RSS

Aidil Adha 2013

Yeaaaa.. kali ni dapat balik beraya kat Sp!!! Alhamdulillah, dapat peluang beraya dengan family Along yang memang turn balik Sp. Patutnya kali ni turn balik Bp tapi cinta murah hati bawak balik Sp sebab dari lepas raya puasa ari tu sy x balik kampung langsung jumpa mama ngan abah. Thanx cinta.. so thoughtful of you. Love you to bits!

IMG_20131015_104222

Cuti 4 hari je dari Sabtu-Selasa.. tapi memang puas hati la dapat betul2 spend time kat rumah tempat membesar huhuhu.. tempat jatuh lagikan di kenang. Sabtu pagi bertolak balik Sp. Hari Ahad pagi ajak abah gi breakfast kat luar tapi abah ajak bawak budak2 tu gi mandi pantai. Ke Pantai Merdeka la kami, piknik ada la dalam setengah jam then hujan start turun selebat2nya. Merasa la mek2 nih celup2 dalam air laut lepas gian kejap. Ok la tu kan dari x ke mana. Macam biasa yang rajin melayan tok babah ngan papa la. Isnin sy puasa, dok umah seharian sebab hujan dari pagi bawak ke malam, memang musim tengkujuh kat sana sekarang. Nak merayap pun x best sebab dengan nak bawak mek2 ni kang kena tempias ada plak yang demam.

IMG_20131015_104640

IMG_20131016_153247

Aidil Adha kali ni pun x ke mana. Lepas tok babah ngan papa balik semayang raya posing2 amik gambar dalam rumah jap pastu bantai tido sampai tengahari sebab dah kenyang makan rendang, lemang ngan ketupat palas hasil air tangan mama. Memang terbaik la kan?! Tengahari Mak Udi ngan Am-Pak Uda datang rumah beraya. Baru 2 family datang itu pun x complete tapi riuhnya macam kenduri. Suka! Paling seronok Yaya la dapat jumpa Abg Nel dapat lepas rindu main sama2. Dari sebelum balik lagi dah berzikir nama kazen nan seorang nih.

IMG_20131015_104849

IMG_20131015_105424

Mama ngan abah paling seronok sebab 1st time beraya anak2 ngan cucu2 dia complete ada semua. Selasa malam dalam kol 12 tgh malam gerak balik KJ. Alhamdulillah x jem. Smooth je perjalanan. Allah permudahkan. Esoknya gi keje tengok2 Taska tutup.. huarghhhh!! Terpaksa la saya heret anak2 bawak ke tempat keje. Nasib baik la murid pun x ramai datang sebab masih mood beraya. Maka sambung beraya la kami anak beranak kt skolah mama hari Rabu tu huhuhu..

IMG_20131016_084852

Habis la cerita raya haji tahun ni. Tapi cam besa la pepe cerita mesti outdated punya ahahahaha!! Asalkan ada kenangan boleh baca balik sudah. Ini pun tunggu mood mengarang datang baru bleh. Kalo x nan hado!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sukaneka Taska Anak Bistari 2013

Dah 2-3 minggu Hana ngan Khayla berzikir tetiap hari balik skool pasal diorang training sukaneka. Seronok sangat gayanya. Papa plak cam 2 thn sebelumnya jadi AJK Pengadil. Yaya pun excited nak sukan walopun dah x dok kat taska tu. Sampai mama kena beli baju sukan 3 pasang xmo bagi merajuk punya pasal huhuhu.. Tiba harinya kol 6.30 pagi diorang dah bangun siap mandi bagai. Sedangkan kol 9 baru start acara. Kol 8.15 kami anak beranak dah sampai kt Dewan Melor, Shah Alam. Choyyy.. awal gila! Sibbaik parents wat potluck so bleh makan2 sementara tunggu start acara.

IMG_20131005_084559

Hana masuk 2 acara. Khayla satu acara. Yaya plak acara tambahan team Hang Tuah, team merah. Memula Khayla macam ok.. tapi bila start teacher panggil berkumpul dia dah start drama melalak bagai. Pfftt.. rugi je duit mama beli baju ngan kasut sukan kat ko bagai tau!! Budak kenteng ni memang angin lintang dia pelik sket.. lain daripada orang! Dah la x makan pujuk langsung. Adoii la.. sakit jiwa mama nak melayan peel ko sementara nak besar ni anak. Khayla sekarang tgh dalam phase Tantrum Two, ketap gigi mama melayan peel dia. Nanti masuk Terrible Three plak.. hoiiihhh!! Memula dulu Hana pastu Khayla kang Zulfa plak.. kancing gigi mama lama2 tau sementara nak menunggu korang lalui phase2 ni.

1393722_671858849505172_1609686086_n

Nasib baik la Hana jadi penyelamat. Berbaloi mama gi sukaneka sampai ke Shah Alam nun sebab Hana masuk acara. Mula2 masa teacher panggil monyok gak puas berpujuk. Bila dah start acara dah macam sugar rush melompat x berhenti huhuhu.. tapi bagusnya Hana dari Khayla ni dia wat perangai pun tapi dia stay still dalam barisan. Cam mek kenteng nih dia lari satu dewan dah tu meraung macam kena dera. Hana start dgn gimrama then 2 acara naik rubber animal tu. Mama’s proud of you Hana!

1376012_671452162879174_875140859_n

Papa jadi AJK Ibu bapa cam tahun2 lepas. So most of the time mama je yang monitor mek2 ni. Yaya patutnya masuk acara tambahan yang last tu tapi masa panggil nama bleh dia gi melantak nasi lemak bagai. Sudahnya orang lain amik tempat dia. Giler frust ahahahaha.. xpe la Yaya.. next2 year maybe ada peluang lagi. Si tonet plak wandering around like nobody’s business. Budak baru dapat kaki.. ukur dewan la kejenya.

IMG_20131005_120540

IMG_20131005_132111

IMG_20131005_085251

Sukaneka kali ni lagi banyak acara sebab toddler ramai so abis pun lambat. Dah azan Zuhur pun masih lom habis. Kalo ikutkan mama, Hana dah abis acara je dah nak ajak balik. Letih melayan peel Khayla pastu Zulfa yang xmo di kendong asyik nak berjalan kejenya. Tapi sebab papa AJK tunggu je la sampai abis. Sempat tengok Hana naik pentas amik hadiah dengan muka toya sebabnya bila tengahari tu badan dia dah start panas. Demam la plak wess!!

IMG_20131005_132314

Balik tu semua dah kepenatan. Masing2 tido sampai kol 5 petang baru bangun huhuhu.. amik ko, nak bersukan sangat kan?! Dengan tonet2 pun belasah tido sket punya lama sebab penat ukur dewan. Thanx to papa sebab rajin melayan anak2.. kalo mama sorang jangan harap la haku nak pergi ahahahaha!! Nasib baik la korang anak2..

IMG_20131005_084607

IMG_20131005_132105

IMG_20131005_132058

Maka habislah cerita hari Ahad kami dengan sukaneka mek2 ni.

Sekian terima kasih Smile with tongue out

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Quick updates

Huarghhh.. dah sebulan lebih x update huhuhu.. Nak kata bizi, bizi la jugak. Kat skolah dah sah2 xleh nak update.. kang de plak claim makan gaji buta x jaga anak murid kheennnn?? Sampai umah dah sibuk dengan mek2 tu xkan la meks nak pass trus je kt laki meks then nganga ngadap blog. “Yang, U setelkan anak2 eh. I nak update blog tau..” PANGGG!! Ahahahahaah.. jauh tul imaginasi!

1377129871395

Dah lama sy x balik Sp jenguk mama & abah, tersangat la rindunya. Anak2 pun dah bising dah lama x jumpa tok mama ngan babah. Cakap kt phone x sama cam balik umah tempat membesar. Semoga nanti anak2 saya akan sentiasa ingat rindukan sy & cinta macam mana sy rindukan mama ngan abah sy sekarang. Amiiinn..

DSC_5149

Dah lama plan nak balik kampung tapi asyik x jadi je. Lom rezki nak balik kot. Last 2 weeks cinta gi Kursus Pengurusan Jenazah kt masjid. Then last week ada Malam Titian Kasih PPKI. This week plak ada sukaneka taska mek2 ni. Kalo x pergi kesian sgt sebab dah sebulan derang excited training. Sudahnya next week baru nak balik. Belek kalendar rupanya next week Raya Haji huhuhu.. semoga ada la rezki nak balik kampung minggu depan.

IMG_20130908_105538

22 September 2013, si tonet saya dah genap setahun! Happy belated Birthday my sweetypie honeybunch!! Mama, papa & your big sisters love u infinity.. Budak kecik ini macam kakak Yaya.. bila cecah je setahun trus tumbuh 4 batang gigi, tumbuh rambut then pandai jalan serentak huhuhu.. Go slow adik.. mama will miss your baby smell soon. My tonet adalah sgt cheeky & manja macam anak kucen.

IMG_20130914_084102

Tonet paling excited kalo nampak papa. Since papa is around most of the time, the kids seems more attached to him. Bila nampak je papa balik keje or masjid menjerit2 excited panggil “PAPA!!” sambil tersengih2. Khayla & Hana pun bangun tengah2 malam menjerit panggil papa mintak susu.. good then mama can have a good rest through out the nite hehehe.. way to go cinta!! Yaya pun nak buat homework tunggu papa huahuahua.. Mama in charge masa siang je, papa jaga anak shift malam hehehe.. TQ cinta.. I love being spoiled by you. I’ve been independent for so long. It’s time for me to be pampered Smile

IMG_20130914_085344

Tapinya bila papa ada ni semua dah jadi terlebih manja.. more to mengada la. Elok2 kat skool semua independent bila nampak je muka papa trus nak nangis la, nak merajuk la mintak perhatian. Memang craving for attention la. Pantang silap sikit nak nangis. Mama plak jenis pantang dengar melalak xde sebab kang ada la yang kena. Sibbaik papa ada nak melayan. Nasib baik la korang anak2..

1377130281468

Alhamdulillah.. with cinta around, our small family feels complete. I love having him around entertaining the kids. I love having him around to indulge me with every attention. Thank you cinta for all that you did for us. For letting go the luxury you had just to be with me & the kids. I love having you around. Full stop.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujung minggu ini

Papa xde naik laut uwaaaaaa!!! Alahaii bosannya terperap kat umah dengan mek2 ni. Orang lain sibuk beraya sana sini, attend open house.. laki meks dok tengah laut plak huhuhu.. Budak2 ni plak dah 2 minggu asyik dok kat kampung dari Kedah ke Johor pastu ramai plak melayan, bila balik umah kena wat hal sendiri2 dah semua mati kutu ahahaha!!

IMG_20130817_073726

Bangun pagi semua mengadap tablet.. sorang amik iPad, sorang amik Tab, sorang amik iPhone. Eh, abis mama nak guna apa? Mengadap laptop je la jawabnya ahahahah!! Boleh je nak guna kuasa veto amik je semua gajet yang ada tapi alang2 diorang boleh dok senyap at least utk sejam pertama pun cukup la. Bagi aman sket hidup mama untuk sejam tu pun jadi la..

041a1ed3-f522-4490-a88a-c09e2f202ed5

Baby Zulfa pun dah sihat. Melawat kawasan je kejenya huhuhu.. Xde dah demam2 bagai. Bila sampai umah bukan main dia melasak, panjat merata. Adoiyaii.. awak tu dah la kenit je. Kang tertonggeng penyek lagi idung tu.

Esok dah skolah. Sakit jiwa la mama nak tuning balik rutin pagi mek2 ni huhuhu.. memang bergegar balik la satu taman dengar suara petir mama di pagi hari. Kuping chicken pox masih lom luruh sepenuhnya, rasanya taska pun mesti reject Zulfa esok. Ada potensi mama kena sambung cuti khas untuk jaga anak sakit. Papa… balik la cepat!!! Mama dah sangap dok umah ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beraya di Hospital Pantai

Raya kedua x ke mana sebab bagi can papa rehat sebab malamnya nak drive Sp-Bp. Lagi pun nak bagi peluang mek2 ni main dengan sepupu diorang. Dah la jarang jumpa. Raya cam ni je la ada peluang nak main lama sket. Zulfa dah start demam dari raya pertama lagi. Just bagi pcm yg memang sentiasa bawak tapi dah petang pun demam x kebah. Asyik merengek je.. so gi klinik biasa, Cari paed semua tutup. Ye la.. baru raya kedua kot.

1001573_4940479400327_2113130714_n

Balik klinik dalam kol 5.30 trus bagi ubat then Zulfa tido je. Masa nak bagi 2nd dose ubat dalam kol 9.30 malam tu cam biasa la dia menggelupur melalak sampai muntah2. Tetiba mulut biru pastu kaki tangan semua biru! Oihh.. xley jadi ni. Terus gerak cinta yang masa tu tgh tido. Dia pun terpinga2. Shoot ke A&E Pantai. Cuak giler sebab masa tu Zulfa biru satu badan pastu lembik.

14491_4947786583002_2078651440_n

Masa kat A&E asyik menangis je sebab Zulfa dah pandai xmo kat orang yg dia x kenal. Sepanjang malam dengar dia melalak bila doc&nurses tengah ‘proses’ dia. Dari wat heartbeat, blood test bagai sampai la kemuncak masa masuk drip sebab baby Zulfa dah dehydrated sgt. Kesian tengok dia lembik keletihan bila dah puas melawan huhuhu.. Dekat kol 12 tgh malam gak baru setel masuk ward sume.

1157460_4947890265594_258878400_n 

Dari raya kedua malam sampai petang raya kelima baru leh discharge. Zulfa sampaikan kenal muka paed ngan nurses. Pantang ada nurse masuk bilik walopun utk amik temperature reading je pun dia dah melalak nak keluar anak tekak! Itu belum lagi masa bagi ubat, flush drip everytime nk bagi antibiotik, ngan wat sponging. Temperature Zulfa cuma turun lepas dlm 10 minit bagi pcm pastu shoot border 37-39 balik. Haiih.. memang xde harapan la nak kluar spital awal sebab paed memang nak monitor demam dia tinggi sgt.

1170850_4950728656552_1349955564_n

Sedih hati saya everytime Zulfa menjerit “nanak” atau “atit” bila nurse masuk bilik. Masa2 x sihat ni memang dia xnak sape2 la selain mama kan? Dengan papa pun ikut mood. Kalo rasa nak.. leh la papa take over jap sementara mama nak mandi ke, semayang ke.. kalo dah dia xnak memang dia meraung. Jaga anak sakit memang mencabar kesabaran jiwa raga. Dah la mama pun penat kejap2 terjaga tengah malam bila Zulfa merengek.. maybe gatal chicken pox tu baru nak naik abis. Lom campur dengan sangapnya dok dalam wad tu. Adoiyaii.. orang lain beraya umah sedara mara, kami beraya dalam spital. Xpe la.. dugaan Syawal.

557968_4950895860732_1615242165_n

Zulfa pun pandai boring bila dah lama sgt dok dalam wad x leh nak melasak, inikan pulak mama. Asyik mengadap tv 24 jam huhuhu.. Alhamdulillah tengahari raya kelima dah leh setel2 discharge semua. Paed cakap Zulfa biru tu maybe sebab muntah tersekat masa dia makan ubat tu then heartbeat rate dia sampai 200++ sebab chicken pox tu sama contribute. Alhamdulillah yang penting Zulfa dah discharge dari spital. Merasa la tahun ni mama & papa beraya kat spital. Semoga anak2 mama semua diberikan kesihatan berpanjangan.

999097_4955435494220_938367195_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS