RSS
Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Open House

Cam besa bila dh nak dekat hujung Syawal ni banyak la plak open house. So far ada la 2-3 open house yg kami attend. This week BIL buat open house gak, dh minggu ni xde pepe plan so gi je la. Sebelum ni x pernah pun amik gambar kt mana2 open house tp kt umah BIL tu jumpa ngan SIL ngan kawannya yg gila menembak. Pics semua courtesy dr SIL & member dia. Suka nak upload kt sini sbb cantik.. bley wat kenangan.

305839_281129675248622_100000547746394_1069060_2059665514_n

Hana jumpa ramai friend..

304277_281131171915139_100000547746394_1069087_964233063_n

Ini muncung kalo dia start nak merajuk yer..

294204_281130301915226_100000547746394_1069071_531511529_n

Bb Khayla dh mengantuk masa sampai sini..

307055_281129971915259_100000547746394_1069066_809111774_n

Hana lagi ngan Acik Esah (SIL)

318315_281130048581918_100000547746394_1069067_1160783258_n 

Banyak gambar Hana je sbb Hana ni pantang nampak camera konfem dia posing. Kalo Yaya banyak lak peel nak malu2 la konon..

Abis cite hari Sabtu, sambung lak hari Ahad.. cam besa la anak2 saya ni x kira la ko hari keje ke, hari cuti ke, kol 6.30 pagi konfem mata masing2 dh terbelalak pastu sibuk bising2 gerak abis orang lain bangun. Dah sah2 la saya x ley tido balik pas Subuh kan? Setel siap2kan derang cinta hati ajak gi breakfast kt KD. Ikut je la.. cadangnya nak bawak Aulia gi buat art sbb ada few session lagi tinggal. Rugi plak kalo burn gitu je. Lepas breakfast tu baru dlm kol 9, ajak cinta hati bawak mek2 ni gi playland kt GKD dulu.

Sempat gak shopping susu ngan diapers buat stok. Setel sume baru dlm kol 10. Art class start kol 11, malas la plak nk menunggu kt OU nanti so decide nak lepak kt sini je. Next2 week la plak kita gi wat art. Malas nak pusing jauh2 so lepak kt JCO Donut je..

297069_1940933773561_1548943722_31509220_966560129_n

294585_1940992055018_1548943722_31509301_1263772282_n 

Sangat santai bila bley lepak tanpa de rush nak gi mana2. Walopun huru-hara dgn Aulia pecahkan pinggan kt situ pastu Hana yg x reti dok diam asyik nk berjalan ke sana ke mari, Khayla yg asyik nk memanjat badan.. but still it’s a beautiful Sunday morning ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Boyish?

IMAG0528

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Flying solo

Nehi..nehi..bukan status saya huhuhu.. Nak cerita hal saya handle 3 budak kenit tanpa bantuan. Itu pun nak bangga? Harus lah kan.. ko kutuk-kutuk, ko ada? Ngeee.. Selagi awak x berada di tempat saya, awak xkan tau betapa huru-hara hidup dibuatnya dek 3 makhluk kecik tet nih ;p

DSC_0087

Dekat 2 bulan saya uruskan anak-anak dengan bantuan mama & abah, bila balik rumah sendiri.. segalanya kena setelkan sendiri aduhaii x menang tangan! Kalo selama 2 bulan ni saya relax je bley bangun lambat sesuka hati, mandi lama2 siap scrub lulur satu badan bagai, nak buat keje terhegeh2 pun xde rasa apa sbb saya tau ada orang nak tengok2kan anak2 saya.. keji hakhak!! Mama & abah baru balik tengahari tadi.. uwaaaa.. saya yg rasa nak menangis bila lambai kt derang masa nak bertolak tadi. Nasib baik Yaya ngan Hana awal2 dh antar gi skool. Kalo x mau melalak meraung nak ikut balik kampung, sudahnya kang.. I will follow you ekekekek!!

Mamabah bertolak balik kol 12 camtu, kol 3 saya gi amik anak2 kt taska. 1st time bawak Khayla dlm carseat. Sebelum tu bg dia BF kenyang2 dulu so dalam kete dia dok ok-ek-ok-ek bunyi sambil mengeliat2 tapi belum nangis la.. Khayla ni memang mengada2 sket. Pantang letak je mula la nak bunyi. Lepas amik Yaya ngan Hana sume terus balik umah. Xde can dh nak ronda menyinggah mana2 cam selalu huhuhu.. Alhamdulillah, cubaan pertama bwk Khayla dlm carseat berjaya. Dekat je pun taska tu, xsampai 15 minit perjalanan tapi disebabkan traffic light yg buatkan lama tu.

IMAG0427

Sampai kt rumah bermula lah cabaran saya sbg mama anak 3! Saya kena buat 3 trip bwk keluar anak2 dr kete bawak masuk dlm rumah. Penat oke! Jejak je kaki dalam rumah, xsempat nk matikan enjin kete lagi.. Aulia dh menjerit “Mama.. yaya nak susu!!” pastu mula la episod kakak lepuk adik balas balik, menjerit, melalak, meraung bagai sampai la ke petang huhuhu.. Otomatik mama pun bertukar jadi resakse gorgon yg asyik terpekik terlolong. Rasanya jiran2 kt area sini pun bley dengar riuh rendah rumah ni cam ada 10 org!

Kol 6 masa utk mandi petang.. ini lg satu penat. Mula2 mandikan Hana.. dh dia xmo kuar bilik air nk main air. Khayla dh start enjin, ek-ek-ek.. nk nangis. Lepas siapkan Hana, suh Yaya masuk bilik air plak dh satu hal. Kejap la, nak tgk TV la, nak nyanyi dulu la.. kecik je aku nampak budak ni, ada yg aku picit kang! Sudah mandi siapkan Yaya.. Khayla dh start meraung sbb mama x layan. Bila amik dia nak bagi menyusu dia dh start melalak cam kena dera. Suakan br**st pun dia xmo. Siap2 keras2kan badan, tendang terajang bagai.. adoii la Khayla.. ko pun kecik2 dh pandai mengamuk?

Baru sepetang jaga 3 beradik ni saya dh rasa semput sgt. Stress giler! Nak letak bontot kejap pun xsempat.. sgt demanding oke jaga budak2 ni. Semoga cepat la saya dapat biasakan diri dengan ke-bizi-an jaga anak sorang2 ni huhuhu.. Camne pun saya kena hadap gak sbb anak2 saya kan? Kalo anak orang lain bley je bg balik kt mak bapak dia ekekeke.. Ya Allah, kuatkan lah semangatku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kakak yg baik

Yaya boleh di harap untuk jaga adik dia walopun dia lali2 ayam huhuhu.. kalo setakat nk tinggal gi mandi, semayang jap kira x risau la sgt. Lagi satu sbb dia kaki mengadu, kejap2 report “Mama.. adik panjat kerusi!” xpun “Mama.. adik baling yaya dgn remote!” So, kalo dok bertapa dalam toilet pun live report sentiasa berkumandang kt telinga mama ni. Kalo adik dia kaco dia sgt, dia dh tau kelemahan adik dia.. sumbat je makan! Contohnya cam dalam gambar ni..

IMAG0033

IMAG0028

Muahahaaaha.. senang cerita. Adik kalo dh dpt makan memang x bergerak dh. Selagi perut dia x kenyang selagi tu dia terpacak depan kakak dia suruh suap. Anak.. anak.. macam2 peel korang sementara nk besar ni. Tahun depan keluar lagi sorang ntah camne plak peelnya..

IMAG0035

“Talk about multitasking huh? I’m watching cartoon, eating chips & taking care of my baby sis at the same time.. not bad for a 4 years old huh?!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 beradik

Papa request nk tengok gambar latest anak2 dia.. baru x sampai seminggu x jumpa dh rindu ye yang? Cane la kalo kena keje 3-4 bulan skali baru jumpa anak.. Ini lah gambar latest anak2 dara awak.. Rasanya adik dh nak sama besar dengan kakak.. huhuhu..

IMAG0010

IMAG0012

IMAG0017

IMAG0018

IMAG0020

IMAG0022

IMAG0023

IMAG0026

IMAG0027

Tengok muka adik Hana, dh bersegi.. xnampak leher dh muahahaha.. Kakak Yaya gak yg kurus kering sbb cerewet sgt memilih makan. Adik belasah je.. pantang nampak orang makan konfem dia mintak. Dari celik mata sampai la nak tido malam mengunyah je keje dia huhuhu..

Tok mama dh x bagi panggil Hana adik.. suruh panggil Kak Chik sbb nanti x lama lagi dh nak ada adik lagi. Yaya plak panggil Kak Chaq huhuhu.. Kesian 2 beradik ni, kecik lagi dh nak jadi kakak.. xsempat nak manja lama. Xpe.. lepas ni kita bagi derang manja lama sket kan papa *wink*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti 2 beradik hari ini

Hari ni saya menggagahkan diri bawak mek berdua ni keluar jalan2.. kesian kt 2 beradik ni asyik terperuk kt rumah. Tokmama & babah x abis2 gi kebun je. Derang ni pun dh mati kutu x tau nk wat mende kt umah. Bila dh bosan mula la macam2 akal si Yaya nk menyakat adik dia.. sudahnya mama yg terpekik terlolong mcm pompuan gila huhuhu.. not good.. not good..

Solutionnya kena bawak mek2 kenit ni keluar amik angin, jalan2 kt luar rumah.. dengan carseat Hana yg x bawak blk mmg xley la nk gi jauh. Nasib baik la Tesco x sampai 10 minit dr rumah tu. Gamble je la bawak. Ini la aktiviti derang lepas mamanya window shopping jap..

Photo0037

Kakak dengan aktiviti bungee jumping.. weeee!!!

Photo0038

Adik main menan kanak2 kandos je hehehe..

Photo0043

X ley jadi ni.. kakak main cam best je!

Photo0041

Lalu adik pun menjoinkan diri dengan kakak..

Photo0042

Adik adalah sgt hepi.. x padan dengan kecik!

Photo0039

Kesimpulannya anak2 adalah sgt hepi hari ini sebab dapat spend time luar rumah.. Walopun mama rasa sgt penat giler bawak korang berdua, dengan adiknya nak berdukung xmo letak langsung kt stroller, dengan kakaknya nak itu nak ini adoii la.. Pepepun mama happy bila tengok anak2 mama happy. Balik umah terus dedua terbongkang kepenatan ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekejap saja

Sedang godek2 lappy, tiba2 terjumpa ini. Cuba tengok gambar yg saya bulatkan kt bawah ni..

carry1

I’m wearing Hana..

carry2

Saya sedang menari2 dengan Hana sambil jaga perbarisan ;p

Masih baru sgt rasanya saya mengendong Hana masa sukan sekolah bulan 5 haritu. Sekarang Hana dh nak masuk setahun, dh pandai meniti atur langkah sendiri..sob..sob.. sekejap je masa berlalu kan? Cepat je anak2 membesar sedangkan setiap hari ada depan mata saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita minggu ini

Minggu ini adalah bz tahap gaban. Apa sgt la bz keje cikgu kan? Rasa nak penampar je sape yg tanya gitu dalam minggu ni.. Sekolah dpt masuk final untuk pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi antara 16 buah sekolah dlm Malaysia. Mende nih related dengan NKRA thingy la.. sangat penat oke bila kena prepare documentation dari tahun 2007-2009. Nak korek balik segala arkib bagai uhuk..uhuk.. Tiap2 hari g keje kol 6.30 pagi, balik kol 6.30 petang.. Dah la stress nak mampos pastu bila sampai umah, amik anak2 kat skool derang plak ngamuk2 protes sebab mamanya balik lambat. Aduhaii.. nipis je sabar haku neh.. Even semalam ari Sabtu pun kena berkampung kt skolah. Nasib baik cinta hati adalah sgt memahami.. sanggup lagi jagakan anak bila nampak bininya terkelepet letih & tolong picitkan kepala bila bini bising2 sakit kepala. Suami.. kamu adalah sgt suweeeetttt. Cinta kamu hingga akhir hayat ;p Ok, enough with cerita2 kerja. Mau sambung cerita tentang ‘nyawa’ saya berdua ini..

IMG0146A

Kakak adalah sgt suka menyakat adik. Apa yg adik pegang semua nak direbut, semua di claim dia yg punya. Sgt sakit kepala sebab adik dh pandai menjerit+melalak bila kakak rampas apa yg ada kt tangan dia. Sudahnya mama jadi tarzan menjerit2 bila kakak menyakat adik..

DSC00239

Si comel mama ini baru pandai menyulur.. iyer, adik adalah lambat sket kalo nk dibanding dgn kakak yaya dulu. Tapi adik sgt laju bila bergerak. Setakat hari ni dh 3-4 kali adik celup tangan atau kaki dalam kuah kari xpun kuah sate masa mkn kt kedai. Mama baru letak adik atas meja xsampai 5 saat nak entertain kakak yg byk songeh.. tau2 kejap je adik dh celup huhuhu.. Sekarang ni adik pun x kurang jugak menyakat kakak. Apa saja MAKANAN yang kakak pegang, konfem lajuuu je dia rebut dari kakak muaahahaa!! So sekarang mama adalah double pening kepala sbb kalo bukan adik.. kakak plak menjerit. Adoii la.. baru besar ni dh pandai bertekak, menjerit bagai. Xtau la dh besar2 nanti.. lagi pening la kepala mama.

anak

Apapun, inilah buah2 hati mama yang lengkapkan hidup mama. Hilang segala stress bila balik ke pangkuan tersayang. I’m blessed.. Alhamdulillah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajar

Orang tua2 cakap, bila baby ada kakak atau abang.. dia cepat cerdik sebab dia cepat belajar. Inilah buktinya..

pp

Kakak ajar, adik dengar tau.. GOOD!! Lepas ni mama outsource tugas ajar ABC adik Hana kat Kakak Yaya je ek.. Yaya dah kenal sume flashcard. Ilmu mesti di kongsi baru la kekal lama kan? Bagus anak2 mama.. Jangan setahun lagi dedua nak bercakap, xde sape nak dengar pastu riuh bertekak satu rumah huhuhu.. Ok, dah penat belajar mari kita golek2 sambil cam-whoring ;p

golek

Sayang anak2 mama.. muahhhh!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syurga

Inilah syurga saya, ketenangan yang x dapat di jual beli @ di tukar ganti dengan segala apa pun harta yang ada di dunia ni..

PIC076

PIC158

PIC138

Indah kan? ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 hari

Hubsy kena outstation utk 2 hari dan selama 2 hari itu la me semput menguruskan anak2 sendiri. Sangat letih melayan peel anak yg berbeza oke! Selalu pun mmg me yg uruskan anak2 sendiri dari pagi bawak ke malam.. dari celik mata sampailah tido sbb hubsy gi keje kol 6 pagi balik kol 8 malam. Sampai dh muak Aulia balik2 skool je tgk muka singa mama huhuhu.. tapi kalo masa hubsy ada lepas balik keje, dia ley tolong tengok2kan anak2 masa me menikmati mandi. 2 hari me x dapat menikmati mandi. Xley nk berlama2 dlm bilik air nk scrub badan, belek2 muka bagai sbb Hana dok terkuek2 pastu Aulia x henti2 ketuk pintu sambil jerit "Mama.. baby nangis!"

Sejak hubsy keje office-based ni selalu sgt outstation, tinggal anak bini. Kejap course la, meeting la.. kadang tuh rasa terbakar je hati. Baru je nk panas bontot dok kt umah dh nk kena travel lagi. Me la yg kena dok umah, gi keje awal2 pagi subuh2 sapi'e then balik umah penat2 kena melayan anak2 sampaikan xde masa utk diri sendiri, terkejar2 ke depan-ke dapur buat segala keje2 umah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, iron baju keje, basuh pinggan mangkuk, prepare bag nursery utk dedua budak tuh, pam susu and the list goes on.. Sape kata full time housewife dok relax je kt umah? SAHM lagiiiiiii byk keje & xde masa nk rest dr FTWM tau.. Kalo keje at least masa rehat ley gak rehat tapi kalo keje kt umah xde masa rehat oke.. Salute to all SAHM! Series kadang tuh kalo ikut hati, masa hubsy balik travel rasa nk marah je manjang nk expresskan betapa penatnya diri kena uruskan semua mende sendiri.

Jeles je bila baca blog, hubby org lain tolong itu ini kt umah.. tapi hubsy sampai umah pun dh kol 8 malam nk tolong watpe? X kan la sekerat hari me kt umah nk tunggu tengok je baju berlonggok x berlipat, baju kotor berbakul2 x berbasuh, pinggan mangkuk bersepah dlm sinki, rumah bersepah mcm tongkang pecah yada..yada..yada.. semata2 nk tunggu hubsy tolong buat. Owh.. bg OCD mom cam me adalah sgt hazab tgk rumah dlm keadaan camtu uhuk..uhuk.. nasib la.. Rasa sume mende x puas hati.. tapi bila tengokkan keadaan ini..

PIC076

.. dan ini..

PIC078

I'm willing to compromise. Biarpun mama sorang yg x menang tangan menguruskan rumahtangga tapi mama lebih suka papa spend quality time utk father-daughter bonding. Hati mama yg berapi, marah2 bagai terus sejuk bila tengokkan Aulia dapat spend time manja2 dgn papa camni. Biarpun papa cuma de few hours per day utk spend dgn Aulia tp yg paling penting quality.. kan Hana?

PIC098

"Hmmphh.. Hana setuju!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hal anak

Masa dalam kete sembang2 ngan hubby pasal skolah Aulia. Kalo ikut tahun, Aulia dh 4 tahun 2010 ni. Cadangnya masa dia 5 tahun nanti nk hantar Tadika Kemas then 6 tahun baru bawak dia gi Pra kt sekolah me ngajar. Xnak nanti dia boring 2 tahun belajar kt tempat yg sama. Then member hubby cakap nk daftar sekolah rendah kena 2 tahun sebelum means by 5 years old dh kena book kt sekolah tu. Huhuhu.. bila bincang2 gitu x sedar anak kami dh besar. Lagi 3 tahun dh nak sekolah betul dh pun. X lama lagi kami laki bini pun akan jadi antara orang2 yg sibuk gi beli kelengkapan sekolah waaaaa.... anak mak dh besar la!!! Pejam celik kejap je anak2 kita besar kan? X lama nanti tengok2 Aulia dh mintak permission nk kenalkan bakal husband kt papa wakakakak!! Haruslah muka papa sentap sbb anak dara dia dh de boyfriend.. huh, jauh betul pk.

Itu hal Aulia, on Hana plak.. dh pandai senyum2. Pantang nampak mama lalu dekat konfem merengek mengada nk ngempeng. Pastu bila mama selak baju dh senyum2.. the joy of breastfeeding :) Xmo tido sendiri, konfem nk tido celah ketiak mama gak. Jeles je papa ekekeke!! Tapi mama tersangat la letih juggling between pumping routine & nk manage daily life.. itu belum start keje lagi. Konfem la lembik seminggu dua ni sementara nk biasakan diri. Semoga mama leh jadi mama yg tabah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melayan peel anak dara

PIC021

Buat muka poyo konon2 x mo amik gambar

PIC022

Sengih sebab papa pujuk

PIC023

Iyer.. saya tau saya gemok!

PIC024

Tido x hengat dunia.. good girl!

PIC025

Xde keje dok menunggu dia main mende ni.. kejap2 berenti.

PIC027

Adik hana x kisah.. asalkan cukup time dapat susu ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Extra love..

Quoted from here..

"It's difficult to imagine loving another child as much as you love your existing children. Anyone who has a family will tell you this. Where will one find that extra love? If you love your existing children with all of your heart, how then can one possibly find more heart with which to love another?"

"From the moment she looked into both of our eyes it was endless love at first sight. She is beautiful beyond words and we are happy that she chose us to watch her grow over the coming years."

 

Sweet.. I'm still learning how to be a mother & I'll keep on trying to be the best companion for my children for the rest of my life..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS