RSS

Cinta Kristal

Semalam layan movie HKLBR pastu terngiang-ngiang je lagu ni kat telinga huhuhu.. Syahdu je dengar Awie nyanyi lagu ni tp xley tgk muka dia dalam movie tu la-lawak, nanti xde feel. Layan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tiga hari

Hari ni 3rd day berurut lepas bersalin.. perghhh, memang ringan badan lepas berurut. Kalo kt KL x reti nak cari tukang urut yg betul2 bagus. Tambah lagi saya beranak ceaser, bukan bley main taram je nak urut kt mana kan? Sebab tu bila pantang saya lagi selesa balik kampung sebab orang tua saya tau mana nak cari tukang urut yg bagus + senang nak cari mende pe yg nak buat ubat cara tradisional & nak mandi daun bagai..

Biasanya bila beranak ceaser ni darah nifas keluar x lama.. ada la dalam seminggu lebih pastu dh stop. Maybe sebab masa operate dh dicuci semua darah kt dalam.. yang bestnya lepas berurut konfem darah tu keluar balik. Lagi pekat, memang lega la bila semua darah dh keluar kan. Xde la rasa senak semacam.. Badan ngan kepala pun rasa ringan je. Nak cari tukang urut ni bukan boleh sebarang.. kang di buatnya dia urut ikut sedap je mau kancing gigi silap urat huhuhu.. Antara tukang urut yg urutkan masa beranak Yaya ngan Hana rasanya kali ni la the best sebab dia urut sambil bersembang petua orang dulu2. Walopun sakit dok menahan dia mengurut tu tapi ter’ignore’ gak bila dok melayan dia bersembang huhuhu.. Lepas berurut mandi air rebusan daun.. perghhh, segar je rasa. Wangi plak tu.. badan bau daun2 herba.

herba

Saya start berurut ari ke-14, kebetulan hari ke-15 hari Jumaat terus buat cukur jambul baby Khayla.. anak2 saya sume x pernah merasa buat kenduri besar berendoi cukur jambul bagai. Kesian derang huhuhu.. setakat buat yg wajib je macam kenduri akikah tu. Maka dengan rasminya hari Jumaat tu baby Khayla dari ini..

Photo0232

.. bertukar menjadi..

Photo0241

Photo0242

.. ini!!

Photo0243

Alhamdulillah.. hari ni dh setel berurut sume. Baru hari ke-16.. ada lg 28 hari nak meneruskan berpantang. Adoii la.. cepat la masa berlalu. Sesak nafas melayan peel askar2 ni tau huhuhu..

Photo0216

.. sorang tukang mengacau..

Photo0229

.. sorang lagi tukang melalak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday Mama

Hari ini 24/02/2011 genap la usia Mama saya 55 tahun.. HAPPY BIRTHDAY MAMA!! Walopun mama saya x baca blog tapi still saya nak wish sebab mama saya adalah segalanya untuk saya. Sumber inspirasi saya untuk jadi isteri & ibu yg independent. Sumber kekuatan saya untuk terus tabah & jadi diri saya hari ini. Saya sayang mama saya ;p

IMAG0116 

Terima kasih mama sebab sentiasa ADA, masa saya memerlukan x kira la masa susah atau senang. Terima kasih sebab lahirkan & besarkan saya sampai hari ini pun masih jaga makan minum saya dalam pantang. Terima kasih sebab tolong uruskan anak2 saya sepanjang saya sembuhkan diri. Terima kasih untuk terlalu banyak perkara dari hujung rambut hingga hujung kaki yg x mampu saya nak senaraikan di sini..

IMAG0128

Syukur pada mu Ya Allah atas kurniaan Mu, terima kasih kerana saya adalah anak mama saya ;p SELAMAT HARI LAHIR MAMA.. semoga murah rezeki, dipanjangkan jodoh & usia, dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan & berbahagia selalu dengan anak2 & cucu2..

Adik sayang sgt kt Mama.. xoxo

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday #5

009

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional

Sumber dari sini.. sekadar berkongsi sebagai peringatan untuk diri sendiri kebaikan berpantang cara tradisional ;p

Ingin saya berkongsi pengalaman serta sedikit panduan mengenai pantang larang selepas bersalin mengikut adat orang Melayu Tradisonal yang tidak melanggar sama sekali hukum Islam yang murni.

herbal_compress_thumb

HARI PANTANG SELAMA 44 HARI.

Seseorang ibu akan dijaga selama 44 selepas bersalin. Masa ini juga dikenali sebagai masa pantang iaitu ibu akan dikenakan beberapa pantang larang. Pada masa ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Antaranya adalah soal pemakanan semasa pantang.

Tidak dibenarkan sama sekali memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal dan merebak luka seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain lagi. Dalam masa pantang mengikut pengalaman saya makanan yang dihidangkan sewaktu saya dlm pantang dlm minggu pertama ialah ikan haruan dimasak sup dicampur dengan halia agar luka2 yang terdapat didalam badan atau diluar badan dapat sembuh secepat mungkin. Makanan -makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya dilarang sama sekali diambil ditakuti menyebabkan penyakit angin umpamanya kembung perut. Dlm hal ini makanan perlu dijaga jika tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama yang menyusukan anak.

Jangan makan makanan yang berminyak pula, ia boleh menyebabkan 'batu merian' berada dalam keadaan tidak betul. Ini kerana selepas bersalin keadaan tempat peranakan masih lagi kembang dan jika makanan tidak dijaga 'batu merian' akan turun dan menjadikan ibu itu berada dalam keadaan tidak selesa. Seeloknya dinasihatkan memakan halia muda yang ditumbuk halus dicampur dengan air asam dimakan dengan nasi panas boleh membuatkan badan siibu berada dlm keadaan panas senantiasa. Bagus untuk pelancaran air susu.

Bolehlah menempah tukang urut untuk mengurut serta membetulkan balik sistem urat saraf dlm badan. Seeloknya dilakukan selepas luka2 yang ada baik seperti sediakala. Ianya memakan masa lebih kurang 3 atau 4 hari jika anda bersalin secara normal dan mengamalkan memakan ikan haruan dan pati ikan haruan serta air gamat. InsyaAllah luka anda akan baik cepat.

Selepas diurut sudah tentu siibu akan rasa bertenaga seperti sediakala namun itu bukan bermakna siibu boleh melakukan kerja-kerja berat. Dilarang mengangkat benda2 berat kerana ditakuti memudaratkan tempat peranakan ibu itu. Benda berat ini juga ditakuti menimpa ibu jari kaki. Ini kerana urat dari ibu jari kaku bersambung sampai kepeha dan seterusnya ke dalam rahim ibu. Kalau terkena ibu jari, darah akan 'tumpah;. Darah yang berterusan keluar akan membawa maut. Oleh itu pesan orang-orang lama ibu dlm pantang ni jalan tu hendaklah perlahan2 dan berhati-hati supaya ibu jari kaki tidak terhantuk dengan mana2 benda keras.

Tentang penjagaan diri pula ibu hendaklah berada dlam keadaan yang bersih. Bagi yang menyusukan badan puting susu hendaklah dibersihkan selalu. Perlu diingatkan pada ibu dlm pantang selalulah menggunakan air suam bila menggunakan air. Tidak kira semasa membasuh tangan, membasuh kaki, membasuh mulut serta lebih elok jika mandi dengan air rebusan akar2 kayu. Orang tua saya mengamalkan mandi serai wangi dan tujuh jenis daun yang dipilih bagi mengelokkan sistem peredaran darah. disamping badan siibu berbau harum. Jgn bertinggung seeloknya duduk bersimpuh sewaktu mandi.

Pemakaian ubat-ubatan seperti jamu, kapur dicampur dengan air limau untuk mengempiskan perut amatlah baik untuk diamalkan. Ianya dapat mengembalikan kembali bentuk badan kepada yang asal.

Perasaan ibu2 semasa dlm pantang hendaklah dijaga jgn sampai tertekan dan terkejut. Ini boleh menyebabkan darah akan 'naik' ke kepala. Jika ini terjadi, ibu akan meracau dan mengganggu fikirannya. Ini dipanggil sebagai 'gila merian'

Bagi yang ingin menziarah seelok-eloknya ziarahlah pada waktu siang hari.

Inilah serba sedikit pantang larang yang saya ikuti sejak melahirkan anak pertama dan kedua. Alhamdulillah ini adalah satu cara awet muda yang baik jika dapat diamalkan secara baik.

 

p/s: Sbb tu la mama saya suruh bwk mengucap byk2 bila saya menjerit mengamuk kt Aulia huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepuluh hari

Saya sudah sampai di kampung halaman.. perjalanan balik, alhamdulillah lancar. Itupun sebab Hana travel dgn tokmama & babah, so dlm kete cuma nak tengokkan lg 2 beradik. Kalo dedua orang tu dok skali mmg pening la.. bertekak je kejenya! Itu cara sorang 5 tahun, sorang lg 1++.. X dapat bayang cane kalo dh besar sket. Aulia masih boleh dikawal. Degil2 dia pun bila mama menjerit marah tau plak dia cakap “Aiyoo papa.. mama dh mengamuk tu!” Khayla plak, ok-ek-ok-ek bila BF kan tido balik sepanjang perjalanan. Sudahnya, malam tu bila sampai SP sepanjang malam si kecik ni x tido. Xmo tido.. nak dikendong je. Bila letak sket melalak. Kalo tido pun nak mama ada kt sebelah. Bukan nak menyusu sgt tapi nak kemam nipple.  Tadi bila dah tuamkan perut dia dgn daun sireh baru la kentut 3-4 kali pastu bley tido nyenyak. Masuk angin rupanya anak dara kecik ni..

013

Hari ni dh hari kesepuluh berpantang.. another 34 days to go!! Tarik nafas.. hembus. Berpantang kali ni saya x kisah sgt bab2 makanan, xbley keluar rumah bagai.. maybe sbb baru 10 hari then badan pun xlarat sgt. Saya nak cepat habis pantang kali ni sbb saya stress dengan anak2.. series! Aulia makin hari makin pandai menjawab.. apa saja yg saya cakap, apa saja yg saya suruh ada je dia nak membangkang. Saya cakap A, dia jawab B.. kalo saya suruh dia berenti kaco adik Hana LAAAAAAGGGGIIII dia nak kaco. Sudahnya Hana melalak menjerit2.. Harapnya ini cuma salah satu phase Aulia nak membesar. Nak memberontak bagai. Saya kesian sgt bila setiap hari Aulia asyik kena marah xpun kena gedibuk dgn saya bila saya dh xlarat sgt nak melarang.. adoii la.. sakit jiwa!

006

Sejak minggu lepas Hana batuk + selsema + demam.. muka pun dh cengkung. Sekarang ni plak dia tgh pahit mulut xlalu makan. Kesian sgt bila tgk dia mengamuk2, lapar tapi x lalu makan. Selalunya kan dia bedal apa saja yg orang makan. Bila camni mula la dia merengek je keje. Suap apa pun dia xmau.. sedih hati saya bila tengokkan Hana camtu. My mom plak cakap, Hana sebenarnya terasa.. ye la, selama ni dia kan anak manja mama. Tido malam pun berkepit kt mama tapi sejak lepas operate aritu xpernah pun tido dgn saya sbb dia tido lasak & suka mengamuk tendang2 takut tertendang perut. Dalam hati saya masih terdetik rasa bersalah sebab kalo la saya betul2 family planning mesti semua ni x jadi. Mesti Hana x rasa terabai.. mesti dia masih bley manja2 dgn mama. Xyah berebut kasih sayang & perhatian. Kesian Hana.. xpuas bermanja lagi.

Astaghfirullah.. siapa saya nak menidakkan ketentuan Allah? Dah tertulis rezeki saya untuk dapat Khayla sekarang. X guna saya nak rasa bersalah. Mungkin sbb rezeki Khayla la saya & anak2 dpt tukar dr Pekan ke Selangor & hidup sama dgn suami. Xperlu berpisah hidup berjauhan. Maybe sebab saya terlalu occupied dengan anak2 saya terlalu fikirkan macam2 mende. Tambah2 lagi time dalam pantang ni.. emosi masih x stabil. Setan pun sedap je tambah perisa dlm fikiran saya.

005

Khayla fully BF baby, memang perlukan perhatian saya tiap masa. Bila Khayla tido nak melayan Hana plak yg asyik merengek. Memang la ada orang lain yg tolong melayan tapi x sama. Sudahnya saya penat fizikal & emosi bila tengokkan anak2 macam x terurus ikut piawaian saya. Tambah rasa bersalah bila saya bangun susukan Khayla malam2 saya nak marah2 sebab badan saya penat sgt. Khayla plak kadang2 bila dh latch dia lepas pastu mengamuk2 x dapat susu. Kesian sgt Khayla yg baru jenguk dunia x faham pepe. Teruk sgt rasanya saya sebagai seorang mama.. mampu ke saya nak menjaga anak dara saya bertiga tu sendiri nanti?

Doakan saya mampu jadi seorang mama yg tabah, mampu mendidik & membesarkan anak2 saya dengan penuh kesabaran.. amiinnnn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelahiran Yasmeen Khayla

Khamis, 10/02/2011 scheduled cser for bb adik.. Rabu malam tu parents saya & PIL dtg tido kt umah. Waaahhh.. seronok sgt sbb ramai2 dtg menantikan kelahiran bb adik ni. Untung betul bb adik. Lom pepe sume orang dh raikan. Yaya & Hana super mengader la kan bila atuk, nenek, tokmama & tokbabah ada. Rasa cam x caye je esoknya baby yg masih aktif dok summersault dlm perut saya tu bakal jenguk dunia. Tido malam pun rasa cam x sabar je nk tunggu pagi huhuhu..

Picture 001

Khamis pagi lepas setel solat Subuh, siap2 sume sembang2 jap pastu kol 7.15 am gerak. Kol 7.30 am dh sampai KJMC, register then wat CTG bagai.. 8.00 am dh kena tolak gi OT. Berdebar je rasa. Kesian kt cinta hati sbb x sempat breakfast pagi tu. Saya dh tentu2 la kena puasa dr kol 12 tgh mlm tadi. Jangan pengsan dalam OT dh ye yang ;p Sebelum disorong ke OT bermula lah seksaan bila kena masuk tiub kencing.. adoii la.. sgt x selesa oke! Rasa ngilu je kt ‘situ’. Sampai kt OT, cinta hati kena gi tukar baju.. hah, masa cser setakat time operate tu mmg x rasa apa dh. Yang seksa amat masa nk cucuk epidural kt tulang belakang tu.. Allah je tau betapa hazabnya prosedur yg x sampai 15 minit tu. Kena kangkang kaki dgn tiub kencing yg ngilu menyucuk, bongkok udang sambil peluk bantal then bila anaesthetist ckp “Ok, tahan yer.. sakit sket yer dik. Jangan keraskan badan..” terus saiko huhuhu.. Itulah momen yg paling menyakitkan sebenarnya… terasa2 lagi jarum halus menyucuk tulang belakang ni. Perit.. enough said.

DSC00477

Lepas setel bius, Doc. Fatimah Najla masuk nk start procedure. Saya memang suka sgt Gynae saya ni, sgt2 cool buatkan saya pun rasa relax. Siap pasang CD Maher Zain lagi oke! Lepas konfem rasa kebas dr pinggang ke kaki then nampak cinta hati dtg pegang tangan. Alahaii.. masa ni saya rasa syahdu sgt sbb saya tau cinta hati ada di sisi sepanjang operation. Saya dh ala2 lalok bila tengok cinta hati terpejam2 mata ngeri agaknya tengokkan perut saya ditoreh huhuhu.. Then terdengar Doc Fatimah tanya cinta hati “You nak tengok baby keluar x? Meh dok depan ni..” memula dia geleng pastu gi gak. Then dengar la suara baby adik menangis, Doc. Fatimah cakap “Haaa.. baby dh kencing, dh berak pun..” Pastu cinta hati gi ikut Paed check baby adik. X lama pastu terdengar suara midwife cakap “Berat baby 2.7kg” uishh, lg besar dr kakak2 dia? Estimate 2.2kg je kan.. Maka lahirlah baby adik jam 8.51 pagi…

DSC00472

DSC00473

DSC00476 

Lepas setel jahit sume, masa recovery doc detect jantung saya cam problem sket.. rythm cam once bunyi pastu stop lama. Terus saya kena monitor sepanjang kt wad. Alhamdulillah, lepas 2 hari dh ok. Risau la jugak.. Series kali ni saya rasa x berdaya sgt lepas cser. Dah la dengan batuknya.. adoii la.. 1st & 2nd day tu memang rasa xnak bangun langsung. Bisa sangat seluruh badan. Masa cser Hana dulu xde la seteruk ini rasanya. Penat sgt rasa badan.. bila Yaya ngan Hana dtg melawat alahaii rasa makin penat badan huhuhu.. sorang merap, sorang x dengar cakap. Adoyaii..

IMAG0290

-Yasmeens with grandparents-

IMAG0296

Alhamdulillah.. hari ni dh genap seminggu usia baby adik. Seminggu yg lepas series saya rasa down sgt, rasa x berdaya nak hadapi sakit. Balik rumah mengadap anak2 yg tgh lasak & aktif. Rasa macam nak stay kt hospital, xmo bangun.. tapi gagahkan diri jugak. Selagi saya x bergerak, selagi tu saya x kan cepat sembuh. Darah x berjalan, badan masuk angin.. Perit camne pun saya kena hadap jugak. Hari ni baru lah rasa badan sihat sket walopun bisa kt luka cser tu terasa sgt masa batuk. InsyaAllah, lepas ni badan makin sihat. Adik baby pun dh bley fully breastfeed, xde la sakit mcm minggu lepas, dgn nipple berdarah + masa baby adik BF terasa sgt rahim mengecut tarik sampai ke luka jahit tu adoii la.. nasib baik la dh berlalu. Dugaan betul huhuhu..

Photo0179

Baby adik saya namakan Yasmeen Khayla.. cinta hati pun setuju. Khayla maksudnya cantik.. puteri ketiga saya ‘bunga melur yg cantik’ ;p Nama kan doa.. semoga peribadi anak dara saya ni nanti secantik namanya. Alhamdulillah di usia 28 tahun, saya adalah ibu beranak 3.. Buat Yasmeen Khayla, selamat datang buah hati mama & papa..

Picture 010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday #4

Photo0188

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Februari 2011

InsyaAllah.. masa entry ini di publish, mungkin saya sudah ada di dalam OT ditemani cinta hati.. bertarung nyawa untuk berjumpa dengan permata hati kami suami isteri. Mohon ampun & maaf atas segala apa keterlanjuran yg mungkin menyakitkan hati orang lain tanpa saya sedari. Doakan segalanya selamat untuk saya & orang baru yg bakal menjenguk dunia ini yer. Semoga baby adik keluar selamat & sempurna ;p

Photo0160

Pelik rasanya kali ini sbb saya menantikan hari kelahiran baby adik. Menyerah diri untuk di operate sebabnya 2 kelahiran sebelum ni keputusan nak di operate on the spot. Tau2 je dh lalok keluar OT. Berdebar.. semoga selamat semuanya.. amiiiinnnn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday #3

Photo0156

All my bags are packed I’m ready to go..

I’m standing here outside your door

I hate to wake you up and say goodbye..

I’m leaving on a jet plane..

Photo0158

Momma & baby bags are ready ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti di hujung pregnancy

Kejap je dh habis cuti seminggu.. kejap plak rasa walopun x kemana. Maybe sbb badan dh letih lesu sgt dapat dok bertapa dalam rumah pun dh bahagia sgt huhuhu.. Esok cinta hati dh start keje.. sepanjang 4 hari bercuti x kemana pun. 1st day cuti, keluar awal pagi jalan2 kt OU, konon nak spend time lama sket la bg Aulia buat craft tup2 bley kata 70% kedai tutup. Sudahnya cuma jalan2 kt Jusco beli baju baru utk Aulia sbb dh lama sgt rasanya x shopping utk anak dara tu. Papa plak sempat sambar seluar ngan kemeja keje baru. Mama ngan adik Hana je x beli pepe.. kami spend time makan2 hehehe.. Malam tu kuar dinner kt mamak dkt umah je, bley plak masa balik tu hujan lebat giler. Kena gak la tempias ujan masa nak masuk kete, sudahnya tengah malam sume start panas badan + batuk + sakit tekak + selsema.. adoii la.. nasib baik papa x demam. Bley gak la cuit2 papa suh bangun tengah malam tengokkan anak2. Saya memang dh x larat sgt tapi tetap bangun bila Aulia dok meracau sbb panas badan.. kejap2 bangun jelom kan kepala, belum lagi adik Hana yg asyik merengek x sedap badan.

Sudahnya esok lepas Subuh, bangun terus siapkan breakfast utk cinta hati then pesan jangan gerak sbb saya nak bangun lambat. Silalah jaga askar2 awak ye yang huhuhu.. dekat kol 10 gak bangun tapi kepala miong jangan cakap la. X sama kualiti tido malam dgn cover balik waktu siang.. x nikmat.. 2nd day spend kt umah je.. lepas lunch tu balik tido lagi sbb x larat sgt badan. Petangnya bangun, lapar sbb ujan lebat huhuhu.. nasib baik la ada McD delivery.. calling2 je la.. 3rd day gi OU layan Aulia wat craft, makan2 then balik.

ttdi_park

ttdi_park09

Hari ni lepas breakfast terus bawak mek2 kenit tu gi Taman Rimba Kiara kt TTDI.. tersgt la seronoknya dapat main air kt sungai kecik tu. Nasib baik la dlm kete mmg dh prepare baju salin. Lepas tu lepak minum kt mamak jap pastu trus balik umah.. tu je la aktiviti kami anak beranak cuti 4 hari ni. Tetiap ari keluar walopun kejap je.. Hana pun dh pandai, siap papa mandikan sume trus amik kasut kt rak nak ajak keluar berjalan hakhak! Kejung la korang time mama dalam pantang nanti huhuhu..

36_small

36 minggu.. saya rasa badan betul2 x larat. Baby adik maybe dh macam kt atas tp rasanya dia kecik je keluar nanti banding dgn kakak2nya sbb skrg dia masih bley wat summersault dlm perut mama sampaikan senak di buatnya. Kejap kang rasa dia mengeras pastu perut dh senget xpun terbonjol.. kejap kang rasa siku dia, bontot dia, lutut dia.. suka2 hati je huhuhu.. Memang seronok tengok tapi sakitnya.. adoii la.. Gynae ckp masa operate nanti baby keluar maybe kecik, ada la dlm 2.2kg kot.. alahaii, cian baby adik.. mama baru je berangan nak dapat baby yg besar sket 3kg ke huhuhu.. tp previous pregnancy pun baby kecik mmg xde harapan la kot. X pe la.. yang penting mama doakan baby adik keluar nanti sihat walafiat, cukup sifat, xde komplikasi pepe, sempurna di mata mama ngan papa, insyaAllah..

Esok saya MC sampai lah hari masuk OT nanti. Memang betul2 kena rehatkan badan sbb skrg ni tido malam pun dh xde nikmat. Asyik terjaga pastu dh xley nak tido balik. Belum campur sakit sbb baby mengeras. Bila tengokkan anak2 tido cam kena tembak pastu cinta hati plak sesedap rasa je berdengkur, rasa cam nak pekup je muka dia dgn bantal! X aci tul.. dh la dalam pantang nanti saya gak yg nak kena berjaga malam huhuhu.. Ketahanan badan adalah di tahap kritikal skrg ni. Bisa badan jgn cakap la.. hanya org yg alami je yg tau seksanya. Tambah lagi saya tgh demam + selsema + sakit tekak.. bila bersin je konfem la terkencing, dh mcm org tua nyanyuk plak huhuhu.. Bladder control pun dh out.. Rasanya body pun dh bg sign kot suh stop preggy lepas ni sbb badan dh x berdaya.. badan saya x sama cam orang lain yg bley beranak tetiap tahun huhuhu.. Terima je la hakikat.. Ok la, masa untuk tido walopun Buletin Utama pun blom habis huhuhu..

*pix credit to Google*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday #2

Photo0103

Can’t get OUR hands-off each other.. bliss ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS