RSS

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional

Sumber dari sini.. sekadar berkongsi sebagai peringatan untuk diri sendiri kebaikan berpantang cara tradisional ;p

Ingin saya berkongsi pengalaman serta sedikit panduan mengenai pantang larang selepas bersalin mengikut adat orang Melayu Tradisonal yang tidak melanggar sama sekali hukum Islam yang murni.

herbal_compress_thumb

HARI PANTANG SELAMA 44 HARI.

Seseorang ibu akan dijaga selama 44 selepas bersalin. Masa ini juga dikenali sebagai masa pantang iaitu ibu akan dikenakan beberapa pantang larang. Pada masa ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Antaranya adalah soal pemakanan semasa pantang.

Tidak dibenarkan sama sekali memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal dan merebak luka seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain lagi. Dalam masa pantang mengikut pengalaman saya makanan yang dihidangkan sewaktu saya dlm pantang dlm minggu pertama ialah ikan haruan dimasak sup dicampur dengan halia agar luka2 yang terdapat didalam badan atau diluar badan dapat sembuh secepat mungkin. Makanan -makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya dilarang sama sekali diambil ditakuti menyebabkan penyakit angin umpamanya kembung perut. Dlm hal ini makanan perlu dijaga jika tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama yang menyusukan anak.

Jangan makan makanan yang berminyak pula, ia boleh menyebabkan 'batu merian' berada dalam keadaan tidak betul. Ini kerana selepas bersalin keadaan tempat peranakan masih lagi kembang dan jika makanan tidak dijaga 'batu merian' akan turun dan menjadikan ibu itu berada dalam keadaan tidak selesa. Seeloknya dinasihatkan memakan halia muda yang ditumbuk halus dicampur dengan air asam dimakan dengan nasi panas boleh membuatkan badan siibu berada dlm keadaan panas senantiasa. Bagus untuk pelancaran air susu.

Bolehlah menempah tukang urut untuk mengurut serta membetulkan balik sistem urat saraf dlm badan. Seeloknya dilakukan selepas luka2 yang ada baik seperti sediakala. Ianya memakan masa lebih kurang 3 atau 4 hari jika anda bersalin secara normal dan mengamalkan memakan ikan haruan dan pati ikan haruan serta air gamat. InsyaAllah luka anda akan baik cepat.

Selepas diurut sudah tentu siibu akan rasa bertenaga seperti sediakala namun itu bukan bermakna siibu boleh melakukan kerja-kerja berat. Dilarang mengangkat benda2 berat kerana ditakuti memudaratkan tempat peranakan ibu itu. Benda berat ini juga ditakuti menimpa ibu jari kaki. Ini kerana urat dari ibu jari kaku bersambung sampai kepeha dan seterusnya ke dalam rahim ibu. Kalau terkena ibu jari, darah akan 'tumpah;. Darah yang berterusan keluar akan membawa maut. Oleh itu pesan orang-orang lama ibu dlm pantang ni jalan tu hendaklah perlahan2 dan berhati-hati supaya ibu jari kaki tidak terhantuk dengan mana2 benda keras.

Tentang penjagaan diri pula ibu hendaklah berada dlam keadaan yang bersih. Bagi yang menyusukan badan puting susu hendaklah dibersihkan selalu. Perlu diingatkan pada ibu dlm pantang selalulah menggunakan air suam bila menggunakan air. Tidak kira semasa membasuh tangan, membasuh kaki, membasuh mulut serta lebih elok jika mandi dengan air rebusan akar2 kayu. Orang tua saya mengamalkan mandi serai wangi dan tujuh jenis daun yang dipilih bagi mengelokkan sistem peredaran darah. disamping badan siibu berbau harum. Jgn bertinggung seeloknya duduk bersimpuh sewaktu mandi.

Pemakaian ubat-ubatan seperti jamu, kapur dicampur dengan air limau untuk mengempiskan perut amatlah baik untuk diamalkan. Ianya dapat mengembalikan kembali bentuk badan kepada yang asal.

Perasaan ibu2 semasa dlm pantang hendaklah dijaga jgn sampai tertekan dan terkejut. Ini boleh menyebabkan darah akan 'naik' ke kepala. Jika ini terjadi, ibu akan meracau dan mengganggu fikirannya. Ini dipanggil sebagai 'gila merian'

Bagi yang ingin menziarah seelok-eloknya ziarahlah pada waktu siang hari.

Inilah serba sedikit pantang larang yang saya ikuti sejak melahirkan anak pertama dan kedua. Alhamdulillah ini adalah satu cara awet muda yang baik jika dapat diamalkan secara baik.

 

p/s: Sbb tu la mama saya suruh bwk mengucap byk2 bila saya menjerit mengamuk kt Aulia huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: