RSS

4th Caesarean.. hari selepas

Lepas selesai dalam OT, masa dok kat luar utk recovery tu gynae ada cakap “Dik.. kali ni lagi sakit dr previous caeser tau. Tahan sikit yer.. U dah 4 kali operate, parut pun dah makin nipis. Masa I bukak tadi dah nampak rambut baby pun. Contraction kuat yang U rasa tu sebab cord dah terbelit kat leher baby. U memang nasib baik la. Kalo pecah scar U tu I x dapat nak imagine. Dah la.. lepas ni xyah beranak. Too risky for U. After 6 hours hilang kebas then kalo sakit U request pain killer ok.. banyakkan rehat.” Saya anggukkan je la dalam lalok.. sedar x sedar je apa yang gynae tengah bebelkan hehehe..

30776_3496762748313_1893673225_n

Kali ni punya recovery memang lambat sangat. Malam 1st tu rahim nak mengecut, perghhh.. hazabnya Allah je yang tau! Rengat je rasa, serba x kena. Kol 8++ pm cinta bawak anak2 datang tengok baby baru. Excited sgt derang tapi xley nak tengok sebab baby dok dalam warmer lagi sebab dia terlalu sejuk pucat. Menangis Yaya x dapat tengok baby, sampai la papa gi amik gambar baby kat nursery baru dia puas hati huhuhu.. Cinta pun xdok lama2 sebab saya dah sakit sgt so lepas derang balik saya request pain killer then trus zzzzz… dalam kol 4 pagi terjaga dah start sakit. Mintak pain killer jab lagi kat nurse tapi every 6 hours baru ley amik uhuk..uhuk.. Bley bayangkan x kalo tangan terhiris sket pun dh pedih gila, inikan plak perut kena belah uiiii.. bisa x terkata hazabnya!

483064_3512435500122_1241143375_n

Cinta x dapat teman saya malam 1st tu sebab anak2 xde sape nak jaga. Esoknya baru tokmama ngan babah sampai so malam kedua baru cinta bley teman saya. Sakit2 pun bila cinta ada senang sket hati.. pepehal bley mengadu. 2nd day ni perut saya bloated giler.. kalo tepuk dah macam gendang bunyinya. Satu mende saya belajar lepas operate kali ni.. kentut tersangatlah penting! Sekali dapat keluarkan angin rasa lega sangat2. Bayangkan dengan perit bisa operate, perut kembung.. x tertanggung rasa. Lambatnya masa nak berlalu dari sehari ke sehari..

397257_3512433940083_2066988685_n

Hari ketiga, cinta amik MC sebab saya dah ley discharge. Nama baby pun xde lagi so pagi tu sebelum discharge bermula la misi mencari nama. Memang ad-hoc sebab hari tu jugak cinta nak gi daftar kat JPN. Sampai la cinta dapat nama yang kami dedua setuju.. pangkal nama Yasmeen tu memang wajib la, nama Zulfa tu yang unik & special Winking smile Petang tu lepas sampai rumah, cinta gerak ke JPN Shah Alam nak buat surat beranak baby baru plak. Malam tu cinta gerak balik JB.. suami xde di sisi masa berpantang aduhaii.. mula la bergelora emosi saya time dalam pantang ni. Nasib baik la mama ngan abah ada meneman nak melayan mek2 bertiga tu..

299491_3502139762735_2091754990_n

Sakit kali ni memang lama.. sampaikan saya rasa saya dah xkan sembuh dah lepas ni. Rasa berdenyut-denyut bekas operate tu sampaikan nak duduk baring serba x kena. Alhamdulillah.. hari ni baby Zulfa dah seminggu, saya rasa makin sihat. Sakitnya lepas 4 kali caeser ni memang berganda.. x tau camne nak cerita. Nasib baik la dah berlalu sakit2 semua ni.. kali ni kena berpantang betul2 sebab dah last kan Smile with tongue out

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelahiran Yasmeen Zulfa

Hari sebelumnya saya dh start rasa contraction dari pagi.. kali ni lagi kerap, every 10 minutes apart. Hati ni memang risau sangat sbb dah la dok jauh nun di JB, dengan anak2 yang melasak lagi menambahkan sakit ada la huhuhu.. Tapi saya gagahkan jugak bertahan mengenangkan esoknya Sabtu, cinta keje lagi then memang nak balik KJ pun. Paling kritikal kol 2-3 pagi memang sakit sgt.. dah sampai tahap xley nak baring langsung. Serba x kena. Tido pun duduk je.. itu pun bukannya nyenyak. X sabar sangat nak menunggu hari siang..

Esoknya, lepas cinta balik keje terus ajak balik KJ. Plan awalnya nak singgah Kluang nak gi kenduri SIL sebelah lelaki tapi dah x tertanggung sakitnya so cinta ajak balik terus. Saya pun memang x sabar sgt dah nak serah diri kat KJMC.. dapat jab pain killer pun jadi la sementara nak menunggu schedule ceaser 24/09, Isnin nanti.

X sempat singgah rumah pun cinta terus hantar saya ke KJMC. Gi emergency then midwife bawak gi buat CTG. Saya pesan kat cinta just drop saya then balik bawak anak2 rehat kat umah je sbb derang pun dh letih perjalanan dr JB ke KJ. Tapi masa saya buat CTG dengar riuh rendah suara mek2 tu berkicau kat luar huhuhu.. rupa2nya cinta angkut sume anak2 sama. Result CTG x cantik.. ada contraction kuat. Kalo normal delivery maybe bley tahan lagi lah kot tapi sebab saya dh pernah de history 3 previous ceaser so midwife cakap kena call tanya gynae dulu. Masa buat CTG tu baru kol 5.30 gitu then midwife masuk balik cakap “Doc. Fatimah suruh buat emergency ceaser sekarang jugak!” Uikk.. saya speechless. Langsung x prepare pepe..

Keluar dr bilik buat CTG tu nampak cinta terus bagitau.. dia pun x terkata apa. Terus call owner Taska tanya ada x sape2 teacher kat sana yg bley tolong jagakan anak2 sementara cinta masuk OT dengan saya. Nasib baik la ada.. so cinta gerak anta anak2. Bley plak cinta tinggalkan henfon kat saya. Masa saya nak panggil dia amik fon terserempak dgn gynae. Hangin je bila dia nampak saya masih bley jalan2 dalam sakit2 tu. Habis midwife ngan nurse sume kena marah. “Eh..kenapa U biarkan patient I jalan2 sana sini ni? Kan I dah suruh prepare utk emergency cser? She had 3 previous cser U know? Anytime scar dia bley pecah because of that contraction!” huahuahua.. satu level tu kena marah!

Pastu terus midwife cekup saya bawak gi siap2 masuk tiub kencing bagai.. masa siap2 tu plak saya kena bebel dengan gynae bila dia tau saya baru sampai dr JB. “U tau kan history U? I dah bg cuti awal kat U suruh duduk rumah diam2, ini sampai ke JB perginya. Kan I dah cakap kalo ada contraction or anything trus datang jumpa I. U tau x kalo pecah previous scar tu U xde chance hidup tau.. hissy budak ni..” gynae geleng2 kepala cam berleter kat budak2. Saya sengih je la.. guilty as charge ;p

Kena sorong masuk OT kol 6.15pm. Cinta masih lom sampai lagi. Nak call pun xley. Bila saya tanya, nurse cakap kalo hubby nak masuk kena awal2.. dah tengah2 operation xley masuk. Dalam hati saya x putus2 doa mintak biarlah cinta sempat masuk tengok anak bongsu dia lahir. Lepas ni xde peluang dah. Rezki baby kot memang di permudahkan semua. Anaesthetist pun kebetulan ada. So segala urusan nak cucuk epidural bagai lancar. Tau2 je saya dah kebas. Cinta x sampai lagi.. dah rasa nak sedey.

Tetiba dengar gynae cakap “Encik nak tengok baby keluar ke?” Eh, bila masa cinta masuk OT? Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa saya nak cinta ada sama sambut kelahiran baby baru. Senyum.. hati berbunga je, dah la tengah lalok epi huhuhu.. Kol 6.35pm, 22/09/2012 lahirlah anak bongsu kami.. midwife datang tunjuk “Baby girl.. Alhamdulillah, sihat cukup sifat semuanya.”  Since cinta lambat sampai so dalam OT tu nurse mintak sign borang emergency cser ngan BTL. Maka tutup la buku untuk beranak.. Smile 

I’m now officially a mother of 4 girls. Introducing our youngest daughter..

539349_3498611674535_936564328_n

“YASMEEN ZULFA”

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Last day @ JB

Hari yang di nanti dah tiba.. memang la kali ni saya x sabar nak balik rumah! Dengan condition kesihatan sekarang ni sememangnya dok hotel seminggu kali ni adalah x best langsung. Tambah plak bukannya bercuti, cinta gi keje then saya sorang dok handle anak2 yang super lasak! Dah la tengah sarat dengan contraction yang on-off, tahap sabar saya memang dah nipis sgt. Patutnya hujung2 pregnancy ni kena banyak bertenang tapi saya makin stress ada la.

Anak2 plak boring asyik dok buat rutin yang sama tetiap hari mula la nak carik pasal. Bley kata masing2 amik turn nak kena marah.. lepas sorang..sorang. Korang nak bagi mama meroyan sebelum beranak agaknya kan? Dari yang besar sampai la yang kenet ada je point nak carik pasal.

426208_3494874941119_1894299940_n

Pagi ni punya cerita.. Khayla bangun dulu then nampak Hana tgh tido lagi. X aman hidup dia kalo nampak seteru dia nan satu ni aman bahagia.. so mula la cuit2, korek mata, korek telinga nak suruh orang tu bangun. Sekali Hana plak tengah ribut taufan baru bangun tido, diterajangnya muka Khayla sampai berdarah mulut. Adoii la.. ingatkan dah nangis2 nak berenti kat situ je.. TAKKKK.. dia gi belasah dulu muka Hana pastu berjejeh2 darah kat baju Hana. Dah saya konfius sape yang berdarah sebenarnya? Bila dah basuh turns out Khayla yang berdarah mulut tergigit lidah agaknya. Apsal ganas betul anak2 aku nih?

Yaya plak bila nampak adik2 bergocoh dia plak sibuk nyaring menjerit2 “Sudah lah! Stopppp!” boleh bayangkan x keadaan bilik hotel yang huru hara di pagi hari? Mintak maaf la orang sebelah menyebelah ye.. orang lain gi hotel nak dok aman tenteram haiisyy.. Menduga iman & kesabaran mama betul la korang ni. Ni cara2 anak perempuan ni..

Dah la dari semalam perut ni de on-off contraction. Baby mengeras dalam perut x berhenti. Semalaman saya x tido. Kalo ikutkan hati nak je saya ajak cinta balik PJ malam tadi. X tahan sgt dah.. tapi mengenangkan hari ni dia keje lagi maka saya gagahkan jugak la. Lagipun gynae cakap selagi xde pecah air ketuban atau blood show & baby pun gerak cam biasa there’s nothing to worry. Cumanya kena tahan sakit la. Kalo cara malam tadi de kt rumah, saya serah diri kat KJMC dah mintak pain killer. Sakit dah tahap hilang akal di buatnya..

Tunggu kol 12 nanti insyaAllah bertolak balik PJ. Saya x sabar nak balik rumah. Biar mek2 ni lepas bebas kat rumah buat aktiviti derang dengan mainan & familiar environment. Esok lusa anta je derang gi taska. Derang ni kena ada aktiviti, kalo x lasaknya lain macam sgt. Jangan harap la masa mama dalam pantang korang bley dok umah, haruslah tetiap pagi mama suh tokbabah anta korang gi taska kalo x, mau jadik kapal karam rumah kita tu huhuhu..

57896_4142633076908_1091932813_n

So this is it.. bye2 JB for now. Lambat lagi kot nak datang sini dengan baby baru lagi.. Lagipun next time nak datang sini nak kena pk 118 kali dulu. Serik rasanya nak bawak budak2 ni kalo emosi x kuat.. boleh hilang akal di buatnya! Papa keje leklok eh.. biarlah anak2 dok dgn mama kat umah je dari tetiap hari mama mengamuk macam orang gila sebab peel anak x terkawal. Biarlah papa keje dengan tenang ye..

I’m coming home.. I’m coming home.. tell the world I’m coming home!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Day 5 at JB

Hari ni plannya adalah x keluar dari bilik..boleh? Series rasa nak terperap dalam bilik je. Badan rasa lemah longlai x bermaya sangat. Breakfast pun mintak room service je. Nasib baik lah ada sosej ngan fries bagai, kena la dgn selera mek2 cerewet ni. Tengok lah keadaan camne, kalo agak2 huru hara x bley dikawal sgt baru bawak derang ni berlari kat bawah. Budak2 tengah nak besar mana bley di halang derang nak lepas bebas..

578354_3489447605439_1541637842_n

Semalam pun dah de aura malas nak keluar bilik tapi bila lepas mandi derang dah segar pastu aktif lain macam x ley nak kontrol maka kena gak bawak keluar. Channelling their energy.. kalo x satu hotel tu bley bergegar dengar mama menjerit!! Nasib baik la ada extra tenaga so bawak derang gi Jusco sebelah. Itu pun separuh nyawa menjerit sebab Yaya ngan Hana macam anak kambing terlepas kandang bila dapat gi jalan. Adoii la.. tu belum si kenet yang pantang nampak apa sume nak pegang. Separuh nyawa gak la..

62576_3489448605464_1611095343_n

Yaya ngan Hana paham gak kalo mama marah cakap nak cubit, derang pause gak berlari tapi kalo si kenet ni menonong je dia gi ikut kaki. Marah pun xde efek huhuhu.. Yaya request nak makan aiskrim so bawak la makan kt booth McD. Layan la derang makan aiskrim 3 beradik pastu bawak gi kat tempat mainan bagi derang layan perasaan jap. Aman la kejap mama bila derang buas kat situ je.

Balik tu sume dah keletihan, senang je terbongkang tido. Dekat kol 4 petang baru suap derang soto yang tapau masa tengahari tadi. Maybe sebab dah lama sgt terperap kat bilik so Khayla de habit baru yang susah di kawal. Pantang de peluang je mesti dia nak belasah Hana.. dah jadi macam punching bag. Tambah lagi Hana ni sket2 nak nangis lagi la jadik kepuasan kat dia nak belasah Hana.. de respon! Belasah bukan cara sket2 plak tu. Dia panjat atas badan Hana pastu gedibuk sampai 5-6 kali. Adoii la.. apsal ganas sgt ko ni baby? Memberontak ke hape?

InsyaAllah kalo xde aral, esok dah nak check-out. Bahagia sgt rasa hati sebab bley balik umah sendiri. Kecik2 rumah pun xde la rasa terkongkong cam sekarang. Tapi bila dah nak balik rasa sedey la plak sebab yang pasti akan berjauhan balik dengan cinta hati. Adoii la.. berapa lama nak kena hadap long distance relationship camni? Berbelah bahagi rasa hati.. jiwa.. tolong la kuat. InsyaAllah ada hikmah segala apa yang Allah dah tentukan ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ketiga di JB..apa nak buat?

Hari ni hari kedua kami anak-beranak dok kat hotel. Boring? Jangan cakap la.. nasib baik la dalam bilik pun ada wifi so the kakaks occupied sket dapat layan kartun kt youtube. Itu pun lama mana la sgt attention span derang. Bukan cam adult yang bley ngadap laptop berjam2. Bila boring dah maximum level mula la sume nak melasak berkubang atas katil.. lantak korang la, asalkan bahagia. Ada je tempat nak berjalan.. Jusco kat sebelah hotel je tapi kalo cinta ada pun dah berlari2 semput mengejar budak2 ni, saya nak carik pasal gi bawak derang bertiga sorang2? Dengan terboyot-boyot sarat nak bawak perut pun penat. Hah.. mau bebi baru ni kang tempat beranak dia Jusco Permas Jaya hahahahaha!

420815_3482943522841_1308399617_n

1st nite kt sini hari tu papa layankan peel anak2 bawak gi funfair. Happy sangat si Yaya sebab memang dah lama sgt dia mintak nak gi naik segala menatang tu cuma x berkesempatan nak bawak. Nasib badan la kan sebab adik2nya stok tido awal.. kol 8.30 malam sume dah menguap luas sedangkan masa tu la funfair baru nak warm up huhuhu..

Photo-0004

Naik pun x banyak.. buat syarat je bagi Yaya excited sket. memula naik Spinning Cup.. itu pun Hana dah melalak2 takut. Adoii la Hana.. harap ke badan je bulat tapi penakut! Lepas tu naik Train Ride plak.. yang ni ok la sebab Hana memang suka chuggington. Khayla masa ni dah mengantuk so dia x banyak bunyi. Mana yang orang angkut gi dia ikut je..

Photo-0020

Saya paling suka gambar ni sebab nampak sgt happy faces anak beranak bertiga ni.

Photo-0014

Ni plak Khayla dah lalok.. masuk kete je trus tido. X sempat nak mintak susu bagai. Memang ngantuk sangat2 sedangkan masa balik tu baru kol 10 malam. Last skali naik Horse Ride ni plak. Hana jangan harap la nak naik kan? Khayla plak bawah 2 tahun naik free so dia ngan Yaya je la naik. Itupun kena pegang kuat sebab dia dah ngantuk sesangat. Puas hati la derang dapat spend time ngan papa gi funfair ni..

Photo-0035

2nd day sume dah mati akal dalam bilik. Mati la nak menunggu ke hari Sabtu. Kalo saya sorang haruslah saya bantai tido je. Alang2 dapat rehat sebelum nak ada baby baru ni tapi sebab derang bertiga ni nak melasak tu yang kesian. Terperap je dalam bilik. Saya memang dah x larat nak bawak gi mana2 pastu papa plak gi kol 7 pagi kol 5 petang kang baru nampak muka. Kalo camni gayanya lepas ni dah x ley ikut kot. X berkembang otak budak2 ni kang asyik terperuk je kejenya. Bukan setakat anak, maknya pun mati kutu. Kita tunggu je la papa balik masa weekend kat rumah. Cepat la masa berlalu.. dah x larat sangat nak melayan macam2 ragam budak2 ni. Hari ni baru hari ketiga.. apa kita nak buat hari ni anak2?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perancangan yang di rancang…

Semalam 13/09 saya dah start cuti awal 2 minggu.. saje amik cuti awal sebab dah x larat sgt asyik rasa contraction je. Kononnya nak rest la kan tapi rasanya x dapek la kot. Sekarang saya ada kt Klana Resort, Seremban ikut cinta keje kat sini then malam ni nak gerak balik Batu Pahat sebab adik ipar akad nikah malam ni then esoknya kenduri kawen. Saya dah cukup 36 minggu hari ni so dapat bayangkan x betapa rasa nak patahnya pinggang saya bila dok dalam kete travel jauh2.. orang yang x merasa x paham la kot. Mentang2 saya gagah bertahan boleh buat itu ini lagi sume orang assume saya xde pepe la sedangkan Allah saja yg tau cane perut saya rasa nak terburai bila berjalan jauh sikit, pinggang ni macam nak patah dua bila duduk lama2. Nak tunggu saya terbaring kat katil hospital dulu baru nak ada rasa simpati kot. Saya terpaksa aktifkan diri pun sebab anak2, kalo bukan saya yang uruskan derang dah xde sape lagi. Maybe nak kena cop kat dahi “Please remember, I’m heavily pregnant..” baru orang keliling nak amik tau sket. Saya x harapkan simpati sebab selama ni segalanya saya yang uruskan sendiri, jauh sekali nak mengada-ngada tapi tolong sensitif sket dengan keadaan & perasaan saya.

304310_3469546947935_1700618490_n

Kadang2 kalo hati ni dah rasa marah sgt saya doa biarlah saya turun darah bleh serah diri kat hospital biar beranak terus tapi Allah x makbulkan doa saya. DIA lagi tau apa yang terbaik untuk saya. Cepat2 istighfar, mintak ampun sbb doa yang bukan2 ikut rasa amarah tu. Allah je la yang Maha Mengetahui perang emosi dalam diri saya ni. Semoga Allah berikan kesabaran yang tinggi untuk saya menghadap segalanya ni. Nasib baik la tokmama & babah sanggup datang dari jauh nak spend time menjenguk cucu2 yang tengah melasak ni. Kurang sket beban fizikal nak melayan budak2 ni. Sungguh saya rasa terlalu lambat masa nak berlalu dari minggu ke minggu.. bila la nak beranak ni?

527361_3469549507999_36232748_n

Lepas kenduri SIL, insyaAllah nak gerak ikut cinta ke JB. Stay seminggu kat sana. Kalo ikutkan hati saya lagi rela duduk rumah je dari nak travel jauh2 yang sah2 buatkan saya sakit satu badan. Tapi mengenangkan anak2 yang nak dekat dengan papanya, kebetulan plak saya dah x keje.. relakan je la. InsyaAllah end of September schedule ceasar. Cepat la masa berlalu.. saya dah x larat sangat both physical & mental. Being strong needs a lot of effort and it’s not easy especially when you feel that someone who is supposed to be the one for you cannot be your shoulder to cry on..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeaa.. papa balik!

Dah banyak hari Yaya ngan Hana tanya soklan sama berkali2 “Bila papa nak balik?” Mama punya hangin jangan cakap la.. dah la dengan sakit yang on-off, mana nak menjawab soklan yang di ulang berkali2. Temper je mama ni.. kerja papa yang baru ni hari Sabtu pun keje so x berani nak janji ngan anak2. Buatnya mama konfiden je cakap nanti papa balik, sekali papa kena keje mau frust anak2 menunggu. Ye la, selalunya paling lama papa outstation pun dalam 2 hari, ni dah dekat seminggu. Bila papa sms ckp tengahari Sabtu dh on the way gerak dari JB, rasa cam x caye pun ada. Siap tanya balik kt papa “Betul ke nak balik?” huhuhu.. macam la balik dr oversea. Berbunga je hati menanti kepulangan cinta..

582821_493498464011741_510529243_n

Saya masih dalam mode syahdu. Kadang2 OK, kadang tu KO. Memang emosi di hujung pregnancy ni mempengaruhi betul. Saya tengok baju cinta yang bersidai kat tingkat atas pun saya dah nangis, tengok toilet yang dia selalu guna pun air mata saya dah meleleh, tengok sejadah yang dia selalu guna pun merebeh.. adoii la.. kritikal betul. Sampaikan kadang2 saya terbayang dia selisih dengan saya sambil tersengih notty mcm selalu. Memang la syaitan betul pengaruhi emosi.  Series kali ni rindu saya kt cinta tersangat la mempengaruhi emosi.. sampaikan baju cinta pun saya x basuh sebab nak ada bau dia kt sebelah saya setiap malam sebelum saya tido huhuhu..

553834_347297798689182_638817224_n

Kali ni memang saya x mampu nak kuat.. depan anak2 pun saya menangis. X macam selalu saya nak nangis pun sorok2 dari anak tapi kali ni tersedu2 saya depan anak2. Sampaikan Hana tanya “Kenapa mama nangis? Mama sakit perut? Mama berak keras cam Hana ke? Xpe.. nanti kita ajak papa gi doktor eh..” hahahaha.. Khayla yang cikenet tu pun pandai memujuk. Nampak air mata saya meleleh, boleh datang usap pipi mama pastu tanya “Uwat? uwat?” **sapa buat?** Yaya je memang mengikut perangai papa dia sebijik, x reti memujuk. Nampak mama menangis pun dia buat x tau je tengok tv.

557464_3450061340807_536864228_n

Bila sampai je cinta kat depan rumah, anak2 dah menjerit2 cam histeria! Papa masuk dalam rumah je semua dah kerumun papa.. leganya hati saya bila cinta dah ada di depan mata saya. Rasa macam x percaya pun ada.. ini baru seminggu berpisah. Semoga Allah terus berikan saya kekuatan untuk hidup berjauhan dengan cinta. Bila dah dengan anak2 haruslah mama mengalah.. dari balik sampai la ke tengah malam anak2 konker papa huhuhu.. Xde can mama nak lepas rindu. Masa nak tido pun Hana suh papa tido dengan dia. Relakan je la.. Lepas Asar hari ni papa bertolak balik JB. Aduhaii.. berpisah lagi. Tabah lah hati.. insyaAllah minggu depan bersama lagi. Kuat2 ye hati.. demi diri sendiri, demi anak2 Smile

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa bersedih?

2-3 hari ni emosi saya sgt2 x stabil even status saya kt FB pun sedey2 je.. nak bercerita pun x tau dari mana nak mula. Baru nak taip entry ni pun air mata dah berjejeh.. sungguh saya emotional tahap kritikal sekarang. Apa puncanya saya kememeh sampai tahap camni?

Alhamdulillah.. rezeki baby, cinta dapat keje baru. Bertambah lah rezeki kami sekeluarga. Bulan lepas cinta gtau this month start. Kalo ikut apa yg saya faham dari apa yg cinta bagitau for the 1st 6 months, dia akan based kt KLCC utk commisioning then baru kena keje offshore rotate 2 minggu.. now & then dia akan kena gi yard. Ok la.. sempat la baby baru ni nak besar kenal papa dia. Lagi pun masa yang ada tu boleh train saya ngan anak2 untuk hidup berjauhan dengan cinta. Bila dah berkahwin dengan orang yg nature kejenya mcm cinta saya dah cuba faham possibilities untuk kena tinggal. Setakat di tinggal2 kan sbb outstation & offshore tu dah jadi rutin. Tapi x tau la kt mana misscommunicationnya, Isnin lepas masa cinta report duty khabar yg di dengar totally different. Cinta will be based in Pasir Gudang & akan pergi ESOK! There goes our normal husband&wife life.. starting tomorrow we will be weekend couple. Xde seminggu, xde sebulan untuk saya prepare emosi & mental.

Maka hari Isnin malam tu dah terbayang life yang saya akan hadap sorang2. Kalo preggy mom lain di hujung2 kehamilan ni nak suami sentiasa ada di sisi.. saya? Dah la kerap sgt contraction & de possibilities utk preterm labor, cinta plak jauh nun di selatan. Senang2 je airmata saya meleleh x kira masa.. dengan badan yang x larat, emosi yang x stabil segalanya rasa cam x adil untuk saya. Series emosi saya pada cinta masa tu bercampur.. tapi lebih kepada marahkan dia sbb terima job tu! Keputusan dia la punca segala apa yang kami dh ada ni jadi kacau bilau. Kalo ikutkan sekarang, life kami semuanya dalam aturan yang baik. Sekarang dok sama2 satu family, dia keje 9 to5, hari2 balik rumah, sama2 besarkan anak2 depan mata, dalam proses beli rumah, tahun depan Aulia dah start skolah.. semuanya well-planned. Tup2 dengan decision dia.. segalanya jadi tunggang terbalik! And to make it worst, it all happened masa saya tgh sarat & terlalu perlukan emotional support!

Tapi bila di fikir2kan balik segalanya Allah dah tetapkan.. Allah dah tentukan. Typical saying of “kita hanya merancang.. Allah yang tentukan". Ini salah satu cara Allah nak uji rumahtangga kami, kesabaran kami dengan hidup berjauhan. Orang lain pun ada kena tinggal dengan suami sampai 2-3 bulan, jauh sampai ke luar negara lagi. Apa sangat la saya yang kena tinggal dgn suami setakat kerja kt selatan je. Weekend pun bley balik jumpa.

I’m in my weakest emotional state right now.. dengan badan yang lemah x bermaya di hujung2 pregnancy ni, dengan contraction yang kerap datang menjengah, dengan nak menguruskan 3 lagi budak kecik yang baru nak membesar.. segalanya buatkan emosi saya terlalu sensitif. Semuanya terlalu drastik.. sikitpun saya x bersedia. Semalam saya ada hidup yang normal, bangun pagi cinta ada di sisi, bila saya lelah x berdaya dia ada untuk uruskan anak2, bila saya marah2 dia ada untuk pujuk saya, bila saya sakit dia ada untuk tenangkan saya.. HARI NI? Segalanya saya perlu gagahkan diri buat sendiri.. entah bila agaknya saya akan dapat balik normal life kami? Mohon Allah bagi saya segala kekuatan untuk berjauhan dengan cinta, untuk besarkan anak2 tanpa bantuan, untuk bersabar dengan segala ujian yang bakal mendatang.. mungkin yang pertama ni kekuatan untuk melawan kesedihan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujung-hujung

Xde la hujung sangat kan? Baru nak mencecah 35 minggu tapi saya rasa macam apsal la terlalu lambat sgt masa nak bergerak dari minggu ke minggu? Kadang2 tu nak je mintak biar la cepat2 beranak sebab x berdaya nak membawak perut dh. Berjalan pun dah termengah2 Last week baby dalam perut dh start buat perangai.. contraction kerap sampaikan mama kena tadah bontot amik dexa jab. Orang yg dh rasa tau la betapa tebalnya jab tu sampaikan rasa cam nak rebeh bontot sementara ubat pekat tu nak berjalan. Adoii la.. sibbaik x admitted. Masa2 ni la rasa sumpah lepas ni aku dah xnak beranak!

303662_3422447610481_1922957243_n

Maybe faktor anak2 yg sedia ada ni berderet dah tu rapat2 plak jaraknya buatkan saya rasa x mampu. Appointment last week gynae dah bagi surat approve saya cuti 2 minggu awal dari tarikh schedule caesar tapinya nak menunggu ke hari cuti tu pun saya dah rasa semput. Memang saya ni jenis lembik ke x tau la.. orang lain tunggu sampai 40 minggu relax je. Saya ni yg dah sah2 ada tarikh nak beranak pun lembik x bermaya di tambah dengan emosi yang x menentu buatkan saya makin xde semangat.

Lagi 3 minggu nak mencecah tempoh matang nak beranak.. aduhaii, cepat la masa berlalu. Saya dah x mampu nak menahan rasa.. Saya doa banyak sgt biarlah saya kuat hadapi segala dugaan. InsyaAllah, ada hikmah yang Allah dah tetapkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS