RSS

Camne raya anda?

Since Isnin lepas dok Johor.. xtau la bila hubby plan nak balik. X banyak gi beraya pun since kt sini x putus sedara mara datang berkunjung.. Semalam gi kuar service kete then bawak Aulia gi main kat playland McD kat Batu Pahat. Most of the time dok umah PIL, tahun ni sume adik beradik hubby balik so kecoh sket la umah.

Cuaca lak asyik panas manjang. Memang best la untuk orang yang nak kuar gi beraya tapi untuk orang yang stay kat umah je adeh.. cam nak cair je rasa. Sakit sangat kepala dengan body heat yang melampau, tambah lagi dengan adik beradik hubby yang x habis2 mengusik & menyakat Aulia. Bingit dalam rumah jangan cakap la.. bayangkan adik beradik hubby yang bujang ada lagik 6 orang, kalo dh sorang mencuit-menyakat sorang sket adoyaii.. kepala haku nih cam nak pecah je. Dari celik mata je Aulia sampai la dia tido di malam hari yang bleh dengar kuat cuma dia melalak, menjerit, menangis non-stop..

Bila dh sakit kepala mula la me nak hangin dengar Aulia melalak2. Pastu bila dh hangin mula la nak marah2.. bila marah2 dh tentu2 la hubby yang jadik mangsa. Cakap pun xmo.. moody je la. Last resort bila tension sgt mengadu tepon kat mama huhuhu.. abah cakap "Orang kaco anak kita tu tandanya orang sayang la.." ;p

Series sakit kepala giler2 kali ni, tambah lagi makan macam2 masa raya ni-sakit perut tapi sembelit uwaaaa... Toksik dalam badan x ley nak kuar lagik la hangin satu badan kan? Baby pun makin aktif sampaikan kadang2 mamanya dh xde tenaga. Nak bergerak pun dh macam sloth.. Cane la agaknya nak menunggu cukup 40 minggu ni? Mau merangkak agaknya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: