bley tunggu dia lapar baru bagi kang lagi kuat dia mengaruk.. masa dia mamai tu bagi tapi dari 5 kali try tu de la dalam 2 kali berjaya dia minum direct. Itu pun x sampai 10 minit pastu dia start melalak x puas menyusu uwaaaaaa.. mama yang stress tau! Mungkinkah kali ni mama bakal jadi EP mom? X kisah la kan.. yang pentingnya sekarang saya nak bagi baby dapat khasiat susu ibu. Kalo dah Allah kata kali ni baby cuma akan nikmati susu mama thru bottle.. redha la. Stress2 sgt kang jejas production susu plak.. tapi buat masa sekarang saya x kan putus asa bagi baby direct feeding. Alang2 tengah berpantang dok umah dengan baby, usaha la selagi termampu. Hopefully this will just be a phase.. please move on baby Zulfa.
Lain anak lain peelnya kan? Biar pun keluar dari perut yang sama.. alahaii anak. Mama doakan Zulfa nak direct feeding dengan mama. Dah la nak nenen pun memilih, nak sebelah kanan je.. kalo sua yg sebelah lagi kuat dia meraung huhuhu.. Mama kena disiplinkan diri untuk pam every 3 hours nak make sure production susu x terjejas. Semoga mama di beri kesabaran yang tinggi untuk terus mencuba. Semoga mama kuat2 semangat nak bf kan Zulfa selama yang termampu biarpun di takdirkan jadi EP mom. Kuat-kuat semangat untuk terus berikan yang terbaik untuk anak2 ye mama!
Yasmeens & Jaundice
Tak dapat di pisahkan hakhak! Dari Aulia sampai la ke Zulfa, lepas discharge dr spital je 2-3 hari lepas tu mesti admitted balik due to jaundice. Cuma Khayla je selamat x kena dok bawah lampu sebab jaundice dia border line.. Sebab utama mama darah O, derang 4 beradik ikut darah papa B+ boley? Mama yang penat2 beranak kena belah perut bagai tapi sume nak ikut darah papa eh? Untung papa tau.. kalo pepe jadi kt papa senang anak2 sume sama kategori darah huhuhu..
Masa Aulia dulu memang sedih giler bila dia admitted jaundice.. asyik nangis je bila tengok dia dok bawah lampu tambah lagi kalo kena amik darah. Tu cara dok spital swasta.. kalo dok spital gomen mau meroyan la. Anak 1st kot, rasa syahdu tu lebey sket huhuhu.. masa tu dok kt Kerteh, beranak kt Kuantan so bila Aulia admitted dengan mama skali la masuk wad sbb nak breastfeed dia. Masa Hana plak dah dok Kuantan so berulang-alik hantar susu kat KSH je.
Masa Khayla puas tokmama ngan babah sibuk mencari remedy nak turunkan kuning, segala susu kambing, jus anggur hijau dia kena telan hakhak! Alhamdulillah Khayla x kena jemur bawah lampu biru.. mild jaundice. Kali ni Zulfa, dari hari discharge dah nampak kuningnya tapi ingatkan bila dh bf ok la tapi hari ke-6 bawak jumpa paed suh amik darah tengok2 reading dah sampai 270.. memang sah2 la kena tahan kan? Kali ni mama redha je la.. bila kat spital kita tau baby tu in good hands kan? Doc & nurses tau apa nak buat kalo de pepe emergency. Saya cuma hantar stok EBM 2x sehari.. Alhamdulillah esoknya turun 250, hari ketiga turun 215 paed bagi discharge. Berkat susu mama kuning baby Zulfa pun cepat turun kot..
Semalam bawak Zulfa gi follow up kat paed. Alhamdulillah semua ok.. paed cakap still nampak lagi kuning tapi considered as mild jaundice. Continue bf je.. so sekarang dah x yah risau2 lagi. Yasmeens sume dah free from jaundice. Mama doakan anak-anak mama sihat sentiasa ye. Hugs & kisses untuk anak-anak mama.
4th Caesarean.. hari selepas
Lepas selesai dalam OT, masa dok kat luar utk recovery tu gynae ada cakap “Dik.. kali ni lagi sakit dr previous caeser tau. Tahan sikit yer.. U dah 4 kali operate, parut pun dah makin nipis. Masa I bukak tadi dah nampak rambut baby pun. Contraction kuat yang U rasa tu sebab cord dah terbelit kat leher baby. U memang nasib baik la. Kalo pecah scar U tu I x dapat nak imagine. Dah la.. lepas ni xyah beranak. Too risky for U. After 6 hours hilang kebas then kalo sakit U request pain killer ok.. banyakkan rehat.” Saya anggukkan je la dalam lalok.. sedar x sedar je apa yang gynae tengah bebelkan hehehe..
Kali ni punya recovery memang lambat sangat. Malam 1st tu rahim nak mengecut, perghhh.. hazabnya Allah je yang tau! Rengat je rasa, serba x kena. Kol 8++ pm cinta bawak anak2 datang tengok baby baru. Excited sgt derang tapi xley nak tengok sebab baby dok dalam warmer lagi sebab dia terlalu sejuk pucat. Menangis Yaya x dapat tengok baby, sampai la papa gi amik gambar baby kat nursery baru dia puas hati huhuhu.. Cinta pun xdok lama2 sebab saya dah sakit sgt so lepas derang balik saya request pain killer then trus zzzzz… dalam kol 4 pagi terjaga dah start sakit. Mintak pain killer jab lagi kat nurse tapi every 6 hours baru ley amik uhuk..uhuk.. Bley bayangkan x kalo tangan terhiris sket pun dh pedih gila, inikan plak perut kena belah uiiii.. bisa x terkata hazabnya!
Cinta x dapat teman saya malam 1st tu sebab anak2 xde sape nak jaga. Esoknya baru tokmama ngan babah sampai so malam kedua baru cinta bley teman saya. Sakit2 pun bila cinta ada senang sket hati.. pepehal bley mengadu. 2nd day ni perut saya bloated giler.. kalo tepuk dah macam gendang bunyinya. Satu mende saya belajar lepas operate kali ni.. kentut tersangatlah penting! Sekali dapat keluarkan angin rasa lega sangat2. Bayangkan dengan perit bisa operate, perut kembung.. x tertanggung rasa. Lambatnya masa nak berlalu dari sehari ke sehari..
Hari ketiga, cinta amik MC sebab saya dah ley discharge. Nama baby pun xde lagi so pagi tu sebelum discharge bermula la misi mencari nama. Memang ad-hoc sebab hari tu jugak cinta nak gi daftar kat JPN. Sampai la cinta dapat nama yang kami dedua setuju.. pangkal nama Yasmeen tu memang wajib la, nama Zulfa tu yang unik & special Petang tu lepas sampai rumah, cinta gerak ke JPN Shah Alam nak buat surat beranak baby baru plak. Malam tu cinta gerak balik JB.. suami xde di sisi masa berpantang aduhaii.. mula la bergelora emosi saya time dalam pantang ni. Nasib baik la mama ngan abah ada meneman nak melayan mek2 bertiga tu..
Sakit kali ni memang lama.. sampaikan saya rasa saya dah xkan sembuh dah lepas ni. Rasa berdenyut-denyut bekas operate tu sampaikan nak duduk baring serba x kena. Alhamdulillah.. hari ni baby Zulfa dah seminggu, saya rasa makin sihat. Sakitnya lepas 4 kali caeser ni memang berganda.. x tau camne nak cerita. Nasib baik la dah berlalu sakit2 semua ni.. kali ni kena berpantang betul2 sebab dah last kan





