RSS

Umrah 2013 : KL-MUSCAT-JEDDAH

Memandangkan cinta wat last minute decision untuk gi umrah ni, date yg tinggal cuma few days before cuti sekolah. Saya gamble je isi borang cuti lepas dah wat payment semua, yang penting x menyusahkan orang untuk relief kelas & jaga anak2 khas saya. Pakej yang available masa tu cuma transit Oman, a week before cuti sekolah pertengahan tahun. Just nice.

IMG_20130520_100338_640x480

Maka lepas taklimat, bergerak la group kami seramai 41 orang including mutawwif Ustaz Amin naik Oman Air. Bukannya kali pertama naik flight but this time around saya sgt ngilu bila take-off ngan turbulance.. tangan cinta jadi mangsa untuk saya genggam kuat2 huhuhu.. Lepas 8 jam sampai la kami kat Oman. Ntah masa tu kol bape dah lost track. Transit kt Al Madinah Resort Hotel 10 jam then next flight to Jeddah.

IMG_20130520_135051_360x480

IMG-20130520-00040_640x480

Sampai Jeddah dalam kol 1-2 pagi kot, dengan jet lag+letih+miong timing dah x semenggah mukanya huhuhu.. dengan badan berlengas bagai tapi semua tu simpan dalam hati. Apa je yg jadi sepanjang trip ni simpan dalam hati, anggap dugaan biarpun sekecik2 perkara. Senyum dan teruskan perjalanan.

IMG_20130521_015756_360x480

IMG_20130521_020112_360x480

Sepanjang perjalanan ni memang banyak menunggu.. belajar bersabar. Dari airport Jeddah naik bas gerak ke Madinah. On the way, stop solat Subuh then sampai Madinah dalam kol 7.30 pagi rasanya. Sepanjang perjalanan tu saya tido je.. huhuhu..

IMG_20130521_070150_360x480

Bila sampai Madinah.. cinta gerak suh bangun. Inilah permandangan saya paling indah bila saya bukak mata. Subhanallah.. masih antara percaya dengan tidak saya di Kota Madinah, nun Masjid Nabawi memanggil2. Air mata jatuh lagi.. Ya Rasullullah, aku datang untuk menziarahi Mu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umrah 2013 : Mulanya..

Sebenarnya x pernah plan pun nak gi Umrah tahun ni. Saya pernah ajak cinta tapi considering our tonet x sampai setahun lagi pastu bf baby lagi so plannya nak pergi masa betul2 dah bersedia, maybe next year ke. Something came up between us then hubby said that we really need to spend time together to clear things up. Looking for ‘petunjuk’ I guess. Then hubby suggested both of us going for Umrah. Masa tu pertengahan bulan 4. Memang x bersedia langsung. I was a bit reluctant at the beginning.. ye la rasa jiwa tu kosong. Xde apa2 nak di bawak sebagai bekalan pergi sana. Setakat pergi kursus dr kol 9am-1pm 3 kali pastu dah nk bertolak x sampai sebulan lagi. Deep down inside saya selalu tanya “Allah.. apa la yg aku ada sampai Kau jemput aku jadi tetamu Mu, ya Allah.” Tiap2 kali tu jugak meleleh air mata. Keciknya saya.. hinanya saya.. A bit reluctant when hubby asked at the first place knowing that I’m not ready for this umrah trip. Tapi kita manusia merancang.. Allah yg tentukan. Tanpa di sangka2 saya dapat jemputan untuk jadi tetamu Dia.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah. Terima kasih cinta sebab bawak saya ke sana.

306785_4543153067417_777409498_n

Xde siapa pun yg tau plan saya nk gi umrah kali ni. Kat skolah pun saya bagitau colleague masa hari last. Xnak kecoh awal2 nak bagi setel Visa bagai then hati saya masa tu pun antara nak percaya dengan tidak yg saya nak pergi sana dalam masa x sampai sebulan. Memang bukan mcm org lain yg pergi dengan ilmu penuh di dada, saya ni bawak masalah berserabut dalam diri ada la huhuhu.. Masa gi kursus umrah, dengar ustaz bercerita hal kat sana tetiba rasa sayu+seronok. Masa tu dah rasa macam saya dah ada kat sana. Bila balik rumah terbuai2 je rasa perasaan tu.. seronok yg x dapat di gambarkan. Bukan semua orang ada peluang untuk dapat jemputan dari Dia. Orang yg kaya raya sekalipun belum tentu. Ketentuan Allah.. sekali lagi saya memang rasa bertuah sgt dapat peluang pergi masa usia saya baru 30 tahun.

941150_4551093545924_106578614_n

Segala proses dipermudahkan. Hari Jumaat minggu sebelum berangkat mutawwif call cinta bgtau visa semua dah clear then tunggu kat KLIA, level 5 kaunter M on Monday, 20th May 2013. Hati rasa berdebar2, cuak, x sabar.. butterfly in the stomach! Alhamdulillah, mama dgn abah saya tolong jagakan anak2 sepanjang saya ngan cinta xde tu. Baby Zulfa pun 2-3 weeks before berangkat saya wean-off slowly. Kesian tapi kalo x buat lagi teruk dia mengamuk nak bf nanti lagi kesian. She’s a good baby.. faham mama buat ada sebab. Lepas 3-4 malam try dia dh ok bottle-feed malam2. Deep down inside mama rasa loser sgt sebab kena stop bf Zulfa at 7 months young tapi perancangan Allah tu lagi besar.. we can always opt for relactation when I’m back baby. Anak2 pun saya bagitau everyday malam2 sebelum tido “Mama&papa won’t be around for 2 weeks.. nak pergi umrah, nak g rumah Allah.” and the kids will just nod and asked few unrelated question before doze of to slumberland huhuhu..

260365_4548060670104_1870416872_n

20th May 2013, hari yang dinanti2kan dari sebulan lepas dah sampai. Malam sebelum tu kol 3 pagi baru saya ngan cinta setel packing bagai. Memang la sgt last minute. Kol 6 pagi teksi datang bawak gi KLIA. Memang betul2 gi honeymoon la sbb memang xde sape2 hantar. Lagi bagus sebenarnya sebab saya x sanggup nak tengok dan dengar anak2 menangis nak ikut plak nanti. Lagipun hari sekolah. Masa salam nak naik teksi pun masing2 dah buat perangai. Yaya dah besar sket so paham mama ngan papa dah nak pergi. Lepas salam air mata meleleh je.. syahdu. Sampai KLIA then g minum2 dgn BIL coz he’s off to Labuan with morning flight and that’s it. Lepas tu En. Ariff person in charge from Andalusia panggil suh check in luggage then gi taklimat. Masa mula taklimat “Assalamualaikum para tetamu Allah yang di rahmati..” air mata laju jatuh ke pipi. “Allah, apa yang ada padaku sampai Kau jemput aku jadi tetamu Mu?” Alhamdulillah..

IMG-20130520-00034_640x480

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tangisan di pagi Khamis

Semalam papa balik cuti sehari.. mulanya papa plan nk gerak lepas diorang adik beradik tido macam biasa tapi ntah cane terlajak ke pukul 4 pagi. Boleh plak budak Hana ni terjaga time papa dia siap2 nak gerak tu. Kuat betul instinct budak ni when it comes to papa.. daddy’s girl khenn!! Siap turun bawah salam papa then babai kat luar lagi. Mula2 confident je “Anna baik.. Anna x nanges salam papa.” Bila papa dah gerak dalam 15 minit terdengar dia tersedu2 dalam gelap. Hoiih.. dah start la plak drama di dinihari. “Anna nak papa.. papa x yah la gi work. Anna x nak gi otel, gi pool.. anna x nak toys.. anna nak papa.. papa x rindu anna ke?” pastu tersedu2, teresak2 sume cukup. Sape yang biasa dengar Hana nanges tau la cane sayunya bunyi budak tu nanges. Mama yang baru nak lelap mata ni terkebil2 dalam gelap. Lagi di pujuk kang lagi meraung budak ni.. silap2 dengan mama skali bengkak mata gi keje esok huhuhu.. So mama decided to let her cry.. biar dia menangis puas2.. dekat setengah jam gak dia nangis sambil mengongoi “Anna nak papa.. papa x rindu anna ke?” sampai dia tertido sendiri.

249114_4478158682598_583280244_n

Bangun pagi suh mandi memang dia wat perangai kaw2 punya la.. ketap bibir je mama nak menahan marah. Seboleh2nya mama diam je melayan segala peel dia sebab kesian tengok Hana menanggung kesedihan. Budak kan, apa la yang dia nak faham pasal papa keje cari rezeki bagai? Mama boleh cakap “Papa keje carik duit kan.. nanti nak belikan Hana toys, Hana nk tido hotel, nak mandi pool..” tapi bila dia sendiri boleh menolak “Anna xnak toys, xnak dok hotel, x nak mandi pool.. Anna nak papa..” hoiiihh.. hati mama ni jatuh berderai then kutip cantum balik je tetiap hari. Sad smile

Ibu mana yang sanggup tengok anak dia kesedihan? Allah je yang mampu hilangkan rasa sedih dalam hati anak2 mama ni.. semoga Allah berikan kebahagiaan hidup berpanjangan buat kamu adik beradik. Sabar la anak2.. ini ujian bahagian kita. Ada orang lain yang lebih susah menanggung ujian lebih perit dari kita. Allah Maha melihat, mendengar.. kita rasa susah kita mengadu pada DIA.. insyaAllah DIA x kan abaikan kita anak-beranak. Ada yang lebih manis bakal menanti.. Allah tu ADA.. jangan sekali2 kita lupa. Anak2 mama kena kuat.. insyaAllah mama akan terus kuat untuk korang adik beradik. Jangan persoalkan percaturan Allah untuk kita sbb semua tu dah tertulis di Loh Mahfuz. Ada rezeki kita.. La Tahzan Innallaha Ma’ana..

p/s: you should read this entry with Jangan Bersedih Lagi from Anuar Zain as background.. sila bayangkan kehenseman abg Nuar ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday blues..

Hari ni agak ting tong.. nasib baik la ada Panitia Maths semua budak wat aktiviti kat dewan. Ngantuk wes!! Bape kali tersengguk2 sampaikan anak murid datang kt cikgu gerak.. “Teacher May.. done.. finish already” huahuahua.. Mau JPN datang wat seprais visit, confirm terbelalak bijik mata jatuh kutip balik ahahahahah!!

403097_4333036094624_333749178_n

Hari ni gi skolah dengan mata cam panda sbb malam tadi si tonet punya hal. Menjerit nak susu kol 3 pagi.. xpe la ok lagi, bleh plak lepas tu meneran berak.. hoiih 3 pagi koootttt!! Lepas cuci, salinkan pampers eh segar bugar plak mata dia! Dok wewewe atas katil, panjat sana sini.. mama nak bantai tido kang ada plak jatuh tergolek. Si tonet ni advance sangat la.. sekarang ni bukan setakat merayap, semua dia nak panjat berdiri. Ewaahh ko dik.. x sabar sgt nak besar eh? Sofa memang tetiap hari la dia bergantung nak berdiri, kotak mainan kakak.. dinding pun dia panjat weii!! Paling risau kakak kenit Khayla tengah berdiri pun dia selamba bergantung nak panjat. Kalo time mood kakak kenit tu okay xpe la dia tunggu je tapi kalo mood x baik memang dia tolak je baby sudahnya terlentang! Hoiiihh..

426495_4309961077763_1369925618_n

Dekat kol 4.30 pagi baru dia nak tido balik.. itu pun jenuh nak bertepuk berdodoi sakan. Masa papa ko ada xde plak ko nak wat peel gitu kan? Saje suka nak mendera mama kan? Makanya hari ni di isytiharkan hari yang paling mengantuk & x produktif.. ***yawwnnn***

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Go slow baby

Zulfa tengah dalam phase active x hengat sekarang.. asal letak je merata dia merayap. Kadang mulut dia riuh berkicau “appapapapa…mmmmmaaaaa..” kadang tu senyap2 je dia merangkak explore satu rumah. Her current fav place would be play tent the kakaks. Last few days cuak sekejap bila tengok baby tetiba xde! The kakaks tengah ralit main depan tv.. cari kt bilik air ngan dapur XDE! Kalo nak kata keluar rumah sah2 la x kan sebab pintu rumah berkunci. Skali tengok dalam play tent relax je dia telentang main ntahaphapa toys kakak dalam tu, bila dia nampak mama jenguk terus senyum galak huhuhu.. baby, tolong jangan cabut jantung mama camtu lain kali!

74273_4447334032001_550478204_n

The kakaks really plays a big role in my baby’s life.. bila dia nampak kakak2 memang excited abis! Mengepak2 nak kejar kakak laju2.. last night kakak semua dah naik tangga berderet nak masuk tido kt bilik atas, mama tengah bizi kemaskan baju2 kakak untuk esok, skali dengar berdentum! Tengok2 dah terlentang.. melalak x hengat! Hoiiihh.. x padan dengan haluiih ada hati nak panjat tangga. Baby.. please don’t grow up too fast! Mama tau baby x sabar nak join the kakaks. Please be easy on yourself.. please go slow my baby Zulfa. Baby baru 7 bulan..please don’t leave your infant stage too fast.. I still miss cuddling you and I always miss your baby smell lingering around me.

21124_4447337352084_884344849_n

Pagi ni baby bangun seawal 5 pagi bila nampak mama xde kat sebelah. Bila dah bangun tersengih2 then excitedly meneroka seluruh ceruk hall at 5am.. 5am baby!! Ingatkan lpas iron baju nak tdo balik la dalam 10-15 minit tapi Khayla plak bangun dengan cerianya. Kol 5 pagi ni weiii!! Adoii la.. I had to wake up at 5am to iron the big sis school uniform because I’m so damn flat the nite before hehehe.. letak kepala kol 8.45 trus dummm sampai pagi!! Allah je la yang tau cane x terdaya nya badan ni tapi sebab anak2 gagahkan jugak. Rite now mama dah mengantuk tahap burung belatuk tersengguk2 huhuhu.. Lambat lagi weh nak sampai ke tengahari. Dah la ada meeting petang ni pfffttt!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS