RSS

Bersalah

2-3 minggu ni mood saya adalah ke laut.. series.. nak mengamuk je kejenye. Blogging apatah lagi. Click new post pastu tetiba rasa berserabut..rasa nak marah sgt2. Haihh.. meroyan ke hape aku nih? Tengok orang sume rasa nak marah pastu ada je apa yang dibuat rasa x kena. Aduhaii.. PMS kah? Memang emosi adalah tahap x terkawal.. asyik nak mengaum je, yang jadi mangsanya orang-orang terdekat. Hubby bawak bercuti ke Ri-yaz Heritage untuk tenangkan fikiran.. xde mood lagi nak bercerita pasal get away tu. Still rasa nak mengamuk bagai.. apa kena dengan haku ni? Berserabut, berselirat segala macam mende dalam hati & kepala otak..
Tapi.. pagi tadi nye hal buat aku rasa bersalah sgt2.. Cam besa kol 6.30 angkut anak2 gi skool. Dah la adik melalak2 bila tinggal sekejap nak mandi, mayang, bersiap bagai.. nak tutup pintu pagar kejap pun dia menjerit macam kena dera uwaaaaa.. separation anxiety adik adalah sgt kritikal. Mama kena ada depan mata 24-7. Jauh sikit adik melalak terkeluar anak tekak. Sampai skool, 1st trip dukung adik dulu masuk dalam + heret 2 diaper bag lagi.. 2nd trip, nak bawak Aulia masuk dalam plak. Daaahhhh.. pagi2 dia buat drama xnak pakai selipar, siap tendang2 bila aku pakaikan! Dah tersirap darah aku.. Jam dh 6.45 am.. kalo lambat lagi 5 minit konfem punch card merah. Pastu Aulia start menggelupur xnak jalan suh aku dukung.. masa tu memang dh x tahan marah memang kena la 2 das penampar kat bontot dia.. teresak2 la anak dara aku di pagi hari. Marah2 pun dukung jugak bawak dia masuk dalam.. masa cium dia tersedu2. Aduhaii.. terus rasa bersalah sangat2.. pagi2 hari lagi aku dah mulakan dengan marah2, pukul bagai. Sentap emosi anak aku.. Teruknya aku sbg seorang ibu..
Aulia baru 3 tahun lebih, tapi sebab dia keletah bercakap macam orang tua kadang2 aku lupa anak aku tu kecik lagi. Sedangkan anak orang lain sampai dh tadika pun masih berdukung lagi. Baru 3 tahun ++.. bukannya 13 tahun. Di sebabkan dia ada adik kadang2 aku terlalu harapkan dia untuk buat semua sendiri. Bila dia manja2 time adik dia meraung, melalak.. aku marah2. Sebab dia dh nak masuk pra tahun depan aku anggap dia macam dh besar sgt.. Kesian Aulia dapat mama macam aku. Aulia.. mama mintak maaf ye sebab mama layan Aulia macam ni. Mama mintak maaf sebab mama selalu marah2 Aulia. Mama mintak maaf sebab Aulia dapat mama yang macam mama. Ya Allah.. berikanlah aku kesabaran & tabahkanlah hatiku untuk mendidik & membesarkan anak2ku dengan penuh kasih sayang.. bersalahnya aku.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kaput

Buat semua kawan-kawan blogger yang ada invite saya untuk blog,tolong invite dengan email baru mayrasolace[at]yahoo.com yer..emel lama saya mayra_solace[at]yahoo.com sudah kaput dengan magiknya..hantu betul!! Tolong yer..jasa baik anda amat saya hargai ngeeee!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAG : Buku Muka

Tag dari mommy farhah & hannah..

Sejauh mana hubungan anda terjalin dengan buku muka?
Sila jawab 10 soalan cepu emas di bawah.

1. Berapakah kekerapan anda membuka laman buku muka?
Setiap kali online..buka emel, blog walking then buku muka.

2. Berapakah tempoh masa min dan maximum yang pernah anda habiskan bersama buku muka?
Min : 15 saat
Max : 20 minit

3. Apakah aktiviti yang anda paling suka bila menatap buku muka?
Updated status kawan2 & picca dolu2/latest..

4. Anda tidak bimbang akan privacy dengan kekerapan mengupdate status terkini?
Nope..jarang sgt update status.

5. Adakah anda terima permohonan dari orang yang tidak di kenali?
Nope.

6. Berapakah bilangan rakan anda sekarang?
203

7. Pernah/sanggupkah anda menyahaktifkan akaun buku muka?
Sanggup..xde kepentingan sgt pun.

8. Apa akan terjadi kalau anda tidak dpt membuka akaun buku muka dalam tempoh 3 hari?
Hidup diteruskan seperti biasa,xde masalah hehehe..

9. Sanggupkah anda jika terpaksa berpisah selamanya dengan buku muka
Sanggup je..

10. Sejauh mana anda nilai kepentingan hubungan bukumuka dan kehidupan personal?
Mendekatkan yang jauh di alam maya..chewwwaaahhh!!

Terima kasih atas sokongan. Dengan ini saya ingin menyeru rakan2 sekalian untuk menjawab soalan cepu emas di atas.Tag ni diteruskan kepada :

1.Yana mama Alesya

2.D'Anie ibu Nel

3.Apash mama Qaseh

4.Nikki mama Sofea

5.Marsha mommy Qila & Ariq

6.Leen mama Qaisara

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak ini

.. sangat cerewet kalo bab makan. Dah seminggu lebih dia xmo makan nasi. Selalunya kalo kt umah x makan pun, kt skool dia belasah makan banyak sebab makan ramai2 kan.. nanny pun dh ngadu “Yaya xmo jamah nasi langsung, bila suap dia luah.. kalo paksa dia nangis2..” aduhaii la anak.. macam2 peel ko sementara nk besar ni..

DSC00061

Tapi yaya tersangat la suka ngan mende alah ni..

spaghettistrands 

Dia x request yang susah2 pun.. cukup la kalo gaul dengan kicap je huhuhu.. Buat carbonara dia bley plak dia buat uwekk.. uwekk.. Good girl, senang keje mama yang pemalas ni. Siap bertambah lagi.. sedap sangat la mama masak ye anak huhuhu..

DSC00335

Camnilah lebih kurang end result nya minus sayur.. yaya memang makan spaghetti kicap kosong je. 3-4 hari ni yang dia mintak cuma ‘mee kicap’ je. Berselera sangat dia makan. Xpe la, asalkan dia makan sudah. Dari biarkan perut kosong, x jamah makanan berat kang lagi risau mama & papa.. Esok kena bekalkan kt nursery, kalo dia xmo makan nasi pun at least dia makan spaghetti ni. Xde la risau sgt dia asyik minum susu je bergelen2 huhuhu..

DSC00053

Lain betul peel yaya dengan adiknya.. Si kecik ni sumbat je apa, sume dia nganga hakhak!! Seronok tengok adik selera makan.. mcm anak burung, sumbat-nganga-sumbat-nganga kalo lambat bg makan sket meraung lapar ekekekek.. Betul la orang cakap anak2 ni berbeza peel & perangainya.. ni baru 2 orang, kalo lebih? Pitam la!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dear Papa..

We love you soooooo much.. you’re our HERO, even this big guy cannot beat you in thousand years.. ;p

ultramancosmos

.. you’re so much more powerful than the big guy because he wouldn’t be able to do this..

IMG0050A

or this..

IMG0071A

or this..

IMG0092A

or this..

Dup(1)DSC00004

or be there when we need the most..

DSC00009

wanna know WHY?

.. because that big guy didn’t have US as his child.. you’re so lucky to have us in your life ;p You’re our ULTRAPAPA!

HAPPY PAPA’S DAY!!

from your adorable angels & the cause of major headache..

IMG0098A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS