RSS

8 bulan

Hari ini adik baby cukup 8 bulan = 32 minggu.. perut adalah sangat besar & makin mengah me nak berjalan. Sangat penat oke! X terbayang camane me nak menunggu due.. Drive gi keje pun dh x larat coz perut dh sangkut kat stereng huhuhu.. Perut memanjang lapar tapi bila makan sket pun mula la mengah x cukup nafas. Adoii la.. me dh lupa cane me masa sarat mengandungkan Aulia dulu. Dulu xpe la x keje lagi.. dok umah je. Bila dh keje ni penat lebih sket + nak melayan peel Aulia lagi. Masa mengandungkan Aulia dulu kalo letih sangat bleh tido sekarang ni.. nak tido? Huh, kirim salam la.. x aman tido kalo si kenit nih non-stop bersembang xpun suh melayan dia..

Nasib baik la dh lepas bulan posa.. dh x yah nak pk nak masak apa untuk sahur ngan berbuka. Hubby pun terpaksa la merelakan hati & anak tekak makan kat kedai je tetiap hari.. huhuhu..ampun ye yang, memang x larat sgt. Tahap melepet dah kekdahnya sekarang ni.. pastu kat sekolah semedang meeting, dah hujung2 tahun ni bukan makin relax tapi makin bizi dengan data kokurikulum bagai. Nak terberanak je rasa dok turun naik bilik meeting tetiap hari..

Owh.. semalam gi check up baby sume ok.. baby dh x breech, uri pun ok, air ketuban pun ok & berat adik baby pun dh 2kg++. Baby tersangat la aktif menendang dalam perut mama.. sampaikan kadang tuh bengot perut dibuatnya. Series letih giler membawak perut yang dh makin membesar ni.. kadang2 tuh siap doa biarlah beranak cepat2 sket. Bila dok pk mula la malam2 termimpi2 beranak.. arituh siap mimpi air ketuban pecah, nasib baik x terkencing atas katil wakakakakak..

Ok la.. mek kenit nih dh mula nak mengada2 sebab mamanya x melayan. Jeles la tu, pantang nampak mama nak senang sket.. huhuhu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa untuk bertukar!

Rasanya dh sampai masa Aulia tinggalkan botol susu.. dh nak 3 tahun dh pun umur dia. Sebelum2 ni me x kisah sgt, biarkanlah dia wean-off sendiri nanti tapi bila balik kampung aritu rasanya Aulia makin kritikal dok menggonggong botol susu 24-7, sampaikan bawah bibir dia dh naik bijik2 dek air liur yang dok meleleh je.. Botol tuh dh jadi soother untuk Aulia everytime dia nangis..

baby_bottle

Semalam, on the way balik umah lepas lunch singgah ANAKKU then cari solution untuk Aulia.. terjumpa la sipper cup.. lebih kurang cam gini la gayanya..

nuby

I'm opting for this type of sipper cup instead of this.. sebab Aulia baru nak training x guna botol. Dia dh biasa dok gigit2 rubber teats. Susah gak la sebab banyak kali dia merengek mintak susu.. "Yaya minum susu guna botol ni la, mama dh buat dalam ni." Dia still insist nak susu sebab dia nakkan botol susu dia huhuhu..

d700_1 

Malam tadi pun dia minum susu x banyak sebab xde botol. Susah hati la plak bila dia x nak minum susu sebab itu je sumber kalsium dia. Tau la budak besar ni picky eater kan? Xpe la.. pelan2 kayuh k. Dah namanya training, xkan la Aulia bleh tinggalkan botol susu yang dh dekat 3 tahun guna dalam masa sehari kan? Hopefully lepas ni Aulia minum susu banyak macam biasa balik k..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Home sweet home

Sudah sampai di rumah dari Bt. Pahat jam 2 petang semalam. Di kala ini baru sudah basuhan baju kali ke-4 oke!! Betapa banyaknya baju yang dipakai masa cuti aritu huhuhu... Lega sket kepala bila tengok rumah dh clear dari baju2 kotor..

Yang lain2 dalam to do list masih belum di setelkan lagi. Nanti la.. pelan2 kayuh. Esok lusa masih ada.. yang penting satu keje penting dh setel. Balik rumah sendiri adalah sgt heaven! Bleh buat apa saja, bleh terbongkang mana2 mau.. huhuhu.. sebab tu orang cakap HOME SWEET HOME.. rumah sendiri adalah sgt best!

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Things to do

Tak sabarnya nak balik rumah sendiri alahaii.. dalam kepala otak ni dh berderet TO DO LIST, antaranya..

  • basuh baju stok bawak balik kampung yang dh menimbun huhuhu.. mau 3-4 round nak basuh
  • lipat baju2 yang dah kering.. lagi lama di biar, lagi menimbun la longgok baju dalam bilik belakang nun. Sudahnya nak mencari baju pun x jumpa..
  • iron baju keje me & encik suami.. adeh, malasnya la hey nak gi keje. Dah sedap lama bercuti, nak bangun pagi kol 5.30 balik huwarghhhhh!! yang, nak amik cuti tanpa gaji sampai lepas beranak bleh? huhuhu..
  • shopping barang2 dapur yang dh dikosongkan sebelum balik raya arituh..
  • packing barang2 & baju2 baby dalam beg baby, dh kena start letak dalam bonet kete.. plus minus de lagi 2 bulan je. Kang watnya baby nak wat seprais kuar awal naya je hakhak!!
  • prepare beg nursery Aulia.. dh sebulan mek nget ni bercuti, haruslah berperang di pagi Isnin nanti nak anto dia gi skool adoii la..
  • nak sapu, mop, vakum satu umah.. konfem la berhabuk dh seploh hari tinggal.. hubby ngan Aulia plak bila kena habuk sket mula la x henti2 bersin, huh sensitip!
  • tukar cadar, basuh bilik air huhuhu.. and the list goes on & on.. dh namanya rumah sendiri kan? Ada je la yang nak buat..

Takut nanti bila dh sampai umah terus terkelepet.. badan dh sangat la x larat nak travel jauh2. Arituh masa balik dr Sp ke Bt. Pahat pun bila sampai je terus terkelepet.. rasa cam nak tersungkur jilat tanah je huhuhu.. Owh yer, this Tuesday de appointment check up kat KSH. Sekarang dh start check-up every 2 weeks.. excited je nak tengok development adik baby!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby kah?

IMG1033A

Cuba tengok.. sape dalam buai ni? Baby baru kah? Meh kita close up skett, baby mana ni?

IMG1036A

IMG1035A

Lorr.. baby besar rupanya hakhak!! Haisy.. 2-3 menjak ni Aulia sangat la wat perangai baby. Dia tau agaknya due adik baby pun dh makin dekat. Lately dia memang la teramat clingy, manja lebey2, asyik usung botol ke sana ke mari, sket2 nangis, pantang silap sket merajuk huhuhu..

Penat la mama bila adik baby dh lahir nanti, otomatik kakak Yaya nya pun jadi baby balik. Sume yang adik baby buat dia pun buat sama uwaaaaaa.. mamanya la yang nangis!

Jangan risau Yaya.. sampai bila2 pun Yaya tetap anak manja mama, especially papa hehehe.. Aulia will always be my little baby girl.. sayang anak mama & papa nih xoxo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entry raya bergambar

Foto-0044

Aulia dengan kawan baiknya.. Mr. Ellie ;p

Foto-0046

Anak mak dah besar.. sob..sob.. syahdu di pagi raya..

salam raya

Bergambar dengan tokmama & babah sebelum gi beraya.. Aulia sibuk dengan duit raya.

pagi raya1

Owh.. me adalah sgt gemoks! Hubby sampai terkepit kat celah kerusi ekekekeke..

pagi raya 2

Aulia senyum terpaksa.. masa ni baru lepas merajuk.

pagi raya 3

Kami bertiga + adik baby..

pagi raya 4

Waaa.. papa sgt la nampak ke Johoreannya bila complete dengan songkok & kain pelekat bagai kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Camne raya anda?

Since Isnin lepas dok Johor.. xtau la bila hubby plan nak balik. X banyak gi beraya pun since kt sini x putus sedara mara datang berkunjung.. Semalam gi kuar service kete then bawak Aulia gi main kat playland McD kat Batu Pahat. Most of the time dok umah PIL, tahun ni sume adik beradik hubby balik so kecoh sket la umah.

Cuaca lak asyik panas manjang. Memang best la untuk orang yang nak kuar gi beraya tapi untuk orang yang stay kat umah je adeh.. cam nak cair je rasa. Sakit sangat kepala dengan body heat yang melampau, tambah lagi dengan adik beradik hubby yang x habis2 mengusik & menyakat Aulia. Bingit dalam rumah jangan cakap la.. bayangkan adik beradik hubby yang bujang ada lagik 6 orang, kalo dh sorang mencuit-menyakat sorang sket adoyaii.. kepala haku nih cam nak pecah je. Dari celik mata je Aulia sampai la dia tido di malam hari yang bleh dengar kuat cuma dia melalak, menjerit, menangis non-stop..

Bila dh sakit kepala mula la me nak hangin dengar Aulia melalak2. Pastu bila dh hangin mula la nak marah2.. bila marah2 dh tentu2 la hubby yang jadik mangsa. Cakap pun xmo.. moody je la. Last resort bila tension sgt mengadu tepon kat mama huhuhu.. abah cakap "Orang kaco anak kita tu tandanya orang sayang la.." ;p

Series sakit kepala giler2 kali ni, tambah lagi makan macam2 masa raya ni-sakit perut tapi sembelit uwaaaa... Toksik dalam badan x ley nak kuar lagik la hangin satu badan kan? Baby pun makin aktif sampaikan kadang2 mamanya dh xde tenaga. Nak bergerak pun dh macam sloth.. Cane la agaknya nak menunggu cukup 40 minggu ni? Mau merangkak agaknya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sneak peak raya..

happy

Upload satu gambar dulu.. owh, me adalah sangat gemoks dalam gambar2 raya kali ni huhuhu.. Cuba bayangkan anak baru nak masuk 2 badan dh besar tong, kalo dh anak 5 nanti agak2 badan besar almari agaknya huahuahua.. Uish, xley jadi.. kena pantang betul2 lepas beranak nanti ekekekeke..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya Aidilfitri dari kami sekeluarga - Syamsyir, May, Aulia & Adik Baby.. Mohon maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita di blogosphere atau alam nyata.. Selamat berhari raya bersama keluarga tersayang & selamat bercuti..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari raya ke-2

Bertolak jam 3 pagi tadi.. sampai di Batu Pahat lebih kurang jam 10 pagi. Sedikit ralat di hati sebab me berkira-kira 4 hari di SP bermula dari 18-21hb.. 22hb baru traveling day then 23-26hb di Batu Pahat. Maybe ada miscommunication or miscalculation hari di pihak hubby. Agak emosional sket sepanjang hari ni..

Malam tadi mama tanya, "Kenapa nak balik awal2 pagi? Tunggu la esok dalam kol 9-10 pagi baru balik..Cuti kan panjang?" Me cuma senyum then cakap nanti bincang ngan hubby. Bila hubby bangun dalam kol 2 lebih tu bagi hint tanya "Nak balik jugak ke pagi ni? Tunggu la esok.." hubby x bagi respon. Bila keluar bilik nampak mama x tido lagi. "Balik jugak ke tengah malam ni? X tunggu esok?" me cuma angguk. Hati dh ada rasa syahdu. Masa tu perasaan dh torn between mom & hubby.. adoii, dengan pregnancy hormone yang menyumbang kepada perasaan emo yang berganda.

Air mata dh x berhenti meleleh. Sepanjang perjalanan dari rumah sampai lah ke tol Juru air mata x henti2 lagi berjurai.. mama nampak me menangis but knowing that anak dia dh jadi hak orang, mama x cakap pepe. Tempat isteri di sisi suami.. Hubby plak whether he's being ignorance or dia betul2 x perasan ada adegan 'hujan renyai' sepanjang jalan huhuhu..

Sampai sekarang still emo, air mata ni laju je. Terbayang muka mama masa tanya malam tadi.. xsampainya hati. Considering the fact that masa pantang nanti lama leh dok dengan mama & abah, pujuk gak la hati xyah nak berkira sgt. Haisy.. emo sgt la lately.

Tahun depan harus di rombak semula sistem balik raya.. malam raya kedua baru balik kampung lagi satu. Cam sekarang ni rasa kejap sangat balik raya + penat beraya x abis lagi.. Baru 4 tahun kahwin kan? Haruslah masih belajar give & take then de improvement in decision making..

Nanti2 la upload gambar raya pertama yer.. sekarang masih xde mood lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Main bunga api!!

Best sangat malam raya main bunga api dengan Aulia.. tokmama & babah, papa & mama pun join sekali huhuhu.. Memula Aulia cam takut nak pegang bunga api tuh sebab api mercik2, tapi tokbabah cari alternatif sambungkan kat kayu panjang. Enjoy abis la Aulia main bunga api. Semua belasah kat dia sorang, xyah share dengan sape2.. tambah seronok lagi ramai lak yang meneman main bunga api skali. Aulia x habis2 menjerit "Seronoknya.. bestnya!!"

malam raya2

Tokbabah pun excited sebab dh lama sangat xde sape nak dilayan main bunga api bagai.. tahun ni 1st time Aulia main bunga api. Haruslah wat entry dalam blog so that nanti Aulia dapat tgk balik moment dia main bunga api.. InsyaAllah, tahun depan adik baby baru 8-9 bulan, tahun lagi satu maybe dh ley join kakak Yaya main bunga api.. sangat excited oke!! Mak budak lak yang lebih2 huhuhu..

malam raya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ehem..ehem..

muih

Kuih dan muih beranika macam, makan lah jangan hanya dipandang.. ;p

kuih

Semangat tul nak raya! Kuih dah siap dalam balang kuih raya huhuhu.. sampaikan abah tanya "Betul ke esok dh raya ni? Anak bulan pun orang lom tengok lagi.." ekekekeek.. semangat tul mak budak nih!

Dalam xde beli sangat kuih raya pun dh de 8 jenis.. itu belum masuk kerepek, kuih sepit, rendang bagai huhuhu.. makan puas2 yer raya nanti. Baru je berat turun 3kg puasa ni, lepas raya ni mau naik 5kg wakakakak!! Apsal haku excited sangat nak raya tahun nih?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Our pre-raya

Hari ni gi Penang tengok nenek kat umah mak njang.. hubby request gi beraya awal2 umah sedara mara belah me sebabnya esok x sempat nak gi semua. Ye la, malamnya nak bertolak balik Batu Pahat plak.. konfem gi umah sedara dekat2 je, pastu bila dah namanya raya x sah la kalo kat sebuah rumah x makan masa sejam. Nak sembang2 lagi, nak makan2 lagi huhuhu.. so hari ni kami beraya walopun masih hari posa.

preraya 

Owh.. buat Lin ngan Apash yang nak tengok gambar latest me masa preggy, ini gambarnya. Perut x nampak sgt sebab pakai baju besar hehehe.. tapinya tengok muka sembab x hengat + pucat lesi. Me x suka mekap2 masa preggy ni.. pening bau lipstick hehehe..

Ok la, sampai sini dulu. Petang ni my abah nak gi beli lemang then mama nak masak rendang burung puyuh + nasi impit + kuah kacang.. pergh, semangat terus nak raya!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik raya mana?

Esok dah nak raya baru nak tanya balik raya mana? hakhak.. cam x releven je soalan sedangkan dh tentu2 dh de kat SP-kampung halaman sendiri. Owh.. kami suami isteri mengamalkan sistem giliran yer, sejak dari mula kahwin. Tahun ni memang turn beraya KAMPUNG ME hehehe..

Kebetulan masa 1st year kahwin, turn my big brother beraya umah mamabah. Lagipun hubby nak bawak bini balik kampung kenalkan kat adik beradik huhuhu.. malu aii!! Seboleh2nya selagi mama & abah ada ni me x nak la derang beraya sendiri tanpa anak2.. dh la anak pun 2 kerat je. Sebab tu seboleh2nya, DENGAN IZIN HUBBY tetiap kali giliran beraya me akan pastikan salah seorang anak samada me atau along akan beraya kat sp. Biarpun kami adik beradik x sempat jumpa nak beraya sama. Ala.. along me pun cikgu, so selalu je dapat jumpa dia masa cuti sekolah xpun sehari dua sebelum raya.

Macam tahun ni.. me beraya kt sp, my along plak balik umah mertua dia. Raya kedua tu me dh bertolak balik Johor tapi dia baru nak gerak balik sp. X kisah la.. yang penting MAMA & ABAH x beraya tanpa anak2.. itu yang paling penting bagi me. Sementara orang tua kita ada ni la kita nak bahagiakan derang kan? Kalo dh xde nanti x guna nak ingat2, nangis air mata darah sekalipun..

Kalo turn beraya umah PIL pun me x kisah sgt.. sebabnya dh nak masuk 4 tahun kahwin. Syahdu teringat mama & abah di pagi raya tu memang la ada tapi xde la macam 1st time beraya dulu huhuhu.. cumanya bila kat umah PIL rasa cam awkward sket sbb xtau nak buat pe. Kalo kat umah sendiri, malam raya tu me la yang setel kuih raya bagai.. dh rumah makbapak sendiri kan. Mesti la pandai bawak diri hehehe..

X kisah la raya kat mana pun dh besar2 gabak, anak nak masuk 2 ni.. yang penting dengan orang2 tersayang. Xde kes lagi la kami laki bini berperang masam muka bagai semata2 sebab nak balik raya walopun sorang Utara, sorang lagi Selatan hehe.. so bagi couple yang baru2 kawen tuh bawak2 la bergilir. Lagi aman bahagia.. jangan pk kita je nak beraya dengan parents & family bagai, hubby kita pun de gak kan. InsyaAllah, selagi x mengelat giliran tu.. dedua pihak pun puas hati.. SELAMAT BERAYA!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suker..

Me dah berada di kampung!!! Sampai kol 10 malam tadi.. sempat bersahur siakap sweet sour hasil tangan mama, pergh, kecur air liur beb! Me adalah sgt suker hati sekarang berada di kampung halaman sendiri. Cadangnya nak gi last minute shopping & jalan2 kat SP tapi tadi dpt call courier nak datang plak.. haisy, dh la kat umah xde orang. Terpaksa la delay jap.. maybe pas zuhur nanti baru kuar kot. Anyway.. SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN MASING2, SELAMAT BERCUTI & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti raya

Yea.. finally hari ni sekolah dh announce amik cuti peristiwa hari Jumaat ni. Meaning, lusa dh ley balik SP jumpa Aulia.. me & hubby cuti start 18/09 sampai 27/09 huhuhu.. RAYA SAKAN, 10 hari oke! Just nice la untuk bahagi kt dedua belah kampung kan? 4 hari kat Kedah, 1 hari perjalanan dari sp ke bp, 4 hari kat Johor then 1 hari balik Kuantan relax2, setel2 sume sebelum nak gi keje esoknya.. Adil x kami laki bini bahagi hari? Hehehe.. baru la xde yang diam2 terasa hati pastu muncung merajuk..

upindanipin_raya

Orang lain sibuk bercerita pasal persiapan raya.. me x tau nak cite pe. Baju raya memang sejak dulu kala tempah ngan TAILOR PRO-MY MAMA hehehe.. konfem puas hati la kan. No question ask. Baju raya sedondon kami anak beranak de 2 pasang.. yang lain2 sume baju raya Aulia la banyak. Mamanya memang dh OUT of shape so kena la pakai baju ibu mengandung yang lebih kurang kaler je kan. Papanya plak memang x bape excited sgt bab2 membeli baju nih huhuhu..

Kuih raya.. de la me order dalam 5 jenis. Mostly dh di rasmikan awal2 lepas bukak puasa huhuhu.. nampak cam sedap je. X sempat nak tunggu raya.. X sabarnya nak balik kampung, jumpa Aulia pastu main bunga api bagai.. lambatnya rasa masa nak berlalu.

Lepas raya ni adik baby dh masuk 8 bulan.. cam x caye je lagi sebulan lebih dia dh nak jenguk dunia. Berdebar pun ada, excited lagi la.. sekarang ni pun adik baby sangat la x diam. Pantang de peluang je dia nak menendang.. sampaikan kadang tuh bleh rasa dia pusingkan badan dia. Mentang2 la ada ruang lagi dalam perut mama ni.. InsyaAllah tahun ni adik baby dalam perut lagi, next year bakal beraya 4 beranak la kami.. x sabarnya menanti hari ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malas

Haisy.. not good for adik baby nih. MALAS tu bukan malas nak buat keje umah ek tapi malas nak update huhuhu.. Banyak sangat entry yang tertangguh especially entry pasal shopping barang2 baby Sabtu lepas dengan hubby..

Bila balik umah baru perasan, most of adik babynye barang kaler Lime Green! Am sooooo in love with this colour.. xtau la nape? Sampaikan gown kakak Yaya pun mama beli this colour hehehe..

lime green

Hubby plak x cakap pepe bila me asyik sambar barang2 baby kaler ni.. bila tanya "Ok x kaler ni?" dia jawab, "Ala.. baby pun x konfem lagi kaler pe kan?" Aikk, still hoping yang keluar nanti pistol kah papa? ekekekeek... Ntah2 nanti kita dapat Power Puff Girl x yang? Berderet anak dara hakhak!!

Sweet sgt barang2 baby colour Lime Green ni.. ada la kelainan sket kan? Xde la PINK & BLUE manjang.. huhuhu.. Haruslah bila adik baby dah pandai duduk nanti me beli yang ni untuk dia..

bumbo seat 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misi hari ini

Macam biasa la.. hari Ahad memang tinggal melangut sorang2 kat umah since hubby keje. Awal2 lagi hubby dh tanya "sayang nak gi mana harini?" huhuhu.. tau je dia bini ni panas bontot dok kat umah. Konfem nak berjalan.. biarpun sorang2. Kalo ada Aulia sekalipun x kisah. Haku heret je anak ke mana pegi.. x kisahlah kan, asalkan dapat berjalan. Ibu2 mengandung kan kena banyak excersice jalan2.. senang sket nak beranak nanti hakhak!! So.. plan hari ini..

  • gi baby care tengok2 apa lagi barang yang nak beli (tengok je dulu oke! hubby dh warning x ley beli kalo dia xde wakakaka)
  • terjah butik Anakku.. de raya sales dr 11-13hb nih, kot2 bleh sambar lagi 3-4 helai baju baby & kakak Aulia (syhhhh... ;p)
  • beli barang2 dapur, budget untuk masak berbuka ngan sahur lagi 5 hari ni..
  • cari sandal raya yang comfortable utk ibu mengandung.. sekarang ni yang de cuma Bata Comfit yang pakai gi keje. Lain dari tu pakai selipar kelepek2 je, kaler purple plak tuh huhuhu.. alang2 nak raya nih ada la alasan nak beli sandal baru ;p

Itu je yang terpk nak buat untuk hari ni.. owh, tempat yang me nak terjah tu adalah 4 mall yang berbeza yer ekekekeke.. misi hari ini adalah mengukur Berjaya Megamall, East Coast Mall, Giant & Parkson huhuhu.. mati la laki haku garu kepala kalo kat semua tempat yang me gi tu me shopping..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tersenyum..

Hubby ajak gi shopping barang2 baby hari ni.. sangat susah oke hubby nak bertunggu tangga kat mall semata2 nak teman bini shopping. Me sangat happy.. nak shopping barang2 baby ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa ini?

bantal_peluk 

Ini adalah bantal peluk.. apa motif entry ni tunjuk gambar bantal peluk? Xde motif pun.. cumanya nak share, bantal peluklah penyelamat tido me di malam hari. Sebab perut pun dh makin besar, nak terlentang salah, nak mengiring salah, nak terlungkup lagik la huhuhu.. sudahnya bila tido mengiring sambil peluk bantal peluk ni waaaa.. sgt heaven oke! Tido aman & bahagia sampai ke pagi.. kadang tuh hari cuti bleh terbabas tido sampai kol 11 huhu..

Masalahnya sebelum tido mesti berebut bantal peluk dengan hubby.. dh bantalnya pun ada satu je. Saje je dengki kan? Kalo x sebelum nih bantal tu terperosok je celah dinding.. Bagi ibu2 mengandung yang dh x selesa tido dengan perut besar, cuba tido peluk bolster. Xde la perut tuh terhenyak sangat.. selain tu cara tido mengiring ni bleh kurangkan krem kaki. X percaya? Cubalah! ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Genap 7 hari lagi

...me ngan hubby akan balik kampung jumpa mek kenit! Lepas sekolah 18hb tu je insyaAllah, siap2 sume terus zass balik sp.. Rasanya Aulia dh pandai kot kalo nak ajak main bunga api bagai.. kalo x pun dia menjerit "fire..fire!!" pastu konon2 takut nak pegang huhuhu.. Bila lagik nak lepas gian nak main bunga api ni kan? Mamanya je yang lebih tapi bagi alasan kata anak nak main hehe.. Haruslah balik sp nih soh abah beli bunga api banyak2.. so that lepas ni Aulia tau la bila main bunga api je maknanya dh nak raya!!

mercun

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iftar day 20

Yer.. ini entry basi, entry berbuka puasa semalam. Tetiba semalam I'm craving for ayam masak lemak..yummehh!!!

ayammsklemak

Since kami laki bini tinggal berdua je, plan berbuka kat luar je la kan. Bila hubby tanya nak berbuka apa? Cepat je jawab nak makan ayam masak lemak.. and the only place yang me bleh pk masa tu kat sini je ada..

ls

Hubby nak melayan tekak bini punya pasal pun iye kan je la.. dalam kol 6 lebih dh gi order, wat reservation siap2. Sementara tunggu waktu berbuka tuh jenjalan dulu area ECM. Sampai waktu berbuka kol 7.13 cuma air je yang sampai.. makanan plak x sampai setengah meja yang dapat. Sume orang dh start hangin..

Hubby pun dh bunyi2 x puas hati tapi me yang baran ni bleh plak sabar.. nape? Sebab nak makan ayam masak lemak punya pasal wakakakakak!! Hubby cakap kalo lagi 5 minit x sampai dia nak gi bayar pastu cari makan kt tempat lain hukhuk.. masa tuh rasa cam nak nangis je ekeekekkeekek.. Memang rezeki la sebab lepas abis je hubby cakap gitu makanan pun sampai..

Laksa shack ni pun satu hal.. kalo baru 1-2 hari berbuka puasa tu bleh la dimaafkan sebab kelam kabut lagi nak budget kan? Tapi ni dh hari ke-20 puasa patut dah pandai la budget bila nak sediakan makanan. De 2-3 meja gak yang g cashier trus bayar air pastu blah. Memang me punya rezki la nak dapat makan ayam masak lemak tu semalam.. kalo x kempunan la mak labu nih huhuhu... Harini plak rasa nak makan ayam masak merah! B.. jom g param nak x?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semalam..

.. me MC lagik huhuhu.. ibu mengandung ini memang la sangat x produktif. Bukan saje2 nak mengular oke.. lepas sahur dh ready nak gi keje sume. Lepas hubby gi keje, tutup pintu pagar sume trus la nak bersiap2 gi keje. Masuk bilik je tetiba nampak bintang pastu kelepek terus BLANK!! Me pitam oke.. sorang2 plak tu. Nasib baik la Tuhan lindung xde terhantuk kepala kt katil ke, meja solek ke, mana2 la.. dalam kol 6.30 camtu tetiba tersedar tapi kepala masih nenong2 lagik. Pelan2 merangkak naik atas katil, baring bagi selesa sket.. sedihnya bila sakit sorang2 camni.. sob..sob.. syahdu..

Hubby sms gtau dh sampai ofis dekat kol 8 then tanya dh sampai skolah lom? Me mmg x pernah miss gtau hubby kalo dh sampai mana2pun.. bila gtau cakap pitam, dia insist gi spital trus. Kalo ofis tu takat 10-20 minit je perjalanan mesti dia dh balik agaknya tapi kalo dh 200km sehala.. haisy, mau dia plak pitam hakhak!! Dalam kol 10 lebih gitu baru terjaga then siap2 trus gi KSH.. doc cek blood pressure sume ok cumanya maybe sebab puasa-dehydrated. Adik baby pun tersangat la aktif sampaikan skrg ni kepala dia dh naik atas balik-breech. Huhuhu.. nak jadi mcm kakak Yaya ke adik baby?

Sweet sgt tgk adik baby ligat je kaki dok menendang masa doc tgh scan.. kaki dia siap kayuh2. Berat adik baby sekarang dh 1.4kg.. Alhamdulillah, adik baby membesar dalam perut mama dengan baik. Alahaii.. x sabarnya nk jumpa adik baby nanti..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Little Brown Bear

bear

I miss my little brown bear (Aulia tersangat minat cartoon ni since dia umur setahun lagi..siap pandai buat gaya masa opening song *kiut*) aka mek kenit yang cheeky ini..

cheeky

Start dari cuti sekolah aritu dia balik kampung hukhuk.. I do miss her sooooo much!! Kalo tolak harini de lagi 10 hari nak balik kampung. Tambah plak 2-3 harini encik suami emo semacam, x banyak bercakap cam selalu.. xtau la tengah pk pe. Maybe de prob kat tempat keje kot. Me nak bertanya pun dh tau jawapannya "Xde pepe.." alih2 kang me yang hangin x tentu pasal bila hubby diam je. Sepatah ditanya, sepatah dijawab.. hmm, biarlah dia cool down sendiri dulu. Ntah2 hubby xde pepe, me je yang emo lebih2 pastu pk macam2 huhuhu..

Mamanya je yang rindu lebey2.. sedangkan anak x heran pun. Aulia relax je, bahagia dok dengan tokmama & babah. Xde la kena marah dengan mama setiap masa.. pastu tetiap hari dapat gi jenjalan. Mama & papanya kt sini, kejap kau tengok muka aku, aku tengok muka kau.. betul la orang kata anak tu pengikat kasih sayang kan? Kalo anak ada.. gaduh laki bini pun x lama. Bila anak buat aksi badut konfem dh xtahan nak gelak sama2.. Aulia, mama rindu la..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Babymoon kah?

babymoon

Kala menaip entry ni me berada di hotel di Kemaman. Hubby x amik cuti arini so me decide teman hubby g keje.. cian dia g keje sorang2. Baik x bini awak ni yang? Since esok cuti lagi so xyah la nak rush2 balik umah kan? Lepak2 Kemaman dulu malam ni.. esok tengahari baru la balik umah. Nampak sgt laki bini boring anak xde huhuhu..

marang

Masa pregnantkan Aulia dulu hubby bawak gi babymoon kat Marang. Sangat la best sbb petang2 siap bley mandi-manda kt laut yang x sampai bape langkah dari chalet.. Pregnant kali ni hubby lom bawak lagik gi babymoon.. dh 7 bulan ni, kang plus minus lagik 2 bulan dh nak meletup. Bila hubby nak bawak gi babymoon kat tempat best2 nih? Ke consider tido Kemaman nih babymoon? Uwaaaaa.. xmo, nak tempat special! Huh.. demand! Ekekkekekke..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nama adik baby

Sampai hari ni x jumpa lagi nama sesuai untuk adik baby.. bukanlah x jumpa langsung, ada je 2-3 pilihan tapinya x betul2 ngam untuk adik baby. X ngam kt sini maksudnya bila panggil adik baby rasa cam nak tukar lagi.. x ngam la maksudnya tu kan hehehehe.. Adik baby pun dh pening agaknya, arini mama panggil nama lain, esok lain plak..

Pangkal nama untuk anak2 perempuan cadangnya sume Yasmeen ;p Me ingat masa sekolah dulu member me de 5 orang adik beradik perempuan, nama sume start dengan Intan.. Intan Farhana, Intan Fatihah, Intan pe lagi ntah.. bila call rumah (dulu2 hp x pakai lagi) tanya "Boleh cakap dengan Intan?" pastu nanti mak dia tanya "Intan mana satu ni?" hakhak.. agak2nya nanti Aulia ngan adik baby dh besar gitu gak kot.. sebab selalunya orang panggil dengan pangkal nama. Even masa member hubby tanya "Yasmeen mana?" muka me dh cam pelik.. pompuan mana plak ni? Lupa kata nama anak sendiri..

Masa bujang2 dulu konon kalo de anak pompuan sume nak bagi nama start dengan bunga.. cam nama anak Pahamin Rejab tuh. Chempaka Emalin, Rose Emily.. tapi bila dh de anak sendiri ni rasa rugi plak nama susah2.. bley gitu? Iye la.. even nama Yasmeen Aulia sekarang last2 panggil YAYA je.. rugi x? Kalo mamanya nk mengamuk baru jerit satu rumah YASMEEN AULIA!! Itu petanda Aulia nk kena marah la tu ekekekeke..

Then out of nowhere hubby bagi idea nama untuk adik baby Yasmeen *a*a.. nama yang common & simple. 2 suku kata je.. but seems perfect untuk adik baby. Me x pernah terfikir plak. Sebelum2 ni dok cari nama yang terbelit2 lidah nak sebut.. kononnya special la kan huhu.. camne hubby bleh terfikirkan nama tu? Nama girlfriend/crush lama kah sayang? huahuahua..

*a*a.. maksudnya kebahagiaan & rezeki tanpa kepayahan. Cantik kan maksudnya? Nama itu doa.. kalo setiap hari dipanggil dengan nama tu insyaAllah adik baby akan sentiasa murah rezeki & dikurniakan kebahagiaan sepanjang masa. Hmm.. kira finalize la nama tu yer yang? Kalo betul bila keluar nanti bukan 'pistol' (memang dh scan girl tapi kang kuasa Tuhan mana la tau kan?).. konfem la nama adik baby Yasmeen *a*a.. ;p Another 80 days to go.. doakan semuanya selamat yer..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak yang ni..

cradle

Am thinking of buying this for adik baby.. excited tul me nih hakhak!! Cam baru nak dapat 1st baby je.. Nape me minat sgt nk beli cradle ni? Sebab me tau masa pantang nanti kakak Yaya akan jadi tersangat la 'rajin menolong' mama jaga adik baby..

Risau je kalo bagi adik baby tido kat bawah, buatnya me terlalok tido ke tetiba kakak Yaya yang rajin datang nak riba adik baby huhuhu.. Kang kalo di marah jauh hati plak si kenit yang baru nak jadi kakak ni.. dh la sekarang ni pun pantang silap sikit je dh merajuk.. ini plak bila adik baby dh lahir nanti..

cradle2

Papa.. sila beli yer.. nak yang rendah camni je. Senang nk jenguk2, xyah banyak gerak nk bangun hehehe.. Ni request tau papa.. kalo x beli nak merajuk-muncung cam Aulia huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat aku tersenyum..

Harini tetiba cam rajin nak basuh baju2 lama Aulia & a few baju baru baby yg dh dibeli.. nampak x baju2 kecik molek yang telah membuatkan me tersenyum setiap kali keluarkan dari mesin basuh?

IMG1026A

IMG1025A

IMG1024A

Abaikan semak2 kt belakang tu yer.. 3 baris ampaian kt bilik belakang penuh dengan baju baby.. It really makes my heart melt & I can't help myself from smiling when I look at those small mittens, booties and the clothes.. Ya Allah, betapa indahnya perasaan masa pregnant ni.. x tergambar. Alhamdulillah atas satu lagi KURNIAAN ALLAH yang xde tandingan & thanx hubby for making me pregnant again ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Duit Raya – MySuperKids Special Aidilfitri Giveaway

untitled

CONTEST TIME!! Kali ni Mommy Lyna wat contest Duit Raya hehehe.. Cuma tampal sidebar code, buat entry ringkas & backlink to MySuperKids.. DONE!! Owh.. closing date will be on 30 September 2009.. senang kan? Meh la join ramai2.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeaaaa!!!

Aulia & cousin Danial won the consolation prize for MOST LOVING SIBLING CONTEST!

yea

Good job! Bley jadi pembakar semangat ni ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak berbuka apa?

Boley x baru hari ke 13 berpuasa tapi dh xtau nak sediakan apa lagi makanan berbuka ngan sahur? Hari2 pk nak masak apa, nak makan apa lagi? Sedangkan tetiap hari makan xde la perah otak pk sampai macam ni.. nak berbuka makan apa hah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berbuka sorang2..

Suami tercinta ada acara berbuka puasa kt Cherating dengan officemate.. xkan la me nk menempek nak ikut jugak2 kan? hehehe.. Sudahnya berbuka seorang diri la.. huhu.. Apa menu anda untuk berbuka harini? Menu me..

IMG1022A

Air tebu + nasi kerabu beli kat param tapi sempat balik panaskan dlm rice cooker (dapat makan panas2.. superb!) + sambal kerang (oke.. combination yg x bape ngam) + kek batik & kek coklat as dessert.. erkk.. Alhamdulillah.. rezki berbuka hari ni. Berbuka sambil ditemani CSI:NY.. not bad huh?!

Hubby msg petang tadi tanya makan pe untuk berbuka.. rasa bersalah la tu tinggalkan bini sorang2 kan? hakhak!! "Malam nanti kita keluar minum2 ek.." pandai je la pujuk kan? Nasib baik oke mak buyung ni craving TEH AIS kt mamak.. kira pujukan diterima la hehehe..

Kenapa me sorang2 je kat umah? Di mana si kenit yg cheeky ini?

14-08-09_1901

Masa balik kampung minggu lepas tokmama & babah telah membuat special request supaya Aulia tinggal kt kampung sampai raya nanti.. hukhuk.. maka tinggal la kami laki bini kesunyian tanpa jerit pekik anak dara kenit tersayang.. Tapi xtau la kalo x sampai raya Aulia dok sana hehehe.. kalo papanya rindu NYAWA dia tu haruslah kami berdesup balik kampung kan? Tetiba rasa cam sunyi plak rumah ni.. haisy..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wake up call

Pagi tadi tidak TERLAJAK lagi macam semalam.. me dibangunkan bukan oleh alarm phone tapi CRAMP!!!! Ya Allah, nasib baik sgt2 kali ni hubby tercinta ada kt sebelah. Terus goncang/tepuk badan hubby suh dia bangun. Terpisat2 hubby bangun pastu cuak dok tanya "kenapa..kenapa?" huhuhu.. macam dh nak beranak gayanya. X cakap banyak trus tunjuk kaki.. hubby dh tau me cramp trus tolak pastu urut2.. memang SAKIT GILER B*** oke!! Selalu kalo dh reda sket bleh gak nak bengkok kaki tapi kali ni bila bengkok makin urat tuh cekang.. uwaaaaargghhhhhhh, melalak la haku di pagi nan hening!! Air mata meleleh pastu tersedu2 hukhuk.. sangat sakit oke!

muscular_pain_relief_cramp_massage

Lepas dh reda sakit sume, bangun la terdengkot2 sediakan nasi goreng kampung untuk sahur sob..sob.. sangat syahdu oke.. masa tu la teringat masakan mama. Nasib baik la hubby jenis x banyak songeh bab makan2 ni.. sedia apa saja sume makan as long perut x kosong. Thanx sayang for being there.. sob..sob..*lap air mata*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terlajak..

Setelah hampir seminggu menjadi tuan puteri pucuk kelompang di teratak ayah&bonda, bila sahur cuma diketuk pintu bilik suruh bangun then sumbat dengan air tangan mama yang teramat lazat, makanya bila pulang ke teratak sendiri.. BOLEH PLAK TERLAJAK TIDUR!!! Adeh, ni sume alarm fon punya pasal nape la x bunyi sedangkan dh set awal2..(ceh,salahkan phone plak huhu).. B.. I need a new handphone! (alasan..)

Kesian hubby makan sejemput nasik dengan sebijik kurma je nk bagi de tenaga huhuhu.. nasib baik la de lebih kurang 15 minit gitu sebelum Imsak. Dapat gak la jamah pepe yang patut.. Inilah 1st time dalam posa kali ni me x dapat sahur yg proper.. just minum susu ngan jamah kurma je hukhuk!! Mau ada yang lembik longlai balik skolah nanti uwaaa... Owh ya, arini 1st day bukak skolah lepas seminggu cuti.. malas oke! Badan ni rasa melayang je, budak2 pun haku nampak kecik je.. silap sket je mau ku jentik wakakakakak...

Semoga hari ni me mampu bertahan puasa sampai waktu berbuka nanti. Sayang je dh puasa penuh.. lagipun me keje separuh hari je. Baru je harini cadang nak setelkan sume baby checklist huhuhu.. takut kang baru kol 11 kaki dh lembik longlai x bermaya ekekekekek.. Adik baby kuat2 k, kita pertahankan puasa harini hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS