RSS

Anak2 saya..

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?

Seorang anak dara kenit & seorang lagik tengah dibawak dalam perut ni..

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

Kalo ikut perancangannya, memang tahun ni nk tambah anak.. alhamdulillah, dimurahkan rezeki..

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

Yasmeen Aulia.. bunga melati yang utama

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

Persetujuan bersama me & hubster...

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?

Sebenarnya dr awal pregnancy x pernah terpk langsung nama baby girl.. asyik dok berkenan nk memilih nama baby boy je huhuhu.. bila dh 2-3 hari nk g 37 weeks check up baru la terdetik nama tu. Itupun x finalize sampaikan masa hubs nk daftar kt JPN masih tanya "Betul ke nk nama ni yang? Eja camni?"


6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?

Kalo baby boy mestilah nama yg me ngan hubs dh simpan dr zaman bercinta lagi.. A***d S****i bermaksud kasih sayang. Kalo baby girl haruslah mula dengan Yasmeen jugak.. tp lom finalise lagik ujungnya tu..

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?

InsyaAllah kalo baby selamat lahir ikut due date, jarak umur dengan Aulia 2 tahun 11 bulan..

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? Nyatakan sebabnyer?

Kalo bleh nk baby boy sbb nk merasa plak jaga anak bujang, skrg dh merasa jaga anak dara kan? Tp kalo dapat baby girl lagi x kisah pun.. dpt anak lagi sorang ni pun dh rezeki yg x ternilai.

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?

Agak2 baran huhuhu.. kalo fed up pepe sket konfem baling terus je pe yg de kt tangan. Dh tu kalo merajuk konfem keras giler hati, dengan muka annoying giler yg amat menyekik nk ditengok muahahahaha!!! (owh..darling hubs mesti tersenyum membaca statement ini..)


10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

IMG0564A

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wallpaper saya

Arahan:

1. Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jangan tukar tau.

untitled

2.Bgtau kenapa anda suka wallpaper ini.
Sbb Aulia dengan Danial nampak sweet sgt masa ni..dh la pegang tangan sgt cumil!! Masa ni Aulia nampak ala2 gegirl skett kalo x selalu nampak cam boy je hehe..

3. Sila tag 10 org kawan

Sume yg de dalam bloglist saya.. sila2 kan lah ye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My latest addiction

 

TEH O AIS!! Heaven giler bila air nih sejuk2 mengalir kt tekak huhuhu.. tiap kali ke kedai makan harus lah air ni je jadik pilihan. Kadang tuh nk amik sampai 2-3 gelas terus huhuhu..

Sudahnya bila hubs xde kt umah, nk keluar umah pun x terdaya.. buat sendiri je la teh o satu jag pastu letak dalam peti ais. Tp kena kurang manis la..sendirik mau ingat la kan? Kang x memasal je dpt kencing manis masa pregnant huhuhu... mcm2 peel masa pregnant nih. Sah2 baby ikut perangai papa..ske teh o huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembali..

..menjenguk blog yg dh hampir seminggu bersawang. Adehh.. letih teramat seluruh badan ni. Tiap kali menjelang petang je mula la badan nih lembik longlai. Kalo 2-3 minggu lepas selera makan  x hengat dunia tp sekarang ni dh xde selera. Makan pun setakat gagahkan diri xnk bg perut kosong.. Sbb kalo perut kosong mula la angin then lagik teruk la muntah2 bagai. X daya dh badan ni nk menanggung.. baru umur 27 pregnant dh lembik gini, cane la gaya orang yg dh 35 above tuh pregnant? Lagi la x larat gamaknya..nk angkat jari pun puas..huhuhu..

Nasib baik la 2-3 minggu lepas hubster ada kt umah. Dh x kena g offshore sbb Jun nih dh start dok ofis. Cumanya sian la kt hubs dok ulang alik g keje kt Kerteh nun. Kol 5 pagi dh kena bangun.. cian sayang..xpe la, dugaan kita nk hidup bersama anak-beranak..

Tapinya harini sampai lusa hubs kena g away day kt Kuala Tahan nun..uwaaaaaa... lagik lembik la mama nk melayan anak dara yg makin banyak ragam nih. Masa papa nk g td dia merajuk xmo salam.. siap pusingkan badan ke lain lagik masa papa nk cium huhuhu.. nasib la papa..anak dara papa nih mmg cepat sgt merajuk dengan papanya.. Ini la rupa budak merajuk nih..huduh!

untitled

Ala yaya.. papa g keje kejap je. Esok lusa balik la.. jangan notty2 k.. mama letih sgt. Adik baby pun wat perangai bila papa xde ni.. yaya kan ayong..kena la jaga mama k ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A blessed moment..

Read this in article in Berita Harian today and it really made me smile reminiscing the moment when Aulia was in my tummy back then.. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik ms ni.. ;p
Bakal ibu alahan lahir zuriat pintar
Kajian loya, muntah petanda IQ janin sihat
OTTAWA: Bakal ibu tidak sepatutnya bosan dengan alahan yang dialami pada awal kehamilan kerana kajian mendapati ia mungkin petunjuk mereka memiliki bayi dengan IQ tinggi. Penyelidik mendapati wanita yang melaporkan berasa sakit pada beberapa minggu pertama selepas disahkan hamil mendapat anak lebih bijak dan petah. Kira-kira empat dalam lima bakal ibu mengalami alahan. Ketika keadaan itu tidak difahami sepenuhnya, saintis percaya ia dicetuskan oleh kebanjiran hormon yang dilepaskan untuk melindungi uri dan janin. Kajian terdahulu menunjukkan loya adalah petanda kehamilan sihat dan dikaitkan dengan kurang risiko masalah jantung pada bayi dan risiko rendah keguguran. Penyelidik di Hospital bagi Kanak-Kanak Sakit di Toronto kini percaya ia juga boleh dikaitkan dengan perkembangan otak bayi. Mereka menjalankan kajian pertama untuk melihat kesan jangka panjang loya pada otak bayi dan menghubungi 121 wanita yang menghubungi hotline bagi ibu baru hamil antara tahun 1998 dan 2003.
Tiga puluh wanita tidak mempunyai masalah alahan, manakala selebihnya melaporkan gejala seperti keletihan, muntah dan loya.
Pasukan itu melakukan ujian IQ dan tingkah laku kepada ibu kanak-kanak berkenaan apabila mereka berusia tiga dan tujuh tahun. Kanak-kanak yang ibu mereka mengalami alahan berkemungkinan memperoleh markah IQ lebih tinggi berbanding mereka yang ibunya tidak menunjukkan sebarang gejala, kata penyelidik dalam Journal of Pediatrics.
Mereka juga mendapat keputusan lebih baik dalam ujian kepetahan berucap dan matematik mudah walaupun apabila faktor lain seperti IQ ibu, sejarah merokok dan alkohol serta latar belakang sosial diambil kira.
Satu kekurangan dalam kajian ialah dalam banyak kes ibu diminta mengingati kembali betapa teruk mereka sakit beberapa tahun sebelumnya. Ia juga perlu diulang dalam kumpulan wanita lebih besar.Dr Gideon Koren, yang mengetuai kajian, mengaku rumusan berbunyi agak luar biasa tetapi berkata perubahan hormon yang membawa kepada alahan mungkin sesuatu yang baik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS