RSS

4th Caesarean.. hari selepas

Lepas selesai dalam OT, masa dok kat luar utk recovery tu gynae ada cakap “Dik.. kali ni lagi sakit dr previous caeser tau. Tahan sikit yer.. U dah 4 kali operate, parut pun dah makin nipis. Masa I bukak tadi dah nampak rambut baby pun. Contraction kuat yang U rasa tu sebab cord dah terbelit kat leher baby. U memang nasib baik la. Kalo pecah scar U tu I x dapat nak imagine. Dah la.. lepas ni xyah beranak. Too risky for U. After 6 hours hilang kebas then kalo sakit U request pain killer ok.. banyakkan rehat.” Saya anggukkan je la dalam lalok.. sedar x sedar je apa yang gynae tengah bebelkan hehehe..

30776_3496762748313_1893673225_n

Kali ni punya recovery memang lambat sangat. Malam 1st tu rahim nak mengecut, perghhh.. hazabnya Allah je yang tau! Rengat je rasa, serba x kena. Kol 8++ pm cinta bawak anak2 datang tengok baby baru. Excited sgt derang tapi xley nak tengok sebab baby dok dalam warmer lagi sebab dia terlalu sejuk pucat. Menangis Yaya x dapat tengok baby, sampai la papa gi amik gambar baby kat nursery baru dia puas hati huhuhu.. Cinta pun xdok lama2 sebab saya dah sakit sgt so lepas derang balik saya request pain killer then trus zzzzz… dalam kol 4 pagi terjaga dah start sakit. Mintak pain killer jab lagi kat nurse tapi every 6 hours baru ley amik uhuk..uhuk.. Bley bayangkan x kalo tangan terhiris sket pun dh pedih gila, inikan plak perut kena belah uiiii.. bisa x terkata hazabnya!

483064_3512435500122_1241143375_n

Cinta x dapat teman saya malam 1st tu sebab anak2 xde sape nak jaga. Esoknya baru tokmama ngan babah sampai so malam kedua baru cinta bley teman saya. Sakit2 pun bila cinta ada senang sket hati.. pepehal bley mengadu. 2nd day ni perut saya bloated giler.. kalo tepuk dah macam gendang bunyinya. Satu mende saya belajar lepas operate kali ni.. kentut tersangatlah penting! Sekali dapat keluarkan angin rasa lega sangat2. Bayangkan dengan perit bisa operate, perut kembung.. x tertanggung rasa. Lambatnya masa nak berlalu dari sehari ke sehari..

397257_3512433940083_2066988685_n

Hari ketiga, cinta amik MC sebab saya dah ley discharge. Nama baby pun xde lagi so pagi tu sebelum discharge bermula la misi mencari nama. Memang ad-hoc sebab hari tu jugak cinta nak gi daftar kat JPN. Sampai la cinta dapat nama yang kami dedua setuju.. pangkal nama Yasmeen tu memang wajib la, nama Zulfa tu yang unik & special Winking smile Petang tu lepas sampai rumah, cinta gerak ke JPN Shah Alam nak buat surat beranak baby baru plak. Malam tu cinta gerak balik JB.. suami xde di sisi masa berpantang aduhaii.. mula la bergelora emosi saya time dalam pantang ni. Nasib baik la mama ngan abah ada meneman nak melayan mek2 bertiga tu..

299491_3502139762735_2091754990_n

Sakit kali ni memang lama.. sampaikan saya rasa saya dah xkan sembuh dah lepas ni. Rasa berdenyut-denyut bekas operate tu sampaikan nak duduk baring serba x kena. Alhamdulillah.. hari ni baby Zulfa dah seminggu, saya rasa makin sihat. Sakitnya lepas 4 kali caeser ni memang berganda.. x tau camne nak cerita. Nasib baik la dah berlalu sakit2 semua ni.. kali ni kena berpantang betul2 sebab dah last kan Smile with tongue out

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 say what?:

god'sleastcreation said...

rasa terpanggil untuk tinggalkan komen.

setinggi2 tahniah untuk awak.
4 anak perempuan, semuanya c-sect, satu pengorbanan yang amat besar. berjauhan dengan suami tatkala sarat, juga semasa berpantang, bukan semua perempuan boleh laluiNya.

awak sangat kuat, sangat tabah.
anak2 untuk mempunyai ibu seperti awak, suami awak sgt beruntung mempunyai awak sebagai isteri.

salam dari kejauhan.
Huda
Hobart, Tasmania

M@y said...

Huda,

TQ. X la sekuat mana..cuba bertahan selagi mampu :)

Nanti ley invite utk blog Huda? Aritu x sempat nk bg email.. mayrasolace@yahoo.com