RSS

Wordless Wednesday :: Sanah Helwah

Picture 051_640x425

Alhamdulillah.. masih di berikan peluang untuk bernafas lagi :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak kecik yang makin kecik

Picture 004_640x425 

Budak 10 bulan ini berat baru cecah 6.5kg.. alahaii.. keciknya kamu baby. Salah satu sebab Khayla ni ikut gen papanya.. kurus kecik. Terlebih gen papa la ni.. Kalo cam Hana ikut gen mama memang la tembam & bulat huhuhu. Bukannya Khayla ni x selera makan tapi metabolisme dia tinggi sgt. Makan semangkuk nasik habis je tapi aktif dia meneroka segala ceruk rumah, sudahnya badan x naik2.

Geram je tengok baby orang lain yang debob2. Geram je nak gigit ngan gomol2.. nasib baik la ada Hana bley ganti lepas geram. Sebenarnya x kisah la kalo badan x naik pun, maybe dia ikut spesis kakak Yaya yang cekeding. Selagi dia sihat & aktif.. alhamdulillah mama dh cukup bersyukur.

Picture 186_640x425 

Tapinya sejak sebulan lepas x henti2 baby Khayla ni x sihat. Dugaan betul untuk mama ngan papa. Mula dengan demam pastu dh baik sket dah cirit-birit plak seminggu lebih. Meragam je x senang duduk asyik nak merap. Tambah plak dengan melecet sbb cirit tu makin susut la badan baby Khayla.. sedih je mama tengok.

Bila dh baik cirit tu sambung plak dengan demam+batuk+selsema.. cukup 3 serangkai. Mata pun dh makin masuk ke dalam sbb asyik menangis je merap. Tido malam pun x lena sbb hidung tersumbat. Alahaii baby.. sayu hati mama tengok baby terbaring merengek je x larat. Biasa kan dia aktif x menang tangan nak tangkap.

Picture 282_640x425

Semalam bawak gi klinik lagi, doktor cakap baby nampak lembik sgt. Nasib baik dia nak makan ngan minum susu gak. Kalo x kena admit bagi drip takut dehydrated. Kalo sebelum ni nak bagi ubat sket punya dia menepis sembur2 tapi sekarang dh macam merelakan je nganga pastu telan.

Makin susut la badan anak kecik mama ni.. mama doakan Khayla cepat2 sembuh ye. Bagi berisi sket badan balik. Bagi aktif x terkelepet merengek memanjang.. xyah la nak ringankan badan lagi kalo baby nak belajar berjalan, dh cukup ringan badan baby tu. Cepat sembuh ye baby.. risau hati mama. Sayang sgt kenet mama!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yasmeen Aulia 5 tahun

22 Disember 2011.. Yasmeen Aulia anak sulong saya dh genap 5 tahun. Alhamdulillah.. syukur sbb Allah kurniakan anak kt saya. Walopun membesarkan anak sulong saya dengan tahap umur sekarang adalah sangat mencabar jiwa tetap saya sayangkan Yaya xde lebih xde kurang dari saya sayangkan adik2 dia.

Photo0189

Yasmeen Aulia anak mama yg cerdik, petah bercakap, banyak idea, cekap menghafal apa saja yg dia baru belajar & kakak yg boleh di harap jaga adik. Membesarkan Aulia adalah sgt mencabar kesabaran kala usia sekarang sbb dia sedang dalam phase petah bercakap.. 1 soalan mama tanya, 10 jawapan dia bagi. Pedih je telinga kekadang menahan bisanya mulut dia bercakap. Laser anak mak ni taww! Degil plak jangan cakap la..membentak, melawan memang selalu sgt. Tanda protes la tu.. anak, mama harap mama terus di berikan kesabaran & kekuatan untuk membesar & mendidik korang adik beradik.

Picture 001_640x425

Mama doakan yg terbaik untuk anak sulong mama ni. Walopun sekarang keje korang adik beradik bertekak x kira masa, mama doakan satu hari nanti korang akan jadi the best of friends. Hopefully Yasmeen Aulia boleh jaga adik2, jadi kakak yg boleh diharap & jadi anak solehah yg menyenangkan hati mama & papa hingga akhir hayat. Mama doakan yg terbaik untuk semua anak mama.

Picture 030_640x425

HAPPY BIRTHDAY anak sulung mama YASMEEN AULIA.. mama sayang kamu infiniti. Kamu lah nyawa mama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Mad about books

Photo0270

Photo0268

Photo0271 

Semalam @ MPH One Utama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Outing with the girls

Hari Isnin minggu lepas Selangor cuti besday Sultan. Taska pun cuti. Masa nak anta papa gi LRT boleh plak anak debab manja papa melalak nak ikut.. papa pun memang dh berat hati nak gi keje so papa gi keje lambat sket. Dalam kol 10 gitu papa angkut anak beranak dia gi KLCC skali.


Photo0224


Photo0225


Lepas lunch papa gi ofis, mama la senget2 jaga 3 kenets ni. Memula Yaya nak tgk buku.. ok la..lepak Kinokuniya jap. Nasib baik la Khayla dh ngantuk sgt nak tido dh masa tu. Ada la dlm sejam derang dok kt tempat buku kanak2 tu boleh lak nampak KLCC park dr tingkap. Dah menggeletis 2 beradik nk swim.. ingat senang mama nak menapak sebelah dukung Hana yg xmo berjalan, sebelah lagi sorong Khayla dlm stroller yg kejap ke kiri kejap ke kanan.. Rasa selebet sgt masa tu huhuhu.. ingat dekat ke KLCC dengan park tu? Alhamdulillah.. sampai gak la kt public pool tu. Maka dapat la the kakaks mandi dekat sejam gak..


Photo0226


Masa the kakaks mandi, baby terbangun.. dekat 2 jam gak baby tido. Bila dia bangun terus menggedik nak masuk pool gak! Saya lepas je bagi dia merangkak tapi makin lama makin ke dalam plak nak mengikut kakak. Sangat mencabar nak handle budak bertiga ni sorang2. Tambah lagi bila nak salin baju derang.. dh mcm lipas kudung gayanya. Baby lak terjerit2 sbb kena strap. Terus rasa cam Super Woman.. ok, give a very big pat on the back!


Photo0234


Lepas mandi boleh plak nak main kt playground. Adoii la.. jam baru kol 4. Papa balik kol 5.30.. toloooong!! Sejam lebih lagik nak hadap. Lantak korang la nk berkubang kt playground tu.. dengan baby2 skali mama biarkan merangkak merayap merata. Suka dia!


Photo0236


Memang la hari yg memenatkan.. lenguh badan ngan tangan dukung Khayla yg x reti diam pastu tolak Hana dalam stroller adoii la.. Hancur la harapan mama nak beli Garret, shopping bagai bila dh terlalu occupied dgn mek2 ni. Papa hutang mama tau! Apapun, mama bley bangga dengan diri sendiri sbb mampu uruskan anak2 3 beradik tu sendiri sepanjang hari tanpa bantuan. Ramai jugak yg tegur “Awak sorang bawak diorang bertiga ni ke? Xde maid?” Senyum.. hebatkan saya? Hakhak!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS