RSS
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Mengidam ikan bakar

Dah lama sebenarnya teringin nak makan ikan bakar tapi setakat ni yang bley terima dek tekak cuma Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Dah satu keje plak nak gi merentas timur-barat semata2 nak makan. X terdaya la weii.. sebenarnya pernah nampak tempat ni masa on the way ke Bangi dulu tapi dah ingat2 lupa sampaikan cinta tanya nak gi makan kat sini x weekend nanti? Pucuk dicita ulam pegaga la..

403905_3243615939801_997959533_n

Mulanya cinta ajak gi makan hari Ahad tapi x larat la sebab esoknya keje.. so tukar plan gi makan hari Sabtu, relax la sket. Ajak SILs skali sebab derang pun dok area sana. Makan ramai2 meriah sket. Lagipun kalo setakat saya ngan cinta je gi makan banyak mana sangat la nak jamahnya.. nanti last2 tapau je lebih.

Photo1455

Restoran dia memang spacious.. ramai orang tapi xde la rasa crowded sangat. Complete surau, tandas ngan tempat mainan yang paling penting bersih. Bila dah ada tempat mainan haruslah mek2 ni x gi tempat lain. Nasib baik la acik2 rajin melayan..

Photo1454

Menu hari tu amik siakap bakar petai, lala masam manis, sup ayam ngan telur dadar untuk mek2 tu. Alhamdulillah.. abis licin sume. Cinta pun makan bertambah, maknanya memang kena la ngan tekak dia. Gambar sebelum kejadian makan x sempat amik sebab dah terliur nak makan hakhak! Gambar selepas kejadian je la eh hahahahahaah…

Photo1459

Kenyang perut suka hati Smile with tongue out

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kurma Milkshake

Sekarang dh bulan puasa banyak dapat stok kurma.. cam saya dapat MIL bagi then cinta hati pun dapat dr ofis. Saya x gemar sgt kurma tapi bila fikirkan khasiatnya banyak bagi tenaga especially masa puasa ni then one of milk booster, gagahkan jugak la makan 2-3 biji. Bila banyak sgt stok kurma kat rumah so terpikir la cara nak habiskan. Masa google jumpa resepi Kurma Milkshake ni. Rasanya ramai dh tau.. saya je baru terjumpa hehehe..

kurma

Bahan-bahan :
  • 10 - 15 biji buah kurma, dibuang bijinya
  • air secukupnya
  • 1 liter 'Fresh Milk' atau Susu Kotak Dutch Lady
Cara-cara :
  1. Kurma dididihkan dengan air di atas api perlahan. Masak sehingga agak hancur dan menjadi seperti puree.
  2. NOTA: Sukatan air cukup sekadar untuk tenggelamkan buah kurma di dalam bekas
  3. Dah siap puree buah kurma tu, guna mesin pengisar (blender) & blend dgn fresh milk tadi.
  4. NOTA: Kalau puree buah kurma tu tak berapa hancur ketika dimasak, 'blend' puree dulu, baru masukkan susu.
  5. Boleh dihidangkan sejuk atau suam. Sedap & Berkhasiat!
  6. NOTA: Kalau tak nak buat puree dulu pun boleh. Asalkan dapat buah kurma yg lembut, buang biji, terus jer blend dgn susu. SELAMAT MENCUBA.

kurmamilkshake

Lepas buat tu terus masuk dalam peti ais. Sedap weh minum sejuk2 masa berbuka..lemak berkrim! Saya memang penggemar susu so xde masalah la nak minum. Nak kurangkan rasa bersalah takut gemuk guna susu Low Fat nguehehehe.. Tapi series sedap Kurma Milkshake ni. Rasanya tahun ni xde la terbiar je kurma yg banyak2 kt rumah ni. Alhamdulillah, production susu pun ok. Xpernah lagi pam lepas minum sbb saya selalu direct feeding je malam. So far breast rasa sentiasa penuh je pastu malam2 Khayla pun kurang bangun sbb dh kenyang kot, kadang tuh sampai tersedak2. Ni yg best.. saya dapat minum sedap, baby pun dapat susu banyak hehehe.. Try la..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iftar :: Chinese-Muslim food

Seperti yg di plan.. cinta hati mau berbuka dgn Chinese-Muslim food. Haruslah cari tempat yg dekat2 dgn rumah je so that xyah terkocoh2 & berebut nak semayang maghrib. Sudahnya ke Restoran Mohd Chan Abdullah area KJ la kami.. Cinta hati book awal2 dalam kol 4 lebih. Inilah antara menu kami..

0500_KetamMasakSosSpecial

Ketam masak sos special

_MG_5120

Butter prawn

_MG_5001

Sotong goreng rangup

1412_RebinaLaici

Ribena Laici

Tambah lagi kangkung goreng belacan + itik panggang + ayam lemon.. giler tamak ah, 6 dishes dh la portion besar2 pastu utk 4 orang makan je. Sudahnya makan sikit then tapau bawak balik je. Boleh la buat lauk untuk sahur plak kang.. Verdict? Ok la.. itik panggang tu x kena dgn tekak saya ngan cinta hati huhuhu..

Seperti yg di bayangkan saya x dapat langsung menikmati makanan saya huhuhu.. 10 minit pertama je anak2 ok lepas tu mula la buat perangai. Hana nya asyik merengek je nak berdukung sbb dia x sedap badan baru lepas makan ubat selsema ngan batuk. Aulia plak bila ada acik2 nya terlebih mengada plak sbb acik2 rajin melayan. Kalo dgn mama haruslah kena cubit dah. Khayla pun x senang duduk sbb kalo kat rumah kol 7-8 tu biasanya saya tidokan sekejap so that senang masa berbuka.. so dia pun merengek nak tido.

Rasa2 cam tobat je nak keluar buka puasa kat luar tahun ni. Tunggu tengok next year kot2 mek2 kenit dh besar sket. Kalo teringin sgt pun biarlah keluar lepas setel semayang maghrib semua. Cara nak keluar berbuka on time pastu terkocoh2 nak kejar semayang.. alahaii buat penat badan je. Bila penat mula la nak mengamuk.. x berbaloi. Xpe lah anak2.. mama ngan papa korban la setahun dua sementara korang nak besar ni. Biarlah korang melasak puas2 kt rumah.. just enjoy childhood moment korang ye anak2.

Sekian report iftar pertama kami anak-beranak di luar huhuhu :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sweet tooth

Adoii la.. I’m craving for these rite now. Tapi kalo order kang sape plak nak ngabiskan sampai sekotak kan? Hubby dh tentu2 x gemar mende2 manis gini. Nak bagi mek2 tu makan kang comot je lebih, makannya x banyak mana pun. Saya plak teringin nak makan seketul dua je..

66592_10150095065229989_762649988_7239081_2757665_n

164114_10150150503164989_762649988_8128402_2729115_n

Picture 114

Pix taken from here

Ringan2 je jari ni nak click order. Tapi kang kalo order mau cinta hati tembak “Aihh.. kata nak kurus?” huhuhu.. Nak order x nak? Nak order x nak? They even have this..

IMG00768-20110527-0935

Macaroons.. huarghh!!

Nanti dh nak puasa mesti terbayang2 je mende2 manis nih.. tsk..tsk.. Owh, saya bukan mengidam ye.. bendera merah baru je turun tiang huhuhu.. Haruskah ku order? Haruskah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air tangan mama

Cuti Nuzul Quran haruslah ajak cinta hati balik Sp semata2 nak puaskan tembolok orang mengidam nih hehehe.. sangat happy oke sbb semua yang nak makan dah ‘order’ awal2 so abah dh ready beli bahan & mama plak masak tunggu balik nak makan je. I love u so much la mama.. u rawk!! Menu tambahan selain makanan yang di idamkan last week..

images1

-ikan pekasam goreng-

udg

-udang goreng masam manis-

keli

-ikan keli sambal-

Pergh.. air tangan mama memang superb!! To Along, telan air liur la ko.. sape suruh x balik? Rugi woooooo.. makan bertambah oke. Haruslah kalo gini gaya pregnant kali ni mau naik sampai 80 kg!! To cinta hati, tq sbb melayan peel bini nak balik kampung semata2 sebab nak melantak huhuhu.. This weekend is the best.. sbb bleh makan segala apa yg nak dengan aman bahagia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Booster

HELP!!! Production adalah sangat merudum sekarang.. adik Hana plak tengah growth spurt. Adoii la.. kalo besa2 kat taska adik minum 2oz x 5 botol je tapi start last week dia nak 2oz x 7 botol aiiyoooo.. Mama plak memang x leh nak wat stok langsung. Memang ngam2 pam hari ni untuk bekalan esok. Semalam sehari suntuk pam pun baru dapat 8oz. Hari ni plak kena balik kol 5 petang sebab ada kelas tambahan. Nasib baik la ada kawan satu sekolah tolong hantarkan lagi 4oz hasil perahan kt skolah. Mintak2 cukup la sampai mama balik nanti yer Hana. Mau tunggang terbalik mama balik petang nanti nak wat stok untuk Hana huhuhu.. another 14oz untuk esok. Adoii la haii.. xpe, mama percaya rezki untuk Hana sentiasa ada. Susu mama sentiasa ada macam air mata air, bukan macam tangki air yang akan habis.. kan Kak Fid? ;p

Masa break tunggu kelas tambahan tadi, me sempat singgah stokis HPA beli ni..

HPA

Kenapa beli ni? Sebab dekat bunting kedai tu ada tulis ni - "meningkatkan aliran susu".. orang yg tgh desperate nih plak dh tentu2 la main sambar je kan huhuhu... kalo ada iklan jilat batu bleh banyakkan susu pun konfem beli wakakkaka!! Dah macam2 me telan demi nak maintainkan production, antaranya..

fenugreek

Fenugreek capsules @ Halba

in-comix_dates_longan

In Comix Dates & Longan

Demi mu anak.. apa saja mama sanggup telan huhuhu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Addicted

rotiboy5-300x225

I'm addicted to this these days.. adoii la, baunya adalah sangat tempting. Sekali beli sampai 3 oke! Bleh abis sekelip mata je.. pastu Aulia nak sket pun x bagi muahahahah!! Sanggup ajak hubby gi ECM semata2 nak beli ni pastu trus balik umah. X shopping pun xde hal asalkan dapat beli roti ni hehehe.. Hubby pelik "Mengidam ke hape nih sampai teruk gini?" Owh, tidak sama sekali.. test kit yg baru dibuat pagi kelmarin adalah NEGATIVE!

rotiboy

Owh Rotiboy.. I blame U for making me an ibu roti huhuhu.. Melantak sampai 3 bijik pastu lagik mau tanya nape x kurus la? Hmmm..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesanan Ikhlas

Breastfeeding memang watkan me cepat lapar. Baru je makan nasi tetiba dh rasa perut berkeroncong balik huhuhu.. Harapnya metabolisme pun makin tinggi la. Tapi nasib baik berat pun x melonjak sgt.. turun lagi 1kg ada la. Bila Aulia nampak me kerap sgt makan skrg ni dia pun heran sampaikan bila dia nampak me menuju ke dapur je dia tanya "Mama nak makan lagi ke?" me angguk je. Tetiba dia cakap "Nanti mama gemuk macam ni macam mana?" sambil kembung pipi.. huhuhu.. mama tenyeh mulut ko tu kang hakhak!! Me xyah susah2 nk amik trainer bagai, ada mek kenit ni bley jadi saiko nk menjawab segala mak nenek soalan dia.. Terus terbantut niat nak makan ekekekeke..

gemoks

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ehem..ehem..

muih

Kuih dan muih beranika macam, makan lah jangan hanya dipandang.. ;p

kuih

Semangat tul nak raya! Kuih dah siap dalam balang kuih raya huhuhu.. sampaikan abah tanya "Betul ke esok dh raya ni? Anak bulan pun orang lom tengok lagi.." ekekekeek.. semangat tul mak budak nih!

Dalam xde beli sangat kuih raya pun dh de 8 jenis.. itu belum masuk kerepek, kuih sepit, rendang bagai huhuhu.. makan puas2 yer raya nanti. Baru je berat turun 3kg puasa ni, lepas raya ni mau naik 5kg wakakakak!! Apsal haku excited sangat nak raya tahun nih?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iftar day 20

Yer.. ini entry basi, entry berbuka puasa semalam. Tetiba semalam I'm craving for ayam masak lemak..yummehh!!!

ayammsklemak

Since kami laki bini tinggal berdua je, plan berbuka kat luar je la kan. Bila hubby tanya nak berbuka apa? Cepat je jawab nak makan ayam masak lemak.. and the only place yang me bleh pk masa tu kat sini je ada..

ls

Hubby nak melayan tekak bini punya pasal pun iye kan je la.. dalam kol 6 lebih dh gi order, wat reservation siap2. Sementara tunggu waktu berbuka tuh jenjalan dulu area ECM. Sampai waktu berbuka kol 7.13 cuma air je yang sampai.. makanan plak x sampai setengah meja yang dapat. Sume orang dh start hangin..

Hubby pun dh bunyi2 x puas hati tapi me yang baran ni bleh plak sabar.. nape? Sebab nak makan ayam masak lemak punya pasal wakakakakak!! Hubby cakap kalo lagi 5 minit x sampai dia nak gi bayar pastu cari makan kt tempat lain hukhuk.. masa tuh rasa cam nak nangis je ekeekekkeekek.. Memang rezeki la sebab lepas abis je hubby cakap gitu makanan pun sampai..

Laksa shack ni pun satu hal.. kalo baru 1-2 hari berbuka puasa tu bleh la dimaafkan sebab kelam kabut lagi nak budget kan? Tapi ni dh hari ke-20 puasa patut dah pandai la budget bila nak sediakan makanan. De 2-3 meja gak yang g cashier trus bayar air pastu blah. Memang me punya rezki la nak dapat makan ayam masak lemak tu semalam.. kalo x kempunan la mak labu nih huhuhu... Harini plak rasa nak makan ayam masak merah! B.. jom g param nak x?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak berbuka apa?

Boley x baru hari ke 13 berpuasa tapi dh xtau nak sediakan apa lagi makanan berbuka ngan sahur? Hari2 pk nak masak apa, nak makan apa lagi? Sedangkan tetiap hari makan xde la perah otak pk sampai macam ni.. nak berbuka makan apa hah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berbuka sorang2..

Suami tercinta ada acara berbuka puasa kt Cherating dengan officemate.. xkan la me nk menempek nak ikut jugak2 kan? hehehe.. Sudahnya berbuka seorang diri la.. huhu.. Apa menu anda untuk berbuka harini? Menu me..

IMG1022A

Air tebu + nasi kerabu beli kat param tapi sempat balik panaskan dlm rice cooker (dapat makan panas2.. superb!) + sambal kerang (oke.. combination yg x bape ngam) + kek batik & kek coklat as dessert.. erkk.. Alhamdulillah.. rezki berbuka hari ni. Berbuka sambil ditemani CSI:NY.. not bad huh?!

Hubby msg petang tadi tanya makan pe untuk berbuka.. rasa bersalah la tu tinggalkan bini sorang2 kan? hakhak!! "Malam nanti kita keluar minum2 ek.." pandai je la pujuk kan? Nasib baik oke mak buyung ni craving TEH AIS kt mamak.. kira pujukan diterima la hehehe..

Kenapa me sorang2 je kat umah? Di mana si kenit yg cheeky ini?

14-08-09_1901

Masa balik kampung minggu lepas tokmama & babah telah membuat special request supaya Aulia tinggal kt kampung sampai raya nanti.. hukhuk.. maka tinggal la kami laki bini kesunyian tanpa jerit pekik anak dara kenit tersayang.. Tapi xtau la kalo x sampai raya Aulia dok sana hehehe.. kalo papanya rindu NYAWA dia tu haruslah kami berdesup balik kampung kan? Tetiba rasa cam sunyi plak rumah ni.. haisy..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak berbuka apa ek?

Jam baru je kul 4 petang.. Aulia ngan darling hubby pun tgh sedap tido lagi. Me sorang2 dh berangan nk g pasar ramadhan carik juadah berbuka huhuhu.. Nak berbuka apa ek nanti? Dalam kepala hotak nih dah terbayang 3 mende ni je yg nak diterjah..

17-06-09_1037

Kuih Puteri Ayu

popia_goreng

Popia Goreng

murtabak3

Murtabak Daging

Pergh.. tengok gambar je dh kecur air liur uwaaaaaa!! Kalo hubby x mo g pasar ramadhan petang ni, mau mak buyung wat mogok muncung sedepa huhuhu.. Kalo xde mende2 ni kt area umah, haruslah me suruh hubby carik satu Batu Pahat sampai jumpa muahahahaah!!!

Puasa x sampai sehari lagipun tapi nafsu berbuka cam kuda huhuhu.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My latest addiction

 

TEH O AIS!! Heaven giler bila air nih sejuk2 mengalir kt tekak huhuhu.. tiap kali ke kedai makan harus lah air ni je jadik pilihan. Kadang tuh nk amik sampai 2-3 gelas terus huhuhu..

Sudahnya bila hubs xde kt umah, nk keluar umah pun x terdaya.. buat sendiri je la teh o satu jag pastu letak dalam peti ais. Tp kena kurang manis la..sendirik mau ingat la kan? Kang x memasal je dpt kencing manis masa pregnant huhuhu... mcm2 peel masa pregnant nih. Sah2 baby ikut perangai papa..ske teh o huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jiran baik..

Petang td dlm kol 6 lebih gitu tiba2 jiran depan rumah datang bg salam..me dgn terkocoh2 nya carik tudung. Sibbaik la mama ngan abah ada so derang la entertain dulu kt luar, derang xnk masuk sbb dh dekat maghrib..rupa2nya datang bawak 2 bungkus..

IMG0858A

mee & bihun sup

Jiran tu cakap, setakat ni yg paling sedap dia pernah makan kt Kuantan ni (tekak orang utara) sbb tu belikan kot2 ibu mengandung ni nak rasa..owh.. how thoughtful!! Segan lak rasa sbb ada gak orang ingat nk belikan walopun bukan sedara mara pun.. pastu jiran tu pesan lagi "kalo ada apa2 nk mintak tolong sepanjang syamsyir xde ni panggil la..sama2 merantau, pakat2 jaga la.." sangat terharu. Wujud lagi jiran macam ni yg amik berat hal jiran.. Sbb dia ingat nk belikan so me pun balas la bg telur itik yg me beli kt sekolah haritu..xkan la org dtg balik tgn kosong kan? Biarpun dia ikhlas x mintak balasan tp kita pun niat nk bg je.. To Fauzi & wife-Ina,terima kasih la banyak2 sbb amik berat ye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semalam di SR

Pic-0008

Hubs memang dh xde keje lain sepanjang balik nih..asyik ngikutkan peel bininya yg nak makan mcm2. Jumaat petang tetiba teringin nk makan kek plak..bukan satu yer..tp 4!!

Pic-0010

Pic-0011

Bukan la sekali makan je..tp tapau je banyak. Ini plak peel anak dara kenit nih..dh jadik habit masuk kete je terus tido, bila sampai je SR dia tido lagik. Bila gerak suh makan kek dia makan 2-3 suap pastu nk mengamuk sbb x puas tido. Adoyaii anak..penat nk melayan amuknye..

page

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan..makan..

Semalam patutnya ada gotong-royong cantikkan sekolah sbb PM nk dtg minggu depan.. Kol 8 lagik dh tercongok depan sekolah..bila dh bahagi2 task je dpt bau cat terus rasa lembik nk muntah huhuhu..so trus balik la sbb mmg dh x tahan sgt bau cat uwerkhhh!!! Sibbaik hubs baik hati sgt nk hantar..so masa balik tuh dh lapar huhuhu..sedangkan pagi tuh baru je breakfast muaahahhaha!! Ajak hubs g EC Mall, mulanya ingat nk beli BIG APPLE pastuh ternampak plak ni..

IMG0829A

Dh meleleh air liur hakhak!! Then hubs suh pilih satu je mana yg nak makan? Waaa...kijam!! Sbb semalam baru belasah sampai 4 slices kek kt SR huhuhu..kang kencing manis x memasal je..dgn gelojohnya harus la me nk kt sini kan..

page

Petangnya ajak hubs makan kt Kemaman Kopitiam plak..asyik melantak je keje. Kenyangnya x jugak huhuhu..

IMG0843A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak makan pe?

Bila dh pregnant ni taunya lapar je..walopun loya2 bagai tp perut x leh biar kosong kan? Hubs lak tetiap hari tanya “sayang nk makan pe?” muahahaa!! Sgt heaven!! Kalo me cakap “asyik lapar je manjang..sket2 makan” then hubby jawab “xpe..tu baby yg lapar,makanla..” sgt bahagia oke! Kalo x sebelum nih kalo makan banyak je hubs jeling pastu senyum2..nk kata haku gemok la tuh!! Jangan cari pasal yang..

Isnin malam tuh hubs sembang2 dengan jiran depan umah then dia cite de ikan bakar sedap kt Tanjung Lumpur. Tempat tu mmg famous dgn ikan bakar pun cumanya banyak sgt kedai x tau mana sedap..bila hubs tanya nk makan ikan bakar x, angguk laju je hehehe!!! So inilah Ikan Bakar Petai ngan sup ayam yg kami order..combination yg sgt x kena. Sebenarnya sup tu utk si kenit yg sgt la wat perangai..

IMG0819A

Ikan Bakar Petai

IMG0818A

Sup Ayam 4 Aulia

Sekarang nih order air kena sampai 3..sbb Aulia tiap kali g kedai makan akan jerit kuat2 masa org amik order “yaya nak teh aish!”. Sebelum2 ni mmg fav mama tp skrg air yg bersusu je wat rasa nk muntah..so utk mengelakkan dia wat drama swasta kt kedai orderkan je la. Lagipun kalo anak mintak makan minum xkan nk halang..

IMG0820A

Milo 0 utk papa, teh O ais utk mama & teh ais utk yaya..

Thanx papa sebab layankan apa saja yg mama nk makan..2 minggu ni je kan? Lepas nih papa kena balik laut..muuuaaaah!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Day 2 : Aulia at nursery

Balik keje trus g amik Aulia..xleh la nk tinggal lelama. Risau je hati teringatkan anak huhu.. Sampai2 je depan pintu nanny panggil Aulia tgk sape dtg..dia nampak je muka me terus nangis..adeh..syahdu sgt la anak oii..sibbaik mama tahan x nangis sama. Balik umah jap solat, siap bagai pastu kol 2.45 gerak g sekolah balik. Harini de latihan rumah sukan..minggu lepas pun ada gak tp me stay kt skolah sampai petang. Last week tokmama&babah ada xpe la..Kali ni x sanggup la plak nk tinggal anak sampai petang kt nursery. Rela me ulang alik semata2 nak usung Aulia sekali. Apa saja rela..biarpun naik berpinau mata nih x berenti drive dr Pekan-Kuantan-Pekan.

Letihnya la hey nk menunggu sampai kol 5..tambah2 bawak Aulia. Bila dia nampak ramai budak2 lari, dia pun nk lari sama tengah padang. Jenuh me tercungap2 nk mengejarnya huhuhu..tergedik2 dia melompat2 tp suka sgt tgk sbb dia hepi. Masa balik dia dh letih..ajak bersembang pun xnak. Sampai umah dia start merengek..satu mende yg me notice berubah kt Aulia since g nursery ni perangai & mood dia cepat sgt berubah. Masa me amik dr nursery tersangat la happy cam tgh high..gelak2, pastu jerit2 suka, ntah pe yg dia seronok sgt me pun x paham. Maybe dia excited kot mama dh balik & x tinggal dia lama2 kt nursery tu.. Tetiba dr tengah seronok2 tu dia start la wat mende2 yg noty..de je la akal dia nk watkan mama ngamuk pastu bila marah nangis..saje je kan? Dia suka sgt ikut je mana me g sedangkan kalo sebelum ni dok melepek je depan tv. Bila dh anta nursery dia jadi makin nk melekat je dgn mama atau papa tiap masa. Mesti lah dia rasa gitu kan? Dh dia kena tinggal tetiap hari..bila balik je harus la nk manja & perhatian lebih2 dr mama&papanya..sian yaya..

Cadangnya harini nk masak..konon nk wat seprais la utk hubs. Dh berkurun hubs x merasa air tangan bininya huhu..bukan masak gempak2 pun..nasik goreng je muahahaha..semangat la masak nasi masa balik tengahari tu so that balik petang ni bley trus goreng je nasi. Sekali hubs call.."b x balik malam ni,tido kt transit. Nk siapkan keje.." uwaaaaaaaa..keciwa la hati! Padan muka..nk wat seprais konon..last2 makan sorang la me sob..sob..suapkan Aulia dlm 3-4 mulut pastu dh xnk. Nampak sgt mama masak x sedap ekekekeke..

IMG0643A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Open Table

Malam ini..my big bro open table kt Hussein Nasi Kandar hehehe..sempena apa me xtau la kan? Sempena wedding anniversary mama&abah bley, sempena besday anak sedaranya si yaya bley, sempena besday adiknya nan seorang ini bley..kalo xpun sempena gomen dpt bonus muahahahahahah!! Xpe..rezki yg dikongsi bersama nanti makin bertambah kan along kan?? Terima kasih daun keladi..lenkali open table lg k..seperti biasa gambar2 makanan xsempat di snap kerana tahap kebulur dh melepasi taraf bahaya hehe..makan dgn family sgt la seronok oke!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS