RSS

Tiga hari

Hari ni 3rd day berurut lepas bersalin.. perghhh, memang ringan badan lepas berurut. Kalo kt KL x reti nak cari tukang urut yg betul2 bagus. Tambah lagi saya beranak ceaser, bukan bley main taram je nak urut kt mana kan? Sebab tu bila pantang saya lagi selesa balik kampung sebab orang tua saya tau mana nak cari tukang urut yg bagus + senang nak cari mende pe yg nak buat ubat cara tradisional & nak mandi daun bagai..

Biasanya bila beranak ceaser ni darah nifas keluar x lama.. ada la dalam seminggu lebih pastu dh stop. Maybe sebab masa operate dh dicuci semua darah kt dalam.. yang bestnya lepas berurut konfem darah tu keluar balik. Lagi pekat, memang lega la bila semua darah dh keluar kan. Xde la rasa senak semacam.. Badan ngan kepala pun rasa ringan je. Nak cari tukang urut ni bukan boleh sebarang.. kang di buatnya dia urut ikut sedap je mau kancing gigi silap urat huhuhu.. Antara tukang urut yg urutkan masa beranak Yaya ngan Hana rasanya kali ni la the best sebab dia urut sambil bersembang petua orang dulu2. Walopun sakit dok menahan dia mengurut tu tapi ter’ignore’ gak bila dok melayan dia bersembang huhuhu.. Lepas berurut mandi air rebusan daun.. perghhh, segar je rasa. Wangi plak tu.. badan bau daun2 herba.

herba

Saya start berurut ari ke-14, kebetulan hari ke-15 hari Jumaat terus buat cukur jambul baby Khayla.. anak2 saya sume x pernah merasa buat kenduri besar berendoi cukur jambul bagai. Kesian derang huhuhu.. setakat buat yg wajib je macam kenduri akikah tu. Maka dengan rasminya hari Jumaat tu baby Khayla dari ini..

Photo0232

.. bertukar menjadi..

Photo0241

Photo0242

.. ini!!

Photo0243

Alhamdulillah.. hari ni dh setel berurut sume. Baru hari ke-16.. ada lg 28 hari nak meneruskan berpantang. Adoii la.. cepat la masa berlalu. Sesak nafas melayan peel askar2 ni tau huhuhu..

Photo0216

.. sorang tukang mengacau..

Photo0229

.. sorang lagi tukang melalak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: