RSS

Cuti CNY seminggu

Alhamdulillah.. selamat sampai ke rumah sendiri pagi tadi. Cuti seminggu kali ni adalah sgt best sbb cinta hati bawak saya ngan the kakaks bercuti. Ini kali ketiga saya de peluang bercuti luar Malaysia.. 1st masa honeymoon kt Bali, 2nd masa Aulia setahun lebih kt Singapore & ni 3rd kt Krabi.. thanx cinta! Khayla kena tinggal kt umah tokmama ngan babah sbb saya takut dia x terurus makan minum tido x tentu hala nanti.. Cerita hal cuti2 ke Krabi next entry la.

IMAG1266

Balik dr Krabi cinta sambung cuti so kami lepak Sp dulu. Jumaat malam kami 5 beranak naik keretapi dr Butterworth ke KL Sentral. Pagi ni dalam kol 7.30 baru sampai. Malam tadi Hana tido so Yaya je excited sorang2 dapat naik train! Pagi ni Hana bangun baru excited dapat naik Chuggington.. Nasib baik la sepanjang perjalanan anak2 sume tido nyenyak je so dengan mama skali pun belasah tido x ingat dunia sampai la papa gerak huhuhu..

IMAG1267

Sampai rumah setel dulu rumah yg bersepah, kain2 yg blom basuh sepanjang gi bercuti.. kira laundry day la arini. Anak2 ngan cinta sume masih sambung tido letih travel x abis lagi. Bahagianya dapat balik rumah sendiri.. home sweet home..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tantrum two..haiisy..

Photo0315 

As to date umur Yasmeen Hana sekarang ialah 2 tahun 2 bulan 2 minggu.. lucky no.2 huh?! Hazab oke! Sangat menggetarkan jiwa raga nak membesarkan mek kenet ni sekarang.. boleh kata sume mende dia nak mengamuk kalo x kena dgn piawaian dia huhuhu.. Apa tahap piawaian dia? Hanya dia yang tau.. kadang bila kita wat camni ok, next 10 minutes dh x kena gaya plak. Hadoii la.. kejenya mengamuk! Kalo dia ngamuk sorang2 selalunya saya buat x tau malas nak layan tapi bila dia start buat kakak dia.. hah, itu yang buat mama meroyan!

Photo0432

Last week dalam kol 6 lebih gitu derang 2 beradik dok bergalak main lari2 kuk-kik-kuk-kik dalam rumah.. saya dh tau kalo derang dh start bergalak x berenti gitu dh sah2 la nanti bakal ada salah sorang yg nak melalak. Kol 6.30 saya dh larang kali ke-14 derang x stop lagi maka kena ‘ketam’ sorang sekali. Dah nama pun budak.. berenti la jap dlm 5 minit. Saya masuk toilet xsampai 30 saat saya dh dengar dedua melalak. Bila keluar tengok Hana mulut dah berdarah, bibir pecah.. saya suspek derang berdentum sesama sendiri. Yaya plak tangan berdarah kena darah Hana. Yang Hananya melalak sbb sakit yang Yaya plak meraung sebab takut tgk darah kt Hana.. dia takut Hana mati. Hah.. tau pun ko takut! Nama je ada anak pompuan 3-3 tapi lasaknya adoyaii..

Photo0376

Yaya dengan peel cerewet yg x sudah. Hana dengan tantrum yg x abis2. Khayla plak dgn peel lasaknya yang x reti dok diam.. lepas je dia, satu rumah dia merayap. Kalo lama sket hilang tengok2 dah masuk tempat faveret dia.. bilik air xpun tangga! Semoga mama&papa diberikan lebih banyak ketabahan dan kesabaran untuk membesarkan korang anak-anak.. Semoga mama dapat melalui phase tantrum Hana ni dengan tahap kesabaran yg tinggi.. Amiin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

01.01.2012

Mood blogging adalah ke laut. Nak amik gambar pun x de feel huhuhu.. Permulaan tahun baru yg kurang baik ni hehehe.. Demi mengenangkan hari ini hari pertama di tahun baru kena buat gak entry kenang2an..

Alhamdulillah atas segala kurniaan yg Allah berikan pada saya pada tahun 2011 terutamanya atas kelahiran baby petite saya Yasmeen Khayla.. kejap je masa berlalu dh 10 months++ dia sekarang. Dah makin cheeky & aktif si kenit ni sekarang.

Semoga tahun 2012 saya dapat menjadi seorang yg lebih baik dalam segala2nya. Anak yg taat pada kedua orang tua saya, menantu yg baik pada mertua saya, isteri yg solehah utk suami saya, mama yg punya kesabaran yg tinggi dan tabah utk anak2 saya, cikgu yg bertanggungjawab utk anak2 pendidikan khas saya, pekerja yg rajin pada organisasi saya ;) semoga.. semoga segala doa dan harapan saya untuk menjadi yg lebih baik pada tahun 2012 di makbulkan.. SELAMAT TAHUN BARU 2012!!

*Saya rasa badan dh bulat cam belon..so azam tahun baru saya adalah nk kuruskan badan. Saya nak slim! Oke..nangis tgk diri depan cermin sobbs..*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Sanah Helwah

Picture 051_640x425

Alhamdulillah.. masih di berikan peluang untuk bernafas lagi :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak kecik yang makin kecik

Picture 004_640x425 

Budak 10 bulan ini berat baru cecah 6.5kg.. alahaii.. keciknya kamu baby. Salah satu sebab Khayla ni ikut gen papanya.. kurus kecik. Terlebih gen papa la ni.. Kalo cam Hana ikut gen mama memang la tembam & bulat huhuhu. Bukannya Khayla ni x selera makan tapi metabolisme dia tinggi sgt. Makan semangkuk nasik habis je tapi aktif dia meneroka segala ceruk rumah, sudahnya badan x naik2.

Geram je tengok baby orang lain yang debob2. Geram je nak gigit ngan gomol2.. nasib baik la ada Hana bley ganti lepas geram. Sebenarnya x kisah la kalo badan x naik pun, maybe dia ikut spesis kakak Yaya yang cekeding. Selagi dia sihat & aktif.. alhamdulillah mama dh cukup bersyukur.

Picture 186_640x425 

Tapinya sejak sebulan lepas x henti2 baby Khayla ni x sihat. Dugaan betul untuk mama ngan papa. Mula dengan demam pastu dh baik sket dah cirit-birit plak seminggu lebih. Meragam je x senang duduk asyik nak merap. Tambah plak dengan melecet sbb cirit tu makin susut la badan baby Khayla.. sedih je mama tengok.

Bila dh baik cirit tu sambung plak dengan demam+batuk+selsema.. cukup 3 serangkai. Mata pun dh makin masuk ke dalam sbb asyik menangis je merap. Tido malam pun x lena sbb hidung tersumbat. Alahaii baby.. sayu hati mama tengok baby terbaring merengek je x larat. Biasa kan dia aktif x menang tangan nak tangkap.

Picture 282_640x425

Semalam bawak gi klinik lagi, doktor cakap baby nampak lembik sgt. Nasib baik dia nak makan ngan minum susu gak. Kalo x kena admit bagi drip takut dehydrated. Kalo sebelum ni nak bagi ubat sket punya dia menepis sembur2 tapi sekarang dh macam merelakan je nganga pastu telan.

Makin susut la badan anak kecik mama ni.. mama doakan Khayla cepat2 sembuh ye. Bagi berisi sket badan balik. Bagi aktif x terkelepet merengek memanjang.. xyah la nak ringankan badan lagi kalo baby nak belajar berjalan, dh cukup ringan badan baby tu. Cepat sembuh ye baby.. risau hati mama. Sayang sgt kenet mama!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS