RSS

Ke laut

Hari ini mood adalah ke laut.. pagi seawal lepas sahur di mulakan dengan episod loya & muntah non-stop. Hati sejuk sket bila Hana mood baik, bangun cari mama tersengih2 sambil mulut bunyi "aaa..aaa.." as if bgtau "mama, adik berak" nice..just nice.. Bawak kete lalok2 then nk berenti 2-3 kali tepi jalan sebab loya yg amat rasa macam nk terkeluar semua isi perut. Miong2 je bawak kete.. kejap nampak 2 lane, kejap nampak 3 lane.. haiisyy.. Mabuk kali ini adalah sgt teruk kalo nak dibandingkan dengan 2 org dulu. Sedangkan dh nak habis 1st trimester.. sangat seksa mabuk camni oke! Di kala ini baru jam 9.07 pagi, mata adalah sgt berat & badan sgt melepet tahap kebulur x makan 15 hari.. saya sangat mahu di manjakan & berehat sekarang.. saya letih emosi, fizikal & mental.. series saya letih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dolu-dolu

Browsing through my friend’s FB back at UTP.. terjawablah soalan macamana encik suami boleh jatuh cinta dengan saya dulu muahahahaha.. Betul x suami? ;p

utp1

utp3

utp4

Dulu saya kurus.. kecik comel je. Sekarang? Uwaaaaaaaaa!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Papa admitted

Kisah minggu lepas.. Hubby balik dr outstation KL, balik dh start letih lesu tanda2 nak demam. Selalunya makan panadol bley baik tapi kali ni pelik sket. Dah makan ubat tp demam masih x kebah. Kebetulan mama ngan abah datang tgk cucu2 dh hampir seminggu. Balik keje Jumaat tu mama dh bising2 “Cuba bawak syamsyir tu gi klinik.. asyik dok usung anak gi klinik smpai 3-4 kali. Diri sendiri sakit x endah..” Padan muka hubby, bukan x nak bawak gi klinik tapi dia yg degil sgt. Kalo sakit sikit2 xmo gi klinik. Dah mama ngan abah bising baru la nk gi huhuhu..

Masa kt klinik hubby dh start menggigil pastu loya tahan muntah. Baru sikit tu.. belum dapat loya ibu mengandung ni lagi hehehe.. Doc just bg ubat demam, antibiotik, lozenge bla..bla..bla.. sampai umah kol 5, hubby makan ubat tapi badan dia panas sgt2. Dah start meracau yang bukan2.. kejap2 panggil Yaya, kejap2 panggil Hana, mintak nk kiss la.. merepek x tentu hala. Risau je hati tengokkan hubby tiba2 jadi gitu. Lepas 2-3 jam panas badan hubby masih x turun. Lepas mayang maghrib hubby menggigil makin teruk pastu x berhenti mengongoi sakit kepala sgt2. Abah plak bising suh bawak gi spital.. nasib baik la mama ada nk menjaga Hana.

Lepas dapatkan referral letter dr klinik trus bawak hubby gi KSH. Kat klinik pun hubby dh start terbaring. Sayu je hati bila tengokkan hubby menggigil2 sambil picit2 kepala sebab sakit sgt2. Sampai KSH trus gi emergency.. hubby kena jab sedas kt bontot then dh cam lalok2 sket. Memula doc suspect denggi tengokkan condition hubby yg menggigil tapi xde lak naik rashes merah. So hubby admitted untuk thorough check up. Siap kena amik darah & masuk IV drip bagai..

DSC00312

Masa ni sayu je hati tengokkan hubby.. my pillar of strength tiba2 terbaring lesu camni uhuk..uhuk.. tahan je xmo nangis.

DSC00316

Alhamdulillah, lepas 2 jam gitu temperature hubby dh start turun. Lega sket hati bila hubby dh bley jamah sket roti ngan milo panas. Dah sehari suntuk x jamah pepe sebab mual & xde selera. Malam tu ber’honeymoon’ la kami berdua atas katil spital hehehe.. muat okeh!! Nurse pun xde hal sebab bukan nye haku hempap laki ku sampai sesak nafas.. mentang2 la haku gemok muahahaah!! Nasib baik sgt la mama ngan abah ada kt rumah nk menjaga anak2 dara ku.. trime kasih sgt2 la mama ngan abah. X terbalas jasa dr kecik sampai la ke tua bangka dh beranak pinak pun menyusahkan mak bapak lagi hehehe..

 DSC00313

Esoknya, hubby dh ok sket. Dah bley jamah makanan banyak sket. Dah x demam.. lega je hati bila tengok cinta hati dh x menggigil cam semalam. Jasad je kt spital tapi hati kat rumah-teringat kat anak2, lebih2 lagi kt Hana sebab x pernah pisah tido malam huhuhu..

DSC00318 

Sempat lagi camwhoring masa hubby tido hehehe..

Alhamdulillah, hubby dh makin sihat. Hubby admitted Jumaat malam sampai Isnin ptg baru discharge. Cinta hati.. lenkali demam sket2 jangan ngelat nk gi klinik k.. Kesian la kat diri sendiri & anak bini.. Susah hati tau tengok awak sakit camtu.. I love u so much.. muah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

You are most welcome dear.. *smile*

Walaupun mama masih amik masa nak terima kenyataan.. walaupun mama kadang2 rasa macam x percaya.. ALHAMDULILLAH.. rezeki Allah datang dengan pelbagai cara. Mama & papa happy sgt.. you are most welcome in our life sayang.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taktik hari ini

Aulia adalah sgt lembik berbanding adik.. sindrom anak sulong terlebih manja-jatuh sket nangis, terlanggar sket nangis, tersadung kaki sendiri nangis.. pepepun kesudahan kalo dia tertonggeng, terjelepuk atau pepe je la yg melibatkan jatuh konfem melalak walopun xde la sakit tara mana pun.. Kalo ada bekas luka yang dh 3-4 minggu baru dia nampak, otomatik dia dh lembik xbley jalan pastu meraung konon mcm sakit-giler-kena-masuk-spital.. ko ni drama lebey la yaya ;p

Lain plak dgn adik Hana.. mmg lasak skett. Setakat terhantuk dinding masa menyulur x sempat brek, terlanggar tiang buai, kena ketuk dgn kakak masa mood x baik.. xde hal.. uwaaa kejap x sampai 10 saat pastu continue melasak huhuhu.. cuba mama tinggal jap.. meraung cam kena dera.. haisy.. korang adik beradik neh kuat drama la..

Foto-0059

Cerita hari ini, Aulia menggedik berlari masa nk gi toilet. Dari jauh mama dh menjerit cam pontianak.. “Jangan lari yaya.. licin!!” Stended la mama cakap cam menyanyi kan? Skali GEDEBUK!! Haaaaaaa…. kan aku dh cakap, masin je mulut aku nih. Bapak ko dh xyah beli garam kt umah ni! Pastu bermula la episod melalak-xde-noktah-tersedu-mcm-darah-keluar-membuak2.. adoii la.. dah la mama letih balik keje x hilang lagi. Dah satu keje nak mengadap drama swasta lakonan Aulia.. pastu otomatik lak tu bila adik dengar kakak nangis dia pun join nangis berjemaah.. apa kena korang dua beradik nih, melalak berirama ke?

Mama sgt xde mood nk melayan so mama cakap “Yaya cakap yaya otromen.. nape nangis?” Aulia pause, “Adik?” sbb adik pun nangis tadi. “Adik, baby.. bukan otromen.” Aulia tengok adik. “Otromen lampu nyala bunyi ting tong ting tong..” defend diri konon otromen pun nangis. “Mana ada.. otromen xde pun uwaaaa mcm yaya. X hero la otromen nangis sbb tu lampu dia je ting tong ting tong..” Aulia buat muka blur.. “Otromen nangis dalam hati ke?” Masa ni mama nak gelak guling2 dah.. mana la ko blaja ayat2 gini? “Yaya pun nak jadi super hero squad..ting-tong-ting-tong” terus nangis dalam hati la kot, dh xde drama sedu sedan.. muahahahaha!! Besar betul pengaruh TV kat ko ni anak.. pepepun lega hati mama xde la bingit telinga dengar ko melalak.. So, taktik otromen hari ini berjaya tapi x tau la untuk berapa hari lagi huhuhu.. Jadi mak bapak nih nak kena kreatif kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS