RSS

Cuti sekolah Mac 2014

Lamanya la hey menunggu nak cuti panjang kali ni. Bulan lepas je 3x Sabtu kena gi skolah. Bley bayang x betapa muaknya ulang alik gi skolah sampaikan hari cuti pun nak kena mengadap muka GB jugak huahuahua… Banyak dugaan sebelum cuti kali ni. Mana dengan jerebunya.. tetiap hari keluar rumah menusuk bau asap. Adoyaii.. hujan plak dh bape lama x turun. Kering kontang. Pastu mula la episod catuan air. 2 hari ada, 2 hari xde. Huarghhhhh.. kira nasib baik gak la sbb sy dh wat persediaan awal beli tong air bagai. Air pun memang dh tadah siap2 dari catuan peringkat 1 lagi. Kawasan sy ni dah peringkat 3 kot. Itu xpe lagi.. dugaan paling kritikal yang ni..

1977078_10201197097960058_334281127_n

Sangat mencabar jiwa raga okeh?!! Bayangkan 10 hari?!!!! Maka sy kena call rescue 911 saya huhuhu.. nasib baik la ada mama & abah sy yang memang sentiasa ON CALL. Tambah2 abah sy bila dapat tau Khayla salah sorang yg kena HFMD cepat je dia nak datang.. kalo la xde mama & abah sy alamatnya ada possibilities sy heret semua angkatan sy g skolah. Dah nk cuti susah sgt kan? Ampun la mama & abah dari kecik sampai beranak pinak menyusahkan huhuhu..

Maka sampai la cuti sekolah yang di tunggu2.. seminggu je pun. Tp xde maknanya la nak bangun lambat bagai sbb anak2 sy sememangnya early risers. Kol 6 biological alarm derang dh berdenting. Awal2 pagi lagi sy dh mengaruk bila derang bukak mata je mula la start bertekak.

Kebetulan masa taska tutup tu cinta kena naik laut. Aduhaii.. lagik la jem! So cinta dh janji cuti ni dia nk cover balik amik cuti 2 hari nk bawak anak2 jalan2. Cinta adalah sangat sabar melayan segala peel mengada anak2 dia. So dia dh ada plan sendiri nak ke mana bawak anak2 dia. Hari Khamis sampai la hari yang di tunggu..

Perjalanan di mulakan menuju ke Kuala Gandah. Cinta nak bagi anak2 dia tengok gajah real life. Asyik tgk dalam youtube je manjang. Ini la masanya nak bawak anak tgk betul2.

150019_10201277992502371_1574382524_n

7004_10201283271554344_1257563107_n

10003236_10201283265954204_1057073405_n

Anak2 adalah sgt excited dan kagum tengok gajah depan mata. Sadly my baby Uppa panggil DOG! “Elephant la dik..bukan dog” dia geleng kepala “No..dog!” sambil tunjuk dengan jari kecik. Rasa nak gigit je budak kecik ni.

Mulanya ingat nak tunggu sampai kol 2 ada pertunjukan ngan mandi gajah semua tp masa tu baru kol 12.30. Panas hoihh!! X tahan. Cinta pancing anak2 ajak mandi sungai masa kt Kuantan nanti. Nasib baik semua nak.. otw ke Kuantan tu singgah Temerloh cinta nak makan ikan patin.

10168065_10201283383477142_1723660426_n

Sampai Kuantan terus ke Hutan Lipur Sg. Pandan. Seronok x hengat anak2 bila nampak air!! Sampai ketar2 pun ajak naik masih xnak lagi.. haiih la anak.. korang memang hantu air.

10014601_10201283292314863_1783121915_n

1977128_10201283284354664_2123263850_n

Bermalam kt Kuantan, esoknya bangun g breakfast then bawak derang g Mini Zoo Teruntum plak. Tot-tet-tot-tet dah kol 12 lebih balik hotel then check out tunggu papa balik semayang Jumaat then heading to Batu Pahat. Cinta tanya nak gi mana lagi pastu tengok2 dah masuk simpang ke Rompin. Saje nak tgk kalo de bot nak g Tioman. Gila ad-hoc! Masa sampai tu dh kol 6 lebih.. last bot kol 1 ptg huhuhu.. nasib la.. tp sebab x nak hampakan anak2 cinta pusing bawak derang g main air kt Pantai Lanjut masa heading keluar Rompin tu..

1549333_10201283274834426_2039536665_n

1173699_10201283275874452_1351194875_n

Cinta adalah papa yang paling setia melayan peel anak2 dia.. nak ke mana sebolehnya dia tunaikan. Bertuah korang anak2, dapat papa yg nak melayan. Thanx cinta for being a good papa :)

Last destination kami ke Senggarang. Umah atok & nenek. Malam esoknya ada dinner 100 tahun SKS. Sekolah turun temurun dr zaman atuk bawak ke papa ngan acik2 lain. Nasib baik la anak2 behave walopun masing2 dah mengantuk sbb eventnya kol 9++ baru start. Esok dah nak gerak balik PJ. Lusa dah mula sekolah balik. Kejap je seminggu berlalu.. yang penting anak2 ada pengisian untuk cuti kali ni. Ada benda utk dia berkongsi cerita. Ada pengalaman untuk dia kenang. Bersyukur la anak2.. kita mampu untuk rasa semua ni. Alhamdulillah.. selesai cuti sekolah seminggu.

10171261_786358251392426_963561246_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: