RSS

Ujian pada yang mampu

Pagi ni ada anak khas saya mengamuk. Anak kelas cikgu lain, umur 12 tahun. Style dia mengamuk hantuk2 kepala sampai merah2 kepala dia. Cikgu2 tengok pun dh rasa sakit tp Allah Maha Kaya.. doktor wat scan scull dia lebih padu dari konkrit! So masa dia mengamuk hantuk2 kepala tu dia x rasa apa2. Xtau apa punca dia mengamuk tapi bila dia dah start buat orang lain & cikgu2, GPK Khas terpaksa call the mother..

Mak budak ni dulu keje PSN tapi resign semata2 nak jaga anak khas dia yang makin membesar. Bapak dia sekarang kerja O&G kat Iraq semata2 nak cover expenses for the theraphy and everything. Mak dia datang.. saya mati2 ingatkan mak dia nak menjerit mengamuk balik kat budak ni sebab buat hal kat sekolah. Mak dia approach then softly asked “What did you do?” then budak ni terus cakap “I’m sorry.. I love u too..” Mak dia still dengan lemah lembut “Let’s go home..say sorry to teacher Jayanthi.” terus dia sujud kat kaki cikgu kelas dia “I’m sorry.. I love u too” Allah.. berderai air mata semua cikgu yang ada kat situ..

Cikgu2 boleh beza parents yang betul2 dengan yang buat2 sabar. Cikgu boleh agak “Budak ni kejap lagi masuk dlm kete konfem kena!” tapi dengan mak budak ni lain.. dia memang tenang je datang amik anak dia. Lembut dia memang nampak dia betul2 redha. Allah hanya akan bagi ujian pada hambanya yang mampu.. betul sangat la. My deepest sympathy goes to her but I don’t think she needs it.. saya kagum dengan ketabahan dia!

Sekali lagi Allah bukak mata saya.. ye saya berjauhan dengan suami handle 4 orang anak sendiri. Balik skool petang semalam Khayla ngan Zulfa demam. Malam tadi Khayla menggigil panas sgt badan.. memang konfem temperature shoot 40! Bila batuk dia muntah abis semua. Kol 3 pagi saya bangun jelum mandikan dia then bagi ubat. Baru nak terlena Zulfa plak merengek badan panas then muntah lepas menyusu.. sampai ke pukul 5 pagi dia merengek nk di dodoi. Baru gaya nak letak kepala Hana plak batuk trus muntah arghhhhh!!! Lepas bersihkan Hana bagai dh dengar azan subuh. Zulfa merengek lagi, bf kan x sedar entah bila terlelap. Terjaga dah 6.40!!

Nasib baik la tokmama ngan babah ada kat rumah so bleh tinggalkan yang lain hantar Yaya je gi skolah. Nak amik cuti xleh sebab hari ni ada pencerapan dgn GPK HEM kat skolah. Masa hantar Yaya plak bila dah lambat sangkut jem depan skolah. Sudahnya thumbprint kol 7.35. Adoii la..

Bila nampak depan mata kepala sendiri baru sedar. Ya Allah, aku rasa aku susah tapi ada orang lain yang lagi susah dari aku. Alhamdulillah.. penat2 saya pun ada anak yang normal & sihat. Sikit je Allah bagi ujian masa anak x sihat ni. Susah2 saya jauh dengan suami pun tapi kalo call dalam 3-4 jam suami boleh ada depan mata. Oh..in the end find out the boy mengamuk puncanya “I want papa..” sedih x?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday Mama

Alhamdulillah, Ahad lepas 24.02.2013 Mama sambut hari lahir yang ke-57. Bersyukur saya sebab masih ada mama sampai ke hari ini. Xde orang lain yang lebih memahami kita dari mak sendiri kan? X terbalas jasa mama&abah melahir dan membesarkan saya dari kecik tapak kaki 2 jari sampai la ke hari ni dah besar gabak eh hahahaha!!

IMG_20130225_134452

Semoga mama&abah di kurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup hingga akhir hayat, jodoh berpanjangan. X ada apa yang lebih menenangkan hati dari melihat kebahagiaan hidup mama&abah dalam meniti usia. Semoga adik & along dah x menyusahkan mama&abah fikirkan hal kami adik beradik. Semoga kami adik beradik, anak menantu, cucu2 boleh bagi kebahagiaan pada tokmama & tokbabah.

IMG_20130131_072608

Terima kasih banyak2 sebab mama&abah tolong jagakan cucu2 masa adik x berdaya nak uruskan. Sampai bila2 pun mama&abah akan tetap jadi orang yang paling hebat dalam hidup kami adik beradik.

Happy 57th Birthday Tok Mama!!

IMG_20130225_134401

Korang dah berterima kasih kat mak bapak korang sementara ada kesempatan ni? Jangan tunggu dah sakit baru nak menjenguk. X payah bagi hadiah2 grand sgt.. cukup sekadar telefon tanya khabar seminggu sekali. Biar rasa x di lupakan.. kita pun dah jadi makbapak. Rasanya dah boleh faham kot perasaan tu..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zulfa dah 5 bulan

How time flies.. sounds cliché eh? X sedar pejam celik Zulfa dah 5 bulan. Manja sangat!! Sorry la adik, mama terkejar-kejar tetiap hari uruskan korang adik beradik sampaikan mama kadang x sedar adik dah makin membesar dr hari ke hari. Itu pun nasib baik la mama yang uruskan semua hal anak2.. at least mama tau la si tonet mama sekarang ni dah pandai meniarap-bergolek dengan jayanya. 2-3 hari ni plak dah pandai tunjal badan gerak ke depan. Adik dah pandai menyulur yeaaaa!!

487361_4171842384882_1312701494_n

Kalo ikutkan badan yang x larat ni memang saya dah berkira-kira nak amik maid je. Last week saya demam terketar2 sebab urat susu bersimpul. Masa tu la rasa betapa hazabnya nak jaga anak2 at the same time nk jaga diri. Tapi bila de kes amah lambung baby tu.. perghh..  rasa cam nak tercabut jantung tengokkan. Dah la baby tu baya2 Zulfa je.. remuk rasa hati kalo anak sendiri di buat sampai tahap tu. Allah bagi petunjuk la tu.. Semoga Allah terus bagi mama kekuatan untuk uruskan sendiri korang adik-beradik. Alhamdulillah anak2 dapat Taska yang OK walopun bayarannya mahal tapi so far dari hantar Yaya sampai la ke Zulfa xde lagi la pepe yg x puas hati. Setakat mende2 kecik yg boleh pejam mata tu abaikan je la. Asalkan orang jaga anak kita elok dah senang hati nak gi keje.

267797_4171846864994_510185103_n

Si tonet mama dah 5 bulan semalam so hari ni mama bawak gi cucuk. Kesian baby elok2 sihat dah demam plak huhuhu.. xpe la baby, nak bina antibodi kan. Zulfa ni manja sgt2.. don’t grow up too fast baby, mama x puas lagi cium bau baby.

166770_4171905346456_2044215307_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khayla turns 2!

Alhamdulillah..last 10th February 2013 our not so little girl Yasmeen Khayla turns 2 years old! HAPPY BIRTHDAY YASMEEN KHAYLA.. mama & papa sentiasa doakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup kamu dunia akhirat. Semoga Allah sentiasa melindungi kamu. So much love lingering around you wahai anak.. no matter what tomorrow will bring just remember you have a family who loves you unconditionally.. Lots of love for Yasmeen Khayla!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam

Tonet mama demam dah 4 hari x kebah..bg ubat ok jap pastu panas balik. Dah la dengan batuk teruk sampaikan terkentut2 tiap kali batuk. Kesian sgt..bg ubat pun x jalan..
Hari ni sampai je JB trus singgah klinik. Doc tgk Zulfa ckp dia kecik sgt for her age. Berat plak baru 4.7kg..alahaii..apsal kurus sgt ni dik? Doc suh follow up kt paed concern takut jantung de prob. Haiisy.. wat risau mama je adik baby ni :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti raya cina

Kami spend kat sini.. 3 hari kt Batu Pahat then insyaAllah lg 4 hari kat sini. The room sgt la menarik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahun ke-5 di Pendidikan Khas

Fuuuhh.. tiup sawang.. ahahahaah!! Almost a month x bercerita kat sini. Dah jangkit dgn IG makanya blog pun makin di abaikan. Mana nak berperang dengan 4 beradik tu lagi, x sempat la nak mengadap blog. Siang dh kalut dengan anak2, malam by 9 semua dh lalok ngadap bantal ahahahah!! Malam ni x ley tido sbb tadi gatal g minum Nescafe Gold kol 8.

Alhamdulillah, walopun hidup saya hectic dengan menguruskan anak2 sendirian tapi Allah sayang sgt kat saya. DIA beratkan saya dgn tanggungjawab tu tapi ringankan saya bab2 kerja.. x pernah lagi rasanya saya bawak balik rumah stress kt tempat kerja. Memang workload berlambak dengan RPT nya, RPI nya, RPH nya, PBS, KSSR, laporan Inklusif, dokumentasi, kertas kerja, yada..yada..yada.. and the list keeps going on. Cikgu2 sekarang lagi banyak buat paperwork kerja perkeranian dari core-business mengajar.. pffttt.. what to do? SYMP katanya kan? Redha la buat apa yg di suruh walopun mulut bebel2 protes tapi in the end keje tetap submit.. semoga di berkati lah gaji yang dapat tetiap bulan tu hendaknya hehehe..

2013, tahun ke-5 saya dalam Pendidikan Khas.. masa posting saya trus di tempatkan ke Bahagian Pendidikan Khas. Sedih gila masa dapat tau membe2 KPLI lain dapat mengajar opsyen English saya plak tercampak ke PPKI. Beware.. once you’re IN there’ll be NO WAY OUT!! Saya di tempatkan kt SK Sri Biram.. masa tu masih dalam denial state. Jumpa plak dgn Ayie budak ADHD yg kalo mengamuk nak menggigit. Tersirap darah masa 1st day lapor diri si Ayie ni terajang perut PPM Kak Ana yang masa tu tgh pregnant 7 bulan, bukan sebab marah tapi cuak!! Pastu masuk plak kelas ada budak DS nama Tasneem yg tetiap kali hingus meleleh di selet dgn tangan pastu bila kering berkertang kt pipi. Cikgu kat depan, dia ngadap tepi pastu sembang sorang2 dengan ‘kawan’ dia ahahahaha!! Sampaikan saya tanya kat PPM.. “Saya nak ajar apa kt derang ni kak Zam?” ahahahaah.. memang blank giler masa tu. Dalam kepala cuma pikir.. gelap la masa depan aku camni!

Lepas 2 tahun saya pindah skolah sekarang.. lagi teruk kejutan! Lagi kritikal masalah budak2 khas kt bandar ni. Mana yg melompat, yg hantuk kepala masa mengamuk, yg nk terjun bangunan, yg menjerit, yg meraung.. dah macam wad gila kekdahnya. Bukan diorang.. saya ahahahah!! Makin gelap la masa depan aku.. kata hati kecil..

The truth.. kat sekolah ni saya boleh nampak bonding antara budak khas dengan cikgu2 dia. Bila cakap pasal mana2 budak khas even yg dh pergi skolah menengah.. SETIAP sorang cikgu boleh cerita then relate experience diorang dgn budak tu. Selalunya yang lawak2 la.. series saya kagum, dari sini saya belajar tetiap hari g mengadap budak2 ni Lillahita’ala.

397515_2351582319518_1259763358_n

Selalunya bila orang tanya then bagitau “Saya cikgu Pendidikan Khas” mesti orang akan cakap “Sabarnya awak..” pastu jadi cam pelik. Alhamdulillah, kat skolah ni saya dapat kenal cikgu2 yang memang sempoi abis. Xde nak berkira “murid ko”-“murid aku”.. semuanya “murid kita”. Most of the time kami prefer guna “anak” contoh cam “Eh May.. ko tau anak ko di lempangnya anak aku tadi!” dalam nada bercerita la. ‘Anak ko’ sebab saya cikgu kelasnya ahahaha!! Selalunya kalo cerita xyah gitau nama pun cikgu2 dah dapat tangkap siapa sbb kami dah kenal karakter budaknya.

Kami cikgu Pendidikan Khas masih manusia biasa. Sabar? Sama level je dengan orang lain.. kalo time melampau memang kena marah jugak ‘anak2’ ni.. Macam mana garangnya saya dengan anak2 sendiri, macam tu jugak la garang saya dengan anak2 khas ni. Orang cakap banyak pahala tapi rasanya kami la paling kurang pahala sebab tetiap hari mengadap ‘anak2’ ni pastu bila derang start perangai cikgu pun start menyinga. Niat cikgu2 Lillahita’ala.. Cikgu Pendidikan Khas dapat elaun 250, kerja x susah pun dapat elaun.. itu yang some parents & cikgu normal bising2 kan sangat. Put yourself in our shoes.. cikgu2 Pendidikan Khas ni la yg kena berak, kencing, hingus, ludah, amukan budak2 khas ni. Ajar 18 kali hari ni agak2 paham.. esok dah x tau apa. Ahahaha.. that is our joy! We have no high expectation because we know their limitation.. there’s no such things as pushing the limits. Boleh bayang x macam kereta nak naik bukit dah abis press minyak dah tapi x leh nak gi? Itu lah anak2 khas kami.. kita rasa mende tu dah abis senang, WAR-war NA-na KAN-kan.. MAKANAN!! Dengan konfidennya ahahahaha!!

Yes.. we laugh AT them & WITH them! ..and u will always hear the teachers bebel2 “ Dah 30 juta kali cikgu bagitau awak kan?” sedangkan cikgu2nya tau je budak tu x paham pun ahahahah! Sebab tu saya cakap cikgu2 yg saya kenal kat sini x stress dengan anak2 yg agak kritikal masalahnya sebab bila budak lari kami kejar, budak mengamuk kami pujuk, budak nangis kami menyakat agagaga.. people u should come to OUR WORLD and try not to be judgemental. Pagi2 hari anak autisme saya g padang pakai goggle purple mengadap matahari.. bila saya gelak macam nak mati tanya “Awak buat apa Amri?” dia jawab “Kenapa hari ni matahari kaler lain?” KO ADA anak yang buatkan ko nak terbarai perut gelak di pagi hari? Such a good day starter for the teachers!

Please not the typical “X baik tau gelak kat budak ‘macam tu’.. berdosa.” What do u mean by ‘macam tu’? Autisme? Geli sgt ke nak sebut? Saya akan gelak bila ‘anak’ saya buat peel2 gini.. sbb when u’re in the moment memang lawak and u won’t find it anywhere else. But then can’t u see that he’s becoming more ALERT? Matahari x sama kaler mcm semalam.. itulah perkembangan dia. No such thing as hari ni x pandai baca, minggu depan dh boleh. We sees them as hari ni x pandai lari zig zag, TAHUN DEPAN boleh lari zigzag pass 2 kon as major improvement!

545354_3050580594038_433832856_n

Ada setengah orang yg pregnant takut nak dekat dgn budak2 khas. Kun fa ya kun.. 3 orang mek2 saya lahir masa saya jadi cikgu Pendidikan Khas. Kudos to all special child parents.. tinggi martabat anda2 di sisi Allah dengan kurniaan istimewa ni. Belum tentu saya MAMPU nak jaga kalo saya sendiri ada anak khas. Saya cuma cikgu anak2 khas tapi bila hari Isnin ada perhimpunan, anak khas saya pakai baju seragam yang keronyok di kibas2 amik dari dalam bakul baju, x di seterika, seluar senteng atas buku lali, stokin masam hari Jumaat minggu lepas x di basuh, kasut berkeladak lumpur.. jangan marahkan saya sibuk bertanya. Secara x langsung saya mengingatkan Encik & Puan di amanahkan menjaga anak2 syurga, janganlah di abaikan..

Ingat bila saya kata “ONCE YOU’RE IN THERE’LL BE NO WAY OUT”? Kebanyakan cikgu yang dah masuk Pendidikan Khas x kan nak dah mengajar kelas normal balik.. sebab bila dah masuk dunia anak2 khas ni korang akan jatuh sayang kat budak2 ni. Kalo x banyak pun ada walo seciput. Terima kasih Ya Allah atas nikmat kasih sayang yang KAU berikan peluang pada kami untuk rasa.. semoga tahun2 mendatang saya masih ada perasaan ini & ikhlas mengajar. Semoga setiap pekerjaan yang saya lakukan Lillahita’ala.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS