RSS

Outing with the girls

Hari Isnin minggu lepas Selangor cuti besday Sultan. Taska pun cuti. Masa nak anta papa gi LRT boleh plak anak debab manja papa melalak nak ikut.. papa pun memang dh berat hati nak gi keje so papa gi keje lambat sket. Dalam kol 10 gitu papa angkut anak beranak dia gi KLCC skali.


Photo0224


Photo0225


Lepas lunch papa gi ofis, mama la senget2 jaga 3 kenets ni. Memula Yaya nak tgk buku.. ok la..lepak Kinokuniya jap. Nasib baik la Khayla dh ngantuk sgt nak tido dh masa tu. Ada la dlm sejam derang dok kt tempat buku kanak2 tu boleh lak nampak KLCC park dr tingkap. Dah menggeletis 2 beradik nk swim.. ingat senang mama nak menapak sebelah dukung Hana yg xmo berjalan, sebelah lagi sorong Khayla dlm stroller yg kejap ke kiri kejap ke kanan.. Rasa selebet sgt masa tu huhuhu.. ingat dekat ke KLCC dengan park tu? Alhamdulillah.. sampai gak la kt public pool tu. Maka dapat la the kakaks mandi dekat sejam gak..


Photo0226


Masa the kakaks mandi, baby terbangun.. dekat 2 jam gak baby tido. Bila dia bangun terus menggedik nak masuk pool gak! Saya lepas je bagi dia merangkak tapi makin lama makin ke dalam plak nak mengikut kakak. Sangat mencabar nak handle budak bertiga ni sorang2. Tambah lagi bila nak salin baju derang.. dh mcm lipas kudung gayanya. Baby lak terjerit2 sbb kena strap. Terus rasa cam Super Woman.. ok, give a very big pat on the back!


Photo0234


Lepas mandi boleh plak nak main kt playground. Adoii la.. jam baru kol 4. Papa balik kol 5.30.. toloooong!! Sejam lebih lagik nak hadap. Lantak korang la nk berkubang kt playground tu.. dengan baby2 skali mama biarkan merangkak merayap merata. Suka dia!


Photo0236


Memang la hari yg memenatkan.. lenguh badan ngan tangan dukung Khayla yg x reti diam pastu tolak Hana dalam stroller adoii la.. Hancur la harapan mama nak beli Garret, shopping bagai bila dh terlalu occupied dgn mek2 ni. Papa hutang mama tau! Apapun, mama bley bangga dengan diri sendiri sbb mampu uruskan anak2 3 beradik tu sendiri sepanjang hari tanpa bantuan. Ramai jugak yg tegur “Awak sorang bawak diorang bertiga ni ke? Xde maid?” Senyum.. hebatkan saya? Hakhak!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

36th years together

Alhamdulillah.. hari ni 19 Disember, genap 36 tahun ulangtahun perkahwinan mama & abah saya. HAPPY ANNIVERSARY MAMA & ABAH!! Semoga bahagia hingga akhir hayat, di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan berpanjangan.

photo2

Dulu saya x paham cane mama boleh bertahan dengan abah. Masa muda2 dulu abah saya baran orangnya. Pantang ada benda yg x kena dengan kehendak dia mesti nak marah-marah. Abah MP-army, so jarang sangat ada kat rumah sbb banyak keje luar kawasan. Most of the time, mama ngan abah cuma weekend husband/wife. Dah dekat nak pencen baru lah derang dok sekali. Mama x pernah merungut walopun along saya masa tu nakal Tuhan aje yg tau.. saya plak asyik nak kan attention. Mama plak working mom. Gi keje naik turun bas tetiap hari, g keje Subuh hari balik dh Maghrib sbb tu saya salute sgt dgn mama saya. Malu saya nak mengadu kalo hubby outstation tinggal saya ngan anak2 setakat 2-3 hari maksimum pun seminggu. Banding dgn keadaan mama dulu, saya ni ada kete senang gi mana2. Apa sgt la susah saya kalo nak di bandingkan dgn mama yg sorang2 most of the time membesarkan saya & along dulu..

Dulu saya x faham cane mama boleh tahan bila abah marah2 bila ada mende yg x kena. Macam la semua mende nak salahkan mama.. abah susah sgt nak marah kami 2 beradik kalo de pepe yg x kena sbb abah xmo nanti dh la jarang2 dapat jumpa pastu nak marah2. Abah xmo risk bonding father-daughter/son yg dh ada tu. Most of the time abah will channel his anger to mama.. Mama will always be the bad side “Mama ni sikit2 nak marah.. sume mende x kena.” sedangkan abah yg marah tapi abah marah kt mama, mama lak hangin x pasal2 kena marah sbb anak pastu last2 mama marah direct hahahah..

IMAG0043

Bila dh besar.. pikir2 balik. Abah ringan tulang.. abah x pernah merungut kalo kena iron baju keje sendiri bila mama tertido awal sbb letih sgt and the best part is abah yang selalunya ironkan baju keje mama stok seminggu! Abah x pernah merungut kalo mama x masak sbb rush balik keje dh maghrib, instead abah yg tolong masakkan maggi lengkap dgn sayur, telur bagai.. it’s the thought that count. Abah x pernah lupa segala tarikh penting anniversary, birthday.. abah MESTI belikan present x kisah la murah ke mahal and abah will celebrate beli kek, belanja makan kt luar bagai. Abah romantik in terms of remembering and celebrating special dates, lucky for my SIL that my along get the traits from my abah ;)

Bila abah kena gi outstation mana2, abah x pernah lupa nak belikan apa2 untuk mama. Biarpun just beli candy bar kt stesen minyak dekat rumah tapi abah x kan balik tangan kosong. Paling penting yg saya nampak, abah appreciate mama in his own way. Abah x kan bangunkan mama kalo hari cuti mama bangun lambat sbb abah tau mama penat uruskan rumahtangga dgn anak2 sorang2 masa abah xde. Abah volunteer keluar beli makan kalo nampak mama x larat nak masak. Biarpun mama selalu sakit hati sebab abah marah2 x tentu pasal tapi abah jaga hati mama in so many other ways.

Bila dh kawen.. saya belajar dr apa yg saya nampak kt mama & abah saya. Mama sanggup bertahan berpuluh tahun dgn sifat baran dan pemarah abah but in return abah loves mama unconditionally. Dari perkahwinan my parents, I learn to accept my husband the way he is and I learn to love my hubby unconditionally ;p

HAPPY ANNIVERSARY MAMA & ABAH.. semoga berkekalan kasih sayang hingga ke syurga hendaknya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Weekend at Senggarang

Dah seminggu blog bersawang hehehe.. Wordless Wednesday pun xde sedangkan banyak je aktiviti dalam seminggu ni. Last 2 weeks lepas celebrate anniversary kt Mines Resort balik umah PIL walopun sekejap sgt sebabnya sampai Sabtu tengahari pastu Ahad petang dh gerak balik umah PJ. Kesian atuk ngan nenek x sempat puas main2 ngan cucu. Walopun sekejap sgt tapi sempat gak gi tepi laut, mamanya lepas kempunan nak makan kerang goreng, anak2 plak main ngan the cousins kt tepi laut.

Photo0103

Photo0083 

Last week x gi mana.. just spend time dok kt umah je. Keluar OU jap sbb Yaya nak gi buat art. Saya pun 2-3 hari lepas asyik letih je manjang. Pregnant lagi? Owh.. tidak!! Tunggu Khayla tadika nanti yer.. ;p Last week gak si kenet Khayla cirit birit pastu bontot dia melecet.. asyik meragam je kejenya. Kesian dia.. kita yg besar ni pun kalo melecet sket dh pedih ini plak baby. Terus weekend tu xde mood nk ke mana2 sbb letih si Khayla malam pun xley tido asyik menangis je sbb every 15 minutes dia berak2, bila nak salin diaper dia menjerit x mau2.. trauma kot sbb pedih sgt. Bila baby x sihat ni mama pun join penat sekali..

Photo0189 

Photo0188

Alhamdulillah Khayla pun dh sihat sepenuhnya. Dah x cirit lagi, melecet pun dh makin baik. Syukur sangat2. So minggu ni kita balik kampung lagi.. seronok la Hana dapat melawat kambing tetiap pagi, Khayla pun meleleh air liur dapat tgk angsa depan mata. Yaya? Mengadap TV je kejenya.. pergi la mana ceruk dunia pun asalkan ada Disney Channel hidup! Mama plak best sbb dapat gi Pasar Lambak hahaahhaha!! Happy weekend y’all.. sebelum tu nah muka budak banyak akai yg dh makin sihat..

Photo0220

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak 10 bulan

Hari ni baby Khayla genap 10 bulan.. alhamdulillah. Walopun 2-3 hari ni dia cirit-birit sehari berak sampai 7-8 kali pastu asyik merengek sbb bontot melecet tapi tetap aktif. Pagi tadi awal2 dh keluar jumpa paed sbb kesian sgt everytime dia berak konfem menjerit.. mesti pedih sgt kan baby? Kesian kecik comey ni. Bontot dia dh merah sgt jadi ruam lampin, nampak mcm melecet.. adehh.. mama pun seriau sbb tau mesti pedih sgt.

392744_2191171269342_1548943722_31642044_58064938_n

Paed ckp banyak faktor yg buatkan dia sakit perut tu. Salah satunya sbb dia tgh aktif merangkak merayap then tangan masuk mulut. Haruslah segala bakteria yg dia dh ‘sapu’ satu rumah tu berlumba2 masuk dlm perut. She’s one active baby I tell u.. she’s all over the house! Jenuh nak mengutip.. tambah lagi dia merangkak x guna lutut. Laju je dia bear crawl.. terkengkang2 tapi laju Ya Rabbi!

381314_2196323118135_1548943722_31643640_2005485749_n

Saya risau jugak sbb dia kecik sgt.. dh 10 bulan tapi berat baru 6.5kg! Tanya paed pasal berat baby yg bagi saya merisaukan tapi paed just senyum & cakap baby Khayla ni ikut genetik papa dia yg kecik pastu aktif plak. Masa saya tgh bercakap dgn doktor boleh dia panjat segala meja doktor pastu menggeletis x cukup tanah masa saya dukung. Paed kata baby ni jenis metabolisme tinggi.. bukannya dia x makan byk. Kalo makan bubur nasik semangkuk bley abis, dah tu kalo nampak kakak makan dia pun sibuk2 mengunyah nak jugak. Kalo x bagi mau mengaruk! Tapi jenuh nak menunggu la.. dia makan sesudu boleh dia round gi main dgn kakak dulu pastu baru dia dtg balik. Cane metabolisme x tinggi? Xpe la cane pun Khayla.. paed pun dh ckp xde pe nk risau.

390291_2196281357091_1548943722_31643630_1943218860_n

Semoga baby mama ni terus membesar dgn cergas dan sihat. Cepat2 la baik cirit-birit ngan ruam tu yer baby.. Kesian sgt mama tgk bila baby menjerit pedih bontot. Happy 10 months young my beatiful baby!! Mama, papa & the kakaks loves you a lot!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Post not pre

I never thought there’s a post for PMS.. No wonder I’m behaving like pompuan gila merampus x tentu sebab, x kira masa huhuhu..

“ PMS used to mean Pre-Menstrual Syndrome, but more and more women complain about having the same symptoms AFTER the period. (Actually some even have pain in the middle of period).

Post-menstrual syndrome is one of the most discomforting things for a female. It’s quite true that she experiences some of the most dramatic mental and physical changes during this time. Almost one-third of women suffer from this problem in their child bearing years. But it does not happen once they reach menopause. Other irritable symptoms of PMS are loss of appetite or a huge appetite, an itching pain in the vagina felt during intercourse and a feeling of dizziness and vomiting. A painful feeling can also be felt in the chest because it is insensitive for a short time.

A woman shows erratic behavior during this time. Today, all over the world people are aware of the short-temperedness of females during this period. Some women may also exhibit aggressive behavior during this time. She can feel unreasonable mood swings which are often accompanied with terrible laughing or crying.

This physical behavior can include changes like weight gain owing to fluid absorption by her body and tiredness. Fluid retention by the body of a female can lead to a bloating of breasts, legs, arms and feet. She may even get cramps in her stomach, diarrhea, nausea and vomiting. In extreme cases, a female may also kick into depression. Such symptoms can be exhibited by her for a period of 2 weeks after her menstrual cycle. Generally, such symptoms occur after the end of the menstrual cycle, but they can also happen during the cycle or before it.

The reasons for the occurrence of this syndrome are not known very well. The physical reactions can be attributed to the physical changes that happen inside her body during ovulation, but there is no explanation for the psychological changes. The hormones get released during the periods and after it which triggers such emotional overhaul.

Women who suffer from some ailment are more likely to experience a post menstrual syndrome. An unhealthy lifestyle can be one of the major reasons, which accentuates the negative effects of the PMS. Such lifestyle consists of many factors like excessive smoking and drinking of coffee. Lack of any physical exertion also leads to such symptoms in post menstrual syndrome. Even women who are exposed to environments continuously laden with high pollution elements become a victim of such heavy psychological disturbances during PMS. Other factors that lead to irregularities in the menstrual cycle are insomnia and stress.”

Okeh.. mari kita pergi tempat yg ada less pollution. Should I start with a spa?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS