RSS

Mengidam ikan bakar

Dah lama sebenarnya teringin nak makan ikan bakar tapi setakat ni yang bley terima dek tekak cuma Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur, Kuantan. Dah satu keje plak nak gi merentas timur-barat semata2 nak makan. X terdaya la weii.. sebenarnya pernah nampak tempat ni masa on the way ke Bangi dulu tapi dah ingat2 lupa sampaikan cinta tanya nak gi makan kat sini x weekend nanti? Pucuk dicita ulam pegaga la..

403905_3243615939801_997959533_n

Mulanya cinta ajak gi makan hari Ahad tapi x larat la sebab esoknya keje.. so tukar plan gi makan hari Sabtu, relax la sket. Ajak SILs skali sebab derang pun dok area sana. Makan ramai2 meriah sket. Lagipun kalo setakat saya ngan cinta je gi makan banyak mana sangat la nak jamahnya.. nanti last2 tapau je lebih.

Photo1455

Restoran dia memang spacious.. ramai orang tapi xde la rasa crowded sangat. Complete surau, tandas ngan tempat mainan yang paling penting bersih. Bila dah ada tempat mainan haruslah mek2 ni x gi tempat lain. Nasib baik la acik2 rajin melayan..

Photo1454

Menu hari tu amik siakap bakar petai, lala masam manis, sup ayam ngan telur dadar untuk mek2 tu. Alhamdulillah.. abis licin sume. Cinta pun makan bertambah, maknanya memang kena la ngan tekak dia. Gambar sebelum kejadian makan x sempat amik sebab dah terliur nak makan hakhak! Gambar selepas kejadian je la eh hahahahahaah…

Photo1459

Kenyang perut suka hati Smile with tongue out

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti minggu ini..PSN

Tetiap kali weekend the kakaks akan tanya “Kita nak gi mana ari ni?” Memang sume jenis bontot x reti dok diam dalam umah. Jenuh la masa mama dalam pantang nanti sume menggelupur nak keluar huhuhu.. Saya dah 2 kali bawak budak PPKI gi ke PSN, everytime gi mesti teringat nak bawak derang. Alang2 minggu ni x ke mana so ajak cinta bawak anak2 gi PSN tengok dinosour. Sebelum g haruslah breakfast dulu kat mamak.. aktiviti rutin hujung minggu hehehe..

Photo1408

Sampai PSN ngam2 kol 9. Cinta tanya jalan mana la saya tau sbb selama ni gi naik bas, kalo drive sendiri lain la. Nasib baik la cinta ni jenis x segan nak bertanya terus jumpa tempatnya. Sampai2 dah de 2-3 bas menunggu.. masyaAllah, ingatkan on weekend x ramai rupa2nya penuh sesak! Nasib baik la saya pernah pergi so tau mana nak tuju nak beli tiket then ke bilik pameran bagai.

Photo1410

Photo1402

Sampai2 je terus saya bawak anak2 gi tingkat 2 tengok pameran dinosaur sebabnya memang ramai sgt rombongan yang tengah siap sedia nak menyerbu huhuhu.. kiranya masa kitorang anak beranak masuk tu orang pertama la. Pastu ingatkan anak2 excited la rupa2nya sume takut! Adoii la.. Hana memang dah x nak berjalan langsung. Papa la jadi mangsa nak kena dukung sepanjang jalan. Yaya plak memula ok pastu bila natang tu start gerak2 dia dah cuak. Khayla paling relax & kagum tengok dinosaur.. siap ternganga2, muncung2 tengok. Sikit pun x nangis.. caya lah baby Khayla!

Photo1414

Photo1416

Yaya plak sekarang dah makin pandai nak try sume mende.. good girl! Memang tujuan saya bawak anak2 gi PSN ni nak bagi derang expose more to hands on.. picit je segala button yang ada. Explore segala apa yang korang nak explore.

Photo1417

Photo1420

Photo1423

Hana plak lepas tgk dinosaur tadi asyik la dengan takutnya. Apa yang dia terbayang ntah la.. tapi bila nampak train ni terus dia excited nak naik sampai xmo turun huhuhu..

Photo1433

Photo1427

Spend dekat 2 jam gak kat sini bagi mek2 ni try segala mende yang ada.. bukan anak2 je excited dengan bapak2 dia skali pun excited nak menerai segala apa yang display kat sana.

Photo1439

Photo1442

Sebelum balik singgah dulu kat kids area nak bagi derang main sket2. Nak bagi main kat Foam Factory ngan tempat lompat2 yang lain tu risau plak nak lepas sebab memang terlalu crowded sampaikan dah nak berlaga kepala budak2 dalam tu. Main je la kat tempat yang less crowded ni buat syarat.

Photo1444

Photo1451

Kol 11 gitu gerak balik umah sebab masing2 dah keletihan. Khayla pun dah mengantuk sebab memang dah nap time dia. Cumanya lenkali kena ingat nak bawak buggy sebab Hana wat peel nak berdukung, Khayla pun sama.. at least kalo salah sorang dok dalam buggy kurang la semput ngan senak mama nak dukung Khayla berjalan ke parking adoii la.. Pepepun saya puas hati dapat bawak anak2 gi Pusat Sains Negara bagi derang experience. Arini mama ganti posa so sume orang kena dok rumah oke hehehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordfull Friday

Approaching my 7 months of pregnancy.. rasa cam sekejap sgt. Even my colleagues yang berjumpa tetiap hari pun rasa kejap hakhak! Saya yang menanggung ni alahaii.. badan rasa makin x larat nak membawak perut. Apalagi bila balik rumah sume kena handle sendiri. Mana nak basuh baju, lipat baju, basuh botol2 susu, kemas segala reta meredak yang mek2 ni punggah abis satu rumah, jaga derang lagi.. Am I complaining? You bet I am! Haruslah weii mulut saya ni sama naik dengan tangan dok wat keje umah. Saya bley ignore rumah yang tunggang terbalik tapi saya x sampai hati bila cinta balik keje penat2 tengok2 rumah huru-hara. Biarlah rumah x besar mana pun at least bila dia balik rumah biarlah tenang sket. Lagipun bila rumah bersepah teramatlah hazardous untuk mek2 tu.. berlari pastu terpijak mende dah gedebuk..susahkan sape? Mama jugak..

Even kat skolah saya masih aktif berjalan ke sana ke mari sampaikan GPK saya pernah sound “Could u please walk slower May? My God..do u realize that u are heavily pregnant?” hahahaha! Pernah saya berlari kejar budak hyper yang menuju ke jalan besar sebab nampak mak dia kt seberang jalan, masa tu lupa dah saya tengah bawak perut. Bila dah dapat tangkap budak tu baru la termengah2 rasa cam dh abis udara dalam badan hahahaha!! Itu belum lagi turun naik tangga hantar budak balik kelas, budak saya bukan cam budak normal yang boleh dilepas gitu je. Kalo ada yang merayap x sampai2 kelas? Dah satu keje nak mencari plak. Itu pun masih ada orang yang ingat jadi cikgu Pendidikan Khas ni xde keje apa tetiap bulan dapat elaun. Tolong la.. x berbaloi pun elaun tu dengan nak menjaga 80 orang murid dengan macam2 peel. Tapi tu la.. biar la apa orang nak cakap, Allah tu Maha Kaya. Selama saya jadi cikgu kat anak2 Khas ni x pernah sekali pun saya rasa tertekan dengan derang. Orang yang xde kat tempat saya ni xley paham kot.. Allah dah bagi redha dalam hati. Allah bagi saya bekerja dengan kawan2 yang best. Nikmat tu kan?

Pregnant kali ni memang Allah bagi extra kekuatan kat saya. Kalo ikutkan time2 ni saya dah makin slow, makin lembik x bermaya. Cuma time ganti posa je terkelepet, time lain insyaAllah saya masih boleh uruskan diri ngan family sendiri. Masih drive sendiri gi skolah, hantar anak2 gi nursery, balik skolah setel keje2 rumah then amik anak kt nursery. Nasib baik sekarang cinta dah makin cekap handle anak2 so bila dia balik keje semua anak kerumun dia then saya ada masa nak rehat huhuhu.. nasib la kan, dia kan the only MAN in the house.

Dah nak masuk 7 bulan tapi everytime saya gi check up baby x pernah nak tunjukkan gender dia. Sampai gynae pun tension “Aiih dia ni, x nak tunjuk langsung! Bulan lepas meniarap, mengiring, ni dah dia kepit plak kaki.” Saya plak yang nak gelak dengar gynae ngomel sorang2. Member2 saya yang pregnant sume dah tau gender masa 5 bulan lagi. Masa pregnantkan the kakaks pun awal2 saya dah tau. Bohong la kalo saya cakap saya x teringin nak dapat baby boy.. saya teringin sangat nak dapat Ahmad ….. bin Mohd Syamsyir Smile tapi kalo Allah takdirkan saya dapat baby girl plak saya mohon Alllah bagi saya redha untuk terima seadanya. X nak nanti saya frust x dapat boy, merajuk plak baby saya nanti kata mama xnak dia.

Kagum bila baca status FB member skolah saya dulu yang suka sangat nak beranak ramai2. Xnak amik perancang sebab katanya selagi boleh beranak terima je. Yes, saya bley di kategorikan anak ramai untuk member2 sebaya saya tapi let’s call it a quit after this. X kira la kali ni Allah bagi boy ke girl.. hopefully saya bley fokus kat 4 orang ni nanti. Anak bagi in- laws jaga, family ada dekat keliling x susah rasanya nak menjaga anak ramai tapi kalo dah terkontang-kanting merantau kat tempat orang semua buat sendiri.. sangat letih fizikal & mental! Memang setiap anak ada rezekinya tapi bila duduk balik sorang2 then terkenang balik cane setiap anak demand for your attention but you cannot fulfill them all series rasa fail sebagai seorang mama. Big looser! Sedih sebab bukan salah derang but salah mak bapak sendiri yang x plan betul2 jarak anak. Cukup la anak kita 4 orang ye cinta?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Celebrate besday Papa

Memula plan nak celebrate kt Double Tree Hilton tapi entah cane masa booking kt Agoda last minute xde la plak booking tu. Hissyyy.. baru je plan nak celebrate sempena umur cinta 33 tahun. Baru la simbolik sket huhuhu.. tapi dah xde rezki nak gi situ maka melencong ke sini la kami.

426801_3232718107362_1749586884_n

Saya book Lexis PD. Itupun rate dah nak dekat rm400 sebab last minit booking kat booking.com. Kalo awal bley la dapat rate murah sket. Ahad pagi tu saya ada sukan sekolah tapi kol 1 dah cabut balik. Esoknya Isnin 9hb, cinta amik cuti sebab awal2 lagi saya dah sound nak celebrate besday dia officially.

532609_3224154053266_1840492073_n 

Balik sukan terus gerak gi PD. Sampai ngam2 time check-in kol 3pm. Masuk je bilik memang puas hati la sebab bilik besar dengan 2 queen bed. Anak2 plak bila nampak je bath tub sume dah menggeletis x sabar2 nak berendam.

406168_3224154413275_1195235919_n

Spacious room

552228_3224153693257_1729963841_n 

Kali ni memang x jejak ke pantai langsung. Santai habis kat hotel. Petangnya jalan2 kat water chalet, bawak anak2 main kat playground then terus gi dinner. Kata nak celebrate besday papa kan? Bagi la papa relax bersantai enjoy the day..

528985_3224154573279_293826691_n 

Jalan-jalan petang hari

250885_3224159293397_1363283478_n

Proud papa of yasmeens

486185_3224157813360_956130024_n

View from water chalet

554233_3224169573654_1675634972_n

At the playground

532516_3224173813760_1276804406_n

Esoknya lepas breakfast cam biasa la anak-anak akan tuntut nak gi pool. Dah jadi cam aktiviti rutin plak kalo gi hotel lepas breakfast je mesti nak berendam. Kalo x, mau hamukan berguling-guling huhuhu..

531185_3232716227315_647550015_n

Kali ni papa dah x susah nak handle derang bertiga sebabnya Yaya ngan Hana dah ada water confident. Kalo dulu sume nak berkepit dengan papa je dalam air. Sekarang, biarkan je dalam floaties tu nanti pepandai la derang bawak diri. Papa just jaga Khayla je yang perasan macam budak besar. Bagi masuk kids pool x layan. Menjerit-jerit nak gi adults pool join the kakaks.

524244_3232716987334_652419173_n

Si kenet ni mulut dah biru pun x nak keluar pool.. bila angkat bawak naik laju je dia patah balik nak terjun tiruk dalam air huhuhu..

Balik bilik derang sambung mandi kat bath tub. Lepas check-in terus gerak balik PJ. Maka habislah celebration besday papa untuk tahun ni. Alhamdulillah.. semoga kita anak-beranak terus di murahkan rezeki untuk jalan-jalan holiday cam sekarang. Happy birthday papa.. we love you so much!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday :: Nisfu Syaaban

 

thumbnail_aspx_jpg9

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS