RSS

Ujian pada yang mampu

Pagi ni ada anak khas saya mengamuk. Anak kelas cikgu lain, umur 12 tahun. Style dia mengamuk hantuk2 kepala sampai merah2 kepala dia. Cikgu2 tengok pun dh rasa sakit tp Allah Maha Kaya.. doktor wat scan scull dia lebih padu dari konkrit! So masa dia mengamuk hantuk2 kepala tu dia x rasa apa2. Xtau apa punca dia mengamuk tapi bila dia dah start buat orang lain & cikgu2, GPK Khas terpaksa call the mother..

Mak budak ni dulu keje PSN tapi resign semata2 nak jaga anak khas dia yang makin membesar. Bapak dia sekarang kerja O&G kat Iraq semata2 nak cover expenses for the theraphy and everything. Mak dia datang.. saya mati2 ingatkan mak dia nak menjerit mengamuk balik kat budak ni sebab buat hal kat sekolah. Mak dia approach then softly asked “What did you do?” then budak ni terus cakap “I’m sorry.. I love u too..” Mak dia still dengan lemah lembut “Let’s go home..say sorry to teacher Jayanthi.” terus dia sujud kat kaki cikgu kelas dia “I’m sorry.. I love u too” Allah.. berderai air mata semua cikgu yang ada kat situ..

Cikgu2 boleh beza parents yang betul2 dengan yang buat2 sabar. Cikgu boleh agak “Budak ni kejap lagi masuk dlm kete konfem kena!” tapi dengan mak budak ni lain.. dia memang tenang je datang amik anak dia. Lembut dia memang nampak dia betul2 redha. Allah hanya akan bagi ujian pada hambanya yang mampu.. betul sangat la. My deepest sympathy goes to her but I don’t think she needs it.. saya kagum dengan ketabahan dia!

Sekali lagi Allah bukak mata saya.. ye saya berjauhan dengan suami handle 4 orang anak sendiri. Balik skool petang semalam Khayla ngan Zulfa demam. Malam tadi Khayla menggigil panas sgt badan.. memang konfem temperature shoot 40! Bila batuk dia muntah abis semua. Kol 3 pagi saya bangun jelum mandikan dia then bagi ubat. Baru nak terlena Zulfa plak merengek badan panas then muntah lepas menyusu.. sampai ke pukul 5 pagi dia merengek nk di dodoi. Baru gaya nak letak kepala Hana plak batuk trus muntah arghhhhh!!! Lepas bersihkan Hana bagai dh dengar azan subuh. Zulfa merengek lagi, bf kan x sedar entah bila terlelap. Terjaga dah 6.40!!

Nasib baik la tokmama ngan babah ada kat rumah so bleh tinggalkan yang lain hantar Yaya je gi skolah. Nak amik cuti xleh sebab hari ni ada pencerapan dgn GPK HEM kat skolah. Masa hantar Yaya plak bila dah lambat sangkut jem depan skolah. Sudahnya thumbprint kol 7.35. Adoii la..

Bila nampak depan mata kepala sendiri baru sedar. Ya Allah, aku rasa aku susah tapi ada orang lain yang lagi susah dari aku. Alhamdulillah.. penat2 saya pun ada anak yang normal & sihat. Sikit je Allah bagi ujian masa anak x sihat ni. Susah2 saya jauh dengan suami pun tapi kalo call dalam 3-4 jam suami boleh ada depan mata. Oh..in the end find out the boy mengamuk puncanya “I want papa..” sedih x?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 say what?:

Marsha~ said...

Sedih baca... betul lah tu.... sy anak 2 dan sarat pregnant ni pun kadang2 tak tahan dgn perangai lasak anak2... :(