RSS

“Tadington” trip

Cerita masa cuti Deepavali hari Rabu lepas.. xde plan nak ke mana2 sbb tengah minggu pastu papa cuti pun sehari je. Lepas subuh sume dh bangun, mandi, siap2 sume then gerak gi breakfast. Pastu bawak anak-anak gi main kt tempat rekreasi Taman Jaya. Ramai sgt yg jogging kt sini.. tempat pun ok la bersih.

Photo0848

Masa naik buai ni tetiba Hana nampak LRT lalu atas kepala.. ternganga dia tunjuk “Ma.. tadington!” (Chuggington) 2-3 kali masa tren lalu tu dia tertoleh2 tengok. Excited sgt gamaknya nampak tren depan mata. Selalu tengok dalam TV je. So saya ajak cinta hati bawak anak2 naik tren sbb memang xde plan nak kemana2. Ok anak-anak.. pelajaran hari ini ialah public transport ye..

Photo0850 

Hana yg masih cuious kenapa kita bley naik ‘Tadington’ hari ni?

Photo0851

Bagus Yaya behave dok elok2 dalam tren..

Photo0852

Baby Khayla yg tidur sepanjang perjalanan pergi..

photo0856

Nak tau ke mana kami anak-beranak? KL sentral je hehehe.. xde keje kan naik LRT semata2 pastu balik umah. Tapi nak seronokkan anak2 punya pasal xpe la..

Photo0864

Sampai KL sentral minum2 jap kt Meals Station, bawak Yaya gi toilet pastu gerak balik. Sampai rumah pun dh kol 12 lebih.. separuh hari gak la spend kt luar rumah.

Photo0867

On the way balik baby Khayla dh bangun.. Hana plak amik tempat kt buggy sbb dia pun dh ala2 lalok mengantuk. Balik rumah sume pengsan kepenatan hahahah… So Hana, hopefully dh puas hati dapat naik ‘Tadington’ yer!

Photo0866

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Her 2nd year..

HAPPY 2nd BIRTHDAY MY DARLING ANGEL YASMEEN HANA!! Yeayyy.. alhamdulillah hari ni genap usia bombom mama ni 2 tahun! Walopun sepanjang membesarkan anak mama ni banyak sgt sakit jantungnya dek kerana menjerit sbb selalu bergaduh dgn kakak Yaya tapi mama ngan papa sgt bersyukur di kurniakan anak yg sihat, cerdik, manja & banyak peel yg selalu buatkan kami bahagia.

25_640x427

Mama & papa doakan semoga Hana diberikan kebahagiaan berpanjangan dan semoga sentiasa didalam lindungan rahmat Nya. Semoga Hana membesar menjadi anak yg solehah, mendengar kata & menyenangkan hati kedua orang tua dan sesiapa saja.

28_640x427

Banyak sgt, x tercerita development Hana sepanjang 2 tahun ni.. yang pastinya sekarang ni Hana sgt la talkative walopun kadang2 kami x paham bijik butir yg dia cakap. Seronok tgk dia pok-pek-pok-pek membebel x kira masa. Seminit pun dia x dok diam.. selagi dia x tidor selagi tu la adaaaa je keje dia nk buat.

17_640x427

Happy birthday Yasmeen Hana.. mama & papa sayang kamu hingga akhir hayat! Biarlah selama mana pun masa berlalu kamu tetap anak manja cibombom mama & papa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: “Tadington”

Photo0850

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahad yang biasa-biasa

Tahun ni rasanya dh jarang sgt balik kampung sedangkan jarak nk balik ke Utara ngan Selatan lebih kurang je kot. Masa kt Kuantan dulu bley kata tetiap minggu balik kampung. Kalo bukan Johor.. Kedah, dok ulang alik situ la tetiap minggu huhuhu. Maybe sebab tahun lepas jaga mek nget tu berdua je pastu derang x reti bertekak lagi so boleh la balik kampung dengan aman dan bahagia. Sekarang ni paling lama Yaya ngan Hana bley baik pun 15 minit lepas tu mula la derang lepuk melepuk sesama sendiri. Belum campur menjerit, menangis berebut segala mende alah yg ada. Adoii la.. rasa huru hara dunia. Perjalanan 5 jam rasa macam 5 hari!

Few weeks gak x ke mana masa weekend. Just keluar breakfast then bawak mek2 ni ronda mall jap sampai tengahari, lepas lunch balik rumah tido sampai ke petang. Weekend yg sgt x productive tp best sbb dapat rehat kt rumah. So hari Ahad lepas camtu gak la rutinnya.. cumanya kali ni bawak Yaya buat art dulu sbb ada lagik 7 session. Weekend jangan harap la papa akan bagi mama bangun lewat kan? Komplot anak beranak kol 6 pagi sume dh terbuntang bijik mata.. bila siap2 mandi sume nak keluar rumah tengok2 baru kol 8.30! Sudahnya sampai OU baru kol 9.. 1st session art start kol 11, rentung la nak menunggu papa oii!! Nasib baik la ada tempat nak di tuju xmo bagi mek2 ni sangap.. Meh kita gi tengok ikan ye anak-anak..

IMAG0854

kolam

Nasib baik la baby Khayla pun tengah mamai mengantuk so x banyak ragam.. lalok je dalam buggy tengok the kakaks dok melompat. Risau je mama takut korang plup masuk kolam berenang dgn ikan2 tu huhuhu.. Kol 10 lebih baru gerak gi lepak breakfast kt Toast Box then register Yaya utk 1st art session kt sini.

IMG-20110507-00288

Sejam menunggu Yaya habis buat art, meronda la dulu.. lepas setel sume Yaya ngadu lapar. Singgah lunch kt KFC pastu terus balik rumah sume terbongkang tido. Itu je la kisah hari Ahad kami anak beranak...

IMAG0857 

Sebelum tu, ni hasil  kerja tangan Yaya.. practice makes perfect. So proud of you girl. Nanti kita pindah rumah sendiri bley letak kt depan pintu bilik korang adik beradik eh :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti dan anak-anak

Hari ni start cuti seminggu.. maka di rumah la saya dgn anak-anak. X semua skolah dpt cuti direct, ada yg dapat sehari je masa Deepavali nanti. Cadangnya nak anta mek2 ni ke taska cam biasa tapi malam tadi Hana dh start batuk2 teruk then demam. X sampai hati la pulak.. boleh je nak bekalkan ubat then pesan kt nanny tapi kalo hari keje sanggup amik cuti utk jaga anak sakit x kan la masa dh cuti ni nak biarkan anak yg x sihat dgn orang kan? Biarlah saya jaga sendiri then saya boleh monitor anak makan ubat ikut time.. semoga cepat sihat anak2 dalam jagaan saya.

Photo0832

Kalo dulu pening memikir cane la saya sorang nak jaga anak bertiga sekarang dh x kisah sbb dh terbiasa.. sambil jaga derang saya masih boleh buat keje2 rumah. Basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, iron baju, masak nasik utk derang.. cuma rajin ngan malas je huhuhu.. Kadang tuh saya lagi suka duduk baring bg Khayla panjat badan then biar the kakaks main sampai rumah berkelabung dh tahap tongkang pecah. Lepas dh puas derang buat sepah baru saya paksa kemas hahahaha..

IMAG0850

Baby Khayla sekarang pun dh pandai berebut mainan. Pantang nampak apa yg kakak pegang dia pun nak pegang. Siap menjerit kalo kakak tarik dr tangan.. baru 8 bulan ada hati nak gaduh dgn orang. Kadang x pasal2 kena sepak dgn Hana huhuhu.. Macam2 ragam anak bley tgk depan mata sendiri walopun hakikatnya agak huru hara bila derang dh start bergaduh berebut semua benda haiihh.. walopun rasa xde rehat langsung tp bersyukur lah saya ada anak-anak utk di jaga :)

IMAG0863

Pencapaian terbaik saya hari ni.. bleh tidokan 3 orang anak serentak muahahahah.. vangga.. vangga!! Tido kt bawah je.. tutup TV, tutup curtain sliding door bg gelap sume then buat2 tido. Bila masing2 dh mati kutu tido la, lama gak la dr kol 1 sampai 3 petang hehehe.. dengan saya skali hanyut hahahah..

X sabar menunggu kepulangan cinta hati.. sbb nak pas kt dia plak jaga anak muahahahaha.. keji! Have a happy week y’alls!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS