RSS

A treat for Momma

Ini cerita Mother’s Day yg dah basi huhuhu.. asyik bertangguh nak buat entry ni sampai la hari ni. Alang2 si kecik dh tido boleh la nak mengarang. Cinta hati bukanlah orangnya yg nak buat seprais nak bagi bunga bagai utk special date kan so saya la yg hampir tetiap hari sebelum minggu mother’s day tu dok tanya soklan sama “Sayang nak bg seprais apa utk mother’s day ni?” muahaha.. konfem bernanah telinga hubby bila tetiap hari asyik dok dengar soalan sama. Saya pun x harapkan pepe sebab tetiap minggu je pun hubby bawak keluar jalan2, xde la terperap kt rumah.

Ntah cane tetiba cinta hati tanya saya nak gi mana utk weekend tu. Ala2 weekend getaway la, sedangkan tetiap minggu pun x lekat kat umah huhuhu.. Saya teringin nak gi Pullman so ke sana la kami.

222986_1647012465712_1548943722_31225778_2698871_n

Saya memang tersangat la suka sekali sekala berubah angin bawak anak2 tido hotel, spend time melayan anak2 kt pool & suami sepenuh masa. Bukanlah kat rumah x layan tapinya bila kat rumah segalanya saya buat sendiri memang ada je keje yg saya nak buat. Basuh baju, sidai baju, lipat kain, basuh botol anak, iron baju keje.. buat itu, buat ini. X senang duduk.. sudahnya kadang tu tengok2 anak2 dh terlena dengan cinta hati. Tu cara keje separuh hari tu..

Bila dapat spend time dengan anak2 & suami, x perlu pikir nak kemas bila anak sepah2 bagai.. sangat bahagia. Tambah2 lagi bila anak2 pun hepi dapat bertukar angin, x cranky, maka dapat la peluk2, pegang2 tangan, smooching2 lebey sket dgn cinta hati nguehehehe.. Ala2 rejuvenate balik feeling2 masa lom kawen tapi kali ni dengan anak2. Sangat perlu oke.. Meh layan gambar dulu..

225496_1649520328407_1548943722_31229135_7494791_n

Welcoming us..

224209_1649519528387_1548943722_31229132_4231055_n

Baby Khayla pun hepi papa bawak jenjalan..

230213_1649519368383_1548943722_31229131_488696_n

Hana yg excited!

229299_1646977504838_1548943722_31225746_5766128_n

Nice view @ Pullman

227653_1649516168303_1548943722_31229128_4272859_n

227406_1649516008299_1548943722_31229127_7903137_n

226870_1649515648290_1548943722_31229126_4356065_n

Our block.. Jasmine

231032_1646974224756_1548943722_31225732_7729344_n

Aktiviti melayan anak2.. sessi memunggah

230464_1646971704693_1548943722_31225721_4014989_n

Sessi mandi manda..

230276_1646973824746_1548943722_31225730_8227272_n 

Saya bertuah sbb cinta hati x pernah jemu melayan karenah saya. Mintak apa pun, selagi mampu dia bagi. Nak gi mana je seboleh mungkin dia akan bawak. Alhamdulillah.. TQ cinta hati sebab selalu bawak kami anak beranak gi jalan2. X kira la ke mana pun. Sayang awak sangat.. muah!!

227255_1646975464787_1548943722_31225737_7611074_n

Ini je la kisah sambutan Mother’s Day bulan lepas.. walopun hanya spend time kt hotel tapi bagi saya sgt bermakna. Moment2 masa anak membesar ni la sangat priceless. Bila tengok derang terkekek2 mandi kt pool, berkubang dlm bath tub, memunggah bilik bagai.. itu lah hadiah Mother’s Day yg paling special. Terima kasih suami & anak2 untuk sambutan Hari Ibu yg sangat bahagia. Terima kasih cinta hati sebab jadikan saya mama kepada anak2 awak. 3 cukup lah eh.. ekekeke ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik kampung yang best

Mak budak pun dh excited giler balik kampung, apalagi budak2 kan? Semalam bawak mek2 kenit gi mandi manda kt Tupah. Gambar xde la plak sbb sume tgh excited berkubang huhuhu.. sekali mak budak, bapak budak pun join! Lepas tu g kampung kebun tokbabah jap sbb plan lepas semayang Jumaat baru nak balik rumah. Memang santai abis la semalam..

253981_1692123913470_1548943722_31281313_8267588_n

Acara tido berjemaah.. sessi mengecas tenaga.

Mek2 kenit bila dh dapat lepas bebas memang lupa diri la. Yaya ok lagik, segala cangkul, pengorek yg ada dia buat main korek tanah, main air bagai.. si kenit lagi sorang, mek Hana dia masuk segala reban ayam, pegang ayam sume haih.. kesian anak2 saya nih jakun!

254977_1692846811542_1548943722_31281996_6867081_n 

Dah habis ko korek tanah tu yaya?

246763_1692258996847_1548943722_31281387_7569059_n

Okeh.. cane kita nak masuk reban ni eh?

250401_1692958094324_1548943722_31282129_3771881_n

Maa.. titen ni.. titen!! Kitten? Oooo.. chicken.

247952_1692258756841_1548943722_31281386_1937457_n

Dah penat melasak.. kita lepak minum dulu!

Gambar Hana je banyak sbb Yaya merantau ntah ke mana hala.. lagipun mek cerewet tu x tahan panas. Kejap2 masuk rumah dok depan kipas dulu. Mek buas ni plak segala ceruk dia jelajah.. xde hal punya. Baby Khayla pun syok je tido sepanjang petang tu.. Petang Jumaat yg sangat santai..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti Sekolah


Tika ini, saya & anak2 ada di kampung Sp. Lapang rasa bila ada di rumah tempat saya membesar sbb saya x perlu bersilat sorang2, menguruskan anak2. Thanx a lot tokmama & babah for the extra hands.

Cinta hati sudah pulang ke pangkuan..maka sempurnalah jiwa saya bila semua yg tersayang ada di sisi. Cerita short trip ke Cameron insyaAllah akan menyusul. Layan dulu gambar tuan tanah dgn budak byk peel ni.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Random things in May

  • Cuti sekolah 2 minggu dh start uolls!! Ada 3 weekends.. this weekend balik Johor, next weekend balik Kedah & last weekend tu baru la cadang nak bawak anak2 gi jenjalan. Weekdays hanya duduk menganga kt rumah hehehehe..
  • Mek Hana dh start selsema, hingus meleleh sepanjang masa.. rimas tul nengokkan. Bila dh start selsema mula lah nak berangkai dengan batuk + demam. Pastu nanti mula la berjangkit kt Kakak Yaya ngan baby Khayla huhuhu.. tapi nasib baik sekarang ni Hana dh senang makan ubat, lagi senang dr kakak! Kalo dulu nak bagi ubat.. bercinta! Asal bg je muntah keluar segala isi perut alahaiii..
  • Khayla sudah pandai mengamuk ala-ala manja.. sgt comel bila dia jerit2 marah sbb mama lap hidung dia berhingus hakhak!!
  • Teringin sgt nak gi bercuti masa weekdays sbb malas bersesak masa weekend, tapi nak suh cinta hati amik cuti susah la plak..
  • Mood blogging masih ke laut. Banyak yg nak cerita tapi MALAS nak mengarang.. sudahnya buat short notes gini je.
  • Production susu dh de tanda2 nak merudum.. nak buat PP asyik bertangguh xtau la apa yg disibukkan sgt kt umah. Ni belum start puasa. Murah la rezki Khayla utk terus minum susu mama selama yg boleh.
  • Cite psl puasa, ada 6 hari kena ganti. Bila nak start ganti ni weii?? Ingat nak ganti skali puasa sunat Isnin ngan Khamis tapinya tetiap Khamis de terapi renang.. haruslah penat berkubang.
  • Patutnya hari ni nak shopping diapers ngan susu anak2 tapi melekat la plak tgk CSI ni haihh..
  • Anak2 sume kena anta kt skool hari ni sebabnya kalo kt rumah Yaya xmo makan langsung. Puas di marah, paling byk pun makan la 2-3 suap.. kalo kt skool dgn kawan2 habis semangkuk la jugak. Bila Yaya kena anta, otomatik la adik2nya pun kena skali sbb kalo x jgn harap la dia nk gi.
  • Cukup la dulu.. nanti share lagi. Tgh browsing tempat2 menarik nak bawak anak2 bercuti.. konon.. sedangkan maknya yg excited lebih!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: School Trip

250208_1677627031057_1548943722_31263423_3689269_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS