RSS
Showing posts with label zulfa. Show all posts
Showing posts with label zulfa. Show all posts

Hujung minggu ini

Papa xde naik laut uwaaaaaa!!! Alahaii bosannya terperap kat umah dengan mek2 ni. Orang lain sibuk beraya sana sini, attend open house.. laki meks dok tengah laut plak huhuhu.. Budak2 ni plak dah 2 minggu asyik dok kat kampung dari Kedah ke Johor pastu ramai plak melayan, bila balik umah kena wat hal sendiri2 dah semua mati kutu ahahaha!!

IMG_20130817_073726

Bangun pagi semua mengadap tablet.. sorang amik iPad, sorang amik Tab, sorang amik iPhone. Eh, abis mama nak guna apa? Mengadap laptop je la jawabnya ahahahah!! Boleh je nak guna kuasa veto amik je semua gajet yang ada tapi alang2 diorang boleh dok senyap at least utk sejam pertama pun cukup la. Bagi aman sket hidup mama untuk sejam tu pun jadi la..

041a1ed3-f522-4490-a88a-c09e2f202ed5

Baby Zulfa pun dah sihat. Melawat kawasan je kejenya huhuhu.. Xde dah demam2 bagai. Bila sampai umah bukan main dia melasak, panjat merata. Adoiyaii.. awak tu dah la kenit je. Kang tertonggeng penyek lagi idung tu.

Esok dah skolah. Sakit jiwa la mama nak tuning balik rutin pagi mek2 ni huhuhu.. memang bergegar balik la satu taman dengar suara petir mama di pagi hari. Kuping chicken pox masih lom luruh sepenuhnya, rasanya taska pun mesti reject Zulfa esok. Ada potensi mama kena sambung cuti khas untuk jaga anak sakit. Papa… balik la cepat!!! Mama dah sangap dok umah ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beraya di Hospital Pantai

Raya kedua x ke mana sebab bagi can papa rehat sebab malamnya nak drive Sp-Bp. Lagi pun nak bagi peluang mek2 ni main dengan sepupu diorang. Dah la jarang jumpa. Raya cam ni je la ada peluang nak main lama sket. Zulfa dah start demam dari raya pertama lagi. Just bagi pcm yg memang sentiasa bawak tapi dah petang pun demam x kebah. Asyik merengek je.. so gi klinik biasa, Cari paed semua tutup. Ye la.. baru raya kedua kot.

1001573_4940479400327_2113130714_n

Balik klinik dalam kol 5.30 trus bagi ubat then Zulfa tido je. Masa nak bagi 2nd dose ubat dalam kol 9.30 malam tu cam biasa la dia menggelupur melalak sampai muntah2. Tetiba mulut biru pastu kaki tangan semua biru! Oihh.. xley jadi ni. Terus gerak cinta yang masa tu tgh tido. Dia pun terpinga2. Shoot ke A&E Pantai. Cuak giler sebab masa tu Zulfa biru satu badan pastu lembik.

14491_4947786583002_2078651440_n

Masa kat A&E asyik menangis je sebab Zulfa dah pandai xmo kat orang yg dia x kenal. Sepanjang malam dengar dia melalak bila doc&nurses tengah ‘proses’ dia. Dari wat heartbeat, blood test bagai sampai la kemuncak masa masuk drip sebab baby Zulfa dah dehydrated sgt. Kesian tengok dia lembik keletihan bila dah puas melawan huhuhu.. Dekat kol 12 tgh malam gak baru setel masuk ward sume.

1157460_4947890265594_258878400_n 

Dari raya kedua malam sampai petang raya kelima baru leh discharge. Zulfa sampaikan kenal muka paed ngan nurses. Pantang ada nurse masuk bilik walopun utk amik temperature reading je pun dia dah melalak nak keluar anak tekak! Itu belum lagi masa bagi ubat, flush drip everytime nk bagi antibiotik, ngan wat sponging. Temperature Zulfa cuma turun lepas dlm 10 minit bagi pcm pastu shoot border 37-39 balik. Haiih.. memang xde harapan la nak kluar spital awal sebab paed memang nak monitor demam dia tinggi sgt.

1170850_4950728656552_1349955564_n

Sedih hati saya everytime Zulfa menjerit “nanak” atau “atit” bila nurse masuk bilik. Masa2 x sihat ni memang dia xnak sape2 la selain mama kan? Dengan papa pun ikut mood. Kalo rasa nak.. leh la papa take over jap sementara mama nak mandi ke, semayang ke.. kalo dah dia xnak memang dia meraung. Jaga anak sakit memang mencabar kesabaran jiwa raga. Dah la mama pun penat kejap2 terjaga tengah malam bila Zulfa merengek.. maybe gatal chicken pox tu baru nak naik abis. Lom campur dengan sangapnya dok dalam wad tu. Adoiyaii.. orang lain beraya umah sedara mara, kami beraya dalam spital. Xpe la.. dugaan Syawal.

557968_4950895860732_1615242165_n

Zulfa pun pandai boring bila dah lama sgt dok dalam wad x leh nak melasak, inikan pulak mama. Asyik mengadap tv 24 jam huhuhu.. Alhamdulillah tengahari raya kelima dah leh setel2 discharge semua. Paed cakap Zulfa biru tu maybe sebab muntah tersekat masa dia makan ubat tu then heartbeat rate dia sampai 200++ sebab chicken pox tu sama contribute. Alhamdulillah yang penting Zulfa dah discharge dari spital. Merasa la tahun ni mama & papa beraya kat spital. Semoga anak2 mama semua diberikan kesihatan berpanjangan.

999097_4955435494220_938367195_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday blues..

Hari ni agak ting tong.. nasib baik la ada Panitia Maths semua budak wat aktiviti kat dewan. Ngantuk wes!! Bape kali tersengguk2 sampaikan anak murid datang kt cikgu gerak.. “Teacher May.. done.. finish already” huahuahua.. Mau JPN datang wat seprais visit, confirm terbelalak bijik mata jatuh kutip balik ahahahahah!!

403097_4333036094624_333749178_n

Hari ni gi skolah dengan mata cam panda sbb malam tadi si tonet punya hal. Menjerit nak susu kol 3 pagi.. xpe la ok lagi, bleh plak lepas tu meneran berak.. hoiih 3 pagi koootttt!! Lepas cuci, salinkan pampers eh segar bugar plak mata dia! Dok wewewe atas katil, panjat sana sini.. mama nak bantai tido kang ada plak jatuh tergolek. Si tonet ni advance sangat la.. sekarang ni bukan setakat merayap, semua dia nak panjat berdiri. Ewaahh ko dik.. x sabar sgt nak besar eh? Sofa memang tetiap hari la dia bergantung nak berdiri, kotak mainan kakak.. dinding pun dia panjat weii!! Paling risau kakak kenit Khayla tengah berdiri pun dia selamba bergantung nak panjat. Kalo time mood kakak kenit tu okay xpe la dia tunggu je tapi kalo mood x baik memang dia tolak je baby sudahnya terlentang! Hoiiihh..

426495_4309961077763_1369925618_n

Dekat kol 4.30 pagi baru dia nak tido balik.. itu pun jenuh nak bertepuk berdodoi sakan. Masa papa ko ada xde plak ko nak wat peel gitu kan? Saje suka nak mendera mama kan? Makanya hari ni di isytiharkan hari yang paling mengantuk & x produktif.. ***yawwnnn***

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: 25 days

185187_3584238535153_1732619740_n

564818_3584236695107_513906571_n

578588_3584243575279_504711401_n

525945_3584247175369_126664626_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4th Caesarean.. hari selepas

Lepas selesai dalam OT, masa dok kat luar utk recovery tu gynae ada cakap “Dik.. kali ni lagi sakit dr previous caeser tau. Tahan sikit yer.. U dah 4 kali operate, parut pun dah makin nipis. Masa I bukak tadi dah nampak rambut baby pun. Contraction kuat yang U rasa tu sebab cord dah terbelit kat leher baby. U memang nasib baik la. Kalo pecah scar U tu I x dapat nak imagine. Dah la.. lepas ni xyah beranak. Too risky for U. After 6 hours hilang kebas then kalo sakit U request pain killer ok.. banyakkan rehat.” Saya anggukkan je la dalam lalok.. sedar x sedar je apa yang gynae tengah bebelkan hehehe..

30776_3496762748313_1893673225_n

Kali ni punya recovery memang lambat sangat. Malam 1st tu rahim nak mengecut, perghhh.. hazabnya Allah je yang tau! Rengat je rasa, serba x kena. Kol 8++ pm cinta bawak anak2 datang tengok baby baru. Excited sgt derang tapi xley nak tengok sebab baby dok dalam warmer lagi sebab dia terlalu sejuk pucat. Menangis Yaya x dapat tengok baby, sampai la papa gi amik gambar baby kat nursery baru dia puas hati huhuhu.. Cinta pun xdok lama2 sebab saya dah sakit sgt so lepas derang balik saya request pain killer then trus zzzzz… dalam kol 4 pagi terjaga dah start sakit. Mintak pain killer jab lagi kat nurse tapi every 6 hours baru ley amik uhuk..uhuk.. Bley bayangkan x kalo tangan terhiris sket pun dh pedih gila, inikan plak perut kena belah uiiii.. bisa x terkata hazabnya!

483064_3512435500122_1241143375_n

Cinta x dapat teman saya malam 1st tu sebab anak2 xde sape nak jaga. Esoknya baru tokmama ngan babah sampai so malam kedua baru cinta bley teman saya. Sakit2 pun bila cinta ada senang sket hati.. pepehal bley mengadu. 2nd day ni perut saya bloated giler.. kalo tepuk dah macam gendang bunyinya. Satu mende saya belajar lepas operate kali ni.. kentut tersangatlah penting! Sekali dapat keluarkan angin rasa lega sangat2. Bayangkan dengan perit bisa operate, perut kembung.. x tertanggung rasa. Lambatnya masa nak berlalu dari sehari ke sehari..

397257_3512433940083_2066988685_n

Hari ketiga, cinta amik MC sebab saya dah ley discharge. Nama baby pun xde lagi so pagi tu sebelum discharge bermula la misi mencari nama. Memang ad-hoc sebab hari tu jugak cinta nak gi daftar kat JPN. Sampai la cinta dapat nama yang kami dedua setuju.. pangkal nama Yasmeen tu memang wajib la, nama Zulfa tu yang unik & special Winking smile Petang tu lepas sampai rumah, cinta gerak ke JPN Shah Alam nak buat surat beranak baby baru plak. Malam tu cinta gerak balik JB.. suami xde di sisi masa berpantang aduhaii.. mula la bergelora emosi saya time dalam pantang ni. Nasib baik la mama ngan abah ada meneman nak melayan mek2 bertiga tu..

299491_3502139762735_2091754990_n

Sakit kali ni memang lama.. sampaikan saya rasa saya dah xkan sembuh dah lepas ni. Rasa berdenyut-denyut bekas operate tu sampaikan nak duduk baring serba x kena. Alhamdulillah.. hari ni baby Zulfa dah seminggu, saya rasa makin sihat. Sakitnya lepas 4 kali caeser ni memang berganda.. x tau camne nak cerita. Nasib baik la dah berlalu sakit2 semua ni.. kali ni kena berpantang betul2 sebab dah last kan Smile with tongue out

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS