RSS

2 bulan

Hari ni Yasmeen Zulfa dah 2 bulan.. Happy 2 months young baby!! Baby Zulfa masih fully breastfeed, alhamdulillah mogok x mo direct feeding cuma sementara. Sekarang ni plak peel dia asyik nak mengempeng je, bagi botol memang reject abis2an.. melalak macam nak keluar anak tekak, meraung macam kena pukul! Korang adik-beradik memang drama queen kan? Peel tido pun masih tunggang terbalik, kadang ok, kadang k.o sudahnya mama yang rasa cam nak kiok! Kalo xmo tido tu x nangis xpe.. ini dia xmo tido dengan mama skali disuruhnya bangun melayan dari kol 11 malam sampai 4 pagi. Ok baby, itu adalah sgt x seronok oke!

10442_3682801959177_1734237542_n

Walopun dah 2 bulan baby Zulfa lahir, mama masih x reti nak cope dgn peel dia. Series x tau nak buat apa kalo dia dh start nangis.. pegang x nak, letak x nak, buh dalam buai x nak, bagi B x nak. Nak kata kembung? Kentut dh mcm mercun papan. Diaper basah? Baru je lepas tukar. Lapar? Sampai muntah2 dh susu, sua B pun dia tolak2. Adoii la.. masa2 camni la rasa serik sgt nak ada baby. Rasa fail as a mom sebab x tau nak buat apa? Tapi bila dia dah pandai ‘bersembang’ tersenyum2 camni.. alahaii priceless!

318898_3718677496043_1311100073_n

Hari ni bawak bb Zulfa gi cucuk 2 bulan. Ingatkan nak sunat kan skali sbb doc ppuan tu ada. Next week dia dah start cuti. Ingatkan Zulfa ni cam Khayla dulu setakat cucuk tu nangis kejap je..meraung cam nk keluar anak tekak pastu senyap relax je cam xde pepe. Skali si tonet ni manja lebey plak.. menangis meraung2 pastu bila tokmama tegur sket tanya kenapa nangis terus cebek tersedu2. Konfem yang ni manja abis! Anak bongsu khenn.. ;p

374393_3718686696273_469076146_n

I’m so desperate to go for family vacation.. dapat weekend getaway  pun jadi la. Masa the kakaks dulu memang everytime lepas pantang je cinta akan bawak gi cuti2 Malaysia, lepak hotel, jalan2.. but this time around saya rasa x confident sangat dengan mek tonet sorang nih. Dah banyak kali cinta ajak ikut gi JB, alang2 cuti skolah kan? Tahun depan dah payah sebab Yaya pun dah start skolah xley nak memonteng x tentu pasal.

X tau la apsal kali ni saya rasa cuak sgt nak bawak bb Zulfa berjalan jauh. X confident. Kalo dia dah start meraung memang x reti nak pujuk. Bila dah buat semua x jalan sudahnya letak je dia dalam buai then tepuk2 sambil dia meraung dekat stgh jam pastu tertido sendiri. Abis kalo nak bawak jalan2 xkan nak biarkan meraung sendiri sampai tertido? Haruslah org lain ushar atas bawah, anak sape la dia kidnap nih? huhuhu.. Lain anak lain peel nya eh? Kalo dgn the kakaks saya bley je handle, kali ni saya yg seriau.

599921_3704981833660_1209018105_n

Walopun cinta ada dgn saya nanti tapi rasa huru-hara gak la sebab bila ada papa Hana memang dh lembik kaki, nak berdukung je, Khayla plak memang buas mcm lastik x reti dok diam asyik nak merayap je ikut kaki dia yg OK sket pun Yaya, itupun kalo dia join Khayla berlari2 merata alam.. hagham! Nama pun budak2.. Cinta de ajak ke Legoland ngan JPO sbb dia pun dah keje sana tapi bila bayangkan nak berjalan dengan mek2 kenet camni? Nak jalan2 apa ke namanya kalo sudahnya saya yang separuh meroyan dok menjerit ke anak2? Huhuhu.. sudahnya, kita lupakan dulu hasrat berjalan2 tu. Bagi anak2 besar sket dalam setahun dua ke baru kita gi eh yang? Masa tu papa ready duit je.. mama pass anak2 kat papa, then mama shopping!! Hahahahaah.. oke, berangan la mama. Xpe x rugi duit pun berangan huhuhu..

248889_3708995614002_1392041546_n

Still, saya nak jugak gi holiday biarpun setakat dok dalam bilik. Biar la baby Zulfa meraung dalam bilik. At least cinta bley bawak anak2 gi mandi pool. Quality time dengan anak2.. dah lama sgt rasanya saya dok umah. Orang yg jenis panas bontot dok umah lelama ni susah, sesak nafas rasanya. Kalo kata mek ber4 ni in control, tetiap hari je saya bawak keluar gi tawaf kat mall. Adat la ada anak kecik kan? Setahun sorang plak tu hehehe.. Xpe yang, kita tempuh la masa2 kritikal besarkan anak2 ni sama2.. 3-4 tahun je lagi mama boleh bawak anak2 gi mall shopping sama2, papa ready wallet je utk kirai duit kat anak bini hahahahahah! Oke, saya stress. Stop sini dulu.. Winking smile

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Farewell Kindy Yaya

Lagi 2-3 bulan nak masuk tahun baru 2013.. Yasmeen Aulia, anak sulong saya pun dah nak masuk darjah 1. Alahaii.. bila anak dah skolah ni terasa la dah tua huhuhu.. makin banyak&besar tanggungjawab. Risau jangan cakap lah, dok memikir cane la Yaya kat skolah betul ni sbb dia jenis yang ralit bila dah dapat mende yang dia minat. Takut kang dalam kelas cikgu mengajar kat depan, dia dok ralit mende lain kt belakang. Sekarang ni kat tadika dia one-to-one xpe la.. kalo lambat pun teacher ley bagi catch up balik. Haii la anak.. pandai2 la ko bawak diri nanti eh.

Alang2 dah wat birthday celebration haritu, saya belikan sekali kek untuk teachers kat sana. Tahun depan bukan x jumpa dah sbb saya plan nak bagi Yaya transit kat taska tu gak sebelum anta kelas KAFA. Just a simple token of appreciation.. apa salahnya, orang dah jaga & ajar anak kita elok.

IMAG1462_640x480

IMAG1583_640x480

Alhamdulillah, anak2 saya murah rezeki & di permudahkan urusan cari orang untuk jaga diorang sepanjang saya g kerja. Xde kes lagi la saya kena tukar 2-3 orang pengasuh. Masa kat Kuantan dulu pun sama. So far teacher2 kat taska ni x banyak songeh & boleh tolerate. Paling saya suka kalo de pepe cam calar ke, lebam ke kat anak2 sbb derang bercakar ngan kawan2, xyah tanya awal2 derang dah inform masa amik. Kalo sakit demam derang x biar melarat, kalo pesan bagi ubat x lupa. Setakat de lebih kurang sket2 tu kira give & take la. Cerewet sangat pun x ley.. memang kita bayar untuk jaga anak kita tapi kena consider la dalam taska tu ramai lagi budak. Kalo kita x cerewet insyaAllah derang pun sama..

IMAG1464_640x480

Sepanjang saya hantar anak2 gi taska ni x pernah lagi la derang menangis2, buat perangai x mo gi skool sebab takut kat teacher ke pe. Nangis pagi2 sebab mengada ada la huhuhu.. 4-4 Yasmeen ada kat taska ni. Kalo teacher bagi resit yuran pun tulis skali je Yasmeen Sisters hakhak! Thank you teachers2 sebab jaga & didik Yaya dari x tau pepe sampai pandai baca & mengira. Tahun depan kita jumpa lagi yer..

IMAG1550_360x480

Farewell Kindy.. Hello Standard One!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yasmeen Hana dah 3 tahun!

Cerita 5 hari lepas ;p Anak kedua saya yang lahir 30/10/2009 dah cecah 3 tahun pun. Kejap je masa berlalu saya dok terjerit terpekik kat anak-anak yang melasak, bergaduh, menakal x tentu hala.. tau2 je dah makin membesar anak2 saya dalam sekelip mata. Cam tu la jugak saya yang dah nak masuk 3 series ujung tahun ni hehehe.. tapi ada 4 orang anak sebelum umur 30 kira champion gak la.. champion beranak hahahahaha!!

Xde celebrate pepe pun kat kampung sebab mama masih dalam pantang, papa pun xde kat sini. Nasib baik la masa last day kt skool aritu saya dah bekalkan kek ngan goody bag untuk derang celebrate dengan kawan2. Kira birthday celebration 3 in 1 la.. sebab tu masa tempah kek wish yang di tulis “HAPPY BIRTHDAY YASMEENS”.

IMAG1479_640x480

IMAG1493_640x480

IMAG1538_640x480

IMAG1508_640x480

Teacher siap amik gambar tunjuk bukti abis licin kek yang di bawak tu hahahaha.. udah ramai beno peminat Boboiboy. Bertuah la korang anak2 ada kawan2 nak meraikan birthday sama2 walopun belum tentu derang paham pepe.. ntah2 yang tau cuma dapat jajan ngan makan kek hakhak!!

IMAG1513_640x480

Dah 3 tahun umur Hana sekarang. Masih dalam tantrum-2 menginjak ke terrible-3 huhuhu.. Degilnya toksah cakap la.. kepala batu sume cukup. Kalo dah dia cakap hitam xyah la nak cakap putih.. papa la yang banyak ikutkan sangat. Kalo dengan mama kena memanjang huhuhu.. Tokmama cakap Hana is a mini-me version. Auucchh.. iye ke? Rasanya mama xde la degil memberontak tahap otromen cam Hana kan papa? ;p

IMAG1553_640x480

Apa pun.. mama ngan papa doakan yang terbaik untuk Hana. Semoga Hana jadi anak yang solehah, mendengar kata, membahagiakan hati mama ngan papa & insyaAllah berjaya dunia akhirat. Semoga Allah bagi keberkatan hidup dan kebahagiaan berpanjangan untuk semua anak2 mama ngan papa.

HAPPY 3rd BIRTHDAY YASMEEN HANA.

MAMA, PAPA & YOUR YASMEEN SISTERS LOVE U UNCONDITIONALLY.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagi 5 hari..

2 minggu blog bersawang tau2 je hari ni dah hari ke-39 berpantang..tinggal 5 hari je lagi nak abis tempoh berpantang weehoooo!! Apa sgt la yg best pun? Nak kata bley gi holiday, cinta keje bukan ley cuti. Maka sangap la kami anak beranak kat kampung ni..anak2 plak bila terperuk je kat umah mula la lasak derang x terkawal. Hilang akal mama ni nak handle semua serentak wat perangai. Kalo kt umah PJ, haruslah lepas abis je pantang mama anta korang gi skool pastu mama gi spa ke,wat hair treatment ke huhuhu.. Ni dah kat kampung x sampai hati la plak mama nak tinggalkan kt tokmama ngan babah. Dah la jagakan masa pantang, dah abis pantang lagi mau tinggal pergi berjimba plak huhuhu.. Mama tunggu papa balik je la, tolong jagakan anak2 pastu mama plak having ME time..ley kan papa? *kenyit mata sket*

Xde beza pun pantang kali ke-4 ni..pantang makan yang sejuk2 ngan gatal tapi yg lain men bedal je. Xde la meleleh air liur sgt pantang kali ni sebab tokmama pun pantang cara moden. Menyusukan  baby, makan kena la de khasiat. Dah la berjaga malam lagi..x kan nak makan nasi ngan ikan bilis je? Huhuhu..x lalu la tekak aku ni! Sendiri mau ingat la..dah anak ke-4 kot, kalo degil nak makan bukan2 masa pantang ni rasa sendiri la bahananya lepas anak dah besar sket nanti. Pepandai la jaga diri sendiri..badan nak pakai lama.

X tau kenapa excited sgt nak habis pantang hakhak! Nak keluar berjalan? Masa dalam pantang pun xde la lekat kat rumah sgt pun..merayap merata x hengat sampaikan tokmama sound "Sakan aiihh mama dia..lupa diri kot baru beranak." hahahahahaha! Lepas tu terus serot kepala cam kura-kura. Terus dok umah dgn tawadhuk nya..

So lagi 5 hari nak abis kan pantang..yeaaaa!! Seronok gak la walopun lepas ni x merasa dah nak pantang lepas bersalin..sobs :( Dah takat tu je rezeki yang ada. Mari fikirkan masa depan huhuhu..camne saya nak besarkan anak dara berempat ni tanpa stress? Syukur Alhamdulillah saya ni ada sampai 4 orang kan, cane la perasaan orang yang xde anak langsung?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: 25 days

185187_3584238535153_1732619740_n

564818_3584236695107_513906571_n

578588_3584243575279_504711401_n

525945_3584247175369_126664626_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS