RSS

40 hari

Lagi 4 hari bakal habis la tempoh berpantang..yiiihaa!! Macam la nk g mana2 sgt pun. X terbayang camne nak handle 3 beradik tu masa kuar jenjalan nanti. Bawak yaya ngan hana je pun dh semput, ini plak nk kelek si khayla lagi huhuhu..


X sabar menanti kepulangan cinta hati minggu ni.. Ada hadiah sempena melahirkan anak dara ketiga hakhak! Paksa rela kah sayang? Muahaha! Masa lepas pantang yaya ngan hana gi holiday. Teringin nk g holiday kali ni tp bila kenangkan khayla yg byk peel adoyaii..takut kang holiday jd horror day plak. X sabar nk tunggu khayla dh besar sket pandai jalan, senang sket rasanya nk bwk 3-3 beradik ni gi mana2.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wishlist

Lagi 7 hari bakal habis tempoh berpantang saya.. yiiihaaa!! Pantang la sgt.. kali ni punya pantang saya x cara sgt sbb sibuk berperang dgn mek 2 beradik tu. Stress oke! Bley kata tetiap hari terpekik terlolong kt budak2 tu, ada je mende yg derang nak buat nk bagi mama mengamuk uhuk..uhuk.. Baby Khayla plak adalah sgt mencabar jiwa raga nak menjaga dia sbb bila time dia melalak xreti nk pujuk. Letak melalak, dukung pun melalak, tepuk2 pun melalak.. adoii la.. dh la saya ni bukan dlm ketagori penyabar. Bila dia melalak camtu tengok muka pun saya rasa nak lempang, boley? Nasib baik la ada tokmama yg amik alih kalo dh nampak saya cam nk naik hantu. Time dalam pantang ni setan senang je nk menangkan? Kadang tuh sampai meleleh air mata sebab tahan marah huhuhu.. xpernah saya rasa se’fail’ ini jadi seorang mama.

Sempena nak lepas pantang ni saya ada a few wishlist.. saya perlukan sgt ME time untuk diri sendiri. Sebulan lebih berperang dgn anak2 adalah sgt mencabar jiwa & emosi..

  • Hair Treatment

hair-treatment

Owh.. ini MUST-DO, dalam pantang ni rambut saya adalah mcm Kak Limah HKLBR. Sangat x terurus sbb asyik ikat je x nak bg masuk angin. Bukan x basuh rambut tp rambut saya jenis tebal nak tunggu kering adoyaii.. berkurun! Sbb tu sebaik je lepas pantang ni saya nk gi wat hair treatment then zasss.. potong pendek trus rambut ni. Puas hati. Xyah dah nak sibuk2 jaga rambut bagai..

  • Body Massage

Massage_7_traditional_batik

Dah berkurun saya nak massage badan kt spa tp x pergi2 gak. Selalu je saya gi hotel2 & tempat2 yg ada spa bagai tapi x sempat. Kalo gi hotel dgn cinta hati adalah rasa sgt x patut nak tinggalkan anak2 dgn dia then gi bersenang lenang di spa. Baik sgt kan saya? Muahaha.. x kira, lepas ni kena gi gak massage kt spa. Reward diri sendiri sempena lepas bersalin & habis pantang hehehe..

  • Slim Figure

thin2

Saya nak kurus!! Owh.. sape yg lepas beranak xmo kurus kan? Unless la orang tu memang stok metabolisme tinggi. Saya ni aduhaii.. bila BF ni plak asyik nak mengunyah je kejenya. Lapar memanjang. Alhamdulillah berat dr sebelum bersalin 67kg dh turun ke 56kg sekarang. Ok la, at least turun gak 11kg kan? Bangga tu weh!! Kalo dpt kurangkan sampai 50kg pun dh syukur sgt. Nak la jugak jadi hot mom anak 3 kan? Xmo la orang nampak nanti macam makcik2 anak berderet uwaaaaa…

Itu je la wishlist yg ada dlm kepala sekarang. Xtau la makin bertambah ke nak dekat lepas pantang nanti huhuhu.. yg pasti wishlist yg kt atas tu adalah kritikal.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday : Innocent face –cute!

Photo0290

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jab sebulan

Hari ni bawak Khayla gi cucuk sebulan.. meraung kejap je masa kena jab pastu bila dh dukung tepuk2 sket diam. Good girl.. Berat Khayla sudah naik 3.43kg. Ok la tu kan.. naik 730g dlm masa sebulan. Nanti minum susu mama banyak2 lagi bg debob cam kakak Hana k ;p

Photo0280

-mama & baby Khayla-

Photo0284

-kakak2 yg sgt bizi-

Photo0286

-misi kecik yg sibuk ;p-

Cinta hati sudah pulang *senyum* tapi esok dia gerak gi Kerteh sbb kena naik offshore 2 minggu.. apakah? Kan ke tgh gelora tsunami skrg, lagi perlu ke laut.. mohon Allah lindungi cinta hati saya x kira di mana berada. Demi mencari rezeki untuk keluarga.. saya redha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10/03/2011 - Satu bulan

Alhamdulillah.. si kecik ini sudah genap 1 bulan hari ni. X tau la camne kiraan sebenar. Kalo ikutkan hari ni baru hari ke-28 berpantang tapi kt ticker dh genap sebulan.. Kira halal la eh dari 10/02 – 10/03. Sabtu ni nak gi cucuk sebulan & sunatkan skali. Masa kt Kuantan dulu paed Yaya ngan Hana setelkan sume tapi kt KJMC paed x buat.

DSC00481 

2-3 hari ni Khayla buat perangai x mau diletak langsung. Serba x kena dibuatnya. Letak menangis, dukung pun dia nangis, buh dalam buai pun dia nangis, goyang2 kan dia pun nangis.. dh x tau nak buat apa sudahnya mama yg nangis sebab stress x tau nak pujuk cane. Risau je takut dia sakit ke sbb baby bukan reti nak bgtau kan? Sepanjang malam dia berjaga, melalak2 x tau cane nak dipujuk. Saya sgt benci masa2 camni sbb saya rasa I’m the worst mother.. saya x tau nak buat apa bila anak saya menangis.

Dah sebulan usia Khayla harapnya phase melalak xtau punca & berjaga malam dia akan berubah. Mintak2 bak kata orang tua dia buat peel sebab nak berubah bulan. Semoga Khayla akan terus membesar dengan sihat. Anak mama budak baik kan? Ini baby Khayla hari ke-25.. melalak, meraung tau2 pipi dh macam dipam2 ;p

196899_1548410000712_1548943722_31111178_5831509_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS