Baru je cinta anta gi wax minggu lepas.. dah kena cium pagi ni uwaaaaaa!!!!
Random babbles #2
Alhamdulillah, dah 10 hari berpuasa saya masih boleh gagahkan diri bertahan. Walopun dugaan yang saya dapat bulan2 puasa ni sangat mencabar jiwa adoyaii.. dugaan Allah bagi kat saya x la seberat orang lain, hanya peel anak2 time diri dah agak sarat membawak perut, dengan emosi yang x terjangka. Bleh la consider sarat kan sebab diam x diam skrg ni dh masuk 3rd trimester. Kejap je masa kan? Masih lom sedia rasanya nak membawak dan membesarkan lagi satu nyawa ke dunia. Semoga Allah bagi saya kekuatan fizikal & mental untuk mendidik anak2 saya. Mohon Allah bagi ketenangan pada saya untuk lalui apa saja dugaan yang mendatang.
Cinta baru je gi outstation kejap tadi. Sanggup tunggu anak2 tido dulu, dah dekat kol 10pm baru gerak. Kalo x, mau ada adegan drama swasta memalam hari ni. Alahaii.. kalo ikutkan hati saya nak je saya cakap “X payah la pergi..” tapi kalo saya cakap kang mau serba salah plak cinta nak keje. Redha kan je la.. Kalo ikutkan hati saya x nak bagi cinta outstation ke, offshore ke sampai la dah selamat beranak nanti huhuhu.. tapi tu kalo ikutkan hati.. mati. Memang saya dah sampai tahap x larat sangat2 sekarang ni. Baru masuk 7 bulan.. orang yang pregnant rapat2, umur pun dah masuk 30-an bley paham kot. Maybe sebab puasa sama kot, badan tgh adjust. Sebab tu orang nasihatkan suh jarakkan anak2 at least 2 tahun.. takut jadi camni la. Bila dah sarat, badan lesu.. nak melayan lagi peel anak2 yang berubah ikut mood. Sudahnya anak2 jadi mangsa asyik kena marah je.. terbantut budak2 tu nak berkembang.
2-3 hari masuk Ramadhan aritu saya rasa yang saya dapat cuma letih, lapar & dahaga. Apa x nya, pepagi hari lagi saya dah mengamuk kat anak2. Macam2 peel la 3 kepala nak di layan. Sudahnya hari Khamis aritu saya betul2 breakdown & cry.. sampaikan amik MC sebab sgt2 stress. Xtau kat mana nak dilepaskan kemarahan tu.. memang la lately saya emo memanjang. Dengan Khaylanya demam x kebah pastu batuk berkahak, nangis lama sket muntah sampai 2-3 kali. X cukup rehat sama.. tetiap hari bangun kol 4.30 pagi prepare sahur pastu saya dah x tido dah. Mana nak iron baju2 keje, kemas2 apa yang patut lepas sahur. Nak buat malam sebelumnya memang badan dah terkelepet.. Kalo saya x terdaya sgt baru la rebahkan jugak kepala biarpun dapat tido 20 minit je. Bulan puasa ni masa terlalu singkat kan?
Cepat la cinta balik.. saya kesian bila anak2 asyik kena marah. Bila badan dah x larat, anak2 menakal x tentu hala mula la rasa marah tu cepat je datang. At least kalo cinta ada dia rajin melayan anak2.. derang pun x rasa tersisih. Alahaii.. kuat2lah semangat mama nak besarkan korang dalam environment yang seronok. X larat nak emo2 gini.. tambah meletihkan jiwa raga. Mohon Ramadhan kali ni saya di limpahkan nikmat ketenangan & kesabaran yang tinggi.. amiiinnn..
Welcoming Ramadhan
Alhamdulillah.. dah selamat 2 hari berpuasa. Lapar x sangat maybe sebab dah terbiasa ganti puasa 2-3 minggu sebelum ni. Harapnya dapat la puasa penuh tahun ni, bukan senang nak dapat peluang kan? Cumanya rasa letih tu melampau2.. semalam ngan hari ni terkelepet sakan. Pantang letak kepala konfem tido huhuhu.. Balik kampung sambut puasa ari Jumaat kol 12 tengah malam, sampai Sp dalam kol 4++ pagi gitu trus sahur pastu bantai tido. Bangun mayang subuh jap pastu sambung tido balik. Spend sehari je la kat kampung.. x puas langsung sebab hari ni lepas Subuh tadi terus gerak balik PJ. Rasa cam x nak balik je uwaaaaaaa.. Sampai umah lebih kurang kol 12 then sume bantai tido. Sume stok terkelepet huhuhu..
Selamat menyambut puasa dari kami sekeluarga. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2nya. Semoga saya di berikan lebih kesabaran untuk menguruskan suami, anak2 dan membawak diri dengan perut yang makin besar huhuhu.. Selamat berpuasa!
Mengidam ikan bakar
Dah lama sebenarnya teringin nak makan ikan bakar tapi setakat ni yang bley terima dek tekak cuma Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Dah satu keje plak nak gi merentas timur-barat semata2 nak makan. X terdaya la weii.. sebenarnya pernah nampak tempat ni masa on the way ke Bangi dulu tapi dah ingat2 lupa sampaikan cinta tanya nak gi makan kat sini x weekend nanti? Pucuk dicita ulam pegaga la..
Mulanya cinta ajak gi makan hari Ahad tapi x larat la sebab esoknya keje.. so tukar plan gi makan hari Sabtu, relax la sket. Ajak SILs skali sebab derang pun dok area sana. Makan ramai2 meriah sket. Lagipun kalo setakat saya ngan cinta je gi makan banyak mana sangat la nak jamahnya.. nanti last2 tapau je lebih.
Restoran dia memang spacious.. ramai orang tapi xde la rasa crowded sangat. Complete surau, tandas ngan tempat mainan yang paling penting bersih. Bila dah ada tempat mainan haruslah mek2 ni x gi tempat lain. Nasib baik la acik2 rajin melayan..
Menu hari tu amik siakap bakar petai, lala masam manis, sup ayam ngan telur dadar untuk mek2 tu. Alhamdulillah.. abis licin sume. Cinta pun makan bertambah, maknanya memang kena la ngan tekak dia. Gambar sebelum kejadian makan x sempat amik sebab dah terliur nak makan hakhak! Gambar selepas kejadian je la eh hahahahahaah…
Kenyang perut suka hati
Aktiviti minggu ini..PSN
Tetiap kali weekend the kakaks akan tanya “Kita nak gi mana ari ni?” Memang sume jenis bontot x reti dok diam dalam umah. Jenuh la masa mama dalam pantang nanti sume menggelupur nak keluar huhuhu.. Saya dah 2 kali bawak budak PPKI gi ke PSN, everytime gi mesti teringat nak bawak derang. Alang2 minggu ni x ke mana so ajak cinta bawak anak2 gi PSN tengok dinosour. Sebelum g haruslah breakfast dulu kat mamak.. aktiviti rutin hujung minggu hehehe..
Sampai PSN ngam2 kol 9. Cinta tanya jalan mana la saya tau sbb selama ni gi naik bas, kalo drive sendiri lain la. Nasib baik la cinta ni jenis x segan nak bertanya terus jumpa tempatnya. Sampai2 dah de 2-3 bas menunggu.. masyaAllah, ingatkan on weekend x ramai rupa2nya penuh sesak! Nasib baik la saya pernah pergi so tau mana nak tuju nak beli tiket then ke bilik pameran bagai.
Sampai2 je terus saya bawak anak2 gi tingkat 2 tengok pameran dinosaur sebabnya memang ramai sgt rombongan yang tengah siap sedia nak menyerbu huhuhu.. kiranya masa kitorang anak beranak masuk tu orang pertama la. Pastu ingatkan anak2 excited la rupa2nya sume takut! Adoii la.. Hana memang dah x nak berjalan langsung. Papa la jadi mangsa nak kena dukung sepanjang jalan. Yaya plak memula ok pastu bila natang tu start gerak2 dia dah cuak. Khayla paling relax & kagum tengok dinosaur.. siap ternganga2, muncung2 tengok. Sikit pun x nangis.. caya lah baby Khayla!
Yaya plak sekarang dah makin pandai nak try sume mende.. good girl! Memang tujuan saya bawak anak2 gi PSN ni nak bagi derang expose more to hands on.. picit je segala button yang ada. Explore segala apa yang korang nak explore.
Hana plak lepas tgk dinosaur tadi asyik la dengan takutnya. Apa yang dia terbayang ntah la.. tapi bila nampak train ni terus dia excited nak naik sampai xmo turun huhuhu..
Spend dekat 2 jam gak kat sini bagi mek2 ni try segala mende yang ada.. bukan anak2 je excited dengan bapak2 dia skali pun excited nak menerai segala apa yang display kat sana.
Sebelum balik singgah dulu kat kids area nak bagi derang main sket2. Nak bagi main kat Foam Factory ngan tempat lompat2 yang lain tu risau plak nak lepas sebab memang terlalu crowded sampaikan dah nak berlaga kepala budak2 dalam tu. Main je la kat tempat yang less crowded ni buat syarat.
Kol 11 gitu gerak balik umah sebab masing2 dah keletihan. Khayla pun dah mengantuk sebab memang dah nap time dia. Cumanya lenkali kena ingat nak bawak buggy sebab Hana wat peel nak berdukung, Khayla pun sama.. at least kalo salah sorang dok dalam buggy kurang la semput ngan senak mama nak dukung Khayla berjalan ke parking adoii la.. Pepepun saya puas hati dapat bawak anak2 gi Pusat Sains Negara bagi derang experience. Arini mama ganti posa so sume orang kena dok rumah oke hehehe..





