RSS

Zulfa dah 5 bulan

How time flies.. sounds cliché eh? X sedar pejam celik Zulfa dah 5 bulan. Manja sangat!! Sorry la adik, mama terkejar-kejar tetiap hari uruskan korang adik beradik sampaikan mama kadang x sedar adik dah makin membesar dr hari ke hari. Itu pun nasib baik la mama yang uruskan semua hal anak2.. at least mama tau la si tonet mama sekarang ni dah pandai meniarap-bergolek dengan jayanya. 2-3 hari ni plak dah pandai tunjal badan gerak ke depan. Adik dah pandai menyulur yeaaaa!!

487361_4171842384882_1312701494_n

Kalo ikutkan badan yang x larat ni memang saya dah berkira-kira nak amik maid je. Last week saya demam terketar2 sebab urat susu bersimpul. Masa tu la rasa betapa hazabnya nak jaga anak2 at the same time nk jaga diri. Tapi bila de kes amah lambung baby tu.. perghh..  rasa cam nak tercabut jantung tengokkan. Dah la baby tu baya2 Zulfa je.. remuk rasa hati kalo anak sendiri di buat sampai tahap tu. Allah bagi petunjuk la tu.. Semoga Allah terus bagi mama kekuatan untuk uruskan sendiri korang adik-beradik. Alhamdulillah anak2 dapat Taska yang OK walopun bayarannya mahal tapi so far dari hantar Yaya sampai la ke Zulfa xde lagi la pepe yg x puas hati. Setakat mende2 kecik yg boleh pejam mata tu abaikan je la. Asalkan orang jaga anak kita elok dah senang hati nak gi keje.

267797_4171846864994_510185103_n

Si tonet mama dah 5 bulan semalam so hari ni mama bawak gi cucuk. Kesian baby elok2 sihat dah demam plak huhuhu.. xpe la baby, nak bina antibodi kan. Zulfa ni manja sgt2.. don’t grow up too fast baby, mama x puas lagi cium bau baby.

166770_4171905346456_2044215307_n

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 say what?: